CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4944|Reply: 38

Buruh binaan 'terlebih pandai'

[Copy link]
Post time 5-8-2016 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 5-8-2016 03:44 PM

Buruh binaan 'terlebih pandai'



NUKILAN Dr Goh yang menjadi viral.



sab@hmetro.com.my


Johor Bahru: Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” kata Dr Goh Aik Ping berkongsi pengalamannya berdepan pesakit warga Bangladesh menerusi laman rasmi Facebook (FB) miliknya.

Kisah warga Bangladesh yang juga seorang pekerja buruh binaan itu mendapat perhatian doktor berkenaan berikutan keupayaannya mengenal pasti jenis ubat diperlukan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di bandar ini.

Bahkan, kisah warga asing berkenaan yang dikongsi dalam bahasa Mandarin mendapat perhatian netizen termasuk laman rasmi Persatuan Bangsa Johor dengan memberikan tajuk ‘Buruh Binaan Bangladesh Rupanya Ahli Farmasi.’

Kisah itu dikongsikan dalam bahasa Mandarin pada jam 11.10 malam pada 28 Julai lalu dan sehingga jam 5 petang semalam, mendapat perkongsian 10,502 dan kira-kira 11,000 ‘like’.

Dr Goh menerusi laman FB miliknya dikongsikan itu menyatakan betapa beliau terkejut berdepan seorang lelaki asing berpakaian lusuh dengan kasut tapak binaan berwarna kuning ala ‘Phua Chu Kang’ dan muka yang kotor.

Paling mengejutkan doktor berkenaan apabila lelaki itu mengenal pasti rawatan untuk masalah kesihatannya selain nama ubat-ubatan menggunakan terma perubatan.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan mengakui mengesyaki menghidap disentri, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus.

“Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” kata Goh dalam tulisannya itu.

Dr Goh dalam ulasannya berkata, lelaki itu menerangkan mengenai keradangan dalam perutnya, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.

“Sebelum sempat menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika saya mempunyai ubat seperti ciprofloxacin, metronidazole dan azithromycin, nama-nama yang kompleks hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan,” katanya.

Usaha Dr Goh mencari identiti sebenar warga Bangladesh itu berhasil apabila lelaki itu menceritakan mengenai latar belakangnya.

“Saya berjaya mengupas identiti sebenar buruh binaan Bangladesh itu dan dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.

“Dia (lelaki itu) memberitahu, dia belajar farmasi dan adik dia pula seorang doktor dan mengambil keputusan meninggalkan negara itu susulan ketidakstabilan politik.

“Selepas semuanya pulih, dia mendakwa akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata Dr Goh seperti dialih bahasakan dalam sebuah portal.

Dalam tulisan berbahasa Mandarin, doktor berkenaan hanya dapat meluahkan perasaan sedih dengan kisah diceritakan di hadapannya.

“Saya berasa sedih untuknya. Dia meninggalkan negara dan kerjayanya datang ke bumi ini sebagai seorang pekerja binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya.

“Semuanya kerana kehidupan domestik di sini lebih baik dan saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 10:35 AM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2016 03:44 PM | Show all posts
sbb abam @GhostWalking dah tak mo amek port berita dari India, Bangla, Sri Lanka so terpaksa laa ai ols yang tumpang berita tu kat sini.

Mohon abam @GhostWalking segera insap.


@kucen_miang mesti suka baca berita neh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 03:52 PM | Show all posts
tak terkejut pun, pasal dlm pengalaman akak, ada sorg tu grad sains komputer, tp peluang kerja kat bangladesh sana sngat sikit dan susah nak dpt, investor tak banyak kat sana,ditambah dgn rasuah yg kuat.... so he choose to be a buruh kat malaysia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 03:54 PM | Show all posts
waktu ai jadi mandur estate dulu pung, bangla-bangla yang mari tu pungg
bukan cikai2.

alih-alih jaga mesin berdiri tuh 12 jam sehari (kalau boleh dorang nak kije 24 jam sehari)

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak yg belah kiri tu.
Nampak smart muka dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 03:59 PM | Show all posts
cekgu @chazey

yang rupa macam nehh, ada ramai tak kat Sabah bha?  

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2016 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa kata ekonomi Malaysia teruk?pakar farmasi bangla pun sangup tinggalkan bangladesh semata mata mahu jadi buruh di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:14 PM | Show all posts
astro........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 5-8-2016 07:44 AM
sbb abam @GhostWalking dah tak mo amek port berita dari India, Bangla, Sri Lanka so terpaksa laa ai  ...

Aah bangla lokal abam tak kaver berita derang      
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:40 PM | Show all posts
abangla ni ada yang okay ada yang tidak...ada satu stesen petronas dekat tpt aku ni...abangla yang keje pump attendant tu okay sgt...bg salam...tlg lap tingkap..tlg isi minyak...sembang2 psl anak...dgr cerita dia nak hantar duit balik kg tu kesian sangat...sbb gaji sini sikit je...living cost kat sana tinggi jugak sebenarnye..especially harga rumah...so lepas dihantar duitnya...berapa je la tinggal..nasib baik duduk kongsi....kekadang kalau ada duit kecik aku hulur jugak sedekah kat diorang...


tp yang keje cashier kat petronas yang sama...yaampon kerekkkknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 04:42 PM | Show all posts
siputsedut replied at 5-8-2016 04:40 PM
abangla ni ada yang okay ada yang tidak...ada satu stesen petronas dekat tpt aku ni...abangla yang k ...

yang keje aircond, pastu pegang duit

mmg gitu laa

fefeeling akauntan gituh


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 5-8-2016 04:40 PM
abangla ni ada yang okay ada yang tidak...ada satu stesen petronas dekat tpt aku ni...abangla yang k ...

Aah ramai gk yg cam poyo..sembang kencang kuat mengular..keje menghadap henset je..hrp mamat ni bkn gebang lebih jela siap gi tau ada farmasi kt bangladesh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:50 PM | Show all posts
Ramai jumpa bangladesh ni yg berpelajaran tinggi.
Kalau indon mmg tak jumpa lagi la
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:59 PM | Show all posts
ermmmm...banyak berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 06:11 PM | Show all posts
Credential bangla ni tak diterima pakai kek Malaysia ke ekk... klu boleh diserapkan ke bahagian Farmasi tu.. guna jugak ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 06:13 PM | Show all posts
buragazz replied at 5-8-2016 06:11 PM
Credential bangla ni tak diterima pakai kek Malaysia ke ekk... klu boleh diserapkan ke bahagian Farm ...

takyah nak serap2....banyak lagi org malaysia lulusan farmasi tak ada kerja.

lain kali nak komen tu biar pandai sikit.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 06:41 PM | Show all posts
lavasekrew replied at 5-8-2016 06:13 PM
takyah nak serap2....banyak lagi org malaysia lulusan farmasi tak ada kerja.

lain kali nak kome ...

Orang sendiri demand tinggi... so apa salah adakan option jgn le sempit sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 06:44 PM | Show all posts
buragazz replied at 5-8-2016 06:41 PM
Orang sendiri demand tinggi... so apa salah adakan option jgn le sempit sangat...

option menda...dah bangla tu masuk pakai permit buruh...lu kasi kerja farmasi..

bulan depan beratus bangla pandai farmasi masuk pakai permit buruh....lu nak kasi kerja farmasi jugak ke..??

otak ada pakai la.




Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian kan..bila politik kotor kuasai negara..
Trpaksa naik tongkang berhijrah jadi pemetkk epal
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 08:05 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-8-2016 08:07 PM

hehehe...yups that is true Dr Goh ...yups...depa yg dari negara asia selatan ni sesetengahnya bukan daripada  golongan yg tidak mendapat pendidikan  atau so- so je  , depa tu ada yang mempunyai   kelulusan even kat sini pun cab driver  pun ada kelulusan  even women minibus university pun...tapi pemikiran depa begitu kuat sehingga depa menghasilkan tindakan ygbegitu matang - bila negara depa tak stable , depa buat ape...depa keje...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.265332 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list