Sumber-http://khairulcushion.com/amalan-puasa-ramadhan-yang-mudah-untuk-dilakukan/ 1 hari je lagi akan tibanya waktu puasa ramadhan 2016 . Sudah bersediakah kita untuk bertemu dengan tetamu istimewa yang membawa barakah , nikmat , pahala berganda dan macam-macam kebaikan lagi ? Atau persoalan sempatkah kita untuk bertemu dengannya walaupun sehari je lagi ? Andai kita bertemu dengan mereka inilah amalan puasa ramadhan yang mudah untuk dilakukan dan di amalkan bersama-sama ! Semoga ia nya bermanfaat untuk kita semua dan amalan kita ini di terima oleh Allah dalam gandaan pahala yang berlipat dan redhanya akan kita semua ! Sahur
Pertama sekali amalan yang mudah di lakukan tetapi jarang di lakukan oleh ramai di antara kita iaitu melambatkan sedikit sahur ! Ada di antara kita saya pasti bersahur pada jam 1 atau 2 pagi di sebabkan tidak tidur ! Jadi saya menyeru kepada pembaca yang dikasihi sekalian agar melambatkan sedikit sahur kerana itu termasuk sunah nabi s.a.w ! Saya juga ingin menulis hadis nabi berkaitan sahur ini iaitu # Bersahurlah kamu semua kerana di dalam sahur itu ada keberkatan Berbuka Amalan puasa yang mudah dilakukan yang kedua ialah mempercepatkan berbuka puasa ! Tadi sahur kita lambatkan sekarang berbuka kena cepatkan ! Ini juga sunah nabi s.a.w yang ada juga di antara kita tidak membuatnya ! Antara kesilapan yang biasa di lakukan ketika berbuka menonton televisyen , melayari internet di dalam bilik dan sebagainya yang mana memungkinkan untuk kita lambat berbuka ! . Jadi ketika hendak berbuka saya seru anda semua untuk sama-sama duduk di meja makan ! Atau di hadapan makanan ! Selepas azan berkumandang , maka niatkan berbuka seterusnya makan buah kurma . Kalau tidak ada buah kurma minum sedikit air ! Ini di lakukan oleh baginda besar kita baginda muhammad s.a.w Berzikir Di bulan ramadhan yang mulia ini ! Tingkatkan juga , zikirullah . Kalau tidak pernah berzikir pada hari biasa berzikirlah secara sedikit dahulu yang penting istiqomah . Kalau boleh start 100 sehari dahulu kemudian 200 300 dan seterusnya ! Kalau dah biasa berzikir tingkatkan lagi berkali ganda ! Oi , tak nak ke rebut pahala yang berganda ? Rugi masa bulan puasa ini Allah janjikan gandaan pahala apa salah kalau kita gandakan juga amalan kita dengan mengingatinya dengan berganda-ganda ! Baca Al-Quran surah pendek pun jadilah Bertadarus quranPada bulan puasa ini ramai di antara kita pasti berniat akan mengkhatamkan al-quran tepat 30 hari 30 juzuk ! SubhanAllah moga bertambah ramai lagi ada niat seperti itu insha Allah . Tetapi kalau jenis yang quran pun tak pegang masa hari biasa . Time puasa je baru nak pegang saya nasihatkan kalian untuk baca surah-surah pendek sahaja ! seperti ayat di atas yang penting istiqomah ( berterusan ) . Lainlah kalau ada tekad untuk 30 juzuk saya hormat dan bangga kalau ada jenis macam ni ! Semoga istiqomah dan mampu khatamkan quran selama 30 hari berpuasa ! #Jangan lupa untuk Bertadarus al-quran semasa bulan puasa . Jangan membazir ! Jangan jadi kawan syaitan ! Seterusnya pembaziran pada bulan puasa amat menjadi-jadi ! Bagi sesetengah orang kafir atau non-muslim mereka merasakan bulan ramadhan merupakan syurga makanan bagi mereka . Sebab beraneka makanan dijual di bazar-bazar ramadhan . Jadi kita orang islam yang mana pembaziran itu merupakan satu perkara yang boleh mendatangkan dosa kepada kita berpada-padalah membeli makanan untuk berbuka ! So mengelak daripada pembaziran juga antara amalan mudah dalam bulan puasa ! Jangan jadi kawan syaitan , yang mana sikap syaitan itu suka membazir ! Kutip sampah amalan puasa mudah ! Seterusnya , amalan mudah yang boleh di praktikkan ialah mengutip sampah kecil dan membuangnya ke dalam tong sampah ! Niat untuk menjaga kebersihan Yang kaki buang sampah merata-rata pula saya nasihatkan untuk membuat sampah anda dahulu ke dalam tong sampah . Dan jangan tambah sampah di lantai-lantai , tanah , dan sebagainya . Semoga ia juga antara amalan yang mentopap pahala ! Dengar alunan quran Kalau quran inikan akan dapat pahala bila kita baca , dengar , tulis ! Jadi kalau tidak membacanya apa kata dengarkannya ! Melalui smartphone atau sebagainya . Mungkin ada di antara kita kerja di office sambil buat kerja office pasang alunan quran perlahan pun apa salahnya asalkan kita mendengarnya ! Dari dengar dangdut , kpop dan sebagainya yang boleh mengurangkan pahala kita ( mungkin disebabkan gambar-gambar atau video muzik ) Pergi solat terawih ! Cemas tertinggal lagi perkara penting dan istimewa ketika ramadhan iaitu solat sunat tarawih ! Rugilah kalau tidak pergi tarawih ! Tarawih hanya 29 hari sahaja setahun . Jangan lepaskan peluang ! Ini masa topup pahala lebih dalam mencari keredaan Allah s.w.t ! Kalau tidak daya buat banyak-banyak buat lapan pun jadilah ! Sebab tu jangan makan banyak ketika berbuka . Nanti sifat malas akan menghantui diri ! #Nasihat# Jangan jadi hantu ketika orang buat solat terawih ! Mentang-mentang syaitan telah di rantai ramai pula jadi syaitan ketika solat terawih . Pergi bakar mercun berhampiran musolla atau masjid . Ini terjadi di kampung aku , budak bakar mercun lari terus bacaan surah imam !! Bersedekah amalan yang mulia Sedekah juga satu amalan mudah ketika bulan puasa ! Andai pergi masjid dan surau hulurkan seringgit dua kalau boleh rm10 kalau lagi berkemampuan lagi banyak ( mengikut kemampuan ) . ! Kalau tidak mampu 20 sen pun jadilah ! Jangan kedekut taik unta atau malu bagai bunga semalu ! 20 sen takkan tak mampu ? Carilah selik-selit meja ke insha Allah jumpalah 20 sen bawa ke masjid masuk tabung . Jangan malu nilainya sedikit tetapi malulah kalau nilainya besar tetapi riak . Itu lah serba sedikit berkaitan dengan “ “ yang dapat saya kongsikan walaupun banyak lagi amalan yang boleh di lakukan ! . Semoga dapat di amalkan ! Dan moga puasa kita pada kali ini penuh kerahmatan , barakah dan maksimal dengan amalan ! Sumber-http://khairulcushion.com/amalan-puasa-ramadhan-yang-mudah-untuk-dilakukan/
|