CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12102|Reply: 35

Bukit Sejuk Berpuaka punca kemalangan?

[Copy link]
Post time 2-7-2016 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode



Bukit Sejuk berpuaka?
02 Julai 2016 6:00 PM
Kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
NAHAS jalan raya yang meragut 10 nyawa di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Bukit Sejuk di sini pada tahun 2009 pastinya masih segar dalam ingatan penduduk di daerah ini.

Sejak daripada kejadian itu, laluan di sekitar Bukit Sejuk sehingga kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis khususnya dilihat terus 'mencari mangsa' dengan rentetan kemalangan berlaku, selain meninggalkan terlalu banyak kisah menyayat hati.

Pelbagai kisah misteri dikaitkan dengan laluan yang lurus tersebut sehingga penduduk setempat dan pengguna jalan raya menganggap lokasi berkenaan sebagai 'kawasan berpuaka'.

Mengikut kepercayaan masyarakat setempat, Bukit Sejuk dikatakan menjadi penempatan makhluk halus yang dijaga oleh seorang ketua bernama 'Tok Fakir' sejak 600 tahun lalu.

Bukit tersebut juga dipercayai dikawal oleh seekor kucing bermata hijau serta ular besar yang dikatakan sering kali muncul di laluan utama Felda Chiku 1 terutama pada waktu lewat petang sehingga awal pagi.

Bagi menguatkan dakwaan tersebut, rata-rata penduduk setempat yang ditemui wartawan juga melemparkan pandangan sama bahawa lokasi terbabit sememangnya mempunyai sejarah dan menyimpan penuh kisah misteri.

“Sepanjang jalan Kuala Krai-Gua Musang terutama di Kilometer 21, Bukit Sejuk sememangnya mencabar. Suasana sunyi, jalan berbukit dan dikelilingi hutan belantara cukup menyeramkan.

“Kawasan tersebut bukan sahaja dikatakan dihuni oleh haiwan liar, malah menjadi penempatan makhluk ghaib yang sering muncul setiap kali menjelang waktu lewat petang sehingga awal pagi.

“Seingat saya permulaan kejadian kemalangan di kawasan Bukit Sejuk adalah pada tahun 2009 yang mengorbankan 10 nyawa. Sejak itu lokasi berkenaan terkenal sebagai kawasan berdarah,” kata seorang penduduk, Mohd. Noor Ghani, 54, yang lebih 30 tahun menetap di Gua Musang.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang melakukan tinjauan selama dua hari di kawasan tersebut bagi merasai sendiri pengalaman sebenar di lokasi yang dikatakan misteri itu mendapati keadaannya cukup sejuk dan menyeramkan.

Sepanjang perjalanan yang bermula dari sempadan Kuala Krai sejauh 48 kilometer menuju bandar Gua Musang, keadaan laluannya kelihatan tenang dengan kadangkala terlihat kelibat lori balak dan bas berulang alik ke Kota Bharu atau Kuala Lumpur.

Ketika melalui kawasan di Kilometer 21, Bukit Sejuk sehingga kawasan R&R Rantau Manis, keadaan di situ agak lenggang terutama pada waktu malam dengan keadaan suhunya cukup sejuk.

Bagaimanapun tidak ada kejadian misteri berlaku sebaliknya wartawan hanya merasai suasana berbeza berbanding ketika melalui laluan lain selepas kawasan berkenaan.


FB, Twitter, IG Kekawan Utusan Online
Geng-geng Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk laa kau punya puaka... siapa suruh drive cam puaka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 hantu bunian yang disalahkan kan sis..senang jah jd ummah suchi maksum.

#justiceforhantukopek
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 07:43 PM | Show all posts
citer purba zaman dahulu kala
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat puaka vs Driver puaka
Mana satu yg betul
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu sepapat kaka ghost selalu dipersalahkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau budak umoq13 thn boleh bawa motor tanpa license, hmmm, puaka, kucing tim burton tu mangsa keadaan je la.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sket2 nak salahkan hantu
Alahaiiiiii meleis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu bermistiklah. Kemalangan berpunca daripada kegagalan kenderaan memotong hingga bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Bilangan yang maut tinggi disebabkan penumpang yang tidak memakai seatbelt.

..................

GUA MUSANG:Sepuluh maut dan seorang bayi cedera parah dalam kemalangan di Gua Musang, paling buruk hanya dua hari selepas peraturan mengenakan tali pinggang penumpang belakang dikuatkuasakan.

Kemalangan itu yang melibatkan tiga kenderaan berlaku di Bukit Sejuk pada pukul 11.30 pagi tadi.

Malah, ia juga kemalangan buruk selepas kejadian Ahad lalu membabitkan dua buah kenderaan remuk selepas bertembung di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Gua Sejuk.

Kejadian itu mengakibatkan dua beradik maut iaitu pemandu kereta, Mohd Zakuan Abdul Aziz, 18, dan kakaknya, Saadiah, 21.





Dalam kemalangan pagi ini, Ketua Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Rosli Che Sulaiman berkata, kecuali pemandu mangsa tidak mengenakan tali pinggang.

Kemalangan itu juga dipercayai berpunca apabila sebuah Perodua Kancil yang dipandu oleh Haliza Md Zain, 33, bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

Ekoran pertembungan itu, sebuah kereta dari belakang, Kenari melanggar Perodua Kancil.

Haliza dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Krai dari Gua Musang.

Selain Haliza, mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai adiknya Maziatul Shamila, tiga anak Haliza iaitu Mohd. Rahiza Yuswa Abdul Rahim, 12, Norashidah, 10, dan Shaha, 6.

Anak keempat Haliza, Noraihah Nabila yang berusia 12 bulan cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan.

Lima mangsa kereta yang lain dikenali sebagai Lau Sin Eik, 59, iaitu pemandu kereta; Lee Bee Seng, 50; Lau Chai Soon, 78; Ho Kin Hum, 86, dan Shareen Lau Ming Min, 18.

Mereka yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda, Phua Thein Noo, 28, (pemandu) dan penumpangnya, Tan Chee Hua, 44, Wong KeeHooi, 20, dan Lau Soon Lee, 33, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, pihaknya menahan Phua untuk disoal siasat.

"Siasatan awal menunjukkan kemalangan dipercayai terjadi disebabkan pemandu Kancil memandu laju ketika cuba memotong kenderaan lain.

"Pemandu itu tidak sempat memotong dan kemungkinan bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda.

"Hampir kesemua mangsa mati di tempat kejadian kecuali kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia ketika dibawa ke hospital," katanya.

Ahmad Termizi menambah, kebanyakan mangsa terperangkap dalam kenderaan manakala sebahagian lagi tercampak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ade kjadian pelik tp kalo drive bhati2 insyaAllah slmt..bc doa sblm start pjalanan..tkyh nk salah kn hantu sgt lah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Changa at 2-7-2016 09:38 PM
TuntungReturn replied at 2-7-2016 07:16 PM
Bukit Sejuk berpuaka?
02 Julai 2016 6:00 PM
Kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Gua Mu ...


Pprt sunni nya dek, dah sekor sekor bawa macam babi mana nya sekor2 tak mampus accident, takde.misteri nya tempat itu, sama jah dengan jalan jalan di tempat lain.

Tapi kalau jln merapoh ke apa itu scary jua kot kalau drive awal pagi, at least akak pernah nampak dua situasi aneh di jalan yg sama pada malam yg sama, pertama nya nampak orang tua bongkok bertongkat bawa lampu 3 segi jalan tepi jalan, dah satu lagi nampak adik dan motor berdiri tegak tanpa emosi depan sign board kampung yg guna tayar itu.
Tapi time tu akak drive berdua so takde la.seram.ke apa, akak boleh gelak lagi bila tengok adik motor iti sebab heshe berdiri after selekoh begitu so lampu kereta terpancar kat heshe la, tu yg akak boleh nampak jelas muka dan pakaian heshe pelbagai. Everything nampak normal jah cuma nya muka heshe takde perasaan berdiri tegak jah depan tu. Tak tahu la heshe pun tgh panik motor rosak ke apa tetengah malam.sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi
depa memang nampak.ular besor
kebaya merah menyala


tapi...sebab depa ngaantok....hahahahaaa..sian ular.besor lene.pitenah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 09:44 PM | Show all posts
merangkaklah chuols semua  yang salahkan hantu bunian ni semua tatkala kemalangan terjadi. merangkaklah chuols semua kat padang mashar kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 09:45 PM | Show all posts
merangkaklah cari hantu2 bunian2 tersebut kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 09:46 PM | Show all posts
pooh~key replied at 2-7-2016 09:45 PM
merangkaklah cari hantu2 bunian2 tersebut kelak.

mak ko pelacur harap mak ko kena sipilis biar mampos tua kutuk itewww

cash


insuran tak kaver sipilis..mampos mak ko merangkak kena tala depan belangkang lubang bolos mak ko
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 10:22 PM | Show all posts
puaka.....?????
pemandu2 mcm lahanat la yg sebenarnyer puaka...



puaka konon....
puiiiihihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2016 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat bod mps ade citer psl misteri jln Merapoh. Satu pakcik ni kena rasuk bila berhenti mkn tepi jln dia laluan tu. kebetulan tmpt dia berhenti tu tempat bag mangsa kemalangan 2 bas express dulu yg melibatkan kematian 14 orang.Salah sorang "mangsa" tu merasuk pakcik tu sbb nk "hitch hike" ke kota baru utk jumpa maknya. Kebetulan bas express tu baru berlepas dr KB menuju ke KL, balik dari cuti raya ms bertembung dgn satu bas lain dr KL. Entiti tu siap mintak maaf pd keluarga pakcik ni sbb merasuk. Dia kt dia cuma nk jumpa mak dia sj. Lps tu keluar..Maybe roh gelandangan or maybe Qarinnya.
Who knows.................
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bulan puasa hantu setan kne rantai.... faktor paranormal boleh ditolak
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 11:10 PM | Show all posts
Edited by ninja boy at 2-7-2016 11:13 PM

jalan raya barus siap mmg biasa la entiti2 dan haiwan2 melintas masih keliru belum pandai toleh kiri kanan sebelum melintas, sama ja spt jalan lain yg baru bukak. tunggu 4-5 tahun jalan itu sudah ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
catalina replied at 2-7-2016 02:26 PM
Kat bod mps ade citer psl misteri jln Merapoh. Satu pakcik ni kena rasuk bila berhenti mkn tepi jln  ...

Motif roh tersebut xnk jalan sendiri?? Xpon hijack jah bas mana2 ..bukannya letih nk jalan gi kb sebab dah mati xkan nk dahaga letih bagai??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.289693 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list