Anak Yang Baik!
Seorang anak berusia 6 tahun sedang seronok menonton filem tentang Maharaja China zaman Ming Dynasty.
Selepas tengok filem tu, anak kecil pun berkata, "Mak, adik pun nak jadi macam Maharaja. Ada 7 bini. Seorang boleh masak untuk adik, seorang boleh bacakan buku cerita untuk adik, seorang boleh bawa adik jalan2, seorang boleh mandikan adik... blah..blah... "
Si ibu tersenyum seraya berkata, "Kalau macam tu tak payah la mak tidur dan temankan adik malam-malam lagi yea?!
Si anak termenung sejenak dan jawab, "Alaaaa tak boleh la macamtu. Adik nak tidur dengan mak!"
Dengan serta merta titisan airmata si ibu mengenangi kelopak mata kegembiraan, dan si ibu berkata, "Alhamdulillah, anak yang baik!"
"Tapi siapa nak tidur dengan bini-bini adik yang 7 orang tu nanti?", sindir si ibu sambil tersenyum.
"Takpe" jawab si anak, "diaorang boleh tidur dengan ayah!"
Terus bergenang airmata di pipi si ayah... Dengan penuh kegembiraan, dan berkata,"Anak yang baikkkk!!"...
Sekadar lawak jenaka

Sumber: Internet
|