CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1023|Reply: 0

Bagaimana Merancang Perkahwinan Tanpa Hilang Identiti Anda

[Copy link]
Post time 29-8-2016 09:30 AM | Show all posts |Read mode

Pernahkah anda pergi ke majlis perkahwinan kawan anda, yang tidak benar-benar berasa seperti ‘diri mereka’? Kesesuaian perkahwinan dengan identiti diri anda adalah agak mudah untuk dilakukan jika anda bermula dengan perancangan perkahwinan dengan teliti dan betul. Maka, terdapat beberapa panduan perancangan perkahwinan untuk membantu anda menjaga identiti anda.

Senaraikan dengan apa yang anda tidak mahu
Selalunya kerja lebih mudah jika anda senarai panjang semua perkara yang anda tidak suka tentang majlis perkahwinan atau tema perkahwinan. Dengan senaraikan yang anda tidak mahu, ia akan membantu anda mempunyai visi dengan sempurna tentang jenis perkahwinan anda.

Mempercayai naluri anda
Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri, walaupun kawan baik anda mempunyai idea yang bagus tentang perkahwinan tetapi tidak bagi anda. Tidak salah jika anda mengikuti atau mempercayai naluri anda tentang perkahwinan kerana ini adalah majlis perkahwinan anda bukan mereka. Bukan bermaksud anda menolak segala idea-idea mereka mungkin ada suku atau separuh yang boleh anda pertimbangkan.

Tidak ada peraturan
Siapa kata anda tidak boleh mempunyai kawan lelaki yang terbaik yang boleh membantu dalam kesusahan. Begitu juga dalam persediaan perkahwinan, mengapa anda tidak boleh buat majlis perkahwinan dalam hutan dan menggantung hiasan di pokok. Sebernanya kita boleh lakukan jika anda mempunyai sedikit pengetahuan dan pasukan yang mempercayai dan menyokong anda dari belakang. Majlis perkahwinan terbaik adalah mereka yang tidak mengikuti trend, dan mereka percayai dan berani dengan diri mereka. Mereka mempunyai kaedah-kaedah mereka tersendiri.

Senaraikan yang anda suka
Apabila ia datang untuk hiasan perkahwinan, kita sering menggunakan bunga-bunga sebagai hiasan, tetapi ia tidak semestinya. Anda sukakan sesuatu yang klasik dan berkilat? Kemudian anda seorang yang obses menyimpan barang-barang lama. Jika anda berani dan yang paling penting, anda ingin menjadi diri anda sendiri, tidak kira betapa gila anda berfikir, mungkin anda boleh menggunakan barang-barang itu sebagai hiasan majlis perkahwinan anda.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.035220 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list