CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1416|Reply: 0

Tips Penjagaan Muka Sebelum Hari Persandingan

[Copy link]
Post time 17-10-2016 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Hari pernikahan semakin hampir dan pastinya para pengantin sedang sibuk menyediakan persediaan untuk hari yang bahagia. Kesibukkan ini kadang-kadang menyebabkan pengantin lupa untuk memanjakan wajah mereka dan wajah akan kelihatan kusam dan tiada seri. Di sini kami ingin mengkongsikan beberapa tips penjagaan wajah agar wajah kelihatan lebih berseri di hari pernikahan.

Melicinkan Kulit Dengan Buah Tomato
Potong buah tomato menjadi separuh. Kemudian hiris nipis-nipis sebahagian buah tomato dan tepekkan pada muka. Biarkan ianya kering selama 20 minit dan bilas muka dengan air sejuk. Amalkan 2/3 kali seminggu, inshaAllah wajah anda akan kelihatan lebih licin dan kemerah-merahan.

Melembabkan Kulit Dengan Air Kelapa
Terdapat banyak manfaat daripada air kelapa dan salah satunya adalah untuk melembapkan wajah, memutihkan muka dan dapat mengatasi masalah berminyak. Ambil air kelapa dari buah kelapa tua dan usapkan ke muka. Ulangi proses ini beberapa kali dan akhir sekali bilas muka dengan air.

Menggunakan Air Rebusan Daun Sireh Untuk Mencuci Wajah
Sebulan sebelum hari persandingan, cucilah muka anda dengan menggunakan air rebusan daun sireh pada setiap hari. Ianya sesuai untuk menghilangkan parut jerawat, jeragat dan untuk mencerahkan wajah agar kelihatan lebih berseri.

Minum Air Putih 8 Gelas atau 2 liter Sehari
Terdapat banyak khasiat yang boleh kita perolehi apabila minum air putih. Dengan adanya kandungan air yang cukup dalam tubuh badan, ianya dapat mengekalkan keserian muka agar nampak sentiasa berseri-seri. Lazimkan diri anda minum segelas air kosong(suam) selepas bangun tidur sebelum anda menggosok gigi dan mandi. Perbuatan ini mampu melancarkan perjalanan darah sehingga wajah kelihatan lebih segar dan berseri. Amalkan pada setiap hari dan anda pasti dapat melihat perubahan pada wajah anda.

Menggunakan Timun Sebagai Eyemask
Hiriskan timun, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Tekapkan hirisan timun di mata anda selama 30 minit. Kemudian, basuh muka dengan air. Cara ini dapat menghilangkan lebam di bawah mata akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih.

Urut Muka Pada Setiap Pagi
Selepas bangun dari tidur di waktu pagi, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari dagu sehingga ke dahi disertakan dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Jangan rautkan dari atas ke bawah kerana ia akan menyebabkan wajah cepat kedut. Selepas itu, anda boleh membasuh muka dengan air yang sejuk berserta selawat. Amalkan setiap hari dan wajah anda pasti akan lebih berseri.

Menggunakan Lobak Sebagai Masker Muka
Lobak dapat menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah kerana ianya kaya dengan vitamin E. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air.

Untuk Menjadikan Bibir Merah
Cara yang amat mudah bagi mereka yang mempunyai bibir yang gelap. Sapukan sedikit mentega ataupun majerin pada bibir sebelum tidur. Amalkan pada setiap hari dan anda pasti teruja dengan perubahan yang berlaku. Anda juga boleh menggantikannya dengan madu untuk disapu pada bibir.

Menghilangkan Parut Di Muka
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air dan bancuh dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapukan di bahagian yang berparut. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Melebatkan Bulu Mata Menggunakan Minyak Zaitun
Cara-caranya adalah dengan mencelupkan putik kapas pada minyak zaitun dan oleskannya pada bulu mata sebelum tidur. Biarkan semalaman dan pada keesokkan harinya cuci menggunakan air.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.162051 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list