CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aYuGiLeR

Waris Jari Hantu ~ Suhaimi Baba

[Copy link]
Post time 5-6-2007 12:24 AM | Show all posts
masa part ari balik kampung jumpa kakak dia tu......menitik jugak la air mata aku ....sedih.....
pastu part tina peluk ari depan bank...so sweet.....mulia sungguh rasanya hati tina tuh... ...suka maya, comelllll bgttt.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by dunkin^donuts at 4-6-2007 12:11 PM
hehe banyak dialog2 n scene2 dalam filem ni yg x boleh lupe..



aku paling ingat dialog nie..."Tina nak kawen sape?"....mcm tak lengkap je ayat nie..hehe..pastu dgn slang maya yg pelat tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 01:07 AM | Show all posts
akhirnya aku da ngok.. :clap:

beshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! thumbs up! i lykkeee! :love:
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 01:08 AM | Show all posts
aku paling suka part Maya-Rusdi.. mmg sweet la................ x puas ngok dorang tu.. :love:
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 12:03 PM | Show all posts
watched the movie lastnite. rabu ni movie day nak tengok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 12:49 PM | Show all posts
Antara dilema khunsa dan ilmu saka harimau Oleh Roslen Fadzil

[size=-2]
TOK Wan punya kelebihan untuk mengubati penyakit secara tradisional.

CERITAmengenai Mat Lembut, bukanlah sesuatu yang tidak pernah difilem ataudidramakan. Melalui Sutun, Amy-Amelia dan Bukak Api, karektor sepertiitu pernah ditonjolkan. Hari ini golongan lelaki lembut atau jugadikenali dengan pelbagai istilah seperti Mat Kepit, Bapuk, Ponen, Daraidan banyak lagi boleh dikatakan wujud dalam apa jua profesyen malahmembentuk sebahagian daripada komuniti negara.

  Cumadari segi penampilan diri tahap `kelembutan' lelaki sebegitu itu adanipis dan tebalnya. Ada lelaki lembut yang imejnya lebih ke arahperempuan dan pada masa yang sama, ada juga lelaki lembut yang mampuberkahwin hingga beranak-pinak. Perkara ini sesuatu yang sungguhsubjektif dan pada sesetengah masyarakat, ia masih satu tabu.

Keadaan bertambah sulit kalau seseorang manusia itu ada dua alatsulit. Mereka ini pula digelar khunsa. Inilah satu lagi tabu tetapi iaakhirnya disentuh dengan berani oleh Shuhaimi Baba dalam filemterbarunya, Waris Jari Hantu.

Menganggap fenomena khunsa sebagai satu elemen mistikal, Shuhaimitertarik mengetengahkannya bersama satu lagi perkara mistik iaitu ilmusaka harimau. Keadaan ini mewujudkan suatu kontras kerana semangatrimau yang perkasa wujud dalam diri seorang nenek seperti Tok Wansedangkan karekter Ari/ Arina lakonan Rusdi Ramli pula bernalurikewanitaan.

Dari segi penceritaan, penulis lebih mudah memahami Waris HariHantu berbanding sesetengah filem Shuhaimi sebelumnya yang mempunyaibanyak sub-plot. Plot kali ini lebih bertumpu kepada tiga karekterutama iaitu Tok Wan (Azean Irdawaty) yang mencari waris ilmu sakanya,Tina (Maya Karin) yang setia menunggu balasan cinta Ari (Rusdi Ramli)dan Ari sendiri yang berperang dengan naluri kewanitaannya.

Lakonan Azean sungguh meyakinkan dan sentiasa berada dalamkarakter konsisten. Gerak tubuh bak sang belang ditambah tutur katadalam Bahasa Minang membantu Azean menghidupkan lagi peranannya yangsungguh mencabar itu. Ada ketikanya Azean tidak perlu bercakap tetapicukup sekadar bermain dengan renungan dan jelingan tajam. Tidakketerlaluan dikatakan inilah lakonan terbaik Azean selepas Auntie Zaidalam Layar Lara.

  [size=-2]ARI (Rusdi) sebelum
dan selepas bertukar
penampilan diri.


Rusdijuga bersahaja. Babak dia meniru Anita Sarawak mengikut rentak AkhirnyaKini Pasti cukup mencuit hati. Awalnya Rusdi digambarkan lebih cerianamun semakin lama wataknya bertambah berat.

Tatkala dia nekad menukar jantina, lakonan Rusdi semakin mempesonadan mengharukan. Melihat lakonan Rusdi, penulis akan terasa ralat kalaudia tidak dicalonkan sebagai Aktor Terbaik dalam Festival FilemMalaysia (FFM) akan datang.

Maya juga banyak membantu lakonan Rusdi. Cuma pada zaman modenbegini, terasa sedikit keterlaluan watak Tina terlalu naif dan lurussehingga begitu obses kepada Ari mahu berkahwin dengannya. Tapi itulahmanusia, rambut sama hitam, tetapi dalam hati siapa tahu. Macam-macamboleh jadi.

Babak terbaik Tina adalah ketika dia terkejut melihat perubahanfizikal Ari selepas sekian lama lelaki lembut itu menghilangkan diri keSingapura.

Pujian juga harus diberikan kepada pelakon lain seperti RashidSalleh sebagai Bapuk Cina, Ah Meng. Pada peringkat awal, lakonan Rashidagak over-acting tetapi selepas dia pulang dari Singapura bersama Ari,barulah Rashid berjaya mencuri perhatian dengan aksi dan penampilannya.

Pujian juga harus diberikan kepada Nanu sebagai kakak Ari yangbenarbenar kecewa dengan tindakan Ari yang memilih jalan menjadiseorang wanita. Liza Othman juga menonjolkan lakonan tenang sebagai ibumereka, Mak Yati.

Penulis sungguh tertarik dengan cameo Ida Nerina sebagai pegawaidi Jabatan Pendaftaran Negara. Mungkin itulah senario yang selalunyaterjadi apabila manusia seperti Ari berurusan dengan perkara rasmi.Mimik wajah Ida yang menggambarkan rasa serba salah dan tergamam denganpenampilan dan masalah Ari memang hebat.

Walaupun tema kekeluargaan dan kasih sayang menjadi tulangbelakang cerita ini, Shuhaimi tidak lari daripada memaparkankegelisahan Tok Wan yang mahu menurunkan ilmu sakanya sebelum menutupmata.

Tok Wan merasakan Tina paling layak mewarisi ilmu itu tetapi MakYati membantah kerana tugasnya itu cukup berat. Pada klimaks ceritakita akan ketahui juga siapakah yang akan menerima ilmu mistik itu.

Dari segi teknikal, kesan bunyi cukup membantu drama thrillerseperti ini. Ia memang menggegarkan! Kesan visual terutama yangmembabitkan imej harimau pula tidak terlalu hebat. Mungkin kalaumendapat bajet lebih, pasti Shuhaimi akan dapat menggunakan kesan khasyang lebih terperinci lagi. Bagaimanapun ada babak bayangan belangharimau menjelma pada wajah Tok Wan, Tina dan Ari tampak cantik sertarealistik.

Babak kemuncak Tok Wan mengubati kecederaan Ari sungguh menarik.Ia akan memberi jawapan kepada magik ilmu saka yang dapat digunakan kearah kebaikan. Bagi orang luar yang menonton Waris Jari Hantu, merekasekurang-kurangnya akan dapat menyelami masalah membabitkan golongankhunsa selain budaya mistikal dalam masyarakat di nusantara. SyabasShuhaimi!


INFO: Waris Jari Hantu
Pelakon: Azean Irdawaty, Rusdi Ramli, Maya Karin, Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimie, Zaidi Omar, Liza Othman
Pengarah: Shuhaimi Baba
Penerbit: Pesona Picture Sdn Bhd & Grand Brilliance Sdn Bhd
Tayangan umum: Mulai 31Mei 2007


Aku semakin paham cerita ni macam mana....



[ Last edited by  dunkin^donuts at 5-6-2007 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2007 12:53 PM | Show all posts
Shumi  kalau buat cerita untuk orang2 yg nak berfikir jauh,
kalau dapat kat org yg malas nk pikir mmg x paham cerita2 yg dia buat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 01:06 PM | Show all posts
Waris Jari Hantu: Empat tahun Shumi pendam hasrat Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

BUKAN senangShuhaimi Baba merealisasikan pembikinan filem terbarunya, Waris JariHantu (WJH) yang memasuki pawagam sejak Khamis lalu.

Shuhaimi atau Shumi mengambil masa empat tahun untuk memahami ilmusaka secara mendalam sebelum menghasilkan skripnya. Bagaimanapun, hanya50 peratus penceritaannya dipetik daripada kisah benar, manakalaselebihnya berdasarkan imaginasi fiksyen.

WJH bukanlah cerita dongeng, sebaliknya cetusan ilham daripadakisah benar masyarakat di sekitar Negeri Sembilan. Kebanyakan orang tuazaman dulu memiliki semangat rimau dan sering kali pewarisnya adalahgolongan wanita.

Masyarakat dulu percaya, semangat rimau mampu melindungi keluarga,tempat tinggal dan kampung halaman mereka daripada ancaman musuh,bagaimanapun semangat itu akan bertindak ganas sekiranya dicabar.

Menerusi WJH watak pemilik semangat rimau, Tok Wan, dilakonkanSeniwati Azean Irdawaty. Turut beraksi Maya Karin sebagai Tina, RusdiRamli sebagai Ari/Ariana, Nanu Baharudin (Kasma), Liza Othman (MakYati), Zaidi Omar (Pak Ngah), Dang Suria (Farah), Riezman Khuzaimie(Roslan), Kavita Sidhu (Ira) dan Rashid Salleh (Ah Meng) sertapenampilan istimewa Ida Nerina, Jit Murad dan Joanna Bessey.

  Ikuti temubual Bintang Popular (BP) bersama Shumi, Khamis lalu.

BINTANG POPULAR (BP) Apa itu Waris Jari Hantu?

SHUMI:
WJH mengenai warisan mistik semangat harimau yangmenjadi cerita legenda popular bagi sesetengah masyarakat Melayu negaraini. Bukan hanya di Malaysia, malah seluruh Asia Tenggara tahu mengenaikewujudan saka rimau. Ini bukanlah filem hantu tetapi sebuah dramapenuh mistikal.

BP: Bagaimana tercetusnya ilham filem mistik sebegini?

SHUMI:
WJH ditulis berdasarkan pengalaman seorang teman rapatsaya yang berada di London. Beliau tertarik dengan cerita semangatrimau dan mahu dirinya mewarisi ilmu saka serta menjadi sebahagiankomuniti rimau yang menetap di London. Dia seorang lelaki lembut yangbegitu tertarik dengan komuniti semangat rimau saka Negeri Sembilan.Hanya golongan perempuan menjadi pewarisnya kerana perempuan adalahtuan tanah dalam adat Negeri.

BP: Kenapa menunggu masa agak lama untuk merealisasikan WJH?

SHUMI:
Ideanya dah tercetus kira-kira empat tahun lalu,bagaimanapun saya terpaksa menangguhkan pembikinannya dulu keranaketika itu saya belum tahu penerimaan masyarakat terhadap kisah mistikdan alam ghaib. Selepas Pontianak mendapat sambutan, barulah saya dapatmembaca penerimaan penonton. WJH bukan saja membabitkan ilmu saka yangmistikal, malah manusia khunsa pun saya anggap sebagai mistikal. Lalu,saya gabungkan dua elemen iaitu semangat rimau dan manusia khunsa.

BP: Difahamkan anda memang membawa harimau ketika penggambaran. Tidakkah ia membahayakan?

SHUMI:
(Tergelak). Inilah pertama kali saya menggunakanharimau dalam filem saya. Untuk keselamatan, pelakon WJH tidak berlakondengan harimau tapi kami mengambil shot harimau dulu pada peringkatpermulaan. Dua harimau berusia dua dan tiga tahun dari Tiger Shelter,Ipoh dipilih. Ia memang garang dan shooting perlu dibuat mengikut moodmereka. Kami juga guna kamera khas supaya ia tidak membahayakan DOP(pengarah fotografi). Lucunya, seekor harimau itu kebetulan namanyaAzean! Selepas mendapat shot kedua-dua harimau itu, kamimencantumkannya dengan CGI (Imej Janaan Berkomputer). Kira-kira 20peratus filem ini menggunakan CGI. Seperti biasa, saya menggunakankamera High Definition (HD) serta kesan bunyi Dolby Stereo Surround(DSS) bagi menambahkan lagi kesan gegar dan ngauman rimau.

BP: Benarkah Rusdi dan Maya hampir-hampir putus asa gara-gara tidak dapat membawakan watak Ari dan Tina?

SHUMI:
Ya, mereka hampir mengalah dan enggan meneruskan sesilatihan. Alasannya, watak Ari dan Tina terlalu berat. Apabila berdepandengan keadaan itu, saya tidak ada pilihan lain selain memujuk danterpaksa menyuntik keyakinan lagi dalam diri mereka.Bagaimanapun, sayatak salahkan Maya atau Rusdi kerana saya faham bukan senang bagi Mayamembawakan watak Tina yang bercinta dengan khunsa. Dari segi fizikal,Rusdi tidak ada masalah mengikut cara lelaki lembut berjalan ataubercakap, cuma tertekan bermain dengan emosi.

BP: Bagaimana anda melihat perkembangan lakonan Maya yang sudah sinonim dengan watak pontianak?

SHUMI:
Maya dan karakter pontianak memang sukar dipisahkan.Memang Maya perlu mengambil sedikit masa untuk mengatasi masalah itu.Bagaimanapun, saya bangga dengan ketekunan Maya kerana dia akhirnyamampu melakonkan watak Tina, gadis kampung yang naif. Ia berbeza dengankarakter sebenarnya di luar filem. Begitu juga Azean Irdawaty. Kitaselalu lihat gaya serta penampilan Azean dalam karakter moden dankomedi, tapi Tok Wan benar-benar menukar perwatakannya dalam lakonan.

BP: Bajet pembikinan WJH?

SHUMI:
WJH diterbitkan dengan kos agak rendah, RM1.4 jutatapi saya berbangga dengan barisan pelakon, tenaga produksi dan tenagateknikal kerana mereka mampu melaksanakan tugas dengan memuaskan. Sayaagak tertekan kerana WJH terpaksa ditayangkan bersama blockbusterseperti Pirates of the Caribbean 3, Shrek3 serta Spiderman 3.Bagaimanapun saya percaya, kalau ada rezeki, ia tidak akan ke manaselepas kita berusaha dan saya hanya bertawakal.

BP: Bagaimana dengan road tour WJH?

SHUMI:
Saya terharu dengan sambutan peminat dalam siri roadtour WJH di seluruh Malaysia.Program promosi bermula di Pulau Pinangdisusuli Lembah Klang, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selayang danditeruskan ke Terminal One, Seremban, Mahkota Parade, Melaka pada Meilalu. Semalam (Sabtu) road tour WJH dibuat di Kuantan Parade, Kuantandan akan berakhir di Jom Heboh bertempat di Danga Bay, Johor Bahru pada9 Jun ini. Kalau ada masa datanglah berjumpa pelakon kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 02:29 PM | Show all posts
aku dah tengok 2 kali dan aku amat menyukai filem nie..
aku sangat enjoy menonton filem ni..sama la mcm menonton mukhsin..rasa cam taknak kuar wayang..
lakonan semua mantap..
azean sangat kelasss......

korang yg belum tonton pergilah menonton filem yg sangat best nie...
satu lagi, ost citer ni pun sangat best...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 05:23 PM | Show all posts
From 1 to 10  I give..........








0.0000000009....!!!!!

Langsung x besh.....
menghabiskan duit aku jerk....
sib baek ade aksi 'nyah' si Rusdi ngan Rashid Salleh jadi penyelamat citer tuh.......
Klu x der aksi tuh, da lame da aku kuar.....(da agak da citer shuhaimi mesti hampeh nyer)


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 07:46 PM | Show all posts
dicota8 tu pondan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 11:35 PM | Show all posts

Reply #170 nameloo's post

up to u then..

pape pon aku da ngok 2 kali..

beshh... seday la :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 11:33 AM | Show all posts
Ramai yg ckp ok cite ni...
'so hari ni nak gi tgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 12:09 PM | Show all posts
Bayi Khunsa Perlu Didaftar Sebagai 慣idak Jelas
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 12:12 PM | Show all posts
ni aku amik dr blog aku sendiri -

Actually aku nak sangat tgk cerita ni.. Pasal ilmu saka rimau.. Satu amalan masyarakat Minang. Nak kata family aku mengamalkan amalan ni, tidak pulak. Tapi teringat masa kecik dulu mak Induk aku berlari lintang pukang sebab ternampak harimau sebesar lembu kat tangga depan rumah aku. Demam seminggu. Dulu pun arwah Wannyen (moyang aku) pernah cerita yang selalu masa kenduri ker, keramaian ker memang ada harimau yang 憁enjaga
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 12:18 PM | Show all posts
nmpaknya nie bkn cerita rekaan semata,kan?
dan ia mmg wujud..

tp yg pasal khunsa tu..dia ada 2 jantina ?..camner ek? aku x dapat nak bayangkn

[ Last edited by  dunkin^donuts at 6-6-2007 12:20 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 12:45 PM | Show all posts
soundtrack dia pun best...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 12:57 PM | Show all posts
BEST..REALLY ENJOY D MOVIE!
baru tgk last nite
aku yg tgh stress dgn kejer & macam2 hal
bley luper sketika..gelak x hingat

paling aku gelak when 1 couple left side aku ckp muke rusdi dah macam mak dia
then couple right side pun ckp same thing   
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 01:25 PM | Show all posts
haku da tgk....mmg x best...lagi best citer spongebob the muvi...

rating: 4.9/5
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 02:12 PM | Show all posts

Reply #179 philipinoe2's post

4.9/5 tu
hampir 5 dh...
ekceli nak gi tgk kul 1.30 td...n dh buking pun...tapi dtg lambat la tepaksa beratur...
last2 tak dpt tgk utk kul 1.30...kul 4 nnt

ramai jugak org tgk waris jari hantu ni hari ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4133 Replies : 30
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47890 Replies : 321
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 190210 Replies : 4345
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6382 Replies : 36
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 12852 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 12340 Replies : 1
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9506 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.086653 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list