|
sempena mood Raya ni.. shin teringin la nk tau ek.. shin bukan nk share pasal cite antu Raya.. tp shin just rasa misteri.. kenapa antu tu di panggil ngan gelaran Hantu Raya.. dulu masa kekecik dok pk.. antu ni kuar time raya je.. so kalo gi beraya kena cecepat balik..
yak shin tau.. konsep Hantu Raya ni dia x menakutkan org.. dia just tolong tuan dia jaga rumah.. tolong wat keje rumah.. kiranya rupa paras antu ni x la menyeramkan sbb dia menyerupai tuan dia kan.. kecuali la kalo tuan dia mmg di lahirkan hodoh.. pasrah je la antu tu kena rupa hodoh gak.. pastu kalo tuan dia mati.. antu raya ni akan merayau cari tuan baru..
kalo korang tau kenapa or nak share pasal Hantu Raya pon boleh..
sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri ek |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu Raya atau nama scientificnya Homonoculi Intasapi adalah spesis hantu yg aktif pada waktu malam hingga ke awal pagi.
Hantu ini mula ditemui sekitar tahun 1353-1355 di kawasan Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan dan Brazil. Hantu raya juga boleh berubah2 rupa bentuk samada manusia atau haiwan. Namun, pada tahun 1932, beberapa pedagang yang melayar sekitar Selat Melaka dan Selat Tebrau yang sering terserampak dengan mahluk ini juga menceritakan ia boleh berubah bentuk kepada tumbuh-tumbuhan besar seperti pokok rhu, mayung dan semalu darat. Log buku Ekspedisi Kapten Henry Dutchland 1551 jilid 3 m/s 68, merekodkan bahawa Hantu Raya pernah belayar bersama mereka selama 12 hari dari Kuala Kangsar ke Ambon. Dalam pelayaran ini 79 krew dilaporkan mengalami keracunan makanan manakala 3 lagi termasuk Kapten Dutchland sendiri pecah appendiks sepanjang kewujudan makhluk ini di atas kapal. Walaubagaimanapun, Kapten Dutchland dan krew kapal dilaporkan sihat setelah Hantu Raya yang duduk di dapur kapal tiba2 hilang setelah memasuki perairan Ambon. Ini kerana, salah seorang krew kapal yang tidak tahan dengan cuaca Ambon mengambil keputusan menanggalkan pakaiannya dan masuk ke dapur untuk meminum air. Hantu hilang. Kes ini dijadikan rujukan kes2 mendatang, dimana kebanyakan individu yang diserang atau terserempak drngan hantu raya cuba menghalaunya dengan menanggalkan pakaian. Namun, amalan ini jarang dipraktikan di zaman moden setelah motosikal dan kereta digunakan secara meluas. Pada tahun 1986, Haji Masjun Bin Ahmad Luar yang tidak mahu nama sebenarnya direkodkan, cuba menanggalkan pakaian semasa menaiki motosikal setelah terserempak dengan Hantu Raya, namun sebelum sempat selesai, Haji Masjun terjunam 3km ke dalam gaung. Walaubagaimanapun, Haji Masjun bernasib baik kerana beliau hanya mengalami kecederaan ringan.
Tu bi kun ti nuw... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-7-2016 10:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
JokesCop replied at 8-7-2016 06:19 PM
Hantu Raya atau nama scientificnya Homonoculi Intasapi adalah spesis hantu yg aktif pada waktu malam ...
3 kali baca baru paham.. ouhhhh to be continue |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...aku baca ni..duk terbayang citer pirates of the carribeans..
roh2 bergentayangan kt kapal jack sparrow tu..
sila sambung lagi...
hantu kat mesia ni macam2 nama..
|
|
|
|
|
|
|
|
kih kih kih... JC punya olahan sungguh tak menahan... beriya sungguh karangan beliau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jc..i consider ur facts to betulla ek..cuma pakcik jatuh gaung tu rasa erk... |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop replied at 8-7-2016 06:19 PM
Hantu Raya atau nama scientificnya Homonoculi Intasapi adalah spesis hantu yg aktif pada waktu malam ...
kisah benar kot yg diolah semula
Soklan stended, bila nk smbung? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit yg diketahui umum, hantu raya mula diperkenalkan di Malaysia, walaupun rakyat Indonesia cuba membuat tuntutan antarabangsa mengenai hal ini dengan mengatakan Hantu Raya berasal dari Yogyakarta dari perempuan bernama Suraya anak Bambang Al-Rusdah Al-Bainun Al-Yankovic, namun disebabkan pembuktian yang meragukan dan tida mencukupi. Hakim mahkamah dunia, Darren Steven Rueben memutuskan pada 1992, segala hakcipta jatuh ketangan Malaysia. Indonesia masih lagi menentang keputusan ini sehingga sekarang.
Dalam risalah penulisan Jamianul Al-Fay, Hikayat Jamianul dan Jasmin Ali, Hantu Raya diklasifikasikan sebagai raja segala hantu. Beliau juga memberitahu bahawa pemegang atau Tuan Hantu Raya boleh dianggap sebagai seorang yang berpengaruh atau berkuasa tinggi dalam bidang mistik, paranormal dan kesaktian. Pada tahun 1579-1585, pertempuran terbesar pernah direkodkan dalam sejarah pawang dan dukun yang dinamakan Peperangan 500 Dukun diakhiri dengan kemenangan bersama Pawang Tok Ngah dan Adik Paduka Dukun Samprah Boestamam dengan masing2 berkongsi jumlah khadam Hantu Raya yang sama iaitu sebanyak 40,394 ekor. Pada tahun 1601, Adik Paduka Samprah Boestamam mula melancar serangan bertali arus namun usahanya gagal apabila tiada satu hari pun dalam tempoh serangan selama 92 hari Pawang Tok Ngah mengenekan pakaian membuatkan segala serangan Hantu Raya Adik Paduka gagal.
Bersambung di bahagian akhir, Asal usul nama hantu raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by JokesCop at 11-7-2016 12:55 PM
Bahagian Akhir: Nama Hantu Raya.
Peperangan antara Adik Paduka Dukun Samprah Boestamam dan Pawang Tok Ngah berakhir pada 1615 dengan stalemate dan kos Ancak (makanan hantu raya) merugikan kedua-dua pihak. Mereka berdua bersetuju menandatangani perjanjian damai. Isi perjanjian adalah mereka akan membuang kesemua 80,786 khadam hanya satu atau dua boleh disimpan untuk kegunaan rekreasi.
Perjanjian ini menjadi batu ukur kepada pembelaan Hantu Raya oleh generasi akan datang di mana seorang hanya boleh membela hanya 1 atau 2 dalam satu2 masa, dikhabarkan jika ada yg membela lebih dari itu, penampakan Tok Awang Ngah yang tidak mengenakan seurat benang akan terjadi di waktu malam bersimpuh dihujung katil memberikan nasihat supaya Hantu Raya yang lebih dibuang. Perkara ini masih tidak jelas kerana individu yg terserempak dengan Tok Awang Ngah kesemua mengalami masalah mental yg kronik sambil meracau "anu bergentayangan" sepanjang hayat.
Nama Hantu Raya berasal dari 2 perkataan, Hantu diambil dari perkataan makhluk halus atau manusia tidak cukup akal pemikiran dan Raya dari perkataan "gah" atau "besar-besaran" diambil sempena Hantu Raya adalah hantu terkuat antara semua atau melambangkan kehebatan pembela. Contoh lain penggunakan perkataan Raya adalah Malaysia Raya dan Jalan Raya. Maksudnya lebih besar, atau lebih gah. Nama ini juga dikhabarkan diambil sempena Peperangan 500 Dukun, peperangan terbesar pernah direkodkan dan jumlah hantu terbesar pernah direkodkan iaitu 80,788. Senarai nama pembela dan hantu masih tersimpan di arkib negara di bahagian "Malaysian Folklore and Paranormal" dengan kelulusan akses peringkat 4.
Hantu Raya di dalam dunia maya.
Amalan hantu raya di dunia maya diamalkan secara meluas. Pengamal kebanyakannya memilih untuk memiliki Hantu Raya setelah di post banhammer oleh mod atau tujuan mengurat forumer lain. Harapan penulis, kepada pembela Hantu Raya di forum ini, janganlah guna lebih dari dua, kerana dikhuatiri akan dilawati oleh Pawang Tok Ngah diwaktu malam dihujung katil.
SHELESAI
P/S: Iklan: Marilah baca Siri Mari Tidur Bukak Lampu sambil memeriahkan thread tersebut. Aku dengan xmalunya menyeru di thread orang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantu raya ni tough kalau nak tau. itulah sebabnya dipanggil hantu raya.
raya tu maksudnya besar. macam lebuh raya, pasar raya, duit raya, indonesia raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-7-2016 02:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
JokesCop replied at 11-7-2016 12:35 PM
Bahagian Akhir: Nama Hantu Raya.
Peperangan antara Adik Paduka Dukun Samprah Boestamam dan Pawang ...
sangat terperinchi.. good job! |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku pernah ada satu fasa di mana aku selalu buat hal sendiri, khayal je manjang
memang kau rasa takde jiwa nak buat apa2, rasa kosong
pastu mak aku bawak aku pi jumpa ustazah ni tolong tengokkan. dia cakap aku ada didampingi satu family bunian & satu hantu raya. dorang dampingi aku sbb aku tengah sunyi masa tu
aku pelik pasal hantu raya tu, ustzah cakap belaan orang kawasan tu. tapi dah takde tuan so dia main randomly je kacau orang yang dia tengok loner. siap dia cerita lagi masuk celah tingkap dapur dekat dgn bilik air blabla padahal ustzaah tu tak pernah pi rumah aku pun. pastu dia halau. entah la ada lagi tak sekarang aku malas je sampai sekarang hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-7-2016 02:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
selalu kalo shin baca citer citer seram melibatkan Hantu Raya ni.. mesti ada bab 18SX.. antu tu kadang menyerupai suami dia.. pastu wat hubungan suami isteri .. pastu isteri rasa tenaga "suami" dia luar biasa.. gitu laugh..
agaknya Hantu Raya ni sepsis antu giler sex.. suka merogol.. meraba.. mencabul.. hahaha.. meliwat je x kot
bebeza ngan anto Saka yak kuat makan.. tu lagik bermoral kot compare ngan antu raya ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-7-2016 02:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
labusayong replied at 11-7-2016 02:17 PM
dulu aku pernah ada satu fasa di mana aku selalu buat hal sendiri, khayal je manjang
memang kau r ...
org jiwa kosong mmg mudah di pengaruhi kot.. bukan antu setan je.. manusia jahat pon mampu mendampingi.. jaga jaga cik salmah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pernah mimpi ditiduri hantu raya ni. dalam mimpi aku aku ngesek dengan artis pujaan aku. maju kan dah la muka omputih hahaha
kalau mimpi gitu adakah telah ditembusi betul?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-7-2016 02:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
labusayong replied at 11-7-2016 02:29 PM
aku pun pernah mimpi ditiduri hantu raya ni. dalam mimpi aku aku ngesek dengan artis pujaan ak ...
ngesek di alam ghaib x di kira mcm ngesek bebetul.. antu tak berjasad.. hanya mainan perasaan je.. untunglahhhhh dpt ngesek ngan artis omputeh lg |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-7-2016 02:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hantu raya boleh di lemahkan dengan cara menggunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi. Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini.
Selamat mencobaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik aku citer...
dia nmpk kwn dia kat surau
padehal org tu br je arwah..
antu raya kah |
|
|
|
|
|
|
|
Hantu Raya Aidilftri
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak, abah dan adik-adik serta kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita.
Apa cerita dengan Naim ye ? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik Main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan ! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd' ! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.
Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu.
Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey ! Siut ! Aku ingat orang darat mana tadi ! Engkau rupanya ! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni ?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah ! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak ?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la ! zaman beredar, manusia pun kena berubah ! Mana kau tau aku nak balik ?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.
"Aku memang ada masalah pun. Eh ! kau ni nak terus balik rumah ke ?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah !" " Ala ! singgahlah rumah aku dulu ! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim ! Pagi esok aku balik la ! boleh terus siap untuk sembahyang raya !" kata Raiz dalam hati.
"Eh ? Kau duduk sorang je ke ? Mana mak ayah kau ? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah ! Naim menarik nafas panjang. "Inilah ! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku ! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.
Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je !" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.
Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik !
Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh ! Aku cuma tunggu kau balik ! Salah ke ? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau ? Tak peduli aku makan ke, minum ke ! sakit ke ! matipun diorang mesti tak ambil peduli !"
Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan rasa hampanya. "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali !" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa ? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye ! Eh ! Minumlah ! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la !". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering.
Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim ! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni !" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf ? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana.
Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ! ye. Esok dah nak raya,aku Mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah ! Budak ni kat sini rupanya ! Puas kita tunggu dia balik !" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh ? Mak !" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Semeunya berpakaian cantik dan kemas.
"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa ? Dah takde rumah nak balik ?" jerkah ayahnya. "Eh ? Kenapa pulak diorang marah ni ? Raiz memerhatikan ekelilingnya.Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering ! Hanya daun-daun kering yang bertaburan ! Lebih memeranjatkan lagi, di tepinya terpacak batu nisan !
Raiz melompat bangun.. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh ? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah ! "Apa ?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu !" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2008 ! Raiz terpelangah.
"Mak ! Malam tadi saya jumpa Naim mak !! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi ? Bulan puasa pun ada hantu ke ?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu ! Naim dah tak ada ! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu.
Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi ! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu ! apakah yang Raiz temui Semalam ?Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya.
Raiz terduduk kebingungan di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye !"
Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku ! semoga kau tenang dan aman di sana !
Sumber : ZamriSpoon (copy) |
|
|
|
|
|
|
| |
|