Kebiasaannya, gambar-gambar gadis yang selalu menjadi mangsa jenayah buli dan salahguna di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab. Namun, berbeza dengan kes terbaru ini di mana gambar seorang lelaki ini disalahgunakan secara melampau.
Amir Faiz, berang dengan tindakan seorang gadis bernama Nor Azmanira Zawawi, yang mengambil gambar-gambarnya tanpa kebenaran, dimuat naik di laman Facebook gadis berkenaan.
Selain dari namanya turut ditukar kepada Tengku Amir Faiz Fariz Adrian Bin Tengku Amir Razali, gadis yang tidak dikenalinya itu juga mendakwa mereka telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata.
“Saya tak tahu sejak bila saya dah kahwin, bila masa pula nama saya ada Tengku bagai. Sudah banyak kali saya tegur dia tetapi dia masih kata saya adalah suami dia,” katanya. Amir tidak menolak kemungkinan gadis itu mempunyai masalah otak. Namun, masih bimbang jika perbuatan gadis itu tidak ditegur, ia akan mendatangkan masalah kepada dirinya suatu hari nanti.
“Kalau dia dah mengandungkan anak lelaki lain, jangan pula dia kata saya suami dia. Kalau benar saya adalah suami dia, kenapa tak pernah letak gambar kami berdua?” soalnya.
Justeru, Amir meminta orang ramai viralkan gambar dan statusnya itu agar gadis berkenaan menghentikan perbuatan tidak bermoralnya itu.
Sumber: PIXEL MEDIA
**fb minah ni dah takde dah. tp ig die ade lg. rupe2nye even gambar baby tu pun die curik org lain punye. huhuhu cik es level baru ke ni?
mod mcm biasa kalau tak sesuai leh pindah ke bod mana mana
|