Anda mungkin tidak tahu betapa sukarnya memilih gincu yang sempurna untuk hari perkahwinan anda. Adakah anda seorang yang berani memakai gincu merah? Bagaimana pula dengan gincu berwarna ‘nude’? Bagaimana anda mencari gincu merah jambu? Maka, tips dibawah akan menerangkan bagaimana cara anda memilih gincu yang sempurna untuk hari perkahwinan anda.
Tetap untuk gaya anda Untuk perkahwinan anda, anda perlu mencari satu gincu yang sesuai dengan solek pengantin anda dan juga gaya dan tema perkahwinan anda. Jika anda sebelum ini tidak pernah memakai gincu merah, jadi jangan sesekali mula pada hari perkahwinan anda. Ia adalah penting untuk menjadi diri anda dan memilih dengan menaikkan kecantikkan semula jadi anda.
Sentiasa dengan pelembap Pelembap bibir adalah terbaik untuk majlis perkahwinan anda, kerana ia akan membuat bibir anda sentiasa berkilat dan juga ia akan meratakan tempat gincu anda yang tidak rata. Selain itu, ia akan melembatkan bibir anda dan menjadikan warna yang semula jadi.
Sentiasa membawa gincu Anda perlulah sentiasa membawa gincu anda ketika hari perkahwinan anda. Berikanlah kepada gadis pengapit anda untuk menyimpankannya. Dengan cara ini anda senang untuk memakai gincu anda kembali pada bila-bila masa.
Tiada warna ‘nude’ Jika anda memilih gincu ‘nude’, pastikan ia bukan warna yang sama dengan kulit anda. Selain itu, anda tidak disarankan untuk memakai concealer bibir.
Percubaan Anda disarankan untuk mencuba gincu anda sebelum hari perkahwinan anda, sama ada percubaan di depan juru solek anda ataupun di rumah anda sendiri, ini kerana anda tahu anda telah memilih warna yang sesuai dengan wajah anda dan sesuai dengan warna kulit anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|