Adakah anda pernah terfikir untuk DIY bunga kahwin anda sendiri? Dengan membuat sendiri, ia perlukan usaha yang tinggi dari diri anda, tetapi anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak. Jika anda seorang yang kreatif, dan seorang yang tidak kisah untuk bagun awal pada pagi perkahwinan anda, mungkin DIY adalah sesuai untuk diri anda. Maka, lihat dibawah cara yang boleh membantu anda membuat keputusan.
Jangan lupa tentang pakaian anda
Anda perlulah sentiasa ingat akan warna atau tema perkahwinan anda. Adalah penting bagi seseorang bakal pengantin mempertimbangkan pilihan warna bunga. Maka, anda perlulah berbincang dengan pakar bunga kerana mereka tahu bunga yang sesuai bagi menjauhkan warna dari pakaian hari perkahwinan anda.
Jangan buat sahaja
Tanya sesiapa pakar bunga perkahwinan untuk mendapatkan nasihat dan mereka tentu akan memberitahu anda. Maka, dapatkanlah bantuan dari mereka. Pastikan juga anda mempunyai banyak alatan untuk membuat bunga perkahwinan seperti gunting, dawai atau pita. Selain itu, anda juga perlu mencetak beberapa gambar sebagai contoh atau panduan untuk anda.
Jangan biarkan ia menjadi tekanan
Sebab utama kebanyakkan orang tidak DIY bunga perkahwinan mereka adalah kerana ia perlukan kerja yang keras, dan mungkin akan menjadi tekanan kepada bakal pengantin. Untuk menghias bunga, anda perlulah memulakan ia dengan santai atau tidak terlalu cerewet. Jika anda tahu anda akan panik pada pagi perkahwinan anda, pastikan anda sudah rancang untuk mengajak kawan-kawan anda untuk membuatnya sekali.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di
Outletkahwin.comPhoto credits: Google.