CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3467|Reply: 3

Lelaki Perancis belayar keliling dunia ditemani ayam betina

[Copy link]
Post time 14-6-2016 09:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kemaruk at 14-6-2016 09:23 AM



Lelaki Perancis, Guirec Soudee, mengelilingi dunia ditemani seekor ayam betina yang dinamakan Monique.

Menurut BBC, lelaki berusia 24 tahun itu sudah dua tahun belayar bersama ayam peliharaannya dan pengembaraan ini mula mendapat perhatian media tempatan apabila dikongsi melalui media sosial.

Bermula Mei 2014, Guirec dan Monique belayar dari Canary Islands menuju ke St Bart di kepulauan Carribean. Kini bot mereka berada di Greenland.

“Ketika mula belayar, dia (Monique) berusia empat hingga lima bulan. Pada mulanya saya terfikir untuk mendapatkan kucing, tetapi terlalu banyak yang perlu diuruskan,” jelas Guirec.

Tambahnya, ayam dipilih sebagai teman kembara kerana bekalan telur yang bakal diperoleh ketika berada di laut.

Secara purata, Monique menghasilkan enam biji telur seminggu walaupun ketika berada di kawasan beriklim dingin seperti Greenland.

Guirec membenarkan Monique merayau di dalam botnya yang berukuran hampir 12 meter.

Namun dalam cuaca buruk seperti ribut kencang, Monique akan dimasukkan ke dalam reban yang dibina khas di dalam bot.

Guirec juga perlu peka dengan peraturan kuarantin haiwan yang berbeza bagi setiap negara. Setakat ini, mereka tidak berhadapan dengan sebarang masalah kecuali disoal siasat pihak kastam ketika tiba di Kanada.

Perjalanan mereka seterusnya bakal merentas Selat Bering menuju ke Alaska.




















http://www.astroawani.com/gaya-h ... itemani-ayam-108037

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 4 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2016 09:25 AM | Show all posts
bangkem kecik2 dulu suka nyanyi lagu ni sambil makan kfc

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 09:40 AM | Show all posts
eee... mesti bot die penuh taik ayam
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 10:19 AM | Show all posts
dlm pelayaran dapat makan telur ayam
dah tamat pelayaran makan ayam panggang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.074197 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list