CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1273|Reply: 0

Cara Kekal Bajet Dengan Bunga Kahwin Anda

[Copy link]
Post time 7-9-2016 03:16 PM | Show all posts |Read mode

Hampir setiap pasangan ada matlamat perkahwinnya yang tersendiri, sama ada inginkan perkahwinan yang nampak mewah atau simple. Tetapi dengan bajet yang kita ada mampu mematahkan semangat untuk persiapan perkahwinan. Kebiasaanya, pasangan pengantin akan bertanya diri sendiri, adakah tema perkahwinan sesuai dengan anggaran kita?Apa yang perlu kita potong?Apa keperluan yang penting? perkara sebegini boleh menjadikan kesukaran dan kekecewaan kepada bakal pengantin. Terdapat berita baik kepada anda adalah apabila ia datang untuk merancang bunga perkahwinan anda, sekurang-kurangnya terdapat banyak cara kreatif untuk membantu anda bajet. Maka, terdapat beberapa tips yang boleh anda ketahui.

Fokus kepada warna dan tekstur
Ini adalah tips yang terpenting, dimana daripada anda memberi tumpuan kepada bunga tertentu sahaja, lebih baik anda berfikir dari segi warna dan tekstur. Contohnya, jika anda pengantin yang mementingkan bajet mahukan semua bunga ros berwarna merah jambu, mungkin anda boleh tukarkan sejambak bunga yang terdiri daripada merah jambu dengan pelbagai jenis bunga, dengan hanya sentuhan ros untuk yang penting sahaja.

Separuh-separuh bunga
Ramai pasangan mahukan ‘centerpieces’ yang tinggi hari ini. Tetapi realitinya adalah ‘centerpieces’ yang tinggi sentiasa menghasilkan harga yang tinggi, dan ramai dikalangan kita tidak mampu untuk berbelanja mewah.  Satu cara yang baik adalah dengan melakukan separuh-separuh, dimana separuh ‘centerpieces’ tinggi dan separuh ‘centerpieces’ rendah.

Lilin, kelopak bunga dan lain-lain
Anda tidak semestinya hanya menggunakan sejambak bunga untuk hiasan anda. Jika anda seorang yang kreatif mungkin anda boleh menggunakan lilin atau kelopak bunga sebagai hiasan perkahwinan anda. Contohnya, anda boleh terapungkan kelopak bunga diatas air sebagai hiasan ataupun terapungkan lilin yang dikelilingi oleh kelopak bunga.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.034248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list