Edited by bajusejuk at 14-9-2016 04:47 AM
Mesti ramai dah tau cara masak resipi ni. Kiranya resipi ni memang senang & anak-anak pon suka makan sbb rase dia sedap n wangi.
Ayam Masak Merah Wangi Bahan kena beli : ![](static/image/smiley/default/lol.gif) 1/2 ekor ayam (potong kecik2) serbuk kunyit lada kering +bawang merah + bawang putih (kisar sekali) 1 batang serai (titik) 1 batang kulit kayu manis 1/2 biji tomato (potong kecil-kecil) sos cili 1/2 biji bawang besar dihiris bulat (untuk dimasukkan akhir sekali) 1 tin kacang peas cap ayam brand Garam gula
Cara-caranya 1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit & garam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2. Kisar lada kering, bawang putih dan bawang besar. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manistadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar tadi. Tumis smpai kuar minyak. 3. Masukkan serai yang telah dititik. 4. Masukkan tomato yang dah di potong kecil td. Kacau sampai tomato hancur, baru masukkan sos cili. Sos cili ni ikot rasa nak tuang banyak mana. 5. Rasa dulu kuah, kalau nampak kering, boleh masukkan air sikit. 6. Setelah kuah agak pekat, masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Tambah seasoning ikot citarasa masing-masing.
7. Masukkan kacang peas dan bawang besar yang dihiris bulat tadi. Setelah bawang besar layu, tutup api.
8. Sedia dihidangkan.
|