CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
 Author| Post time 13-2-2013 12:16 PM | Show all posts
            
            Ayat itu mencecah telinga sebaik sahaja Delia menjejakkan kaki ke tanah. Delia sengih sebelum kedua mereka berdakap erat. Bertahun-tahun tidak ketemu buatkan mereka saling merindu.

            “Walau apa jadi…aku tetap Delia Azreen Abas yang dulu.Tak pernah berubah dan mungkin takkan berubah…”
            Qistina cebik.
            “Delia Azreen Abas yang dulu tu ibarat ‘snow queen’. Hati sejuk beku. Tapi Delia yang sekarang macam lain je.” Qistina pandang Delia sebelum jeling anak muda tampan yang sedang mengibas-ngibas hujung seluar dengan tangan. “Tak nak kenalkan aku dengan mamat handsome tu ke?”
            Delia jegil mata. Mujur Qistina berbisik di telinganya. Andai tidak, pasti Ameer yang berlagak tu sudah kembang bermangkuk-mangkuk. Maklumlah, ada orang puji.
            “Tu Ameer Luthfy. Dah ada orang punya ok!” Balas Delia. Tapi turut berbisik pada Qistina. “So…jangan buat muka gatal ek!”

            Qistina cebik lagi. Awal-awal dah bagi ‘warning’ nampak.
            “Ni la husband kau ek? Jadi…Kau bukanlah terlanjur macam yang diorang cerita tu.”
            Sekali lagi persoalan itu singgah di telinga Delia. Sebelum ni Aariq. Sekarang Qistina pula. Apa ada tulis kat dahi Ameer ke dia tu husband aku?
            “Siapa yang cerita?” Delia bertanya semula sebab malas nak jawab soalan tadi.
            “Ibu aku. Tapi mak tiri kau yang bercerita. Ibu kata kau bawa baby masa balik dari Sydney dulu. Tu sebab Uncle Abas halau kau, kan?”

            Nafas dihela kasar. Seperti yang telah diduga, kembali ke sini pasti akan menyingkap semula memori lama. Walaupun telah lima tahun berlalu, rasa sakit di hati masih terasa sama. Masih perit menusuk dada.
            “Demi Allah Tina, aku tak pernah terlanjur. Budak-budak tu anak aku yang sah dan diorang ada bapa. Aku ni pun belum lupa pasal halal haram la.”
            Sakitnya rasa hati bila status Dani dan Dania diragui.Sedangkan anak-anak itu lahir dari hubungan yang sah antara dia dan Adam. Anak-anak itu adalah bukti Adam pernah wujud dalam hidupnya suatu masa dulu andai ada yang mahu meragui. Cuma lelaki itu yang tidak dapat ditemui lagi. Tidak tahu samada masih hidup atau mati.

Last edited by TJ2 on 13-2-2013 12:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2013 12:19 PM | Show all posts
            

               Bukan dia tidak mencari tapi semuanya menuju ke jalan buntu. Lebih-lebih lagi dia tidak tahu apa-apa berkenaan Adam. Yang ada cuma alamat di dalam sijil nikah. Tapi itu pun tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana sewaktu dia ke alamat itu, penghuni rumah dengan penuh yakin mengatakan tiada orang bernama Adam tinggal di situ. Pencarian menerusi Tan Sri Rashdan juga tidak membuahkan apa-apa hasil. Lama-kelamaan dia sendiri sudah penat dan malas mahu mencari lagi.
            “Sorry…sorry…Aku tak niat nak lukakan hati kau, beb…”
            “It’s ok. Aku dah biasa. Dah selalu sangat dengar orang cakap benda yang tak elok pasal aku dengan anak-anak.”
            Senyuman pahit diukir. Sekilas dia jeling Ameer yang dari tadi diam memerhati. Mesti Ameer buat macam-macam spekulasi lepas ni! Confirm la!
            “Eh! Jomlah pergi rumah aku. Lagipun syarikat ayah aku yang uruskan hal jual beli rumah ayah kau tu…”
            “Syarikat ayah kau? Bukan nama syarikat ayah kau lain ke?”
            “Dah tukar nama. Nama dulu tu kuno. Nama baru tu aku yang bagi. Sedap, kan?”
            Prosperity Sdn Bhd! Dah macam burger kat Mc’D. Tapi mahu tak mahu Delia terpaksa angguk. Takut ada yang sentap pulak nanti! Lagi payah.
            “Sedap. Sedap sangat.”
            “Jom la. Nanti boleh kau tanya ayah aku pasal buyer yang nak beli rumah ni.”
            “Hah! Dah ada buyer ke?”
            Delia sudah ternganga. Ameer dijeling dan lelaki itu sepertinya tersenyum sinis. Delia hela nafas kasar. Susah la macam ni!
            “Dah ada dua tiga orang rasanya. Cuma belum ada kata putus. Kalau betullah. Aku pun dengar cerita ni minggu lepas!”
            “Jom pergi rumah kau. Aku nak bincang benda dengan Uncle Azman.”
            Tangan Qistina ditarik kuat. Langkah diatur pantas ke rumah Qistina yang cuma terletak beberapa meter dari rumah ayah. Dia tidak boleh terlambat dan kalau ada orang sudah beli rumah itu, dia tetap tidak peduli.Tak kisahlah kalau nak kena ‘counter offer’ sekali pun. Yang penting dia mahukan rumah ayah…

Last edited by TJ2 on 13-2-2013 12:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 12:24 PM | Show all posts
Bab15




            Delia yang sedang khusyuk mencuci pinggan mangkuk tersentak bila Puan Sri Najwa datang dan berdiri di sisinya. Wanita tua yang masih bergaya itu tersenyum manis.
            “Rajinnya. Untung orang yang bermenantukan Lia. Bibik mana?”
            “Bibik kat belakang. Angkat kain kat ampaian. Rajin Lia ni bermusim, auntie. Karang tiba waktu malas…auntie faham-faham sendiri je la.”

            Tawa kecil pecah antara Delia dan Puan Sri Najwa. Dalam pada itu, mangkuk terakhir sudah pun selesai dicuci. Lalu tuala kecil yang terletak di atas cabinet dapur dicapai. Tangan yang masih basah dilap sehingga benar-benar kering.
            “Kenapa Auntie tak lepak kat depan dengan yang lain?”Soal Delia tiba-tiba. Pelik juga bila Puan Sri Najwa datang ke dapur dan berbual-bual dengannya.
            “Auntie pergi toilet tadi.” Puan Sri Najwa telan liur seketika. “Lepas tu nampak Lia dekat sini. Hmm…Auntie dengar Lia nak kahwin dengan Ameer. Betul ke?”
               Delia yang sedang meneguk air mengangguk perlahan. Segaris senyuman terukir di wajah cantik itu.
            “Mana Auntie dengar pasal ni? Rasanya Lia belum bagitau sesiapapun.”
            “Ameer yang bagitau tadi. Over excited, I guess.”

            Pantas sungguh mamat yang sorang tu! Rasanya baru pagi tadi urusan jual beli rumah ayah selesai. Tengahari ni Ameer dah ‘announce’ pasal nikah kahwin. Delia hela nafas panjang. Cuba melegakan rasa tidak enak yang bertamu di hati.
            Nak tarik balik keputusan, rasa macam tak patut. Ameer dah bantu dia dapatkan rumah ayah. Kalau tak, mau dalam mimpi pun dia takkan mampu untuk beli semula rumah itu. Bukan dia tidak berusaha tapi tiada bank yang sudi beri dia pinjaman sebanyak 3.6 juta. Gila bank nak bagi! Dah la kerja tahap setiausaha cabuk. Gaji pun takat Rm3500 sebulan. Harta pun takde. Jadi, secara logic mana ada bank nak bagi pinjaman.
            Hampir seminggu juga dia turun naik bank. Tapi semuanya tidak dapat membantu kerana jumlah yang dia mahu pinjam itu terlalu besar. Jadi, apa lagi pilihan yang dia ada selain Ameer. Bila cakap dia setuju dengan syarat Ameer, lelaki itu terus telefon Sam. Sam adalah pegawai dari OCBC dan memang Akram Holding selalu berurusan dengannya. Tak sampai sepuluh minit Ameer letak telefon dan angkat ibu jari tanda bagus.

Last edited by TJ2 on 13-2-2013 12:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 12:28 PM | Show all posts
            
              Entah kenapa dia langsung tidak terfikir untuk bercerita dengan Tan Sri Rashdan. Kalau dia beritahu, mungkin Tan Sri Rashdan juga boleh membantu. Malah pasti, lelaki tua sebaya ayah itu tidak akan buat permintaan sewel macam Ameer. Tapi kalau ada, lagi haru!
            “Dzariff tahu tak pasal ni?”
            Soalan itu buatkan Delia angkat muka. Bertentang mata dengan Puan Sri Najwa yang masih setia berdiri di tepi singki. Delia senyum dan geleng.

            “Lia belum cakap dengan sapa-sapa pun lagi.”
            “Dzariff pernah cerita apa-apa tak pada Lia?”
            Delia kerut dahi. Cerita pasal apa?
            “Cerita tentang apa, auntie? Kitorang sebenarnya dah lama tak borak. Dia busy sangat. Lepas tu kena fly ke Sydney pulak.”

            Puan Sri Najwa juga senyum. Sejak Ameer buka mulut tadi berbagai persoalan bermain di mindanya kerana Dzariff juga pernah beritahu dia mahu berkahwin dengan Delia.
            “Pasal hati dia. Perasaan dia.”
            “Tak pernah pulak. Lagipun siapa Lia ni pada dia. Mesti dia segan nak cerita pasal hati dan perasaan. Kenapa dengan dia, auntie? Ada problem dengan awek ke?”
            Pantas Puan Sri Najwa geleng kepala. Sah Dzariff tak pernah luahkan apa-apa pada Delia. Padahal sebelum ni beria-ia menyakin dia dan suami. Terlalu cinta katanya! Kan tak pasal-pasal dan melepas! Lebih menyakitkan terlepas pada sepupu sendiri. Lari kemana pun tetap akan jumpa kerana ikatan kekeluargaan mereka.

            “Takdelah. Jom ke depan.”
            Delia angguk dan beriringan dengan Puan Sri Najwa menuju ke ruang tamu. Delia jadi segan bila semua mata memandangnya. Sampai nak sengih pun rasa serba tak kena. Kalau ikut hati, memang dia pusing dan masuk balik ke dapur.
            “Congrats, kak. Tak tau pula selama ni akak dengan abang Ameer…”
            Aizat sudah menerpa untuk bersalaman. Delia Cuma senyum.Tahu apa yang patut dia katakan kala ini. Otaknya beku tiba-tiba.
            “Tadi bila Ameer cakap nak kahwin, Auntie dah jadi seram. Mujur dia nak kahwin dengan Lia. Kalau dengan Irina…mau demam auntie dibuatnya.”

Last edited by TJ2 on 13-2-2013 12:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2013 12:35 PM | Show all posts
            
            Ruang tamu gamat dengan ketawa mereka. Cuma Delia yang masih terpinga-pinga. Kurang mengerti dengan maksud kata-kata Puan Sri Ezzah. Kenapa pun kalau Ameer nak kahwin dengan Irina? Tu kan memang ‘girlfriend’ Ameer selama ni!

            “Irina pun ok apa. Cun melecun tu.”
            Serentak dengan itu semua mata kembali terarah pada Delia. Delia sengih dan gigit bibir. Aku silap cakap ke? Perlahan-lahan dia angkat tangan dan buat isyarat ‘peace’. Ameer yang duduk di sisi Tan Sri Rashdan Cuma mampu geleng kepala.

            “Cun tapi perangai ke laut nak buat apa?”
            Jawapan selamba Puan Sri Ezzah buatkan Delia melopong. Mati-mati dia ingat selama ini Irina adalah bakal menantu terpilih di dalam keluarga Tan Sri Rashdan. Masakan tidak, Irina cantik, bijak malah berasal dari keluarga yang juga ternama. Cuma perangai kadang-kadang kureng sikit!
              “Cuma auntie tak faham something…” Puan Sri Ezzah kembali bersuara. Wajah Delia dan Ameer dipandang silih beganti. “Bukan selama ni Lia dengan Ameer tak baik ke? Jadi, bila masanya kamu berdua bercinta?”

            Delia sudah tercekik air liur. Nak cakap apa pun dia tak tahu. Takkan nak cakap dia setuju nak kahwin dengan Ameer sebab lelaki itu membantunya mendapatkan rumah ayah. Mau terlompat semua orang dekat sini nanti!
            “Ummi ni…orang cover line je la. Tak nak orang tahu.”
            Jawapan Ameer membolehkan Delia menghela nafas lega. Mujur lelaki itu menjawab. Nak harap dia, memang tak terfikir apa-apa.

            “Apa pun…baba doa yang terbaik buat kamu berdua. Kalau Lia memang jodoh Ameer, baba bersyukur. Tapi kalau bukan, baba nak kamu berdua terima dengan hati terbuka. Jangan bermusuhan. Sentiasa ingat allah tahu apa yang terbaik.” Tan Sri Rashdan tarik nafas dan pandang Delia sebelum beralih pada Ameer. “Kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu tapi Allah beri apa yang kita perlu.”

            Kata-kata itu meresap jauh ke hati Delia. Mungkinkah Ameer yang dia perlukan untuk menemaninya meniti hari-hari mendatang?

Last edited by TJ2 on 13-2-2013 12:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:43 PM | Show all posts
teruskan berkarya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-2-2013 12:55 PM | Show all posts
Cik_Andak posted on 13-2-2013 12:43 PM
teruskan berkarya.....

Baik cik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:20 PM | Show all posts
terbaikkkkkk

errr...agak2 surat yg Adam bg dulu tu leh share kat sini x?
rahsia ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2013 02:37 PM | Show all posts
kenapaaku posted on 13-2-2013 02:20 PM
terbaikkkkkk

errr...agak2 surat yg Adam bg dulu tu leh share kat sini x?

belum leh lg...hehe

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 03:05 PM | Show all posts
tq to update....hukhukhuk melepas si dhariff aduhaiiii............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 04:59 PM | Show all posts
*************************


            Telefon yang terletak di atas meja di sisi katilnya berdering kuat. Delia terkebil-kebil sendiri. Siapa pula telefon dia pagi-pagi ni? Dengan rasa mengantuk, dia capai telefon dan lihat nama yang tertera.
            “Hello…” Suara Delia kedengaran sedikit serak. Maklumlah baru bangun tidur.
            “You keluar sekarang. I ada dekat depan!”
             Talian diputuskan dan serta merta kantuk Delia hilang. Rasa pelik menguasai hati. Sekali lagi dia belek nama yang tertera di skrin telefon. Betullah dia! Tapi sejak bila pula dia ni pandai mengarah macam dictator?

            Sambil menguap Delia bangun ke tingkap. Langsir diselak sedikit untuk memastikan kebenaran kata-kata lelaki tadi. Mana tau kot-kot lelaki itu berniat nak kenakan dia malam ni! Bukan boleh percaya sangat.
            Bila pasti, Delia terpaksa melangkah keluar walaupun sebenarnya dia terasa amat malas. Tapi untuk tidak mengendahkan permintaan lelaki itu, dia seperti tidak sampai hati.
            “Assalamu’alaikum…” Tegur Delia bila berdiri di hadapan pagar. Lelaki yang sedang membelakanginya itu pantas berpaling.
            “Wa’alaikumussalam…”
            “You bukan ada dekat Sydney ke?”
            “I baru je sampai.”
            “Dari Sydney ke?”

            Anggukan Dzariff buatkan Delia ternganga. Baru sampai dari Sydney dan sekarang dah terpacak dekat depan rumah aku? Takde jam ke hape dia ni? Kan baru pukul 4.30 pagi!
            “Azreen…we really need to talk!”
            “About what?”
            Datang pagi-pagi macam ni semata-mata nak ajak bercakap. Macam dah takde hari esok gamaknya! Kalau pun penting sangat, kan boleh guna telefon. Zaman dah moden beb!
            Dzariff kelihatan menguak rambut beberapa kali. Lelaki ini tampak kusut. Semuanya nampak seperti tidak terurus. Ada masalah besar ke?

            “You ada masalah ke ni?”
            “I dengar you nak kahwin dengan Ameer. Betul ke?”

Last edited by TJ2 on 15-2-2013 05:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 05:01 PM | Show all posts
               La…nak tanya pasal ni ke? Ingat ada masalah dunia tadi. Buat suspen je! Delia senyum sambil angguk. Cepat betul cerita ni tersebar. Entah-entah staff Akram pun dah tahu! Silap-silap kecoh bila masuk office nanti.
            Delia pandang Dzariff. Lelaki di hadapannya ini meraup muka berkali-kali. Seolah tidak tentu arah. Selama dia kenal Dzariff, lelaki ini selalu tenang. Selalu boleh menguasai keadaan.  
            “Dzariff, you ni kenapa? Ada masalah ke?”

            Lelaki itu angkat muka dan mereka bertentangan mata. Ada satu rasa yang aneh muncul di hati Delia. Rasa yang tidak boleh dihuraikan dengan perkataan dan tidak mampu untuk difahami oleh orang lain.
            Dzariff mengeluh kasar. Jiwanya teramat kacau saat ini. Jika tidak, masakan dia mampu untuk bertindak segila ini. Pulang ke Malaysia sehelai sepinggang semata-mata mahu bersemuka dengan Delia.
            “Sayang, kenapa tiba-tiba you nak kahwin dengan Ameer?”
            Delia garu kepala yang tak gatal. Perlukah dia berterus terang pada Dzariff. Tidakkah dia akan memalukan Ameer, andai dia beritahu alasan sebenar?

            “Mana ada apa-apa alasan…”
            “Pleasa la, Azreen! I kenal you bukan sehari dua. You pun bukannya baik dengan Ameer tu. So, kenapa tiba-tiba nak kahwin pula? There must be a reason!!!”
            Bibir diketap erat. Kenapa lelaki ni nak marah tiba-tiba? Delia paling tak suka bila Dzariff marah-marah begini. Bukan apa, dia jadi cepat tersentuh bila dimarahi oleh Dzariff. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
            “Ke sebab dia tolong you dapatkan balik rumah ayah?”
            Saat ini Delia sudah ternganga. Mana Dzariff tahu? Takkan Ameer bercerita pada Dzariff.
            “Mana you tau?”

            “You ingat I senang-senang nak tinggalkan you dengan anak-anak macam tu? Dibuatnya penyangak-penyangak tu serang you balik macamana? Boleh mati keras I kat Sydney tu tau. So, I asked someone to look after you and the kids.”
            Delia tersentak. Maknanya selama ini ada orang yang sentiasa mengekori dan memerhatikan dia dan anak-anak. Kenapa dia tak perasan ek? Rasa marah dan tak puas hati menggelegak dalam dada.

Last edited by TJ2 on 15-2-2013 05:18 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 05:02 PM | Show all posts
              “You asked someone for tailing me?” Tanya Delia.
           “Yes!”
           “Hello…I’m big enough to protect myself! So, I don’t need any guardian angel.”

           Suaran yayang kedengaran sedikit berlagak buatkan Dzariff tergelak sinis. Lelaki itu akhirnya melabuhkan punggung di tembok kecil di tepi pagar Delia. Mungkin sudah letih berdiri. Delia dengan wajah masam mencuka turut duduk di tembok berhadapan dengan Dzariff.

            “I know you’re big enough to take care of yourself.”Dzariff kelihatan seperti menghela nafas perlahan-lahan. “But I just could’n stop worrying about you. So…salah ke kalau I suruh orang tengok-tengokkan you masa I takde?”
            Rasa amarah tadi tiba-tiba hilang. Mungkinkah kerana kata-kata Dzariff yang kedengaran amat indah di telinga Delia itu?
            “Salah ke tindakan I?”
            “You suruh siapa ikut I?” Delia tidak jawab soalan tadi sebaliknya bertanya satu soalan lain. Dzariff senyum.
            “Someone that I trust so much. So, I salah ke? I ‘just’ nak you dengan anak-anak selamat, Sayang!”

            Lama Delia terdiam. Tak tahu nak jawap apa tapi Dzariff ini memang pelik. Dari kali pertama bertemu sehingga ke saat ini, lelaki ini tidak pernah jemu untuk memanggilnya Sayang. Kalau serius, baru panggilan itu bertukar kepada Azreen. Bukan Dell atau Lia.
            “Kenapa you tak pernah panggil I Delia?”
            Entah macamana boleh tertanya pula. Padahal Delia tidak pernah terniat pun untuk tahu walaupun kadang-kadang ada juga terfikir. Rasanya tadi dia cuma bertanya dalam hati je. Mulut ni betul-betul tak sayang diri! Delia tepuk bibirnya perlahan.
            “Mana boleh tau.” Dzariff senyum tipis. “So, salah ketindakan I ni, Azreen?”

            Gelengan perempuan muda yang manis bertocang satu itu buatkan hati Dzariff berlagu gembira. Membuatkan dia bernafas lega. Lagipun dia bukan datang ke sini untuk bergaduh. Dia cuma mahukan penjelasan Delia.
            “Tak...you cuma nak I selamat, kan? Thank and sorry for yelling at you just now! Ter ‘emo’ sikit tadi.”
            Lelaki yang sedang memicit dahi itu senyum. Walaupun seperti tidak terurus, tapi Dzariff masih lagi tampak kacak. Lebih-lebih lagi dengan dua lesung pipit di kiri dan kanan pipi.
Last edited by TJ2 on 15-2-2013 05:16 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 05:04 PM | Show all posts
              
           Ditambah pula dengan kedudukan tulang pipi yang agak tinggi. Memang taste la! Hahaha! Tergatal pula.

            “It’s ok. Sekarang ni kita balik pada topic asal. Kenapa nak kahwin dengan Ameer?”
            Adeh! Potong betullah soalan dia ni!Tapi, apa pentingnya semua ni pada dia? Rasa macam takde kaitan je dengan Dzariff. Delia bukan sesiapa pun pada lelaki ini. Tapi kalau tak cakap, mau sampai ke pagi Dzariff bertapa di depan rumahnya. Menagih jawapan dari soalan yang sama.
            “Kalau I cakap, boleh tak you jangan beritahu sapa-sapa?” Dzariff angguk. Delia tarik nafas panjang sebelum sambung bicara. “Betullah apa you cakap tadi…”
            “Pasal dia tolong you dapatkan balik rumah ayah ke?”

             Dzariff mendengus kasar bila lihat anggukan Delia. Tak sangka Ameer sanggup gunakan cara begini untuk mengikat Delia! Dari mata kasar memang nampak Ameer seperti benci pada Delia. Tapi, Ameer lelaki dan dia juga lelaki. Jadi dia faham akan setiap pandangan Ameer pada Delia. Sungguh dia amat faham!
            Dia tahu Ameer amat menyukai Delia. Malah mungkin menyintai Delia. Mata Ameer tampak bersinar tiap kali membicarakan soal Delia, Dani dan Dania. Luaran Ameer memang kasar pada Delia namun hakikatnya Ameer sangat mengambil berat hal-hal berkenaan gadis itu.
           “Kalau dia tak tolong, confirm I takkan dapat balik rumah tu. Mana ada bank nak bagi I loan banyak-banyak.”
           “Kalau pun dia tolong, kenapa you perlu kahwin dengan dia?”

           Delia tarik nafas. Nampak gaya kena bercerita ‘detail’ pada Dzariff ni. Kalau tak,mesti ada saja soalan dia. Naik lemas dibuatnya.
          “Dia bagi syarat. I tak fikir panjang sebab masa tu I terdesak sangat. Ingat lepas settle hal rumah ayah, baru nak bincang betul-betul. Tak sangka pula Ameer dah kecoh-kecoh kat semua orang pasal ni!”
         “Kenapa you tak ‘call’ I je?”
         “Ada terfikir tapi you kan jauh. Bila you balik sini pun tak tau. I dah terdesak sangat…” Delia ternganga bila Dzariff memotong pantas bicaranya.
        “Berapa dia beli rumah ayah you?”
        “3.6million.”      

Last edited by TJ2 on 15-2-2013 05:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2013 05:06 PM | Show all posts
            
                Lama Dzariff terdiam. Entah apa yang difikirkan Delia pun tak tahu. Atau mungkin terkejut dengan jumlah yang disebutkan Delia sebentar tadi. Malah Delia sendiri sampai sekarang masih tidak percaya. Tak sangka sebegitu tinggi harga rumah ayah. Makin kaya mama Aina lepas ni! Harus makin berlagak!                    

           “Kalau I bagi duit tu balik dekat Ameer, boleh tak you jangan kahwin dengan dia?”

            Delia kerut dahi dan pandang Dzariff sungguh-sungguh. Apa motif Dzariff tak bagi dia kahwin dengan Ameer ni?
           “Ish!Takkanlah I nak buat macam tu. Lagi-lagi bila benda ni dah kecoh. Mana uncle dengan auntie nak letak muka nanti?”

           Terbayang sudah wajah Puan Sri Ezzah yang beria-ia merancang majlisnya dan Ameer. Malahan sudah pun menelefon ke butik pengantin dan pihak ‘catering’. Pasti wanita itu kecewa jika Delia tiba-tiba membatalkan hasrat untuk mengahwini Ameer.
           “You cinta Ameer?” Tanya Dzariff. Delia geleng kepala. “Habis kenapa perlu kahwin dengan orang yang you tak cinta?” Dzariff bertanya lagi.
           “I boleh belajar…” Ya. Seperti mana dia belajar untuk mencintai Adam suatu masa dahulu.
           “Please, Azreen. Jangan buat I macam ni.”

            Dahi Delia sudah berlapis-lapis. Berkerut tanda tidak mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh Dzariff.
            “Sorry…I tak boleh ikut cakap you. Memang nampak mudah tapi sebenarnya tak. Perkara ni libatkan banyak orang.”
            “Please, Sayang…”
            “No! I tak boleh!”
            Dzariff berdiri dan raup muka berkali-kali lagi. Lelaki itu mundar mandir di hadapan Delia sebelum berpaling dan merenung tajam ke wajah Delia.

            “Azreen…susah sangat ke permintaan I ni? I tak minta banyak. I cuma tak nak you kahwin dengan Ameer je.”
            “Bukan soal susah atau senang. Tapi…”
            “Tapi apa?”
            Suara Dzariff yang agak tinggi itu buatkan Delia tersentak.
            “Yang you nak marah-marah ni kenapa?”

            Dzariff diam dan merenung Delia tanpa suara. Tiba-tiba lelaki itu mengeluh. Rambut dikuak kasar.
            “I think I better go. Hati you bukan untuk I lagi…”
            Lelaki itu berpaling lemah lalu melangkah meninggalkan Delia yang termanggu sendiri. Masih keliru dengan kata-kata akhir Dzariff tadi…

Last edited by TJ2 on 15-2-2013 11:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 05:40 PM | Show all posts
tu la ko dzariff dari awal dok main aci lut.. la ni nyesal la ko.. ameer lagi bijak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2013 06:35 PM | Show all posts
adussss... kaka kasihan sama dzariff...  ameer n dzariff... dua-dua hebat n ganteng... abis macam ne tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala ciannya dzariff,tp suka delia ngn ameer..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2013 10:52 PM | Show all posts
kesian plak dgn Dzariff.tewas dgn sepupu plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 10:57 AM | Show all posts
Nak lagi pleaseeeeee........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14449 Replies : 51
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20045 Replies : 92
Newbie thread- pengalaman shopping online
BihungorengNewbie thread- pengalaman shopping onlin
Views : 11653 Replies : 25
Lawak Puasa
XimLawak Puasa
Views : 23344 Replies : 71
Dah kenapa dikkk?
cef_gangoDah kenapa dikkk?
Views : 7342 Replies : 38
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8612 Replies : 34
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6260 Replies : 35
[EMAK OH EMAK]
Laracrop[EMAK OH EMAK]
Views : 5309 Replies : 29
Roti Kaya Asam Jawa
vanilla_vellRoti Kaya Asam Jawa
Views : 15447 Replies : 66
Beza staff dan management
chaconBeza staff dan management
Views : 2557 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.065476 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list