sumber foto: laman facebook Friend of BN
Laman facebook Friend of BN memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang perempuan berbaju merah kelihatan sedang menolak kerusi roda yang diduduki oleh seorang nenk tua yang berbaju biru.
Berdasarkan makluman laman facebook tersebut, kejadian tersebut berlaku di sebuah klinik kerajaan yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur.
Rakaman itu dilakukan oleh seorang saksi yang berada di tempat kejadian.
Admin laman facebook tersebut menyatakan di status : " Tak pasti mak sendiri atau orang lain, tapi tak perlulah kurang ajar macam tu."
sumber foto: laman facebook Friends of BN
Paparan visual jelas kelihatan perempuan berbaju merah itu dari awalnya pukul dan tolak nenek tua itu, namun nenek tua itu hanya menjenguk perempuan berbaju merah itu dan angkat tangannya tunjuk ke arah depan tanpa memarahinya.
Individu yang merakam kemudian mengalihkan lensa kamera ke arah yang ditunjuk oleh nenek tua itu.
Di situ kelihatan dua orang jururawat berada di kaunter.
Nenek tua cuba nak mengerakkan badannya ke depan, tetapi ditarik ke belakang secara kasar oleh perempuan itu.
Video tersebut ditonton oleh 860 ribu orang, kira-kira 12 ribu orang berkongsi video itu dan seramai 4,000 netizen memberi komen.
Pada mulanya, rata-rata netizen mengecam tindakan perempuan berbaju merah tu tidak berperikemanusiaan kerana sanggup bertindak sedemikian ke atas seorang nenek tua.
Ada pula rasa hairan kenapa jururawat yang berada di lokasi itu tidak mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya dan membiarkan nenek tua itu dikasari oleh perempuan tersebut.
Terdapat juga netizen, yang mengambil keputusan untuk mengesan identiti perempuan yang berbaju merah itu, untuk menggesa dia minta maaf secara terbuka terhadap nenek tua berkenaan.
sumber foto: laman facebook Friends of BN
Susulan itu, seorang netizen yang mengenali perempuan berbaju merah itu dan mengesahkan nenek tua itu sememangnya ibu kepada perempuan terbabit. Tetapi ramai di antara kita tidak sedar, sebenarnya perempuan berbaju merah yang bertindak kasar itu bermasalah terencat akal.
" Dia bermasalah mental, sering akan berketawa seorang diri."
Netizen bernama Afizan beritahu dirinya sering nampak mereka berdua di pasar, namun perempuan yang terencat akal itu tidak pernah mengganggu orang.
sumber foto: laman facebook Friends of BN
Afizan mengecam ramai netizen gemar memberi komen yang negatif tanpa pengesahan atau bukti yang sah, manakala individu yang merakam kejadian itu sepatutnya tampil ke depan dan memberi bantuan buat nenek tua itu.
"Yang paling bermasalah adalah kita semua, suka mengkritik sesuatu perkara tanpa pengesahan yang sewajarnya." - CARI |