View: 5384|Reply: 30
|
~Jiwa-Jiwa yang Tenang ~
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tujuan aku mengepos di sini dengan sengajanya adalah kerana aku jugak teringin berkongsi pengalaman aku. Bagi aku pengalaman-pengalaman ini agak misteri gak laa..maybe acah-acah misteri kot.
Awal-awal ni aku tak berhasrat nak cerita yang pengalaman misteri waktu asrama ke atau sebagainya. Aku sekarang nak cerita tentang ayah aku. Rindu kat dia, ayah telah kembali ke rahmatullah pada Mei lepas. mohon sedekahkan al-fatihah kat beliau. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Ayha aku meninggal umur 73 tahun. suspect sakit tua ja. ayah aku ni baik hati orangnya. lembut ja even tengah sakit ni (tak larat berjalan sendiri dan sebagainya) semasa hayat ayah sentiasa senyum dan gelak je. orang tanya sakit ke tidak, tanya khabar ke semua balas dengan alhamdulillah dan senyum je, lebih ceria dia akan gelak. Tahun lepas Oktober adalah paling kritikal sakit dia. Tup-tup masuk hospital doktor cakap usus ayah luka, paru-paru dijangkiti kuman. Masa tu doktor pun cakap bersedia je anak beranak doakan ayah. ayah masa tu bernafas berat, badan shivering abis, muka da naik biru and the worst thing is, ayah cirit tak henti-henti sampi melimpah kebawah katil di unit kecemasan zon kritikal tu. Aku adik beradik ada kat tepi ayah lap je cecair hampir kehitaman yang kuar dari badan ayah. Sikit pun tak rasa jijik, mak dah duduk tepi kat kepala (berjuta kali kami suruh ayah mengucap), mak macam redha je cakap ni nak cuci perut ayah terus kot bagi senang urusan. aku buat bodoh je, selagi ayah masih nbernafas he is not going anywhere. Doktor datang cucuk cecair mende tah cakap nak bagi ayah relax (yang pasti bukan ubat bius khayal or something like that). Ayah pindah masuk wad pukul 11 malam. Malam tu aku, abang dan adik berkehemah di wad.
Sepanjang malam aku kat tepi ayah, aku tak boleh tidur. Ayah just pejamkan mata je dari lepas doktor cucuk dia. Pukul 5 nurse datang cucuk amek darah ayah. Masa tu ayah bukak mata. aku panggil ayah..ayah buat donno ja. aku cakap-cakap dengan ayah tapi ayah just pandang atas je macam tak tahu pun aku sebelah dia. tak berapa minit ja ayah terjaga, aku terus dapat call dari mak. instinct mak ni kuat, die cakap die tak boleh tidur sebab teringat ayah. die call nak tanya keadaan ayah. Aku hampir nak menangis waktu tu sebab mak macam tahu-tahu ayah dah sedar then aku melawak "Amboi cinta sejati ke hape ni macam tahu pulak ayah terjaga..sama-sama rindu la tu"..mak gelak je tapi bunyi macam tenggelam dalan sengau hidung tersumbat je. Aku letak telefon kat telinga ayah, surprisingly anak mata ayah beralih ke arah fon yang aku letak kat telinga dia. within few seconds ja die dah gelak2..ceh..aku panggil bagai nak rak tak pulak ada reaksi lansung..agak touching aku sebenarnya. Tak penting ke aku ni...hahhahaha
Allah bagi kami enjoy dengan ayah sekejap je. Mei tahun ni Dia ambil ayah balik. Mak ada cakap minggu terakhir ayah dia lebih senyap berbanding biasa. Selalu kalau kita tarik dia pegi mandi ke bagi makan, die akan senyum dan gelak kalau kita main-main dengan dia. Macam aku nak buat terjatuh kalau pegang dia, dalam gelak2 tu dia cakap dia tahu anak dia kuat. Aiyoo.. ceq pompuan kot, ayu lagi.. harusla tak kuat..bhahaha. minggu tu ayah ada tercakap dekat mak, seronoknya kalau mati. ..kat adik aku pulak ayah pesan suruh jaga emak elok-elok. Urusan penghormatan terakhir ayah aku berlalu dengan begitu efisien skali, means cepat gila..tak dak satu pun yang macam terhalang. sampai aku pun tak sempat nak sampai di umah dari kl. Walaupun hujan renyai, kubur sekejap je siap, bacaan talkin bawah hujan pun orang tak basah sangat. Tak lecah. Tapi aku je tak dak. balik tu mak aku pujuk cakap masa ayah sakit aku dah bersungguh2 jaga ayah. insyaAllah ada bahagian tanggungjawab anak aku dah tunaikan.
Arwah ni sangat baik, ramai orang senang hati dengan ayah (sebab orangla cakap suka tengok ayah aku). Sakit2 pun muka merah dan senyum je. Sampai orang pijak kepala pun ye gak. pegi tambun tanah pun ayah aku bole tak marah..haishh laa..mak aku tu sampai tak tahu nak cakap hape dah. Die je yang duk berasap sorang2. hahah..orang hutang tak bebayar pun ramai sampai sekarang dan kami tak tuntut pun lepas kematian ayah. biar ayah tenang je dan aharap takde urusan dunia tersangkut dah la. Sekarang ni kalau bersembang dengan mak asyikla hashtag throwback hashtag lempaq belakang. Kata lah ayah pegi sakit tua pe semua. Tapi mak cakap ayah baik2 pun ada je orang hantaq2 kat ayah ni. aka santau.
aku penah je tengok ayah aku berubat. sebab tu aku nak share kat sinin.
Nanti aku sambung ye.
270916
momoji90 |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nk nanges
|
|
|
|
|
|
|
|
i hate u TT.. u buat i bergenang air mata petang2 ni.... buat i teringat kt arwah pakcik i yg mcm second father to us adik beradik..... |
|
|
|
|
|
|
|
orang melayu totok..... kenapa tak buat je post mortem masa meninggal tu? kan senang dari simpan buruk sangka, kena santau la, buat2 orang2 la....... eh tak blh blah la...... aku ni pernah jugak terfikir, org yang santau2 orang ni, kenapa depa tak nak santau org yang menjahanamkan & menyusahkan hidup rakyat Msia? |
|
|
|
|
|
|
|
dah taip separuh dah tadi..tetiba terhilangg..sob sob..
takpa2 balik satgi ceq fokus balik
|
|
|
|
|
|
|
|
kejap ye puanlina..
dah taip tapi terhilang..
mencabar betul nak mengarang kat sini..hahha
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabar2..kita sebagai hambanya memang takkan terlepas ujian camni.
|
|
|
|
|
|
|
|
eh bidacool marah ceq ka..
hahha
takdela, mak tahula ada orang buat santau sume tu. tapi tak pasti lak mak tahu ke sapa yang buat tu..mak tak penah citer pun kat kitorang sampi la ayah dah takde. mak pun tercakap macam ada kekesalan disitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
sy berharap masa je yg mampu menyembuhkan kesedihan kami .... 11/12/2014 6.55 ptg dia pergi mengadap ilahi... setelah genap setahun Acu pergi... br sy bersedia luahkan perasaan saya..say luahkan kt fb.. saya luahkan tentang setiap kenangan adik adik sy bersama dia....tp sbnrnya sy xtau berapa lama lg masa yg perlu untuk ubat kesedihan kami... kami redha dia pergi... sbb itu yg terbaik...banyak hikmah yg kami nampak setelah dia pergi....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by momoji90 at 28-9-2016 04:02 PM
penyakit ayah tu aku tak tahu sejak bila sebab dah lama..dan memang tak ketahuan pun musabab penyakit beliau..
memang kitorang bawak ke hospital banyak kali namun doktor pun tak dapat nak specifiedkan keadaan sebenar ayah aku. memang ada darah tinggi tapi turun naik..takde mana kritikal pun, kalau hentam kambing ngan daging sungguh tu mau tak reading die mencanak ke langit..huhu...selain tu memang ayah tak ada sakit lain pun..kencing manis dan sakit2 lain tak de kena suspek pum..
doktor hanya describe ayah as minor stroke (sebab tu pergerakan ayah slow) tapi ada gak cakap ayah parkinson and ada masalah saraf camtu.
tapi heran pergerakan ayah kat rumah sangat2 slow.
Memang selalu je ade orang tak sabar iaitu meninggalkan ayah di meja makan sengsorang..hahahha
tapi kitorang datang balik main cuk cak. Abang aku yang sopan tu pun macam sarjan training ayah aku tuk exercise pe sume.
tak jalan pun..ubat jangan cakap, segala ubat kat iklan tv tu mak aku beli weh.
....Bagi aku maybe die dah tua so kudrat die tak seberapa.
ayah dari sekolah lagi keje kuat, family ramai anak pulak yg kedua. tanggungjawab memang banyak.
ayah aku tu masa nak kenduri kak aku, die renovate umah sendiri tah macam mana tah die terjatuh dari bumbung bilik air siap patah kat pergelangan tangan.
Tapi tu la wat donno je..
last2 bawak gi tukang urut patah mematah ni cakap dah masuk angin bagai tak dapek la nolong betulkan.
Bawak pegi hospital pun macam lebih kurang sama kot dan nak kene wat pembedahan ke ape tah
..last2 ayah aku biarkan je.
Siap bole Nampak ada benjol tulang kat gelang tangan die. Nak kancing lengan baju pun tak boleh sampai ke sudah.
Tapi yang pelik kan ayah aku tu kalau dapat berjalan kelar dari umah nampak jugak die tu gagah sikit.
Contohnya bile kitorang gi jenjalan kat Langkawi, uishhh,,semangat ayah aku tu berjalan versi dia.
Bayangkan kitorang nek telaga 7 puteri ke menda tah, aku memang failed sejarah ni..ayah aku panjat tangga wehh..
siap mamat omputih lalu kat ayah aku mai salam siap tanya “pakcik biaq betoii ni..pakcik tak papa ka ni qabait bukit soqang2~are u ok uncle?”
..last2 ayah aku rasa tak suka nek tangga sebab leceh, die pi transferkan diri die ke jalan tar curam kat sebelah…punya tinggi gak la die nek and patah balik bila mak aku kat tangga tuh duk jerit2 suruh turun, risau la jatuh bergolek memang tak leh stop punya..alamat tunggu kat bawah siap2 la sambut dik non.
Tapi ayah aku steady ja turun bertatihkan tongkat die..ishhh
Pastu sejak kejadian tok aku (mama kepada mak aku)~yang ceritanya maybe mistik sikit,
baru kitorang macam terbukak sikit nak tanya ayah kalau2 ayah ada pape yang tak betul ayah penah buat ke,
atau ada amalan pape ke yang buat ayah aku sakit tiada punca sebenar (pape pun penyakit ujian ni kan dari Allah, Allah je yang tahu).
Ayah aku gelak2 je la..haihh..
mak kitorang ada cita yang ayah dulu ada pak sedara yang jadi bomoh.
Tambahan pulak waktu tu akak2 aku kuat menangis siap melalak2 lagi macam ada orang dera depa. So ayah aku pun pi la jumpa pak sedara dia tuh. Selalu jugak jumpa sebab hal kekakak aku tu sampai pak sedara tu turunkan sikit2 ilmu tuk kawtim masalah anak2 die.
Tak tahu la die ada buat ke tidak. Tapi ayah aku citer pak cik dia penah mai lam mimpi dia and macam nak hulur something..pastu ayah aku stop citer.. kitorang ni pe lagi..bertalu2 la tanya. End up ayah aku gelak2 je. Ntah dia tu…saja nak bagi orang suspen je la kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by momoji90 at 28-9-2016 04:09 PM
sambungan...
Selain tu mak aku ada cakap ayah aku penah join sekali ja nasrul haq, tapi balik2 tu terus jadi bapak naga.
Marah2 tak tentu pasal.
Akak aku baca buku kuat2 sikit pun dah kena tengking.
last2 mak aku bawak ustaz mana mai umah bagi ayag penawar. Pastu elok ja ayah aku..alih2 mak aku lagi hebat garang die dari ayah aku..kiki..
satu lagi, mak aku cakap masa ayah aku gi haji or umrah dulu ayah aku ada terambil tasbih (tasbih buruk da pun) atas lantai kat mana tah..
ayah aku tengok takut orang pijak semua pastu tu yang dia bawak balik,
tapi terbawak balik ke Malaysia pun dah bertahun2 baru die cakap kat mak aku.
Mak aku marahla mana boleh amek semua tu bagai dan cari balik memang takde dah.
Tak tahu la hilang ke bagi kat orang.
Yang aku lawak dengan ayah aku ni, kepala die memang takde rambut uban kecuali kat kumis nipis dia dengan janggut.
Tapi bila sakit die naik uban setompok bulat kat kepala.
Kalau sakit teruk memang banyak dan besar lagi la tompok uban dia tu
..tapi bila die sihat sikit ja uban2 tu sume hilang jadi hitam balik.
Aku harap aku tua rambut macam aku boleh..haha
So sepanjang berubat ayah aku ni, and mostly adalah dengan ustaz2..
mak aku tak caya sangat bomoh2 ni.
Tapi ni aku bole cite ada gak la yang kitorang terjumpa bomoh atau ustaz yang macam pelik sikit cara perubatannya.
1st aku start ikut or bawak ayah aku berubat ni lepas aku hampir habis belajar dekat U.
tempat yang mak aku bawak ni tempat yang betul la tempat orang berubat. Guna ruqyah.
Ustaz tu baca2 sambil pegang kepala. Reaction ayah aku hanya senyum ja.
Ustaz tu cakap ayah aku bersih ja..takdak pape pun. Die cakap kalau ada saka ayah aku mesti terangkat ke cemana tah.
Bila tanya ayah punca apa jadi camtu, ustaz tu cakap mungkin ayah pernah buat salah kat mana2 kot just mintak doa dan bertaubat kepada Allah je la.
Yang tu aku tak tahu la yang ke berapa mak aku bawak.
Tapi seingat aku pastu ayah jadi makin teruk je (sebab aku dah duduk dan keje dekat umah).
Ayah aku makin tak leh berjalan, die badan die berat sangat, dah terjatuh tersadung berapa kali dah kalau kami tak sempat nak sambut dia or tak tengok dia.
Air liur plak start meleleh2 kuar. Yang tu yang fizikal nya.
Mental die ok ja, still senyum ramah ja bila dengan orang.
So pastu pergi lagi berubat sana sini. Ade la yang mak aku citer yang mistik2 sikit tapi aku tak amik port sebab rasa maybe ayah dah sampai masa dia hanya perlu berehat, die dah teruk dari muda bekerja keras kan.
Yang bomoh pelik tu kami terpaksa jumpa bila rumah aku tu start ada something taw..
mau sakit jantung gak la setiap hari sebab setiap malam ja mesti ada bunyi kedebum jatuh atas bumbung rumah aku. Pastu bunyi golek2 sepanjang bumbung umah aku.
Tak cukup dengan tu bunyi pulak larian pecut berapa ratus meter atas bumbung.
Nak kata kucing takkan la kot.
Kucing gemuk Garfield tu pun tak kuat macam tu.
Kalau aku yang berlari atas tu logic gak la bunyi macam tuh..
mak aku macam dah tak boleh tahan dah dengan bunyi tu (even mak aku baca al-quran tiap2 malam –tolak surah2 amalan) mak aku guru al-quran ajaq orang tua2 bunyi tu tak mau nak berhenti.
Takda nak amek mc ka cuti ka si pembuat bunyi tuh?
So satu hari tu kitorang kuar pegi pekan,
masa kat atas kereta mak aku tanya ayah aku yang betul ke sedara ayah aku - yang duk selang 2 3 kampung tu pandai berubat.
Ayah aku just ia kan je la.
Lepas balik dari pekan tu la mak aku ajak singgah umah pak cik tu.
Sesampai je mak aku suruh ayah aku je masuk, mak aku nak menyembang ngan mak cik sebelah umah or die segan ke hape tah tak tahu la. Mak aku suruh aku ikut ayah sekali takut2 ayah tersadung kat mana2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by momoji90 at 28-9-2016 04:13 PM
Sampai je dalam umah, tengok ada dua perempuan dengan baby sorang tunggu depan pak cik tu. Pakcik tu tengok ayah aku bangun salam ayah aku jemput ayah aku duduk sebelah die. Ayah tu pulak style semberono je cakap kat pakcik tu
“weh, hang esok lusa mai la umah aku tengok umah aku tu ada apa. Duk bunyi macam2..aku tak sihat sangat nak pi buat sendiri”
Pak cik tu..
“ya ka pak ngah..takpa2..pak ngah tunggu sat sebab ni dah ada orang mai dulu. Nanti saya panggil wak main anti pak ngah bagitaw la kat wak na”
Ayah aku diam. Aku ingat ayah aku paham la kot. So aku tengok la pakcik tu duk baca something dengan biji tasbih die. Zikir la kot. Pastu aku tengok die duk amek nafas macam ada step2. Selang seli ngan baca2 sume. Mata harusla terpejam. Aku plak 1st time tengok..rase cam pelik, rasa nak buat roll eyes ke atas, tangan dua2 belah ke bahu..what the heck pak cik ni.. macam berlakon jaa~
Sekali die bukak mata. “Assalamualaikum” sambil senyum. Aku terkesan ada perubahan dan intonasi suara. Bunyi nak jowo2 gituh.
Masa tu aku mata dah start melilau satu rumah. Tak tahu sebab apa tapi akhirnya mata aku tertancap kat satu poster kertas.
Tulis "warisan wali songo" dan banyak la tulisan2 jawinya.
Aku masa tu terus conclude..hmm ni la wak yang die nak panggil mai tu.
Lagi la aku rasa nak perhati rapat. Wak tu a.k.a pakcik.
Pastu wak panggil pompuan tadi.
Wak tanya pompuan yang mak budak tu sakit perut ke, pastu menggedik pompuan2 nih gelak excited cakap camna wak tahu.
Wak tu tak cakap pape..
die suruh mak budak tu duduk depan die.
Wak tanya kalau wak sentuh tak mengapa ke.
Pompuan tu cakap orite je.
Wak start urut die dari kepala sampi perut..memang kakak tu menggeliat gakla..
meliuk lentok giteww.
Wak tu cakap..”kat perumahan kamu tu ada bidan atau nggak?” (Bahasa olahan suka hati).
Kakak tu cakap ada.
Wak tu cakap “bidan tu biar belaannya cari makan, kamu tu kotor atau baru sudah kotor, senang belaanya cari kamu. Terus sebabnya kamu sakit perut selalu” (aku rasa aku tak pandai olah Bahasa wak tu la..hahahah).
Seusai urut2 wak tu mintak air mineral beberapa botol.
Dibuka semua dan dibaca serta dihembus setiap satu botol.
Die suruh pakai minum dan mandi.
Die cakap dan nasihat kan pe menda lagi tah. Malas nak amek pusing.
Tapi bagi aku macam tak patut ja wak tu timbulkan syak wasangka kat akak tu.
Nanti akak tu Nampak makcik bidan mesti akak ni jeling sampai juling or lari jauh2 kan.
Kalau aku mesti fobia Nampak makcik bidan tu..wuuu
Pastu wak tu beralih kat ayah aku. Die tanya ayah aku sambil bersalam
“Assalamualaikum uncle (aku tak ingat die panggil ayah aku ape.).
Datang sini mau ketemu Rahim ya (memang bukan nama sebenar-aku pun tak tahu nama dia). Bapak keponakan Rahim ya (kejadahan apa aku hentam term nih). Kita ada sini buleh bantu uncle.”
Ayah replied as “Weh hang mai la umah aku im..tengok umah aku tu. Aku tak boleh nak buat sebab tak larat dah”
Lorhhhh….bole ayah aku tu tak kenai wak tuhhh..
Nanti sambung jap…………
|
|
|
|
|
|
|
|
bidacool replied at 27-9-2016 05:04 PM
orang melayu totok..... kenapa tak buat je post mortem masa meninggal tu? kan senang dari simpan bur ...
Kuat jin dia tuhh..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar cadangan, boleh tak edit bagi perenggan2 sket
|
|
|
|
|
|
|
|
Cite tt da best da..tapi pening nak bace..perenggan pleasseeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Saudara
Amboi sedap mulut bercakap. Cube pikir klu posmotem tu boleh detect kene santau ke sihir ke dh lame dh undang2 malaysia keluar Undang2 berkaitan sihir ni. Mnde berkaitan sihir ni mohon dr Allah SWT je, bukan leh posmotem2 mnde. Lg satu, bkn tkde pemimpin2 yg org santau ke sihir ke ape, dh izin dak Allah die masih boleh bernafas lg nk wt cmne.lg satu tkkn die nk cite kt sume org die sakit. Come on la brader, tk terkene kt batang hidung boleh la bercakap. cube jage hati die, die dh la br kehilangan org tersyg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by momoji90 at 28-9-2016 04:45 PM
adehh..arini macam takde keje sangat pulak kat opis. gitu la nasib sebab bakal tukar department dan keje dah transfer ke orang lain secara efisiennya. Tapi nak cari kerja lain..nak mintak tolong kawtim kan bole tak? huhu..so aku datang menaip la kat sini..
sambungan....
Cerita kat rumah pak cik rahim (bukan nama sebenar-bns) aka wak keturunan wali songo mungkin.
ayah yang aku ingat paham dengan penukaran identiti pakcik tu terus selamba bewak bagi kata2 peringatan ke pakcik im.
" im hang mai umah pak ngah na..mai tengok2 keadaan rumah sebab pak ngah dah tak larat dah. mak ngah hang yang suruh mai"
wak "takpa bapak..nanti bapak pesanke rahim lagi ya. saya wak kepada rahim. saya bole bantu bapak dulu. bapak enggak sihat bukan.. mari dekat saya mahu urut"
ayah aku senyap je..mungkin tengah digest kot.
pastu wwak tu nak pegang kepala ayah aku dulu, tapi kan ayah pakai kopiah.
pastu wak tu mintak izin nak cabut kopiah tu.
pastu mula2 die nak letak kopiah tu atas karpet diorang duduk tu tapi die panggil aku pulak suruh pegang kopiah.
die cakap "ini kena pegang..mulia..nabi yang pakei"..hemm..ok jela.
masa die start pegang kepala ayah aku tu, ayah aku pandang aku sambil sengih2.
muka macam tengah tahan gelak rasa macam lawak kot berubat camtu..hahahah..
tengah ururt2 tu dia cakap apa aku tak ingat sangat, tapi die cakap ada pastu nak kena datang rumah aku. dia suruh ayah aku pesan kat rahim datang umah secepatnya kalau bole.
da berurut2 satu badan die buat air tawar pulak.
die suruh kitorang beli air mineral sebelah rumah die sebab kitorang tak bawak pape pun kan.
tak tahu kan nak pegi rumah dia pun.
dah selesai, wak tu duduk macam tadi balik, bernafas hembus kuat2 berstep lebih kurang macam tadi then buka mata,
macam bole kesan mata die macam lain. pak cik rahim dah balik rumah.
muka die nampak macam excited je..
pastu die tanya ayah aku apa yang wak tu cakap kat ayah aku.
ayah gelak je..tak menjawab soalan pun.
akhirnya balik camtu ja.
tak dak pulak ayah aku nak pesan lagi kat pakcik rahim tu suruh datang rumah.
atas kereta pulak aku citer kat mak aku pe sume pasal wak dan pakcik rahim.
aku cakap wak tu nampak cam humble pun ye gak, cakap tunduk2 je.
cakap yang penting2 je.
tapi mak aku kata mengarut la. pasni tak payah nak berubat dah dengan orang camtu.
sejak dari tuh aku tak penah dengar mak aku sebut pasal die kat depan aku.
dan pakcik tu tak tahu la ada datang rumah aku ke tidak.
Siri perubatan ke-2- ustaz kot
mak aku tu macam tak putus asa je kalau boleh nak cari sape yang bole berubat ayah aku (selain bergantung pada dianogsis hospital).
Paling kesian waktu die nak makan la.
lama gila nak kena suap pun sebab nak kunyah pun slow ja.
kat hospital kitorang try gak tanya doktor untuk bagi ayah masuk rawatan fisioterapi ke hape sebab body pe sume macam makin lama hilang daya.
tapi tula, depan doktor ayah aku bole angkat tangan separas yang doktor suruh,
genggam tangan sume tu tak fail pun so doktor pun cakap macam takdak masalah pun kenapa nak kena fisio pe sume,
doktor sarankan kitorang selalu ber'exercise' ngan ayahla bagi badan ayah aktif bergerak.
Tapi balik rumah genggam tangan pun susah. jari tu tak bole nak rapat.
pastu tah waktu bila tah,
aku balik dari kl dengan abang aku.
tak ingat waktu tu betul2 da habis U ke belum.
tapi kitorang balik tu mak ajak kitorang bawak ayah gi berubat kat ustaz buat air tawar sorang ni.
mak aku dah pegi sekali dah.
Ni nak pegi follow up la, mak aku cakap bukan ayah je berubat, mak pun berubat jugak sekali ngan rumah tu.
waktu tu umah aku bila malam lagi kuat bunyik atas bumbung tu,
sebelum ni yang aku lali dengan bunyi tu pun duk terkejut nak pengsan.
waktu tu tak tahu kenapa rasa seram sejuk.
aku perasan gak masa balik umah tu
umah aku selalu bau bangkai.
terutamanya bahagian dapur. kadang2 dengar macam hujan sebab ada air menitik atas bumbung tapi sekejap je.
tengok kat luar takde hujan pun.
Malam esok tu kitorang pegi la jumpa ustaz ni.
Pakai kain pelikat ngan baju pagoda ja dia tuh..hihi..
kawasan ruang tamu die memang takde sebarang perabot pun.
lapang selapangnya. mungkin khas untuk tetamu or pesakit yang nak datang berubat.
orang pertama yang berubat ngan ustaz tu ayah la..hahaha..
aku tak paham nape ayah aku selalu sengih je.
nampak comel betul. macam bebudak yang datang nak main2 je bukan nak pegi berubat.
tapi menarik gak cara die tu.
ayah duduk depan dia, dia tunduk baca ayat2 al quran.
macam jelas gak la bacaan die tapi tak tahu surah or ayat ape die baca.
pastu tangan dia macam sapu angin keliling ayah,
pastu berdehem2,
die pejam mata
..sekejap je perbuatan die tu.
pastu dia bukak mata cakap kat mak dan abang2 aku, ayah ni sakit lama kena mai banyak kali baru baik insyaAllah.
but because of what reason ayah jadi camtu die takde explain pulak.
Pastu giliran mak aku.
sama ja perbuatan dia.
sekejap jugak.
die kata mak aku ok ja.
cuma kena banyak bersabar dan tambahkan dan kuatkan lagi la amalan sebab ada yang selalu datang dan nak main2 ngan mak.
tu je.
amboii..explanation even simple wat aku meremang giler waktu tu.
pastu mak aku tanya pasal rumah aku, ustaz tu pejam mata lagi, sapu angin keliling mak aku, then muka die berpaling ke kiri ke ke kanan tah, pastu hangguk2.. (part ni aku musykil sikit dengan dia).
pastu die cakap la hantu raya duk ada kat atas bumbung tu lagi.
Ingat tak tadi aku cakap mak aku dah datang sekali kat die kan,
sebelum ni diorang dapat air tawar ngan garam kasaq bawak balik dan tabur serta sembur keliling rumah da.
ustaz tu cakap hantu raya tu lari naik atas bumbung tak bole masuk rumah dah kecuali die turun dapur dan bilik air untuk makan.
sebab tu kita duk bau bangkai kuat kat dapur tu.
pastu menda tu duk kencing atas bumbung sebab tu dengar macam hujan tapi sat ja.
dia cakap makan minum kitorang tu kena tutup sentiasa kalau tidak air kencing menda alah tu masuk....ewwwww.
padahal kan symptom2 tadi kitorang takde pun describe..
mak just cakap camne keadaan umah die je.
die kata malam ni dia akan tambah lagi ayaq tawaq dan garam kasaq lagi..
dia cakap kat abang aku bungkus ja ayaq tawaq dengan garam dalam plastik ke apa,
pastu lambung atas bumbung biaq menatang tu tak bole duduk atas bumbung tu dah. habiss..
Aku ingat dah benti setakat tu ja.
sekali mak aku suruh ustaz tu scan setiap satu anak dia termasuk aku.
mak aku cakap kat ustaz tu aku ni keje nak bebai dan mengamuk ja.
kuat marah2...ishhhhh2..tak senonoh gila perangai.
so aku terpaksa duduk depan die..
aktiviti yang sama ja ustaz tu buat.
pastu dia cakap ada jin suka mai duduk atas bahu aku bagi lenguh, sebab tu aku slealu nak marah2..hahahahaha..
malas ahh nak caya.
tang abang2 aku tak ingat pe menda ustaz tu cakap.
Balik kitorang esok tu buatla macam yang ustaz suruh.
ofkos la lelaki je wat keje2 camtu.
Alhamdulillah la takde dah bunyi tu sampai sekarang.
Kalau bunyik lagi pasni mesti aku cuak gila sebab aku mesti taw ada something atas tu...wuwuwuw~
momoji90
280916
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry.. sebab semalam dah taip siap2 dalam word file.
takut hilang macam sebelum tu.
Pastu takde pulak nak revised balik.. takpe2 akan cuba pertingkatkan usaha pasni..hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|