CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: erusi

Kesalahan dalam bible

[Copy link]
Post time 4-5-2010 12:18 AM | Show all posts
Yesus berkata lagi,"...Aku dan Bapa adalah satu"-Yohanes 10:30.
cmf_shalom Post at 2-5-2010 13:26


Bagaimana nak sesuaikan dengan Yohanes 5: 22
"Bapa tidak menghakimi siapapun, melainkan telah menyerahkan penghakiman itu seluruhnya kepada Anak"

Perhatikan betul-betul apa reaksi orang Yahudi, yang mendengar sendiri ucapan Yesus itu:

"karena Engkau menghujat Allah dan karena Engkau, sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan diri-Mu dengan Allah."-Yohanes 10:30


Reaksi orang yahudi adalah menuduh jesus mengaku sebagai tuhan ( ayat Yohanes 10:33) tapi jesus menerangkan dalam Yohanes 10:34 "Lalu Yesus menjawab, "Bukankah di dalam Buku Hukummu tertulis: Aku berkata, 'Kalian adalah tuhan-tuhan (gods)?

Yohanes 10:35 "Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut tuhan-tuhan (gods)--sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan--,"

Itu menunjukkan jesus tidak memaksudkan dirinya Tuhan.. jesus hanya sebagaimana Nabi2 kaum yahudi @ kaum yahudi sebagai orang2 yang menerima firman Tuhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2010 03:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 4-5-2010 15:59

Reply 161# Nazrulism


Bagaimana nak sesuaikan dengan Yohanes 5: 22
"Bapa tidak menghakimi siapapun, melainkan telah menyerahkan penghakiman itu seluruhnya kepada Anak"


Konsep Holy Trinity beriman Satu Allah dalam tiga peribadi iaitu Bapa, Putera dan Roh Kudus.

Ketiga-tiga peribadi (persona) ini adalah berbeza. Bapa adalah satu persona, Putera adalah satu persona dan Roh Kudus adalah satu persona,iaitu kesemunya tiga persona.

Apabila Yesus berkata, Aku dan Bapa adalah satu/Hen? Apakah yang dimaksudkan satu/Hen? Adakah Bapa dan Yesus adalah satu persona? Bukan.

Satu/Hen disini bermaksud kesatuan. Allah satu yang tritunggal bermakna...kesatuan Tuhan yang wujud dalam Bapa, putera dan Roh Kudus.

Bagaimana Bapa, Putera dan Roh Kudus dianggap satu TUHAN? Perumusan orthodox menjawap..ketiga-tiga persona ini adalah satu dalam kehendak, dalam darjat, dalam kuasa, dalam kemuliaan etc etc etc..


Reaksi orang yahudi adalah menuduh jesus mengaku sebagai tuhan ( ayat Yohanes 10:33) tapi jesus menerangkan dalam Yohanes 10:34 "Lalu Yesus menjawab, "Bukankah di dalam Buku Hukummu tertulis: Aku berkata, 'Kalian adalah tuhan-tuhan (gods)?



Aku rasa,penjelasan dari website bawah ini cukup baik:


http://www.leaderu.com/orgs/probe/docs/e-gods.html
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 09:40 PM | Show all posts
Reply 160# airfilterkotor

St. Augustine:

"He says, “to my Father:” there shalt thou touch me, when thou believest me to be God, in no wise unequal with the Father. “But go to my brethren, and say unto them, I ascend unto my Father, and your Father.” He saith not, Our Father: in one sense, therefore, is He mine, in another sense, yours; by nature mine, by grace yours. “And my God, and your God.” Nor did He say here, Our God: here, therefore, also is He in one sense mine, in another sense yours: my God; under whom I also am as man; your God, between whom and you I am mediator."

St. Augustine of Hippo, "Homilies on the Gospel of John" (Tractate CXXI).
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 03:11 AM | Show all posts
Reaksi orang yahudi adalah menuduh jesus mengaku sebagai tuhan


aku rs terma orang Yahudi ni mcm x sesuai dan menyinggung perasaan saudara2 Yahudi yg beriman x kira lah kpd Musa, Isa, atau kepada nabi2 lain...
boleh tak gunakan atau diubah ke istilah orang2 bebal aje sb setahu aku ade jugak orang Yahudi Messianic yg beriman dgn lord Jesus?...
risau juga nanti ends up, orang2 Kristian di Asia terikot2 perangai orang2 Europa kristian x cerdik yg main tuduh2 orang Yahudi atau orang2 Islam pengikut orang2 Europa suka main tuduh2 orang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2010 07:42 AM | Show all posts
Reply 164# genot

wuwuwuwu..betul gak ......Istilah Yahudi itu tlalu umum dan boleh timbulkan salah faham...Org Kristian yang awal adalah org Yahudi gak...

Tengah pikirkan apa istilah yg sesuai digunakan lepas ini...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 02:20 AM | Show all posts
Pada fahaman saya,...bukan Yahudi tetapi Israel...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2010 02:33 AM | Show all posts
tiada satu pun ayat Bible yang membuktikan Jesus mengaku sebagai Tuhan, malah Jesus sendiri sentiasa ...
Bapa Post at 2-5-2010 11:30


John 14 : 28
28You heard me say to you, “I am going away, and I am coming to you.” If you loved me, you would rejoice that I am going to the Father, because the Father is greater than I."

John 10 : 29 29What my Father has given me is greater than all else, and no one can snatch it out of the Father’s hand.

Matthew 12 : 28
28But if it is by the Spirit of God that I cast out demons, then the kingdom of God has come to you.

Luke 11 : 20
20But if it is by the finger of God that I cast out the demons, then the kingdom of God has come to you.

John 10 : 3030 ‘I can do nothing on my own. As I hear, I judge; and my judgement is just, because I seek to do not my own will but the will of Him who sent me.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 02:48 AM | Show all posts
Israel tu nation, Yahudi is a tribal identification bawah nation Israel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 10:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 6-5-2010 22:18

Reply 167# rdzaccess

Dalam teologi Kristian, dalam kemanusiaan, Yesus juga menunjukkan hormat kepada Bapa.

Sama seperti Bapa amat mengasihi Anak,Anak juga menunjukkan hormat kepada Bapa.Sama juga dengan Roh Kudus.

Hal-hal tersebut dianggap sebagai economic trinity.

Tetapi semua ini berlaku ketika Yesus berada di dunia.Ia merupakan contoh tauladan kpd manusia. Mmg itulah tujuan utama misi Yesus, dan dalam hubunganNYA dengan Bapa dan Roh Kudus.

Sekiranya sr. ingin mengetahui sifat ketuhanan Yesus, sr. kena baca Kita Wahyu, dimana Yesus telah kembali ke dalam kemuliaan.  Dalam kitab Wahyu, sr akan melihat bagaimana Yesus disembah oleh para malaikat, sama seperti Bapa.

Penjelasan yang konprehensif boleh sr. baca kat website di bawah.

http://www.christian-thinktank.com/theoudelphia.html
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 12:42 AM | Show all posts
sekarang kat malaysia orang2 islam di sebut MELAYU asal sebut melayu je dikaitkan dengan islam..sampaikan kanak2 x dapat membezakan agama dan bangsa..
tapi skrg kena juga berhati2 x boleh cakap orang melayu da cakap je orang islam..sebabnya sekarang orang MELAYU pun ada yang kristian..betul tak..tidak mustahil bagi Tuhan 1 hari nanti melayu mejoritinya orang2 kristianamin..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 11:58 PM | Show all posts
sekarang kat malaysia orang2 islam di sebut MELAYU asal sebut melayu je dikaitkan dengan islam. ...

sebabnya sekarang orang MELAYU pun ada yang kristian..betul tak..tidak mustahil bagi Tuhan 1 hari nanti melayu mejoritinya orang2 kristian
agape Post at 9-5-2010 00:42


Hanya yg keliru akan mengikuti perkara yang keliru!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 12:59 PM | Show all posts
bukan keliru tapi..mereka sedar di mana jalan nak ke syurga yang pasti...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 06:37 AM | Show all posts
Reply 171# Nazrulism

Hanya yg keliru akan mengikuti perkara yang keliru!


Setuju benar ni.. cuma yg keliru akan terus mengikuti perkara yg keliru.

Saudara percaya akan wujudnya hukum Taurat dan Injil. Tapi saudara tak pernah tgk mereka. Bermaksud saudara tidak mengikuti hukum-hukum yg termaktub dlmnya. Sekiranya hukum dlm buku-buku tersebut mengatakan saudara tidak boleh masuk syurga tanpa menerima Yesus. Rasanya apa akibatnya??

Hukum Taurat dan Injil adalah Firman Tuhan dan Firman Tuhan tidak akan luput dari zaman Manusia. Tuhan katakan, semua akan berlalu tetapi FirmanNya akan tetap kekal.

Siapa keliru dan siapa tidak? Saya ada hukum taurat dan injil. Saudara ada?

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 04:01 PM | Show all posts
Setuju benar ni.. cuma yg keliru akan terus mengikuti perkara yg keliru.

Saudara percaya akan wujudnya hukum Taurat dan Injil. Tapi saudara tak pernah tgk mereka. Bermaksud saudara tidak mengikuti hukum-hukum yg termaktub dlmnya. Sekiranya hukum dlm buku-buku tersebut mengatakan saudara tidak boleh masuk syurga tanpa menerima Yesus. Rasanya apa akibatnya??

kompia23 Post at 14-5-2010 06:37


Memang... saya percaya Taurat dan Injil (begitu juga dengan lain2 kitab) pernah di turunkan untuk manusia agar diikuti hukum2nya. Tapi kerana kandungan kitab2 tersebut telah bercampur aduk dengan kata2 manusia, maka tidak dapat dipastikan keaslian hukum2 tersebut berasal dari perintah Tuhan. Dengan mengikut kekeliruan menjadikan manusia bertambah keliru !.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 09:15 PM | Show all posts
so mana Alkitab sebenar tue sila tunjukkan>?
jangan pulak nak bagi tengok isi AlQuran..nak tengok Alkitab Taurat dan injil yang asli diyakini berusia 2000tahun lalu dan bukannya yang terkandung dalam buku saudara..adakah saudara faham?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2010 10:23 PM | Show all posts
so mana Alkitab sebenar tue sila tunjukkan>?
jangan pulak nak bagi tengok isi AlQuran..nak tengok ...
agape Post at 2-6-2010 21:15


hah.. ko tanya dimana kitab sebenar? ... maksudnya... apa yg ko ikut sekarang ini memang bukan yang asli!
Kan aku dah kata.. dah tiada taurat dan injil yang asli.. semuanya dah bercampur2 dengan kata2 manusia!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2010 11:24 AM | Show all posts
Reply 174# Nazrulism

Memang... saya percaya Taurat dan Injil (begitu juga dengan lain2 kitab) pernah di turunkan untuk manusia agar diikuti hukum2nya. Tapi kerana kandungan kitab2 tersebut telah bercampur aduk dengan kata2 manusia, maka tidak dapat dipastikan keaslian hukum2 tersebut berasal dari perintah Tuhan. Dengan mengikut kekeliruan menjadikan manusia bertambah keliru !.


Saudara percaya kewujudan Taurat dan Injil tetapi menafikannya dgn mengatakan ia dicampur aduk dgn kata2 manusia. Lihat apa yg saudara sendiri katakan tu.

Saudara tahu kan sekiranya satu buku suci ditulis dan direkodkan. Memang sukar utk mengubahnya. Perjanjian lama wujud sebelum Kerajaan Rom wujud. Jadi, macam mana ia diubah? Perjanjian baru dpt diselidiki semula buktinya sampai ke zaman Yesus dan wujud ribuan naskah sebagai bukti setiap zaman yg ada. Adakah ia diubah? Tidak. Apakah kata-kata manusia yg saudara maksudkan itu? Di mana dan apa yg diubah? Saudara sendiri pun tak tahu dan kerana ketidak tahuan saudara itu, saudara menafikan keseluruhan hukum taurat dan hukum injil. Adakah itu logik yg betul utk dipraktikkan? Hukum Taurat dan Injil wujud dan mereka adalah Firman Tuhan. Firman Tuhan adalah muktamad dan tidak berubah semenjak ia ditulis kerana itu yg dijanjikan oleh Tuhan sendiri. Seluruh dunia akan lenyap tetapi tidak setitik pun dari Firman Tuhan akan lenyap... ini ada dlm alkitab.

Biar saya bagi satu situasi kepada saudara; buku panduan kereta, sekiranya ia dibahagi kepada A, B dan C. Jikalau saudara tiada A dan B, berapa bagus pun saudara dalam bahagian C, kereta saudara pun tidak akan bergerak.

Tetapi sekirannya buku panduan kereta cuma ada bahagian A dan B, dan tertiba ada org mengeluarkan bahagian C dan mengatakan A dan B tidak betul. Tetapi tidak dpt menunjukkan apa yg salah dgn A dan B. Itu adalah masalah besar. Kerana C mungkin bukan buku panduan pun.

Fikirkan dgn kebernasan saudara tu. Sekiranya saudara bukan menganuti kepercayaan saudara sekarang. Mana satu yg saudara akan percaya. Renungkan.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 10:31 AM | Show all posts
@junior

ok la begini soalannya...jika saudara di hina..di caci kerna kepercayaan saudara..apa yang Tuhan saudara suru lakukan???
dan kenapa dahulu orang2 islam berkiblatkan jurusalem tp skrg di mekkah?
Tuhan dah pindah tempat ke?? Post at 22-4-2010 23:45


Ada kamu jumpa mana-mana catatan dalam kepercayaan Islam bahawa Tuhan sudah berpindah tempat? Jika ada sila kemukakan? Jika tiada pula maka kenapa pula kamu beranggapan dalam kepercayaan Islam bahawa Tuhan sudah berpindah tempat?

Dalam Islam, Tuhan ada di mana-mana kerana Dia Maha Besar dan Maha Kuasa. Dan berpindah kiblat itu adalah semata-mata kerana perintah Allah. Allah memerintahkan sedemikian, maka itulah yang dipatuhi oleh orang Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 11:00 AM | Show all posts
Saudara percaya kewujudan Taurat dan Injil tetapi menafikannya dgnmengatakan ia dicampur aduk dgn kata2 manusia. Lihat apa yg saudarasendiri katakan tu.

Saudara tahu kan sekiranya satu buku suci ditulis dan direkodkan.Memang sukar utk mengubahnya. Perjanjian lama wujud sebelum KerajaanRom wujud. Jadi, macam mana ia diubah? Perjanjian baru dpt diselidikisemula buktinya sampai ke zaman Yesus dan wujud ribuan naskah sebagaibukti setiap zaman yg ada. Adakah ia diubah? Tidak. Apakah kata-katamanusia yg saudara maksudkan itu? Di mana dan apa yg diubah? Saudarasendiri pun tak tahu dan kerana ketidak tahuan saudara itu, saudaramenafikan keseluruhan hukum taurat dan hukum injil. Adakah itu logik ygbetul utk dipraktikkan? Hukum Taurat dan Injil wujud dan mereka adalahFirman Tuhan. Firman Tuhan adalah muktamad dan tidak berubah semenjakia ditulis kerana itu yg dijanjikan oleh Tuhan sendiri. Seluruh duniaakan lenyap tetapi tidak setitik pun dari Firman Tuhan akan lenyap...ini ada dlm alkitab.

Biar saya bagi satu situasi kepada saudara; buku panduan kereta,sekiranya ia dibahagi kepada A, B dan C. Jikalau saudara tiada A dan B,berapa bagus pun saudara dalam bahagian C, kereta saudara pun tidakakan bergerak.

Tetapi sekirannya buku panduan kereta cuma ada bahagian A dan B, dantertiba ada org mengeluarkan bahagian C dan mengatakan A dan B tidakbetul. Tetapi tidak dpt menunjukkan apa yg salah dgn A dan B. Ituadalah masalah besar. Kerana C mungkin bukan buku panduan pun.

Fikirkan dgn kebernasan saudara tu. Sekiranya saudara bukan menganutikepercayaan saudara sekarang. Mana satu yg saudara akan percaya.Renungkan.

Sekian.
kompia23 Post at 5-6-2010 11:24


Ianya amat mudah diubah jika diusahakan oleh manusia dan tiada pemeliharaan oleh Tuhan. Taurat asalnya satu kitab, seterusnya salinan ditulis dan digabungkan dengan kitab-kitab yang lain sehingga membentuk PL dan hanya dimiliki oleh orang tertentu yang dianggap ahli kitab dalam hanya satu bangsa iaitu yahudi. Jika semua atau sebahagian PL itu dikumpulkan oleh golongan yang dianggap ahli kitab itu maka amat mudah untuk mengubahnya.
Dikatakan nubuat tentang Jesus ada dalam PL. Kita lihat golongan arius yang tidak pernah menganggap Jesus adalah Tuhan, kenapa? Kerana golongan itu memiliki kitab Taurat yang lain dengan PL sehingga kitab-kitab golongan ini cuba dihapuskan dengan dibakar dan dikuatkuasakan bahawa sesiapa yang memiliki kitab golongan tersebut, maka hukuman bunuh dilakukan ke atas mereka. Itu sudah cukup membuktikan wujudnya pengubahan ke atas kitab-kitab terdahulu. Itu menjelaskan bahawa mudah sebenarnya untuk mengubah dan menyelewengkan kitab tersebut.

Mari kita lihat satu persoalan tentang PL bagi membuktikan bahawa pengubahan sememangnya telah wujud dalam PL.

Lihat ayat 2 Tawarikh 36:9 di mana ianya mencatatkan umur Yoyakhin ketika beliau menjadi raja di Jerusalem. Berkenaan ayat ini, maka mari kita lihat dalam dua versi bible yang berlainan iaitu versi Alkitab Terjemahan Baru dan versi New King James.

Dalam Alkitab Terjemahan Baru, didapati Yoyakhin menjadi raja di Jesrusalam ketika beliau berumur lapan belas tahun. Rujuk ayat di bawah.

"Yoyakhin berumur delapan belas tahun pada waktu ia menjadi raja dan tiga bulan sepuluh hari lamanya ia memerintah di Yerusalem. Ia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN."

Lihat di link http://sabdaweb.sabda.org/passages/?p=2+Tawarikh+36%3A9

Manakala dalam versi bible New King James pula, Yoyakhin ini dikatakan berumur hanya lapan tahun ketika beliau menjadi raja di Jerusalem. Rujuk ayat di bawah.

"Jehoiachin [was] eight years old when he became king, and he reigned in Jerusalem three months and ten days. And he did evil in the sight of the LORD."

Lihat di link http://sabdaweb.sabda.org/passages/?o=0&version=nkjv&p=2+Tawarikh+36%3A9&d=20〈=indonesia&theme=clearsky

Maka di sini wujudnya percanggahan yang tercatat antara versi-versi bible. Justeru bible mana yang sebenarnya yang benar? dan bible mana pula yang salah? Maka ini sememangnya tidak dapat dipastikan melainkan hanya dengan merujuk catatan asal 2 Tawarikh 36:9 itu. Justeru bible tidak mampu memberikan kepastian dalam hal ini.

Satu ayat tetapi 2 makna yang berbeza sudah menjelaskan pengubahan yang telah wujud itu.

PB pula sekarang sudah amat terbukti telah wujud unsur-unsur pengubahan ke atasnya sehinggakan sekarang dengan kamu merujuk kepada bible kamu itu, kamu sendiri tidak dapat memaklumkan siapakah anak kepada Arni iaitu sama ada Admin atau pun Aminadab. Malah satu catatan Lukas dikatakan Admin adalah anak Arni, malah satu lagi dikatakan Aminadab adalah anak Arni. Persoalan ini sudah membuktikan pengubahan yang berlaku dalam PB.

Sehingga kini golongan kristian ini masih belum mampu menjelaskan yang manakah sebenarnya catatan Lukas yang asli. Yes, mereka mengatakan tiada pengubahan, tetapi ketidakmampuan untuk menjelaskan persoalan tersebut menunjukkan hakikat yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 02:17 PM | Show all posts
Reply 178# erusi

Ada kamu jumpa mana-mana catatan dalam kepercayaan Islam bahawa Tuhan sudah berpindah tempat? Jika ada sila kemukakan? Jika tiada pula maka kenapa pula kamu beranggapan dalam kepercayaan Islam bahawa Tuhan sudah berpindah tempat?


Mungkin saudara lupa yg kiblat bukan menghala ke Mekah pada mulanya tetapi menghala ke arah Jerusalem. Sesudah berberapa lama kemudian baru diubah ke arah Mekah. Jadi adakah Tuhan berubah tempat? Lebih lagi, saya pernah beritahu bahawa Mekah sebelum ditakluk oleh muhammad adalah tempat penyembahan berhala - dikatakan 300 tuhan disembah di sini. Di mana org tunduk and berlutut di sana dan membakarkan korban di situ. Jadi, kenapa Tuhan maha menghalakan semua org ke satu tempat yg sudah tercatit dlm sejarah sebagai tempat penyembahan berhala. Saudara fikirkan sendiri.

Dalam Islam, Tuhan ada di mana-mana kerana Dia Maha Besar dan Maha Kuasa. Dan berpindah kiblat itu adalah semata-mata kerana perintah Allah. Allah memerintahkan sedemikian, maka itulah yang dipatuhi oleh orang Islam.


Saudara mengatakan Tuhan ada di mana mana tetapi dipaksa atau terpaksa bersembahyang menghala ke satu arah. Kalau tidak, tidak jadi sembahyang saudara. Betul kan? Kenapa itu. Bukankah Tuhan ada di seluruh dunia, seluruh arah, bukan saja di bumi tetapi di seluruh alam semesta. Jadi kenapa satu arah saja? Ke arah satu batu buatan manusia.

Tuhan katakan jgn menyembah apa apa benda kecuali Dia. Apa yg saudara buat itu?

Sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.071856 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list