CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syrzreen

[Penerbit] ** BUKU PRIMA **

[Copy link]
Post time 4-2-2007 05:50 PM | Show all posts

Reply #123 KRUfan's post

keje dekat2 rumah je. tukang taip surat. tu yg rajin menaip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2007 03:09 PM | Show all posts
baru habis baca 'Kalau Ada Cinta'...best la jugak....hehehe
Reply

Use magic Report

syrzreen This user has been deleted
 Author| Post time 5-2-2007 03:40 PM | Show all posts
Smalam gi kedai buku, terjumpa yg baru pulak...  OMBAK JADI SAKSI ~ Haron Abdulmajid, SAKA TOK MUN ~ Zyra Safiya ngan SETITIS KASIH ~ Shahriah Abdullah. Nanti aku check cite dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 04:40 PM | Show all posts
Mcm best jer Setitis kasih tu...Shahriah Abdullah penulis Kau mawarku and Cinta Njala...
Reply

Use magic Report

syrzreen This user has been deleted
 Author| Post time 6-2-2007 02:29 PM | Show all posts

novel terbaru ni

ha... ini crita dia...


SAKA TOK MUN ~ Zyra Safiya
Cinta itu misteri. Hadir tanpa dipinta dan pergi tanpa direlai. Girang seorang gadis bila menemui cinta bertukar duka bila kasihnya disambar seseorang yang amat dipercayai.
Hazrina dan Hartini adalah adik-beradik. Hubungan mereka sangat rapat dari kecil hinggalah meningkat dewasa. Namun kemesraan mereka tercalar apabila Zahidi, lelaki yang berjaya mencuri hati Hazrina telah beralih arah memilih Hartini, kakak kandungnya.
Hartini sebenarnya seorang gadis yang sopan tiba-tiba berubah laku setelah ditawarkan bekerja di sebuah firma di ibu kota. Sejak merampas Zahidi dari tangan Hazrina, dia seolah-olah dihantui oleh sesuatu dari masa lampau yang sering menemaninya.
Kekecewaan yang dialami Hazrina sering bertukar menjadi realiti dan api kemarahannya boleh mengundang bala. Begitu juga dengan Zahidi yang mempermainkan cinta Hazrina. Hubungan cinta Zahidi dan Hartini sering diganggu-gugat dengan perkara-perkara pelik. Bayangan seseorang sering mengganggu mereka ke mana sahaja mereka pergi. Hinggakan Zahidi takut menghadapi situasi yang seakan realiti itu. Syafiq teman sebilik Zahidi cuma mengubati hati Hazrina yang dikecewakan itu namun tidak semudah itu untuk Hazrina menerimanya. Hazrina juga menghadapi situasi yang sama sering diganggu oleh bayangan itu. Hanya Nenek Zainab mengetahui kisah itu namun dia tidak berani menceritakan kepada cucu-cucunya. Takut dia ditinggalkan seorang diri. Dapatkah Zahidi menerima Hartini? Bagaimana pula hubungan Syafiq dengan Hazrina? Dan apa pula tindakan Nenek Zainab bila melihat keretakan hubungan cucu-cucunya? Adakah dia ditakdirkan bersama?


OMBAK JADI SAKSI~Haron Abdulmajid
Pantai Parangtritis yang terletak di Yogyakarta telah menjadi saksi pertemuan dua hati. Dua remaja dari benua yang berlainan telah terpaut hati di pantai ini. Anto, anak tempatan Kota Gudeg telah jatuh cinta pandang pertama dengan Nadia gadis Singapura tatkala menawarkan perkhidmatan kuda tunggangan kepada gadis itu. Sebenarnya, Nadia telah pun bertunang dengan Irwan, jejaka Singapura tetapi disebabkan hawa nafsu yang tidak mengenal erti dosa, Nadia hampir-hampir diperkosa oleh Irwan. Untuk memujuk hatinya yang dikecewakan, dia telah membawa diri ke Yogyakarta. Nadia mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian dan bercita-cita ingin menjadi anak seni. Perkenalannya dengan Azman telah mendedahkan dirinya dalam bidang itu. Dalam mengejar cita-citanya, Nadia tidak lupa pada Anto yang dikenalinya itu. Namun dalam diam, Azman menaruh hati pada Nadia tapi cintanya tidak dibalas. Nadia sering berulang-alik ke Yogyakarta untuk bertemu Anto. Tiba-tiba Anto menghilang diri tanpa khabar berita, Nadia menjadi resah. Akhirnya, Anto muncul dengan isteri dan anak kecil. Terkesima Nadia dibuatnya. Apakah Nadia akan menerima Anto kembali? Sanggupkah Nadia bermadu dengan Ika Sari, isteri Anto? Dan bagaimana pula hubungannya dengan Azman? Semuanya akan terjawab dalam novel ini yang memaparkan pergolakan cinta, persahabatan, kekeluargaan dan juga cita-cita.
Reply

Use magic Report

syrzreen This user has been deleted
 Author| Post time 6-2-2007 02:36 PM | Show all posts

SETITIS KASIH~Shahriah Abdullah
Langit tidak selalunya cerah dan mendung tidak bererti hujan. Hakikatnya ia sudah menjadi lumrah dan manusia patut menerimanya. Perjalanan hidup yang dilalui Mariah sebagai anak angkat kepada Marjinah dan Sarip penuh onak dan duri.Mariah telah dipelihara oleh Marjinah dan Sarip bagaikan menatang minyak yang penuh. Namun anak-anak Marjinah dan Sarip, iaitu Mariani, Mikail dan Murni tidak menyukai Mariah. Mereka tidak mahu harta pusaka jatuh ke tangan Mariah. Setelah Sarip meninggal dunia, Mariani dan Mikail mula mempersoalkan harta pusaka dan merancang memisahkan Mariah dari ibu mereka Marjinah. Pelbagai rancangan diatur dan akhirnya Mariah telah dihalau dari keluarga itu. Mariah membawa diri ke Kuala Lumpur dan telah bekerja di butik David Low. Mariah memang meminati fesyen dan rekaannya telah diiktiraf hingga ke luar negara. Pertemuan dengan Imran semasa pertunjukan fesyen di Singapura telah merubah hidup Maria. Hubungan Imran dan Mariah rapat dan dia mula melupakan kisah pahitnya itu. Namun manusia hanya merancang, TUHAN yang menentukan. Tiba-tiba Imran sepi tanpa berita setelah ke Paris menguruskan perniagaan. Mariah mula hilang punca. Tiada tempat untuk dia mengadu. Di saat itu, terdetik di hatinya ingin mencari keluarga asalnya tetapi dia tidak tahu bagaimana. Adakah Mariah akan terus mencari keluarganya? Atau pulang kembali ke keluarga angkatnya? Atau ke Paris menjejaki Imran? Semuanya akan terjawab dalam novel ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2007 04:31 PM | Show all posts
Wah..cantiknyer cover...Paris...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 07:39 AM | Show all posts
Wa... novel kak Shahriah!! Kau Mawarku ngan Cinta Najla tu sedap, ni mesti :pompom: lagi sedap... Nak beli..nak beli.... nak beli.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2007 11:01 AM | Show all posts

Reply #131 polar's post

memang sedap polar!
rugi kalau tak beli...kiter dah baca ceritanya berbentuk kekeluargaan...banyak konflik yang melanda watak utama citer nie sebab dia anak angkat..
konflik cinta dan merebut harta...karya kak shahriah memang best...lain dari yang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 11:03 AM | Show all posts

Reply #131 polar's post

memang sedap polar!
rugi kalau tak beli...kiter dah baca ceritanya berbentuk kekeluargaan...banyak konflik yang melanda watak utama citer nie sebab dia anak angkat..
konflik cinta dan merebut harta...karya kak shahriah memang best...lain dari yang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 01:49 PM | Show all posts
huih....byk nak kena beli ni.....teruja.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 04:05 PM | Show all posts

Reply #134 Acun's post

teruja.. teruja..:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 05:09 PM | Show all posts
Originally posted by buku_ink at 7-2-2007 11:03 AM
memang sedap polar!
rugi kalau tak beli...kiter dah baca ceritanya berbentukkekeluargaan...banyak konflik yang melanda watak utama citer nie sebabdia anak angkat..
konflik cinta dan merebut h ...



Ni buat polar tak sabar nak beli... Betul kata acun ngan silence, TERUJA..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 03:37 PM | Show all posts
TERUJA.....TERUJA......aku pun turut TERUJA..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:17 AM | Show all posts
macam best je setitis kasih ni. Ada sesape dah baca ke? Cite la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 01:43 PM | Show all posts

Reply #138 de_turquoise's post

saya dah beli..bacenyer blom...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 03:36 PM | Show all posts

Reply #138 de_turquoise's post

dah beli & baca ehehe.

kisah maria. dia ni anak angkat. masa baru lahir dulu, mak dia serahkan maria kat marjinah (masa ni marjinah tak kawin lagi). sbb mak kandung maria tak mampu. anak ramai masa tu.

marjinah kawin & pindah tmpt lain. dapat 3 org anak. waktu suami marjinah nak meninggal, dia wasiatkan tapak tanah rumah yg diorg duduk tu kat anak yg jaga waktu dia sakit. waktu tu maria yg jaga, sampai arwah meninggal. anak2 yg lain jarang balik. masing2 dah hidup senang. tinggal maria & marjinah kat kg.

anak sulung marjinah jeles. kawin dgn mukhriz. masa sekolah2, mukhriz suka kat maria. tapi sbb maria tak layan, dia geram & terus pinang anak sulung marjinah tu. anak kedua lak, mikael. sejak kawin, wife dia tak nak keje. & mikael lak byk hutang kat kakak dia semata ikut cakap wife -  nak beli itu ini. sampai 1 masa, mikael & kakak berpakat halau maria dari rumah & suruh maria serahkan harta pusaka. & ugut kalau tak buat mcm tu, diorg akan buat tak elok kat marjinah.

maria lari. & keje kat butik david low. sejak tu marjinah sakit. sbb rindu sgt kat maria. maria kenal imran waktu ikut david ke singapore. & lepas balik m'sia, imran contact lagi dgn maria. sampai maria jatuh hati.

anak sulung marjinah, lepas dpt duit jual tanah tu, tinggalkan rumah. konon nak bukak business sendiri. tinggalkan anak2. mukhriz ada jugak terjumpa maria. & bawak maria jumpa marjinah. isteri mikael lak tinggalkan rumah bila mikael dah tak mampu nak belikan itu ini.

anak bongsu marjinah pulak, sejak kawin, suami tak kasi keluar rumah. bila adik beradik call, suami dia sll kata takde kat rumah.

apa lagi ek.

amir, anak saudara marjinah dah lama suka kat maria. pernah nak meminang maria tapi family amir semua tak suka. sbb kekonon maria tak nak kawin sbb nak bolot harta arwah suami marjinah. amir ni doktor.

1 hari amir dpt sorang pesakit. anak pesakit tu, rupa tak ubah mcm maria. rupanya itulah family kandung maria.

david low tawarkan maria kursus kat france. imran dah sediakan 1 butik kat sana, atas nama maria.

yg lain korang baca la sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 03:43 PM | Show all posts
Thanks, silence...rajinnyerrrr awak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 03:58 PM | Show all posts

Reply #141 KRUfan's post

keje dah siap.. takde apa nak buat dah krufan.. tu yg rajin
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 04:02 PM | Show all posts
bagusss...baguss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.458103 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list