CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3396|Reply: 41

Muslim terperangkap dalam Islam

[Copy link]
Post time 10-10-2016 11:19 PM | Show all posts |Read mode
October 10, 2016 Muslim
I am a Muslim and I feel trapped – by Fa Abdul


“The purpose of Shariah is, among other things, to protect human rights; to protect freedom of religion, free will and the ability to think; to protect freedom of expression and freedom of association,” said Khalid Samad recently, stressing that Islam has always upheld the principles of justice and human rights.

As a Muslim woman born into this religion and brought up by Muslim parents, I almost fell off my chair upon reading those words.

When I was growing up as a child, I was always reminded by my religious teachers that Muslims and non-Muslims are not equal.

“Muslims go to heaven. Even the worst kinds of Muslim will one day, after going through their punishments, end up in heaven. But all non-Muslims go to hell.”

When I was in my teens, all my friends started covering their heads with hijab. Those who did not used to be criticised in class. Even Muslim non-wearing hijab teachers began wearing them as part of their school costume in order to be ‘accepted’. We were always reminded on how showing one strand of hair could reserve us a place in hell.

“As a Muslim, we should dress up like a Muslim. That is our identity. Forget about what you want or what you like because this is how it should be. Cover up – those who do not cover up are like leftovers attracting flies from everywhere. Disgusting.”

When I was in my 20s, a much older friend of mine tried committing suicide by jumping out of her building. The reason – her parents refused to bless her relationship with a non-Muslim boy who was not willing to convert.

“How can you fall in love with someone who eats pork? If you marry him, he will continue to eat pork and you may end up eating pork with him! Why can’t you find a good Muslim boy?”

When I was in my 30s, I filed for a divorce. I had all the reason backing up my request for a divorce but was dragged through series of consultations and court appearance until my ex-husband himself agreed to divorce me.

“A Muslim woman can only be divorced if her husband agrees to cut her loose. But for a man to do the same, he merely needs to text her.”

When I was in my mid-30s, I decided to abandon my hijab. People around me began looking down at me. I was nagged at home, I was given free preaches by people I knew and I was tagged as a slut who gained confidence by showing her skin.

All these years being a Muslim, I ask myself, “Is my religion truly is the beacon of human rights, defender of democracy and upholds values?”

Why then are Muslims and non-Muslims unequal?

Why then are Muslim women and Muslim men unequal?

As a Muslim woman in her 40s, today I discover the same Sharia which is supposed to uphold my rights as a human being, is used to determine who I shall marry, what I shall consume, what I should wear, who I can allow into my room and even what will happen to my belongings when I am no longer alive.

While our Sharia aims to protect human rights; to protect freedom of religion, free will and the ability to think; to protect freedom of expression and freedom of association, sadly the people upholding this Sharia do not share the same principles.

In our world today, Islam is open to personal interpretation. The Sunnis, Shias, Wahhabis, ISIS and even our own muftis have their own interpretation of Islamic Sharia which need not be accepted by others.

Sunni is against Shia as Shia is against Sunni. But both are Islam and go by the same Book.

The liberals are against the fanatics as the fanatics are against the liberals. But both are Islam and go by the same Book.

With so many irregularities in the world of Islam, it beats me how do we claim our righteousness comes from one single Book?

If the Quran gives me the right to choose and be responsible for my choices, why are the keepers of Islam in our country denying me of the choice?

And if we do agree that Islam is in fact open for interpretation, why can’t we practice our faith as per our own choice and interpretation?

Or if Islam is not open for personal interpretation, why do we have numbers of muftis, religious scholars and religious teachers in our country who freely advice Muslims based on their own personal interpretation of Islam?

Seriously, if there was an open immigration worldwide, Muslim countries would certainly empty out. People like me would freely build families and homes in countries which recognises Islam’s allowance for flexibility.

Sadly, as of now, I am trapped.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/i ... rapped-by-fa-abdul/


kesiannya   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang..
dah berapa ramai keluar islam sejak misi dijalankan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jessylom123 replied at 10-10-2016 05:19 PM
Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan keti ...

si gila
mana2 ada je ko
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 06:20 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-10-2016 06:30 AM

Ke mana wanita ingin pergi?SITI SHAMSIAH MD. SUPI  |  10 Oktober 2016 6:25 PM
  1  2 Google +0


WANITA Islam di Malaysia tidak terpinggir! Itu hasil kajian sedekad yang lalu untuk melihat keterlibatan wanita dalam proses pembangunan negara termasuklah dalam bidang-bidang utama seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan politik. Dapatan itu boleh membawa makna bahawa kesedaran wanita pada hari ini terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan mereka berada pada tahap yang amat memberangsangkan.

Gerakan-gerakan wanita di Malaysia, terutamanya wanita Islam, bukanlah yang menuntut kebebasan sebagaimana berlaku di Barat. Ketidakpuasan hati dalam gerakan wanita di negara ini umumnya bertujuan meningkatkan taraf hidup golongan itu supaya menjadi lebih baik dan seimbang.

Sebaliknya, tuntutan wanita di Barat terhadap kebebasan adalah hasil momentum yang berlaku sejak kurun ke-17 iaitu bertitik-tolak daripada peminggiran, penganiayaan serta penindasan yang menafikan hak mereka sebagai hak manusia yang harus dihormati dan dimuliakan. Perjuangan mereka adalah untuk meletakkan kedudukan wanita sebagai manusia yang bermaruah dan bermartabat serta mempunyai taraf sama dengan lelaki.

Malangnya, disebabkan perjuangan itu hanya berasaskan pemikiran yang rasional tanpa bim-bingan bersifat ketuhanan (wahyu), maka tuntutan tersebut berkembang dan menjadi gerakan yang lebih agresif, ekstrem dan radikal. Gerakan lesbianisme adalah satu contoh perjuangan wanita di Barat yang sebenarnya telah jauh tersasar walaupun pada awalnya tercetus daripada kesedaran untuk bebas daripada belenggu penghinaan dan pandangan serong terhadap wanita sebagai hamba serta harta kepu-nyaan lelaki.

Sebaliknya, keadaan ini tidak berlaku kepada wanita Islam yang sudah pun diberikan seindah-in-dah panduan untuk melayari la-utan kehidupan di muka bumi ini. Wanita Islam tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa jaminan perlindungan, kedudukan yang baik serta dianugerahi maruah dan hak yang saksama sebagaimana kaum lelaki.

Sejak kecil lagi, peluang dan kebebasan untuk menyuburkan akal fikiran mereka dengan ilmu penge-tahuan diberikan seluas-luasnya tanpa sebarang sekatan atau diskriminasi dengan anak-anak lelaki. Bukan itu sahaja, kebebasan itu juga dijamin. Sebarang ilmu yang dipelajari oleh anak-anak le-laki, juga boleh dipelajari oleh anak-anak perempuan.

Selanjutnya, apabila seorang wanita Islam telah mendapat pendidikan agama yang sempurna dan mengenali Penciptanya secara mendalam dengan mengisi ruang akalnya dengan ilmu pengetahuan menurut keperluan kehidupannya, maka dia pasti tahu di mana landasan hidup yang tepat untuk berpijak, ke arah mana haluan yang perlu dituju.

Sebarang ilmu pengetahuan perlu dibimbing oleh tauhid, syariah dan akhlak dalam membina sahsiah diri sebagai insan sejati. Garapan semua itulah yang akan menjadikan seseorang wanita berkenaan sebagai insan yang mempunyai kemampuan untuk membuat sebarang keputusan dengan wajar demi diri, orang di sekeliling dan agamanya.

Ciri-ciri yang ada inilah yang kemudiannya menjadi satu pakej kualiti tersendiri. Sudah pasti nada kebebasan yang ditawarkan oleh pemikiran Barat atau apa sahaja nilai baharu, boleh dinilai dan disaring dengan baik oleh wanita Islam yang memiliki kualiti diri yang seimbang. Mereka tidak akan mudah terpesona ataupun mudah melatah dengan apa yang ditawarkan oleh pihak di sebelah sana.

Walaupun demikian, kehidupan pada zaman pascamoden me-nemukan pelbagai cabaran yang ada ketikanya tidak terjangkau oleh fikiran dan kadang kala boleh menolak wanita ke persimpangan. Jika pada asasnya, kefahaman tentang kedudukan wanita itu sebagai pelengkap kepada pe-ranan lelaki tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu, wanita pada hari ini terpaksa menggalas kedua-dua peranan iaitu sebagai ibu sekali gus bapa demi keluarganya.

Ini adalah sebahagian daripada ruang yang ditinggalkan oleh golongan lelaki yang kemudiannya terpaksa diambil alih oleh wanita. Ironinya agama Islam telah menyusun dengan begitu baik peranan lelaki dan wanita tetapi demi kelangsungan hidup dirinya sendiri dan ahli-ahli keluarga yang lain, maka wanita terpaksa memilih tindakan untuk suatu keadaan yang lebih realistik. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, si ibu harus mencari pendapatan demi membesarkan anak-anak walaupun tugas mencari nafkah terletak di bahu si bapa.

Kehidupan pascamoden juga kadang kala menemukan kita peluang-peluang yang dibiarkan secara cuai oleh lelaki yang kemudiannya diambil dan dimanfaatkan oleh wanita. Ada juga keadaannya wanita dapat melihat satu-satu perkara itu boleh dikendalikan dengan baik atau lebih baik oleh mereka, berbanding kaum Adam. Bukan perkara yang menghairankan di negara ini apabila wanita kita menunjukkan sifat yang kompetitif.

Wanita kita boleh menjadi rakan saing kepada lelaki kerana mempunyai pendidikan yang baik selain sifat mereka yang aktif, tidak kurang juga mempunyai sifat yang proaktif. Justeru, dalam konteks Malaysia, peranan dan sumbangan wanita Islam memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Malah, suara wanita di negara ini memang mempunyai pengaruh yang tersendiri.

Malah Bot Wanita ke Gaza (Women’s Boat to Gaza) yang turut disertai oleh wanita Islam dari Malaysia, membawa misi keramat untuk memasyhurkan sumbangan yang tidak boleh dinafikan oleh wanita Palestin yang bersemangat waja. Seolah-olahnya semangat Ummu Umarah yang pernah bersama-sama Rasulullah SAW ketika dalam peperangan melawan kaum musyrikin telah tersuntik dalam hati mereka.


Untuk berperanan secara aktif, tentu sahaja sokongan dan pelbagai kemudahan amat diperlukan oleh golongan wanita. Meletakkan diri sebagai sebahagian pihak yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan juga adalah salah satu cara memastikan agar wanita tidak akan terpinggir dalam arus perdana.

Cumanya dari satu sudut lain yang mungkin kita boleh sama-sama fikirkan secara mendalam, mungkin ada bahagian tertentu dalam kehidupan ini golongan wanita tidak perlu mengambil beban tetapi seelok-eloknya terus dilaksanakan secara tradisi oleh pihak satu lagi.

Asalkan kepentingan kita sebagai wanita Islam terus terjaga dan kita dapat menikmati kehidupan ini dengan jiwa tenang serta fikiran yang lapang. Bukan menafikan potensi dan kudrat yang ada tetapi peranan wanita seperti digariskan dalam Islam pasti mengandungi hikmah-hikmah yang amat indah.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia.


http://www.ikim.gov.my/index.php ... -wanita-ingin-pergi

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 06:25 AM | Show all posts
Ubah persepsi buruk terhadap ISLAM
SUSUNAN HISYAMUDDIN AYUB  |  08 Oktober 2016 12:22 AM
  0  0 Google +0

van Arnourd
Van Arnourd
APA yang saya tahu mengenai Islam menerusi media Belanda dan ahli politik Barat semuanya dalam bentuk negatif. Masyarakat Eropah juga mengenali Islam berdasarkan persepsi yang sangat teruk, malah memandang Islam sebagai sebuah agama yang suka memberi ancaman, menindas wanita dan pengganas.

“Saya mempercayai semua perkara yang diketahui itu sebagai satu kebenaran. Langsung tidak menyangkal segala kenyataan yang diperoleh pada masa itu,” akui Arnoud van Doorm yang memeluk Islam pada April 2012.

Beliau sebelum ini sangat aktif menentang Islam menerusi Parti Kebebasan (PVV) di bawah bekas ahli politik kontroversi Belanda, Geert Wilders, namun memilih Islam sebagai cara hidup pada April 2012 setelah menerima layanan baik daripada jemaah semasa mengunjungi sebuah masjid di Hague.

Katanya, kedua ibu bapanya merupakan penganut Kristian yang taat dan amat menghormati agama dan budaya masyarakat lain.

Jelas beliau, mereka berdua telah melakukan yang terbaik, namun masih gagal untuk membuat dirinya menyangkal semua maklumat yang diperoleh daripada media berhubung keburukan Islam dan menyakini bahawa semua maklumat yang diperoleh itu benar.

“Saya merasakan perlu melindungi masyarakat daripada ‘kejahatan’ dan ‘bahaya’ ini. Maka saya bergabung dengan PVV, sebuah parti anti Islam di Belanda. Ketika itu, PVV dipimpin oleh Geert Wilders yang terkenal.

“Pada masa itu, saya menganggap dia sebagai contoh model terbaik, malah hero kepada diri saya. Semua ini disebabkan dia begitu berani menentang Islam dan melindungi kebebasan kami. Maka dia yang harus saya ikuti dan menjadi teladan kepada kami semua di PVV,” katanya.

BANGGA MENJADI PEMBENCI ISLAM

Apabila menyertai parti itu, Arnoud bermula sebagai seorang sukarelawan dan beberapa tahun kemudian menjadi penasihat politik utama kepada Geert. Malah beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan filem Fitna dan mempromosikannya ke seluruh dunia.

“Dengan rasa tidak ragu, saya mengajak orang lain untuk bergabung kerana parti ini berupaya merungkai semua masalah dan memerangi Islam. Namun, kini saya berada di depan kamu semua pada hari ini dan inilah diri saya sekarang. Saya berasa seronok dan gembira,” katanya ketika menyampaikan ceramah di hadapan umat Islam dan rakaman itu dimuat naik di laman sosial.

Mengimbas bagaimana beliau boleh memeluk Islam, katanya, ketika masih aktif dalam PVV, terdetik dalam kepalanya bagaimana boleh 1.2 bilion orang di dunia ini adalah Muslim. Kenapa boleh begitu ramai manusia memilih Islam?

Mereka dilihat begitu gembira. Bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku? Adakah mereka tersilap arah? Perkara tersebut membuatkannya benar-benar tidak faham, malah mula berasa ragu tentang apa yang telah dibaca dan dengar tentang Islam menerusi media Barat.

“Saya mula berfikir, apakah benar Islam itu teruk? Apakah juga Islam itu jahat? Mungkin juga berbahaya? Mungkin semua ini salah. Pada saat itu, pemikiran saya mula berubah. Sebenarnya, saya tidak pernah membenci Islam, tetapi saya adalah antara golongan yang mempunyai ketakutan terhadap Islam atau Islamphobia.

“Seorang kawan saya berkata: “Kamu salah, kamu harus mendapat lebih banyak maklumat tepat tentang Islam. Pergi ke masjid dan berbual dengan para jemaah dan imam,” katanya.

BIBIT-BIBIT HIDAYAH

Semua tanggapan negatif terhadap Islam mula berubah apabila beliau dipelawa oleh seorang rakan untuk berkunjung ke Masjid As-Sunnah, masjid terbesar di Hague.

Biarpun menolak permintaan tersebut dengan memberi pelbagai alasan termasuk menyatakan kemungkinan dibunuh apabila tiba di masjid, namun beliau akhirnya berkunjung juga ke masjid itu dan mendapat layanan terbaik daripada jemaah termasuk mendapat penerangan serta nasihat daripada imam.

Sambutan dan penerimaan yang sungguh baik daripada jemaah masjid membuatkannya berasa terkejut, sekali gus menafikan Islam itu teruk, jahat serta ganas.

“Saya benar-benar terkejut kerana orang di dalam masjid itu begitu ramah kepada saya. Imam datang kepada saya dan berjabat tangan dengan saya dengan mengatakan selamat datang. Saya melihat ke dalam matanya, saya melihat kejujuran dan keikhlasan. Sejujurnya, ia satu saat yang begitu emosional.

“Pada pandangan saya, Islam itu buruk dan jahat. Namun kejadian itu begitu bertentangan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini. Kenapa dia sangat baik dalam menjalinkan sahabat dengan orang luar? Kenapa saya diterima baik di masjid ini? Saya benar-benar tidak faham. Ini membuatkan saya menjadi bingung,” katanya.

Bermula di situlah beliau mula mempelajari dan mendalami mengenai Islam dan merasakan begitu indah menjadi umat Islam kerana agama ini sentiasa mahukan keamanan dan kesejahteraan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 06:27 AM | Show all posts
cuba lihat  personaliti Dr Fauziah and  ' Fa ' ni

u can tell mana yg dynamics

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2016 09:00 AM | Show all posts
Edited by burungantu at 11-10-2016 09:04 AM

Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...salam buat Muslimin dan muslimat kat sini.

and a good morning to an etis




Uncle baca apa yg di bawa TT. "Dibunyikan " seolah olah mewakili para "muslimat" tetapi bagi yg faham Islam..pasti akan dapat memahami..Ini adalah ..kalau benar..Hanya keluhan yg lahir..'Natijah dari kegagalan" mengenali Islam yg benar.
atau munkin juga satu "olahan" oleh pembenci Islam..
= mana mana pun..ianya tetap suatu "salah faham" atau "Salah tak faham "..atau "kesalah yg sengaja bagi memfitnah Islam"..atau munkin kesemuanya sekali..


Tak perlu meneliti jauh..cukup Uncle petik drp tulisan di atas..

Sunni is against Shia as Shia is against Sunni. But both are Islam and go by the same Book.

The liberals are against the fanatics as the fanatics are against the liberals. But both are Islam and go by the same Book.

With so many irregularities in the world of Islam, it beats me how do we claim our righteousness comes from one single Book?

If the Quran gives me the right to choose and be responsible for my choices, why are the keepers of Islam in our country denying me of the choice?

And if we do agree that Islam is in fact open for interpretation, why can’t we practice our faith as per our own choice and interpretation?





Uncle ulas sikit je..moga moga ada yg faham..

1. Sunni is against Shia as Shia is against Sunni. But both are Islam and go by the same Book.
TAK BENAR  - SIA BUKAN ISLAM!..ianya agama yg lahir dan DIBUAT ..DIBUAT SELEPAS ISLAM..
Uncle kata "Dibuat" sebab asas asa Agamanya adalah asas asas yg TAK ADA DLM ISLAM...sambil mereka menceduk apa yg ada dlm Islam.

Sebagai cth..mereka menambah Imam Imam Maksum...
- kata kata Imam Maksum pun menjadi ajaran agama.

Kalau mereka tak buat tambahan pun..mengkafir  ibunda kita iaitu Isteri Isteri Rasullullah s.a.w ..sudah cukup menjadikan mereka kafir.

Apa lagi ajaran agama mereka begitu banyak perbezaan drp Ajaran Islam.

Hanya org yg bodoh atau yg bias sja yg masih mengatakan mereka Islam..


2. The liberals are against the fanatics as the fanatics are against the liberals. But both are Islam and go by the same Book.

Yg LIBERAL..kita tahu..tak perlu Uncle Ulas

YG FANATIK....kata "FANATIK ISLAM" selu membawa pengertian drp "SALAH TAFSIR "...yg sebenarnya "BUKAN FANATIK..TAPI SESAT'!
Seringkali...YG SESAT...DIKATAKAN FANATIK!
Agama Islam adalah Agama kebenaran dan kebaikan...kalau ada orang yg fanatik dalam membuat kebenaran dan kebaikan...DIA AKAN MENJADI SEMAKIN BAIK!
Semakin fanitik membuat kebaikan = semakin baik!
Semakin fanatik kepada Islam= semakin baik!
Yg berlaku...Ajaran sesat...atau salah tafsir islam..DIBERI LABEL FANATIK LALU DIKATAKAN ISLAM.
Islam yg difitnah.
Fanatik akan Indah kalau ianya Islam..



3. With so many irregularities in the world of Islam, it beats me how do we claim our righteousness comes from one single Book?

If the Quran gives me the right to choose and be responsible for my choices, why are the keepers of Islam in our country denying me of the choice?

And if we do agree that Islam is in fact open for interpretation, why can’t we practice our faith as per our own choice and interpretation?


INI JUGA SATU SALAH FAHAM.

" the choice" atau " interpretation..WAJIB YG BENAR!   ( kalau yg salah..tak boleh ikut! )
Kerana itu..kita mengikut Imam Imam Muktabar..sekiranya kita ini org Awam yg tak mampu berijtihad.
kalau mampu berihjtihad sendiri (dengan syarat..sudah memenuhi kreteria seorg mujhtahid ),,bolehlah membuat "interpretation"..( kalau tidak...ini lah yg berlaku!..tafsiran yg jauh menyimpang drp Islam! )
"why are the keepers of Islam in our country denying me of the choice?"
bagaimana TIDAK DENY..kalau Choicenya dah memang salah!

Kalau awak duduk Amareka..awak mencuri..lalu ditangkap polis..Bolehkah awak jawab pd Polis...This is my choice?..mana my freedom?..kenapa hukum saya?..kenapa ???

Begitu juga Islam..
Agama yg lengkap..
"Choice " kamu wajib dalam apa yg diredhoi Allah swt..sebagaimana yg disampaikan dlm Al Quraan, Hadith, para Sahabat..tabiin..tabit tabiin..tabit ..illa hari kiamat..
Bukan "Choice" ciptaan ciptaan kamu sendiri!

p/s : kadang kadang ..salah faham atas seruan " kembali kepada Al Quraan dan Hadith" juga menyumbang atas KEROSAKAN AGAMA...kerana..SALAH FAHAM   ini seringkali menyebabkan org yg salah faham ni menjauhi drp Ulama Ulama mukhtabar
Lebih malang..ada yg sampai menuduh Ulama mukhtabar..malah Imam Mazhab..sebagai org yg tak mengikut Al Quraan dan Sunnah!
( sedih..banyak kali Uncle jumpa org sebegini..kesan kejahilan dan salah faham atas seruan "kembali kpd Al Quraan dan Sunnah"....
Mereka sebenarnya MAKIN MENJAUH..sebab tersesat dengan Tafsiran salah.


Kita mengikut para Imam..sebagai satujalan..mengikut Al Quraan dan Hadith lah!..sebab merekalah yg mempunyai Ilmu utk membawa kita kepada tafsiran yg benar.
Kalau kita konon memakai "sumber"..tapi..membuat tafsiran yg salah...kita buka senmakin hampir..tapi akan jadi semakin jauh..


Dan Artikel ini sebagai bukti nyatanya..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2016 11:20 AM | Show all posts
mengapakah yg fanatik nie bukannya extremely peaceful?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 11-10-2016 11:32 AM

Surah Al-Baqarah ayat 173-175. Hakikatnya ramai yg tak faham AlQuran.  Kerana itulah "tiada keadilan" yg berlaku ke atas mereka2 yg diistidraj olehNya.

173. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ini antara kenyataan yg menjelaskan makna fasik dan beriman.

174. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih.

Menyembunyikan hak2 itu utk menuntut hak yg bukan miliknya, hakikatnya, sudah kehilangan hak iman kpd Allah. Mana2 suami muslim yg memakan babi, kehilangan hak utk berbicara kpd Allah dan tidak layak kpd diri si suami yg suka kpd kefasikkan (memakan babi) utk melafazkan cerai kerana Allah tidak berbicara terhadap mereka yg JELAS FASIK. Mereka yg menghakimi kes ini JIKA tidak menurut petunjukNya, dikategori GOLONGAN FASIK NYATA. Malah Allah swt tidak akan berbicara terhadap mereka yg menyembunyikan keteranganNya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!

Dah lama saya tahu, siapa ahli neraka. Kerana itulah, siapa yg menjelaskan hakNya, tiada siapa yg boleh mengalahkannya.

Kalau ikhtiqot pun menyalahi petunjukNya, jgn harap utk bertaqwa kpd Allah!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
44. Dan penghuni-penghuni surga berseru kepada Penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan): "Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami menjanjikannya kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh dengan sebenarnya apa (azab) yang Tuhan kamu menjanjikannya (kepadamu)?" Mereka (penduduk neraka) menjawab: "Betul". Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: "Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim, [Surah Al-A'raaf]

Jika yg ini pun tak faham, anggap ajelah tak berfaedah apa yg dilakukan selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila berhukum dgn TAGHUT, agama tinggal pada nama sahaja. Malah Allah tak mahu berbicara mereka2 yg FASIK!

Saja nak mengulang2, kerana saya kenal org yg bongok! Wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 11-10-2016 11:57 AM

Dizaman ini, nak kahwin pun perlu bertaklik. Sedangkan Allah sudah mengajar cara yg lebih baik dari bertaklik selepas bernikah. Dan pastinya, menanggung dosa itu LEBIH BESAR kpd mereka yg tidak mengikut petunjukNya

Kenapa nak ikut TAGHUT? Kenapa ada kes2 rumahtangga yg tidak selesai? Ini kerana Allah berkehendakkan mereka2 ini terjun ke neraka kerana ilham itu milik Allah. Bila Dia berkehendak diistidraj sesuatu kaum utk disesatkan, pastinya sebelum dihancurkanNya, Dia menjelaskan keberadaanNya menerusi petunjukNya.

Tu pun ramai yg kononnya pandai, hakikatnya bongok disebabkan oleh pilihannya sendiri. Setiap Qada dan Qadar itu ditetapkan akan syariat olehNya utk ditaati. Alangkah buruk perbuatan mensyirikan Allah tanpa memahami makna sebenar "mensyirikkan Allah"!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 11:58 AM | Show all posts
Edited by namirulmukminin at 11-10-2016 12:09 PM
burungantu replied at 11-10-2016 09:00 AM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...salam buat Muslimin dan muslimat kat sini.

and a  ...

Daripada ulasan hang pasal kapirnya syiah tu, aku nak tanya hang skit.. Rukun Islam ada berapa perkara?

Hang stuju tak dgn aku, kalu cukup 5 rukun islam maka orang itu adalah muslim?

Hang penah tengok Dakwah Dr Zakir Naik?? Hang penah tengok betapa mudahnya dia nak akui seseorang itu sebagai islam?? Bila dia bedebat dgn orang kapir, sampai masa orang itu mengakui bahawa Allah itu tuhan yang tiada sekutu bagiNya dan Muhamad itu pesuruh Allah, maka Dr Zakir terus akui orang itu Islam... Sungguh mudah untuk Dr Zakir mengakui keislaman seseorang. Tapi kita plak, mudah2 nak KAPIRKAN orang yg mmg dah sedia akui Tiada Tuhan Selain ALLAH dan Muhammad itu Pesuruh Allah hanya kerana dia tolak beberapa sahabat dan berseteru dgn Aisyah.. Apa benda korang ni???

Kalu syiah tu dikatakan satu agama, maka apa bezanya dgn Sunni?? Agama yg nabi bawa ialah Islam... Tiada Sunni, dan tiada Syiah.. Hanya ada satu!! ISLAM yang mentauhidkan ALLAH!!!

Firman Allah :

     
Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.


                  (Asy-Syuura 42:14)

Berpecahnya Islam kepada syiah dan sunni tak lain tak bukan adalah kerana HASAD DENGKI SESAMA SENDIRI!!!! Bkan dengki sebelah pihak!! Tapi dengki SESAMA SENDIRI!!! Dua2 belah pihak sama je!! Al-Quran TAKKAN MENIPU!!!! Kitab sejarah karangan tok arab dulu kala boleh menipu!! Kitab karangan imam2 boleh saja menipu demi menurut kehendak nafsu pemerintahnya kerana tiada jaminan ALLAH akan terpeliharanya kitab2 tu semua.. Tapi Al-QURAN SAMA SEKALI TAKKAN MANIPU!!! Kearana AL-Quran DIJAMIN TERPELIHARA KANDUNGANNYA oleh ALLAH!!!!

Jadi yang mana kamu nak percaya???

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 12:06 PM | Show all posts
......Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

Inilah yang sedang dilalui oleh gadis tersebut!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang menjerat muslim itu disebabkan oleh pilihan sendiri. Dan ketidak-adilan itu berlaku kerana pilihan sendiri utk menjadikan diri sendiri fasik menerusi ilham kefasikkan yg dizahirkanNya.

Dengan sebesar2 kesombongan, Allah gantikan dgn sebesar2 nikmat. Ini kerana, sebelum Dia datangkan azabNya, pastinya mereka itu akan dilalaikanNya menerusi dosa2 yg mereka kerjakan.

Jika sehasta lagi masuk ke syurga, maka kini kita tahu kenapa masuk ke neraka. Dan kekadang yg kita nampak lagi sehasta lagi masuk ke neraka, dgn apa yg dinyatakan sudah tentulah tahu ke syurga. Dgn ilmu2, belum tentu itu Taqwa. Ini kerana, menangguhkan sesuatu menerusi petunjukNya tidak akan membantu diri sendiri diakhirat kelak. Kerana hakikat sebenar, bukan berhukum dgn apa yg kita tahu, akan tetapi berhukum menurut apa yg Allah kehendaki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tafsir Surah Taha

132. Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.

133. Dan mereka berkata: "Mengapa ia tidak membawa bukti kepada kami dari Tuhannya?" Dan apakah belum datang kepada mereka bukti yang nyata dari apa yang tersebut di dalam kitab-kitab yang dahulu?

134. Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan suatu azab sebelum Al Quran itu (diturunkan), tentulah mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah?"


135. Katakanlah: "Masing-masing (kita) menanti, maka nantikanlah oleh kamu sekalian! Maka kamu kelak akan mengetahui, siapa yang menempuh jalan yang lurus dan siapa yang telah mendapat petunjuk".
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 11-10-2016 02:32 PM

Tafsir Surah Taha


130. Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang,

131. Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cobai mereka dengannya. Dan karunia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tafsir Surah Taha

129. Dan sekiranya tidak ada suatu ketetapan dari Allah yang telah terdahulu atau tidak ada ajal yang telah ditentukan, pasti (azab itu) menimpa mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
125. Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"


126. Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan".

127. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

128. Maka tidakkah menjadi petunjuk bagi mereka (kaum musyrikin) berapa banyaknya Kami membinasakan umat-umat sebelum mereka, padahal mereka berjalan (di bekas-bekas) tempat tinggal umat-umat itu? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.335014 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list