Mengalami kegatalan sekitar kawasan vagina pastinya akan membuatkan anda merasa sangat tidak selesa.
Lebih menyeksakan jika rasa gatal itu muncul ketika anda berapa di khalayak ramai contohnya di kedai makan atau di dalam pejabat. Tak kan nak garu pula kan?
Jadi apa punca vagina sering gatal? Sudah tentu ia berkaitan dengan masalah kesihatan. Gangguan rasa gatal yang terjadi pada vagina disebabkan oleh infeksi kulat dan kesan alergik.
Apakah cara terbaik untuk mengubatinya apabila anda sudah terkena infeksi kulat pada vagina?
1) Wajib menjaga kebersihan vagina serta menjaga keseimbangan pH. Keringkan setiapkali anda membuang air, agar tidak lembab dan kotor yang boleh menjadi punca vagina gatal.
2) Mencukur rerambut kemaluan secara teratur juga penting. Jika kawasan tersebut dibiarkan ‘merimbun’, lebih mudah lembab dan boleh menjadi sarang bakteria.
AWAS!! Rerambut kemaluan yang terbiar akan menjadi sarang kutu kelamin,
3) Hindari menggunakan pakaian dalam yang ketat dan sempit, serta pilih material yang menyerap peluh supaya peredaran udara lebih mudah terjadi. Kenakan pakaian yang sedikit longgar di bahagian lipatan paha. Sebaiknya pilih material daripada jenis ‘cotton’.
4) Ganti pakaian dalam anda secara berkala. Jangan biarkan sampai 24jam tanpa diganti keran ai boleh menjadi punca vagina gatal.
5) Salah satu punca vagina gatal selain menggunakan ubat yang dapat meredakan rasa gatal tersebut, anda juga disarankan mengurangi pengambilan gula pada tubuh. Hindari makanan atau minuman manis yang akan menggalakkan pertumbuhan ragi dalam vagina.
6) Ketika mencuci pakaian dalam, jemur di bawah sinar matahari sehingga benar-benar kering untuk membunuh organisme penyebab infeksi.
Ikuti lah keenam-enam cara pencegahan diatas ini, masalah kegatalan pada vagina pasti dapat diatasi. Vagina sihat, hidup pun cergas! - CARI.