CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2034|Reply: 9

Hari Asyura

[Copy link]
Post time 7-10-2016 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 8-10-2016 07:31 AM

Cara sambut hari ‘Asyura
MOHD. RADZI MOHD. ZIN  |  07 Oktober 2016 6:00 PM


0 0 Google +0


Nabi Muhammad SAW amat mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura dalam bulan Muharam. Sebagaimana disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu Ramadan.” (Riwayat Muslim)


Ramai yang mengetahui sunnah Nabi SAW tentang puasa sunat ini. Motivasi utama melakukannya adalah mendapat pengampunan Allah bagi dosa setahun yang lalu. Antara sebab kita digalakkan berpuasa pada hari ke-10 Muharam adalah sebagai mensyukuri nikmat Allah yang menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel daripada Firaun. Sebagaimana dicatatkan dalam al-Quran, Firaun mati ditelan Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa. (rujuk asy-Syuaraa: 61-66)


Sayangnya, ada umat Islam yang lebih sibuk membuat bubur asyura berbanding berpuasa pada hari tersebut. Bukanlah salah mengacau bubur asyura tetapi daripada segi aulawiyat (keutamaan) adalah lebih baik berpuasa. Bubur itu boleh dibuat pada hari-lain lain.


Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, baginda melihat golongan orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Riwayat Bukhari)

Bercakap tentang hari ‘Asyura tentunya akan turut menyentuh peristiwa Karbala - kisah Saidina Hussain (cucu Rasulullah) dan anak kepada Saidina Ali yang dibunuh kejam di sebuah tempat bernama Karbala di Iraq. Natijahnya, wujud dua golongan yang menyambut hari ‘Asyu-ra secara ekstrem iaitu golongan Syiah dan yang digelar Nawashib.


Pengikut Syiah menjadikan tarikh 10 Muharam setiap tahun sebagai hari untuk berkabung dan menunjukkan kesedihan demi memperingati kematian Saidina Hussain. Ketika hari ‘Asyura mereka melakukan perbuatan umat jahiliah seperti memukul wajah dan tubuh badan sehingga berdarah, menyeksa diri, berteriak serta menangis menunjukkan kesedihan dan merobek pakaian.


Ini masih diamalkan penganut fahaman Syiah di Iran, Iraq dan Pakistan serta tempat lain. Perbuatan sebegini amat bertentangan dengan hukum syarak kerana apa yang diperintah Allah apabila ditimpa musibah adalah bersabar.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2016 10:44 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 8-10-2016 07:32 AM

Kelompok Nawashib pula bertindak sebaliknya iaitu menunjukkan kegembiraan pada hari ‘Asyura. Mereka menyambutnya persis pesta, menghias bandar dengan indah, memasak makanan tertentu lalu bersedekah kepada orang ramai, menyediakan makanan lazat dan lain-lain lagi upacara mencerminkan suatu hari untuk bergembira seperti hari raya.
Perbuatan kelompok ini juga bertentangan dengan syarak. Apatah lagi jika dilakukan bersempena dengan hari terbunuhnya Saidina Hussain, cucu Rasulullah ialah pemimpin pemuda menghuni syurga.
Bagi kita yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, hendaklah menghindarkan diri daripada kedua-dua perlakuan di atas. Sebaliknya, mencontohi sunnah Nabi SAW dalam berpuasa. Kita digalakkan berpuasa pada hari Tasu’a (kesembilan) dan hari ‘Asyura.

Berpuasa hari Tasu’a juga bertujuan membezakan de-ngan puasa golongan Yahudi. Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah!

Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari kesembilan.” Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu”. (Riwayat Muslim)
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.mSqdkvBs.dpuf


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 12:43 AM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdullillah..Insyaallah Esok Isnin Uncle nak puasa..Hari selasa juga..

Harap berbuka nanti..dapat makan bubur Asyura..













Uncle terbaca  dekat Blog Al Fadhil dr Abu Anas Madani..kata..Usah kaitkan Bubur Asyurura ni dgn apa apa ibadah..atau kaitkan dgn Kisah Nabi Nuh Alaihissalam pun jangan..sebab tak ada nas.

Apa yg penting..Ianya satu adat yg baik..

Masak dan makan beramai makanan berkhasiat.


Uncle terbaca org Turki panggil..Noah Desert


emmmm..nampak sedap sangat..











Comments

wow so delicious ....nampak sedap  Post time 10-10-2016 06:49 PM
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 12:44 AM | Show all posts
ini pulak versi orang mesir..





Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2016 12:45 AM | Show all posts
Edited by burungantu at 10-10-2016 12:48 AM

العاشورة





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2016 06:47 PM | Show all posts
burungantu replied at 10-10-2016 12:45 AM
العاشورة

sedap nyer ...terliur i ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2016 06:48 PM | Show all posts
burungantu replied at 10-10-2016 12:44 AM
ini pulak versi orang mesir..

i see....

more photos? personal collections

those are lovely Uncle....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2016 06:50 PM | Show all posts
selamat berpuasa kepada semua yg berpuasa...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2016 05:13 PM | Show all posts
syabas bagi yg berpuasa .....dan yg berniat berpuasa....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.161289 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list