Untuk membuat perhiasan perkahwinan sendiri, ia perlukan masa yang panjang untuk persediaannya dan membuatnya. Tetapi anda akan berasa ia adalah bahagian yang paling menyeronokkan, kerana anda akan mendapatkan pelamin yang anda idam-idamkan. Jadi untuk mendapatkan perhiasan yang anda inginkan, terdapat beberapa panduan perancangan terbaik yang boleh anda ikuti.
Cari inspirasi anda
Banyak pengantin melihat untuk majlis perkahwinan sebelum ini sebagai tempat untuk mereka inspirasi, dan tempat yang baik untuk mereka memulakan idea. Maka, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam ruang anda, mungkin majlis perkahwinan anda akan menjadi sumber inspirasi kepada bakal pengantin yang lain.
Menetapkan warna
Jangan berasa seperti anda perlu memilih tema atau warna-warna tertentu, anda boleh buat pilihan dengan warna yang luas. Kebanyakkan hiasan menggunakan warna yang agak nuetral, dengan menggunakan kayu, dedaun, atau tekstur linen, tetapi jika anda seorang yang kreatif anda boleh menggunakan sesuatu tema yang baru.
Ingat ruang anda
Pastikan bakal tempat perkahwinan anda dalam fikiran anda, supaya anda tidak kecewa jika anda sudah menetapkan segala-galanya. Jika anda mempunyai idea yang anda benar-benar inginkan, maka anda perlulah membuat ukuran atau anggaran yang tepat untuk anda membuatnya. Dan jika idea-idea anda tidak sesuai dengan tempat anda, maka anda perlulah fleksibelkan dan memikirkan cara lain untuk menyesuaikan idea anda untuk ruang yang sedia ada.
Mempunyai perspektif
Anda perlulah belajar untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang perlukan anda mengeluarkan kos yang terlalu tinggi kerana tiada siapa yang akan melihat atau perasan benda yang kurang kecuali anda. Anda perlulah senaraikan beberapa perkara yang anda benar-benar mahu tetapi ia besesuaian dengan bajet anda.
Buat perbandingan pembekal
Ini adalah perkara yang penting dimana anda perlulah membuat perbandingan pembekal, supaya anda tidak menyesal akan datang. Jika anda tiada masa, terdapat pelbagai alternatif lain yang boleh anda lakukan seperti melihatnya di dalam online. Selain itu, anda juga boleh meminta orang lain untuk melihatkanya.
Cuba untuk DIY
Cuba anda mencuba dengan membuat pelamin DIY, anda mungkin mempunyai idea-idea yang hebat dan inginkan membuatnya sendiri. Walaupun tidak menjadi kewajipan untuk anda membuat pelamin sendiri, tetapi tidak salah jika anda ingin mengelakkan pembaziran kerana mungkin segala peralatan DIY yang anda beli boleh digunakan semula untuk menghias rumah baru anda.
Buat ‘moodboard’
Pastikan anda membuat moodboard untuk merancang perhiasan perkahwinan anda kerana ia dapat mengelakkan campuran perkara-perkara yang tidak sesuai. Jika anda mempunyai moodboard, ia dapat membantu anda untuk menghalusi idea-idea. Apabila anda terdapat idea-idea yang baru atau terdapat item-item yang anda ingin membeli, anda boleh merujuk kepada moodboard anda dan lihat jika ia akan sesuai dengan tema anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di
Outletkahwin.comPhoto credits: Google.