CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3348|Reply: 9

a little bit on aktiviti penyelidikan ilmu falak JAKIM...

[Copy link]
Post time 13-10-2016 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Paparan bersama untuk maklumat berkenaan aktiviti penyelidikan JAKIM.


Satu Rekod Baru Bagi Kenampakan

Kajian Cerapan Hilal Syaaban 1437H & Kajian Kecerahan Langit dan Pembiasan Cahaya Di Ufuk Selepas Terbenam Matahari


Pada 7-8 mei 2016, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah melaksanakan Kajian Cerapan Hilal Syaaban 1437H serta Kajian Kecerahan Langit dan Pembiasan Cahaya Di Ufuk Selepas Terbenam Matahari bertempat di tiga tempat berasingan iaitu di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan di Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan.


Kajian di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan ahli kajian ini terdiri daripada pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan malaysia (JUPEM), Universiti Malaya, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Turut hadir dalam kajian di lokasi ini ialah Tuan Hj.  Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan serta Sr Sohaime Bin Hj Rasidi, Pengarah Bahagian Ukur Geodetik, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Namun begitu keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan untuk membolehkan peserta kajian melihat hilal Syaaban  1437H pada petang itu.

Tuan Hj.  Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan turut serta dalam cerapan di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sesi Kajian Kecerahan Langit waktu subuh di Pantai Cermin, Port Dickson, Negeri sembilan.

Seterusnya kajian cerapan di Wilayah Persekutuan Labuan pula telah diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kajian ini turut disertai oleh pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Selain dari kajian cerapan hilal, para peserta turut berpeluang melaksanakan kajian fizikal dan ketetapan waktu solat yang dilaksanakan di pesisir pantai Kampung Lubok Temiang bagi Kajian Fizikal Waktu Solat Subuh dan Kampung Sungai Lada bagi Kajian Fizikal Waktu Solat Isya'.
Gambar yang dirakam sewaktu Kajian Fizikal Waktu Solat Subuh (Cerapan Fajar) di pesisir pantai Kampung Lubok Temiang, Labuan.
Kajian Cerapan Hilal 1437H di pesisir pantai Kampung Sungai Lada, Labuan pada 29 Rejab 1437H bersamaan 7 Mei 2016.

Manakala kajian cerapan di Kota Bharu, Kelantan pula telah dilakukan di Pantai Mek Mas dan Menara SEDC. Selain dari Kajian Cerapan Hilal Syaaban 1437H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti negeri Kelantan turut melaksanakan latihan cerapan hilal untuk wakil Majlis Agama Islam dan Pegawai Pejabat Daerah Selatan Thailand. Seramai lima orang daripada Majlis Agama Islam Daerah Yala dengan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ustaz Ahmad bin Toyong, sepuluh orang imam daerah Yala dan 5 orang daripada Pejabat Daerah Wilayah Selatan Thailand dengan diketuai Pegawai Daerah Selatan Thailand Encik Chaichana Kritayand telah hadir dalam sesi latihan ini. Objektif latihan ini dilakukan adalah selaras dengan hasil Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bidang Kerjasama: Memperluas Peranan MABIMS ke Dunia Luar yang dipengerusikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang telah melantik Bahagian Perancangan dan Penyelidikan untuk mengambil tindakan strategi 2: Pembangunan Bidang Sosial dengan menganjurkan aktiviti latihan kemahiran cerapan falak di negera-negara minoriti Islam.

Sesi latihan dan cerapan di Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan


Sesi latihan dan cerapan di Menara SEDC, Kota Bharu, Kelantan
Perjumpaan dengan Sahibus Samahah Mufti Negeri Kelantan di Pejabat Mufti Negeri Kelantan

Kajian pada kali ini telah memberikan hasil yang sangat baik kerana satu rekod kenampakan hilal termuda telah berjaya dirakamkan.  Para peserta kajian di Wilayah Persekutuan Labuan telah berpeluang menyaksikan hilal Syaaban 1437H dan berjaya merakam imej hilal yang berumur 14.91 jam. Imej hilal tersebut berjaya dirakam pada pada jam 6.45 petang. Rekod termuda sebelum ini adalah 15.7 jam yang dicerap pada 17 Oktober 2001 bersamaan 29 Rejab 1422H di Telok Kemang.
Imej hilal syaaban 1437H yang berjaya dirakam di pesisir pantai Kampung Sungai Lada, Labuan pada 29 Rejab 1437H




Kemaskini Terakhir: 21 Jun 2016Hits: 3109
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2016 05:03 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-10-2016 05:06 PM

Munaqasyah Fiqh Falak Peringkat Kebangsaan 2016
Lumut, Perak:  

Jakim dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perak baru-baru ini telah menganjurkan programMunaqasyah Fiqh Falak Peringkat Kebangsaan 2016 yang diadakan di The Orient Star Resort, Lumut, Perak pada 27 hingga 29 September 2016. Objektif utama penganjuran munaqasyah ini adalah untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai falak seluruh Malaysia bagi membincangkan isu-isu falak dari sudut syarak dan saintifik. Program ini juga turut memberi peluang penyertaan kepada pensyarahdari IPTA dan IPTS yang berminat dalam isu-isu berkaitan perkembangan falak syari’e.

Seramai 70 orang peserta telah menghadiri munaqasayah pada kali ini yang terdiri dari wakil Jabatan Mufti Negeri seluruh Malaysia, Pegawai-pegawai Agama Daerah Negeri Perak, pensyarah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknologi Petronas.

         
Antara tajuk yang telah dibincangkan dalam munaqasyah kali ini ialah:

Aplikasi Jamak dan Qasar : Perkiraan Dua Marhalah
         Oleh:  YBhg Sr. Ahmad Azman bin Ghazali, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang.

Gerhana Bulan Penumbra : Analisis Kenampakan Gerhana
         Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz, Ahli Panel Pakar Falak Jakim.

Perbintangan  Dalam al-Quran
         Oleh: YBhg. Dr. Raihana binti Abdul Wahab, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Hujan Meteor: Analisis Terhadap Ayat 29: Surah al-Mulk
         Oleh: Tuan Haji Hanafiah bin Abdul Razak, Ahli Panel Pakar Falak Jakim.

Isu-isu Falak Viral di Internet : Satu Analisis
         Oleh: Dr. Mohd. Fahmi b. Abdul Khir, Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Perak.

Perbezaan Balai Cerap Islamik dan Konvensional
         Oleh : En. Mohd Razlan bin Ahmad, Universiti Sians Islam Malaysia.


Majlis perasmian munaqasyah telah disempurnakan oleh Sahibus SamahahTuan. Haji. Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, sebagai mewakili Sahibus Samahah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria. Turut hadir ialahTuan Haji Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim.

Para peserta munaqasyah juga telah diberi peluang melawatPangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat suasana dalam kapal Armada Tentera Laut Diraja Malaysia, iaitu KD Mahawangsa. Di samping itu, peserta juga berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan penentuan arah kiblat dan pengiraan waktu solat yang diguna pakai oleh anggota tentera laut ketika dalam pelayaran di lautan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 05:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2016 05:08 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 13-10-2016 05:11 PM

My suggestion is:


ilmu falak ni best - so dah ada ke kelab ni kat universiti - yg bersifat introductory kepada SESIAPA yg berminat in astronomy - peringat asas dan intermediate?

kena bayaq pun tak pe


i mean ada banyak potensi  untuk jadikan ini platform  public engagement


u see Islam in Action - in research ...


bestlah....


kenapa agensi / insitusi Islam  melalui inisiatif kolaboratif agensi lain macam IKIM  YADIM ke ke  tak tubuh kelab yg scientific based  like this? ? i mean u know...i  rasa kalau ditonjolkan islam itu  sebegini pada peringkat awal remaja etc i think banyak potensi melihat kesinambungan  JERI dalam falsafah pendidikan negara ....this is  nice lagipun
we as human always looking up the sky , kan ...since teh dwan of time...

jasad samawi yg ...Allah pun dah sebut dalam al waqiah ayat , 75....mawaqi an nujm...


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 05:31 PM | Show all posts
menarik. maklumat/ilmu/technology mudah diaccess sekiranya masjid dijadikan sbg medium.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2016 01:23 AM | Show all posts
mziskandar replied at 13-10-2016 05:31 PM
menarik. maklumat/ilmu/technology mudah diaccess sekiranya masjid dijadikan sbg medium.

yes kalau masjid tu ada halaman website ke ape ke tugas depa untuk wawarkan peranna dan aktiviti institusi  Islam ni

supaya org sedar yang  this is what Islam is all about ...and this is Islam and science - best ape.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2016 02:22 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 17-10-2016 01:23 AM
yes kalau masjid tu ada halaman website ke ape ke tugas depa untuk wawarkan peranna dan aktiviti i ...

x de website lagi pun x pe. yg penting mindest penerimaan/keterbukaan utk belajar pelbagai ilmu.contohnya: perpustakaan masjid boleh menerima/dilengkapi dgn buku2 teknologi/science/maths/engineering/etc yg didermakan - bukan hanya terhad utk menerima buku2 agama.
utk permulaan, activity science/tech boleh di announce/tampal kat noticeboard/poster. bila dah ada community, boleh ada group whatsapp, fb, website, dll.
lagi best kalau ada dikalangan jemaah eg: dr pakar bedah, engineers, architect, scientist, polis, askar, bomba, etc. willing bagi talk/share experience dkt masjid - boleh jadi inspirasi, mentor, rujukan jemaah lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2016 04:14 AM | Show all posts
mziskandar replied at 17-10-2016 02:22 AM
x de website lagi pun x pe. yg penting mindest penerimaan/keterbukaan utk belajar pelbagai ilmu.co ...

u know i like the idea tu :  starting  things small...tak banyak tak pe but komited

beda ilmu ilmu kalau buatkelab sikit sikit pun best - i like astronomy club tu...

why not kan ...u start kat masjid...boleh juga nak terbuka kepada semua muslim ke non ke...i mean part of pendedahan kepada umum...

why not kan...best ni.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2016 04:20 AM | Show all posts
mziskandar replied at 17-10-2016 02:22 AM
x de website lagi pun x pe. yg penting mindest penerimaan/keterbukaan utk belajar pelbagai ilmu.co ...

i found this

http://masjid.islam.gov.my/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2016 04:28 AM | Show all posts
Selamat Datang ke Laman e- Falak

Salah satu peranan Jakim adalah dalam aspek penyelidikan pembangunan ilmu falak.

Dari segi sejarah pada awal tahun 30-an, ilmu falak dipelopori oleh golongan cerdik pandai agama seperti ulama, mufti-mufti dan kadi-kadi. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang ilmu falak dan hukum-hukum syarak yang berkaitan. Usaha merukyah telahpun dijalankan secara rasmi sejak tahun 1934 oleh Syed Alwi bin Tahir al-Hadad dari menara Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.Ketika itu, tempat-tempat melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puasa dan hari raya ditentukan di tiga tempat iaitu Telok Kemang (Negeri Sembilan), Johor Bahru (Johor) dan Pulau Sayak (Kedah).

          Perkembangan berikutnya pada tahun 1990, Sub-Unit Falak telah ditubuhkan di Pusat Penyelidikan Islam, BAHEIS. Apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan pada Januari 1997, Sub unit Falak dinaiktaraf kepada Unit Falak dan diletakkan dibawah Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.Unit ini berfungsi menjalankan kajian dan menyediakan takwim Islam, waktu solat dan arah kiblat. Kajian-kajian yang dijalankan secara berterusan oleh JAKIM dalam bidang falak adalah seperti berikut:-

1.      Kajian Analisis Data-data Takwim Islam
2.      Kajian Analisis Data-data Takwim Bagi Penetapan Awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah
3.      Kajian Penyelarasan Zon-Zon Waktu Solat seluruh Malaysia.
4.      Kajian Data-data Almanak Falak
5.      Kajian Cerapan Hilal dan Kecerahan Langit di BaitulHilal Telok Kemang, Port Dickson

Portal e-Falak pula diwujudkan bagi tujuan paparan kepada orang awam. Maklumat-maklumat terkini seperti data takwim, data almanak, waktu solat dan hasil kajian akan dipaparkan untuk rujukan ahli falak dan orang awam di Malaysia. Pengisian paparan akan sentiasa dipantau oleh Unit Falak bagi memastikan ketepatan terutamanya yang melibatkan data-data khusus. Orang awam juga boleh melihat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh unit falak, Jakim adri semasa ke semasa


Kemaskini Terakhir: 04 Mei 2016
Hits: 10557


http://www.islam.gov.my/e-falak

dah ada platform , tunggu bit by bit public engagement ,  may be?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.696508 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list