CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1215|Reply: 0

DIY Pom Pom Dinding

[Copy link]
Post time 4-10-2016 04:58 PM | Show all posts |Read mode

Berikut adalah projek kecil yang menyeronokkan bagi pengantin yang kreatif yang ingin menghiasi pelamin mereka. Selain pelamin, ia juga boleh menghiasi dimana-mana yang anda inginkan. Untuk membuat DIY ini, anda hanya memerlukan banyak kain poliester kerana ia kain yang ringan.

Barang yang perlu ada:
  • Kain poliester.
  • Benang.
  • Jarum jahit.
  • Gunting.
  • Tali.

Cara-caranya:
  • Potong kain anda kira-kira selebar 1.5 inci lebar. Jika anda ingin memotong lebih lebar kain, maka lebih besar pom-pom anda akan menjadi.
  • Anda hanya perlu potong sedikit sahaja menggunakan gunting, kemudian yang selebihnya anda boleh tarik kain itu sehingga akhir supaya kain yang ditarik itu akan mengeluarkan rumbai-rumbai kain.
  • Kemudian, anda hanya perlu jahitkan kain anda sepanjang tepi kain dengan menjahit secara rapat dan ketat. Sebaik sahaja anda sudah menjahit sampai ke penghujung, kain anda haruslah kelihatan renyuk sekata.
  • Akhir sekali, anda hanya meletakkan kedua-dua hujung bersama-sama dan menjahit mereka sekali. Pastikan anda matikan jahitan anda agar kain pom pom anda tidak terbuka ketika majlis dijalankan.
  • Selepas itu, anda jahitkan pom pom anda pada tali dan gantungkan ia pada dinding yang anda ingin hiaskan.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.031504 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list