Edited by jinkalewa at 16-7-2016 08:27 PM
Assalamualaikum...Semoga kisah yang tak seberapa ni dapat menyeramkan hari korang ye..dan semoga kesurupan kerasukan kegangguanan menjadi milik korang semua!kah! Tq pada otai2 MPS..Sama2 la kita kongsi kisah seram..Ada masa aku akan post lagi cerita lain..Cerita2 dari aku adalah cerita benar 80% dan rekaan bagi menyedapkan 20%..tq sekali lagi...
Aku ditempatkan di sekolah berasrama di sebuah daerah selatan N.Sembilan..Tidak aku hairan sangat sebab abah masih bertugas di Pejabat Kesihatan di situ..Jadi kalau ada apa-apa abah dekat..hehe..Keluarga aku pula dah pun berpindah ke bandar Seremban..Kehidupan di asrama, mengajarkan aku tentang kehidupan sendiri @ berdikari..Bangun sendiri, uruskan diri sendiri, basuh baju sendiri...Ohhye..Baju tu aku kumpul sebulan bawa balik rumah..Cuci pakai mesin basuh..Sebabtinggal di asrama, aku hanya ada masa untuk membasuh baju "senior2"..
Ceritanya bermula 2 minggu selepas aku mendaftar masuk ke asrama..Kehidupan asrama, taklain tak bukan..Kisah seram mesti tak lari..Abg senior selalu cerita akankeseraman asrama ni..Katanya, dorm sebelah kami yang ditutup ni bersebab..Atassebab apa? Nanti aku cerita.. Macam-macam kisah seram yang kami pelajar juniorni diwajibkan dengar..Apa boleh buat, kami adik, mereka abang..K fine!!
Pada satu malam, hari jumaat malam sabtu...Senior setiap dorm, kumpulkan semua pelajar2junior atas tujuan berkongsi cerita-cerita seram..Tak kisah kisah seram itudari mana, asalkan ianya adalah benar2 berlaku..Jadi pada malam tu, tepat jam12 malam, kami 7 orang pelajar juniorduduk bersila sambil membuat bulatan..Abang Wak (bukan nama sebenar) memulakancerita..Ceritanya tentang dorm asrama kami yang dikunci dan tidak dibenarkan sesiapa jua yang masuk kecuali Warden..
"Bro,cuti-cuti ni kau tak balik ke?" Tanya Wan kepada Joe..Mereka berdua adalah teman baik yang mempunyai hobi yang sama iaitu, bermain hoki..Mereka berdua mewakili kejohanan hoki peringkat daerah.."Tak kot..Tengok lah mcm mana..Kau balik tu hati-hati lah..Jaga diri..Nanti sampaikan salam aku pada mak ayah kau ye..Jangan lupa sampaikan salam rindu kat Wani"..Leter Joe dengan panjang...Ni nampak?? Tanya Wan sambil menunjukkan penumbuk kepada Joe yang cuba menggatal dengan adiknya..Namun itu hanya lah gurauan biasa bagi mereka..Joe hanya menyegih melihat penumbuk si Wan..
"Perhatian kepada pelajar yang bernama Muhd Syazwan bin Abdullah, sila datang ke Pejabat Warden sekarang"...kedengaran pengumuman dari Pejabat Warden melalui speaker di dorm mereka..Wan tanpa berlengah terus pergi ke Pejabat Wardendengan membawa beg pakaiannya.."Ye cikgu??" ..Wan, nah panggilan telefon dari ibu kamu..Wan mengambil gagang telefon dari Cikgu Wazer..
Wan :Assalamualaikum bu.. Ibu : Waalaikumussalam Wan..Wan dah siap ke? Wan : Sudah ibu..tunggu ibu dengan ayah je ni..
Wan meletakkan ganggang sambil mengeluh..Jelas riak mukanya menampakkan kesedihan..
Bro, apecite? Apsal ketat je muka tu..? tanya joe..Aku tak jadi balik...Mak Ayah aku ada hal pulak kat Kedah..Wan menjelaskan situasi sebenar kepada Joe...Takpe bro..Aku kan ade..Bukan kita tak biasa tinggal berdua kat asrama ni..Relax la..Joe cuba menenangkan Wan dengan kata-kata semangat..Hmm yelah..Pendek saja jawapan Wan kepada Joe..
"Assalamualaikumdan Salam Sejahtera kepada semua pelajar Aspura..Saya akan pulang kerumah..Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila telefon saya dengan segera..Jaga diri dan disiplin..dan jangan cuba-cuba merokok di asrama"
Kedengaran pengumuman dari Warden Asrama Putera (Aspura) tentang makluman ketiadaannya diasrama..Kedengaran juga riuh rendah beberapa pelajar yang tidak pulang kekampung.."Gembira agaknya warden takde"..getus hati joe..Masa terus berlalu..Wan dan Joe hanya menghabiskan masa di dalam dorm dengan membaca komik Ujang yang mereka pinjam dari Amri..
Jam 9 malam..
Wan : Joe,aku bosan ni..apa nak buat..nak keluar tak tahu g nak pergi mana..
Joe : Ermm..Apa kata kita main hoki nak?
Wan : Eh kau ni gile ke?? Mana tempat kita nak mainhoki bai malam-malam ni?
Joe : Alah jom lah...Game tak lama lagi..Kita main dekat dorm stor tu la..
Wan : Kan berkunci stor tu...
Joe : Jom je la...aku tau macam mana nak buka..
Lalu mereka berdua pun mencapai kayu hoki dan bola di belakang loker masing-masing..Terus berjalan ke dorm stor..Wan ditugaskan untuk memerhati keliling takut apa yang dibuat mereka dapat dilihat pelajar lain apatah lagi Warden yang kerap membuat lawatan mengejut..
Yes!!berjaya akhirnya...Hahahaha..Joe ketawa menunjukkan dia gembira dengan hasil membuka kunci mangga dorm itu..Dah jom Wan..Jangan kita lengahkan..
Jam 10malam..
Setelah ditolak katil dan tilam ketepi dinding, terdapat ruang untuk mereka bermain hoki..Tidak lah besar namun ianya memuaskan hati mereka yang sedang bosan..Permainan pun dimulakan..Klakk klukk klakk klukk...Mereka leka dengan permainan hoki di dalam dorm stor itu..Mereka lupa dengan bunyi bising itu,akan menjadi tarikan pelajar menghampiri stor itu..
Tiba-tiba,mereka menghentikan permainan..Dalam keadaan berbisik, Joe memberitahu Wan bahawa di luar dorm ada orang yang memerhati mereka..Apabila, mereka berhenti bermain, pelajar-pelajar itu berlari sambil menjerit "HANTUUUUUUU HOKIIII".....Si Wan ketawa terbahak-bahak kerana pelajar itu menganggap bahawa mereka ini hantu..."Apa lah dorang ni..Percaya sangat dengan cakap senior dulu pasal dorm stor ni..." kata Wan sambil tersengih..
Tanpa mereka sedar, jam telah menunjukkan 11.30 malam...
Joe : wan,jom last game..Sape kalah, besok kena belanja makan.
Wan : ok deal...Confirm kau kena belanja makanbesok..
Joe :hahaha..kalau aku kalah, besok confirm aku takde..
Wan : Aku cari kau sampai ke lubang toilet tau!haha
Mereka memulakan permainan..Sungguh rancak permainan hoki mereka umpama sedang bermain di kejohanan hoki dunia..Kedudukan seri 1 sama..Masih ada masa 2-3 minit untuk menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah..Dengan semangat , Joe,menghayunkan kayu hoki ke arah bola untuk dimasukkan ke dalam gol dan tidak semena-mena bola tersebut terkena tepat di mata Wan..Wan rebah ke atas lantai..Manakala bola itu terus masuk ke kawasan gol..Ini bermakna Joe menang permainan kali ini..Joe menjerit keriangan..Manakan tidak, Wan adalah pemain hoki yang mewakili negeri manakala Joe hanya mewakili daerah..Sudah tentu Wan lebih handal dalam bermain hoki..Ini membuatkan Joe gembira dapat mengalahkan sahabat baiknya, Wan..
Yes!! Aku menang bro...Besok aku nak makan puas-puas..Joe mengingatkan janji mereka sambil pergi ke arah Wan...Jangan la kecewa sangat..Bangun lah..Joe memegang Wan dan memusingkan badan Wan yang ketika itu sedang baring tertiarap.."Ya Allah..Wan!!!!!" Joe menjerit semahunya...Mata Wan pecah, kepalanya juga berlumuran dengan darah...Wan..Aku minta maaf..Aku tak sengaja..Bangun Wan..Wan hanya membatukan diri..
Joe yang ketika itu, takut dan bingung dengan apa yang terjadi, cuba bertindak bodoh..Joe dengan perlahan-lahan menarik Wan masuk ke dalam loker dorm stor itu..Dengan tangisan, Joe memaksa tubuh sasa Wan untuk masuk ke dalam loker yang hanya muat pada tubuh yang sedang-sedang sahaja.."maafkan aku Wan"..Perkataan "Maafkan aku wan" umpama wirid bagi Joe ketika itu..Tanpa lengah Joe mengunci loker tersebut dan mengalihkan loker tersebut ke arah paling sukar untuk org lihat..Joe mengambil cadar terbuang didorm itu dan membersihkan kesan-kesan darah pada lantai dan kayu hoki Wan..Lalu,kain itu dibungkus dan diletakkan di dalam beg pakaiannya..Bimbang kalau-kalau ada org terjumpa cadar putih yang bertukar merah itu jika dia buang merata-rata..
Tanpa melengahkan masa, Joe menutup pintu stor dan menguncinya semula...Dia berlari masuk ke dalam dorm..Seharian dia tidak dapat tidur dengan apa yang telah terjadi padanya..Tiap kali matanya ditutup, bayangan Wan menjelma dalam kotakmindanya.."maafkan aku Wan...Aku betul-betul tak sengaja"..Jam menunjukkan tepat 3 pagi..Tiba-tiba pintu dorm yang ditutup rapat tadi terbuka dengan perlahan..kreeekkkkk....Peluh jantan membasahi tiap anggota badan Joe..
Di depan Joe kini adalah makhluk yang bengis...Badannya sasa, tinggi dan hitam..Matanyamerah...Di tangannya terdapat kayu hoki...Dia memandang Joe dengan tepat..."Kenapa kau berdegil masuk ke tempat aku??..Kenapa kau berani membuat kacau dikala aku dan keluargaku berehat??Nah!!
Sekarang kau tanggunglah dengan apa yang kau dah buat..hahaha" !! Makhluk itu meninggalkan Joe yang terpinga-pinga...Dia masih dalam ketakutan..Tindakan bodohnya itu masih bermain di fikirannya..Akhirnya, Joe terlelap hingga ke pagi..
Jam 1 tengahari..
Joe masih di dalam bilik keseorangan..Masih menungkan apa yang terjadi malam tadi..Sungguh dia sesal..mahu berterus terang pada Warden? Dia bimbang akan ditahan polis..Risau akan menjadi seorang penjenayah..Mungkin akan dituduh MEMBUNUH!!.. Dalam kebingungan, tiba-tiba Joe terkejut!! Habis basah bajunya dek kerana peluh ketakutan.." Joe...aku lapar...kau janji nak belanja aku makan kan..." Itu lah Wan...Ya..Wan berada betul-betul dihadapan Joe...Joe merangkul Wan..Namun sebenarnya dia hanya merangkul angin...Arghhh!! apa aku perlu buat..! Joe seperti orang gila.."Kenapa kau kurung aku Joe...Apa salah aku?Kenapa tak selamatkan aku..Suara itu datang dari belakang nya..Lalu Joe berpusing arah, tiada siapa...Joe, kau dah buat 2 kesalahan dengan aku...yang pertama, kau kurung aku dalam loker..yang kedua kau mungkir janji..Aku menang semalam..Bukan kau!! Suara itu suara Wan..Lalu joe memandang ke arah pintu dorm..Kelihatan susuk tubuh Wan ke luar dan menutup pintu dorm!!Bammmm!! Dengan hati yang kuat, Joe menelefon Warden menceritakan apa yang berlaku malam tadi antara mereka..Kurang 15 minit warden sampai di dalam dorm Joe..Warden mendapatkan Joe yang ketika itu sedang termenung..
"Saya tak sengaja cikgu..Sumpah saya tak sengaja..Saya takut...Saya tak tahu nak buat ape.." Joe seperti budak kecil yang cuba membela dirinya.."Joe, kamu tenang..Sekarang ikut saya..Kita ke dorm stor tu.."Cikgu nak lihat sendiri apa yang kamu katakan ini benar atau tidak.." pelawa warden...Dengan bersaksikan beberapa pelajar, Warden membuka pintu dorm stor itu..Yang masuk kedalam stor itu hanya warden dan Joe.."Tunjukkan pada saya, mana lokernya", tanya warden dengan tenang..Mungkin tak mahu mengganggu emosi Joe..Joe menolak loker dan katil yang menghalangi tempat Wan diletakkan..."Ini Cikgu" Joe menunjukkan loker tersebut...Warden tanpa lengah meminta kunci loker tersebut kepada Joe dan terus membukanya..
Joe diam terpaku...Cikgu......."Mana Joe??Kamu ni jangan main-main" warden meninggikan suara sedikit..Joe tanpa lengah membuka semua pintu loker yang ada di dalam stor tersebut.."Semalam saya letak Wan kat sini cikgu...Dia dah takde...Saya tahu dia dah mati..Dia tak bernafas...Nadi dia dah takde...Percayalah cikgu..."Joe, jom ikut saya ke pejabat"..warden mengambil tindakan menenangkan Joe setelah melihat perubahan yang drastik terhadap diri joe..
Sesampainya di dalam bilik, Warden menerangkan sesuatu kepada Joe...Berkerut dahi Joe mendengar penjelasan Warden yang kiranya tidak masuk dek akal..
Joe : Tak mungkin cikgu...Saya main hoki dengan dia..Saya sendiri sorokkan mayat dia..
Warden : Macam ni lah Joe...Saya sendiri yang nasihat kamu supaya tinggal di dorm lain yang ada pelajar..Saya risau sebab dorm kamu semuanya balik ke kampung masing-masing..Tengok sekarang apa yang dah jadi??
Joe : Tapi Wan ada cikgu..Dia tak jadi balik kampung kerana mak ayah dia ada urusan..
Warden menelefon seseorang..."Nah kamu cakap"...Joe mengambil ganggang telefon dari warden..
Joe : Hello, Assalamualaikum...
Wan : Wasalam..Weyh kau ape hal..aku ni Wan..Ape cite??
Joe : Wan????kau kat mana???
Wan : Aku kat kampung la..Kan semalam aku terus gerak lepas warden panggil..
Joe : Wan...Kau tak balik semalam kan?Kau dengan aku semalam kan?Kau main hokidengan aku malam tadi dekat stor kan?
Bertubi-tubi soalan yang ditanya joe kepada Wan..Dia pelik...Dia masih dalam ketakutan..
Warden :Joe, macam ni lah...saya bagi kamu cuti..Rehatkan minda..
Joe : Tapi cikgu.....Semalam....
Warden: Saya tak nak dengar apa-apalagi...Kemas barang kamu dan saya akan hantar kamu pulang..Saya tahu apa yang kamu lalui..
Joe masih dengan kebingungan dengan apa yang terjadi padanya..Masih terbayang-bayang padanya apa yang terjadi pada malam kejadian..Joe terus-terusan tertanya pada dirinya sendiri..Adakah apa yang dilalui nya hanya mimpi atau khayalannya semata-mata..Tiba-tiba makhluk yang dilihat pada malam kejadian tersebut, datang menerpa nya di dalam bilik..."Kau ingat kau cukup kuat ke manusia??Aku akan pastikan kau akan jadi peneman aku di dalam bilik sana...hahahaha"..Joe teperanjat lantas tidak sedarkan diri..
"Joe tenang joe!! Mengucap banyak-banyak..Mak dan adik-adik joe cuba menenangkan Joe yang kini seperti dikawal sesuatu..Mata Joe kini merah, bajunya habis dikoyakkan..Ayah Joe dalam perjalanan membawa Pak Mus seorang perawat tua didalam kampung mereka..
Pak Mus dengan tenang melangkah masuk ke dalam rumah Joe..Sambil melangkah masuk, Pak Mus menampar pintu rumah dan dinding rumah Joe..Joe memandang tepat ke arah Pak Mus sambil mendengus.."Hey Jin!! Aku kenal asal usul kau..Kau berasal dari api, datang ke sini menuntut janji..Pergilah kau jangan kau ganggu cucu Adam ini lagi"..
Joe : Hergghhhh!! Aku datang ingin membawa nya pulang..Jasad dia tidak lagi berisi..
Pak Mus: Hentikan sudah niat itu..Tidak berisi kerana alpa..Nanti aku ingatkan kembali..Dia masih milik Tuhan kau dan aku!
Joe : Hey manusia yang hina...Kau belum tahu siapa aku...! Cuba lah kau ambil dia dari aku..& keturunan aku hancurkan kau..
PakMus : Bercakap banyak tidak berguna..Mari ke sini aku kejarkan kau..Kau juga mungkin lupa siapa khalifah di muka bumi ini..
Lalu terus Pak Mus baca kan ayat-ayat suci Al-Quran..berulang ayatul Qursi dibaca PakMus..Dengan tenang maklum yang berada dalam tubuh badan Joe mengikut bacaan-bacaan Pak Mus..Pak Mus tidak mengalah terus membacakan Surah At-Taubah Ayat 128-129 sebanyak 11 kali di telapak tangannya .. لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْعَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌرَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَعَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
Joe kelihatan lemah..Namun masih mampu untuk bangun...Tidaksemena-mena, Joe bangun dan terus menyerang Pak Mus yang ketika itu sedang duduk..Dengan tindakan Joe itu, Pak Mus menepis dari jauh dan seolah-olah membaling sesuatu dari tapak tangannya ke arah Joe..Belum sempat Joe sampai kearah Pak Mus, Joe terpelanting jauh ke belakang..
Pak Mus : Nah bangun kau..Hebat sangat kau?
Joe : Hahaha..Hiarggghhhhh!!
Joe terus bangun dan mencapai sebatang besi yang ada dikawasan ruang tamu itu..Lalu besi itu diayunkan kepada Pak Mus..Pak Mus dengan kuat membaca ayat terakhir dari Bismillah 5..Kemudian tangan Pak Mus dilihat dari seperti mengambil sesuatu di tubuh belakang nya..Lalu dilibas ke arah Joe..Sekali lagi Joe, terjatuh..Kali ini Joe memegang tangannya..
Joe : Cukup!! Tolong jangan cederakan akulagi..Cukup tangan aku dah hampir putus ni.
Pak Mus : Baik..Sekarang kau keluar..Aku bagi kau 2 pilihan...Samada kau mahu terus ganggu manusia atau aku kurung kau?
Joe : Aku tidak mahu melawan kau lagi..Tapi jika benar kau hebat, kurung lah aku kerana aku akan terus menganggu pelajar di sekolahnya lagi..Hahahaha!!
Pak Mus : Masih kau angkuh dan sombong ya? baik...
Pak Mus membaca akhir surat Al-Hasyr ayat : 21-24..
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُخَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَالِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّاهُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَاللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُالْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَاللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِوَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24)
Kemudian tangannya mengarah ke tubuh joe...Dari kaki dibawa ke mulut kelihatan tangan Pak Mus seperti memegang sesuatu yang berat..Lalu dengan kudrat yang ada, Pak Mus meletakkan tangannya ke atas cincin batu yang dipakainya..Kelihatan Pak Mus termengah-mengah..Joe pula pengsan tidak sedarkan diri..
Setelah itu, Joe dikejutkan dan dimandikan di atas tanah di luar rumah nya..Dengan cahaya bulan yang menerangi, Pak Mus berdoa.. YA ALLAH, PENGUASA SEMESTA ALAM..AKU MEMOHON DENGAN RAHMAT DAN HIDAYAH MU, DENGAN KEKUASAAN MU, DENGAN KEBESARAN MU, BUANGKAN LAH SEGALA BISA-BISA GANGGUAN PADA M.AZIZUL HAKIM INI..ANGKAT BISA GANGGUAN ITU 7 PETALA LANGIT DAN TANAMKAN 7 PETALA BUMI..YA ALLAH,PERKENANKAN LAH DENGAN BERKAT DOA KALIMAH LAILAHAILLAALLAH!!! ..Lalu, Pak Mus menyiram Joe sebanyak 7 kali (7 baldi)..
Joe makinpulih..Fikirannya tidak lagi ke arah perkara yang dilaluinya..Seminggu diberi cuti..Joe kembali ke asrama dan memulakan buku baru dan Joe masih berkawan rapat dengan Wan..Kerana kes ini, semua pelajar asrama diwajibkan untuk balik apabila tiba waktunya..Dorm itu pula masih menjadi stor dan masih berkunci sehingga sekarang..
"Habis bang...siapa yang dengan Joe malam tu?Siapa yang main hoki dengan Joe?"tanya aku berterusan tanpa henti...
Senior : Sebenarnya tu bukan Wan...Benda tu lah yang menghuni di dorm stor tu..Mengikut cerita sebenar, asal benda tu dari seorang pelajar yang mati bunuh diri dalam dorm tu...Jadi, benda tu cuba menyamar jadi apa jua untuk menarik pelajar masuk dalam dorm stor tu..Kemudian benda tu akan buat sesuatu agar pelajar tu akan jadi gila..Contohnya macam kes Joe ni, dia hampir jadi gila...Alhamdulillah dia kuat hati utk ceritakan pada warden tentang perkara ni...
Aku : Abang dapat tahu cerita ni dari siapa? Mulut ke mulut ke??
Senior : Takk...Aku dapat tahu dari Cikgu Joe..Joe yang aku ceritakan tadi adalah warden kita sendiri..Dia yang dah lalui benda ni..tu pasal stor tu masih dikunci dan dia melarang keras untuk pelajar masuk sana..Paham?
Aku : Kan benda tu dah takde?Pak Mus dah buang kan?
Senior : Tak juga..Masa tu Pak Mus buang yang ikut Joe tu..Kepala taiko benda tu..Anak-anak buah dia pak Mus tak buang..So, di stor tu masih ada lagi benda tuuu....
Pelajar2 junior hanya mengangguk paham..Masing-masing menunjukkan cuak di muka...Malamtu, dengan kebenaran senior, pelajar2 junior tidur beramai-ramai di tengah dorm..Tidak di atas katil...Takut punya pasal...Setakat ini sahaja, cerita nya...Moga terhibur dengan cerita yang serba ringkas ini....Terima kasih kepada yang sudi membaca..
#ksk
#jinkalewa
|