Apabila hari majlis perkahwinan anda berlalu dengan meriahnya, maka kebiasaanya anda akan terlupa dengan baju pengantin anda. Lagipun, anda akan berfikir seperti anda tidak akan memakainya lagi. Tetapi jika anda merancang untuk menyimpan untuk anak perempuan anda satu hari nanti atau untuk membuat duit dengan menjual kepada bakal pengantin yang lain, anda perlu mengambil tindakkan yang cepat dan bijak. Maka, jom ketahui kesilapan yang biasa pengantin lakukan selepas majlis perkahwinan dilakukan.
Berlengah-lengah untuk membersih Baju Pengantin Dalam realitinya adalah pembersihan dan memelihara baju pengantin dengan betul bukanlah sentiasa menjadi keutamaan apabila anda kembali ke kehidupan sebenar. Tetapi menunggu telalu lama, dan keras kepala anda untuk membersih kotoran ia akan menyusahkan bakal pengantin yang ingin memakai pada akan datang. Dimana peluh badan boleh menyebabkan lapisan baju menjadi rapuh, dan manakala makanan dan bekas solekan yang ketara kesannya boleh menjadi kekal jika dibiarkan terlalu lama. Maka, perkara yang terbaik untuk dilakukan ialah dengan membersih baju sekurang-kurangnya tidak melebihi dari tempoh sebulan.
Berfikir anda boleh membersihkannya sendiri Pengantin sering cuba untuk menggunakan soda untuk membuang kotoran, walaubagaimanapun ia tidak akan menjadi kepada kain sutera yang mempunyai bintik-bintik minyak atau kesan gincu. Selain itu, anda juga perlu berhati-hati untuk fabrik yang sensitif air seperti kain sutera dan rayon. Lebih buruk lagi, jika anda menggosok terlalu kasar kepada baju pengantin satin.
Menyimpan didalam beg plastik Tahukah anda pakaian perkahwinan yang disimpan dalam beg plastik pakaian akan mudah terdedah kepada persekitaran dan yang paling berbahaya jika baju anda berkuap didalam plastik. Ini kerana, ia boleh membawa kepada kuning dari masa ke semasa. Maka, anda dinasihatkan agar pakaian anda perlu disimpan di dalam bekas yang bebas dari asid dan melindungi daripada cahaya dan udara contohnya simpan didalam kotak khas untuk baju pengantin anda.
Menyangkut seperti baju biasa anda Anda dinasihatkan jangan sekali-kali untuk menggantung pakaian anda kepada penyangkut, kerana kain yang terutama kain berenda boleh meregangan bentuk kain anda. Selain itu, dengan mengantung pakaian anda di almari ia akan membenarkan lebih banyak cahaya terkena kepada baju jika anda membukanya.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google
|