CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

Pengalaman manis seorang guru...

[Copy link]
Post time 1-5-2006 11:15 AM | Show all posts

Reply #120 manusia biasa's post

mmg pilot .. tapi kalau anak buah .. atau cikgu2 bawah dia .. jenis degil2 ... jenis aku buat hal aku ko buat hal ko .. x jadi jugak ... cam kapal terbang .. kalau pilot ok .. tapi minyak kapal x cukup ... flipper x leh nak goyang nak buat turn ... pastu tayar x nak turun .. sama gak .. crash n burned gak kapal tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2006 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by manusia biasa at 1-5-2006 09:24 AM
guru besar dan pengetua ialah pilot kpd sebuah kapal terbang @ sekolah ..

btol tak ??



pilot....kalau pilot yg excellent...banyak skil...sampai la ke destinasi..
tapi kalau pilot yg 'tut'......crash jugak kapa terebang  tu karang...

aku sebenarnya bukan nak memburuk2 kan saper2...
bukan jugak nak memburukkan sekolah sendiri...
tapi sebenarnya sebab dia lah....sekolah aku down teruk....

cikgu2 yang experienced...yang veteran...seme dah tak de...
tukar sek lain pasai tak tahan ngan pilot...
cikgu perempuan paling tua kat sekolah aku pun....baru 35 years old...

aku pun nak kena sabar sampai tahun depan jer...:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 01:07 PM | Show all posts
tuah,
kene brush up confidence budak2 tu. it's good for them. naikkan self esteem dorang. so they can fight with others (bukan bertumbuk ye)

cendawan,
skolah kat mana tu? di KL ke? top schools ke?

sherrina sedang conduct seorang lepasan SPM yg tgh tunggu nak masuk U. dia ni sedang nak kata amk course tu tak le but kira practice utk english conversation dengan sherrina. kitorang dok bincang2 le pasal masalah buli disekolah. sherrina terpikir, camne ye nak atasi masalah buli? saban hari ada je budak yg kene belasah, yang mati. baru2 ni ada smp kene buang buah pinggang sebelah sbb kene belasah.

kalau kat oversea sherrina tgk skolah2 menengah ada boxing/wrestling class. bukan nak ajar dorang bertumbuk tak tentu hala. but bantu alirkan kekuatan dorang ke arah yg baik (tanpa mencederakan org lain). I mean budak2 ni takkan tak tentu pasal lahir2 ada sifat nak menumbuk org sahaja. sure bersebab. sherrina rasa anger dlm budak2 ni tak dpt dialirkan kemana2. sapa yg masuk taekwando tu ada le tempat. pecah papan ke apa. but budak2 biasa ni camne?

sherrina terpikir, kalau taruk mende ni kat skolah dlm bilik khas dan sapa2 nak lepaskan geram...tumbuk le mende ni. utk kurangkan marah, lepaskan geram drpd bantai budak..

Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 1-5-2006 01:19 PM | Show all posts
bilik khas tu nanti agaknya nama apa ek sherrina? 'BILIK LEPAS GERAM' agaknya la

tapi pakcik percaya, orang yang paling kerap guna bilik tu nanti ialah Pengetua /Guru Besar :bgrin:

tadi tengahari pakcik g sekolah jap nak hantar barang. aikss...ada lak Pengetua. kesian tengok muka dia...macam tak cukup tido je. dia cakap kerja banyak nak kena buat. pakcik tanya jaga...jaga kata semalam pun dia (pengetua) ada datang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 02:51 PM | Show all posts

Reply #124 pakcik_d7668's post

seme temp solution arr ... patutnyer bebudak sejak sekolah rendah diberikan pendedahan kepada rukun negara kesopanan ngan kesusilaan ...
dulu ade mata pelajaran dipanggil tatarakyat ... skang dah x de ... patut bende tu ade balik arr ... banyak bende yg dulu baik .. dah dibuang .... cam sejarah dunia dulu ... di dalam pelajaran tawarikh ... belajar tentang iskandar zulkarnain , the great wall of china .... and so on ... apsal aa bende2 baik ni dibuang ... sbb tu budak dulu x ramai kurang ajar cam skang ni ... pelajaran skarang ni lebih kepada hard rock ngan x sentuh langsung emotion ... jauh skali daripada caring ... lebih kepada iq dan tidak kepada eq ....

dan satu lagi .. taekwondo bukan la satu media untuk lepas geram ... dia adalah lebih kepada pengawalan tenaga ... penuh dengan disiplin ngan hormat ... bengang tul ngan satu iklan yg ngatakan dak tu kene buli pastu dia belajar taekwondo pastu pi belasah orang .. ni satu2 contoh sikap yg salah ...

wajibkan bebudak tu join at least satu kokurikulum .. dan pantau ... biar tugas ni tugas kaunselor .. memastikan bebudak dalam set kategori berkemungkinan membawa masalah benar2 join persatuan .. dan ditugaskan agar berjawatan penting di dalam persatuan berkenaan ... bagi diorang ni masalah ... supaya diorang belajar camna nak selesaikan masalah.
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 1-5-2006 07:10 PM | Show all posts
sibel...
untuk makluman, subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah pun diadakan semula mulai tahun lepas. sekarang ni dah sampai peringkat tingkatan 2. sekolah rendah pulak, sekarang ni tahun 4 dan 5.
Reply

Use magic Report

Follow Us
pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 1-5-2006 07:14 PM | Show all posts
lupa lak...selamat hari pekerja.

[ Last edited by  pakcik_d7668 at 1-5-2006 07:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 1-5-2006 01:07 PM


cendawan,
skolah kat mana tu? di KL ke? top schools ...


tak der lah top school...sek biasa jer...
tapi daripada biasa...jadi makin teruk...
nih maklumat yang GPK aku bagi nih..bukan aku saje2 reka ceriter...
GPK HEM kita org tiap2 tahun tukar....
tapi yg tahun nih...so far tak kena kacau lagi...

sekolah KL....tengok dari luar...
korang mesti teruja nak ngajar sek aku nih...
skolah cantik...baru...
sekali tgk tak macam sekolah pun...

saper2 duk KL agaknya mesti leh agak..aku sekolah mana...:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2006 09:07 PM | Show all posts
hehe...ni sure sekolah yg bangunan nye canggih manggih ni. hmmmm...sek mana agaknya? takpelah cendawan, skolah memana pun xpe. yg penting ngajar dengan tekun dan tulus.

pakcik,
kesian ye pengetua tu. sherrina harap usaha kerasnya membuahkan hasil. bukan senang nak jadi ketua dlm sebuah sekolah.

sibel,
ye. program martial arts bukan utk lepaskan geram tetapi blaja utk mengawal diri dan mempertahankan diri. but sekurang2nya dlm training tu ada aktiviti2 seperti tumbuk kayu, tumbuk punching bag dan lain2 yg sherrina rasa dapat bantu mengalirkan rasa anger dlm diri. aktiviti ko kurikulum skrg bagaimana sistemnya ye? adakah masih umphh mcm zaman kita skolah2 dulu atau sekadar ada sahaja? bukan apa, lucu pula sherrina bila student2 sherrina smlm suggest kami buat lawatan. sherrina kata, bukan ke sekolah tiap2 tahun buat lawatan. katanya tahun ni takde. biasanya lawatan diadakan hujung tahun kan?

camne ye perkembangan mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris? camne juga dengan penggunaan IT didalam bilik darjah? dah di gunakan sepenuhnya ke? oh ye, nak tanya. kan dulu kementerian bina makmal2 komputer di sekolah-sekolah. makmal di sekolah cikgu2 semua dah digunakan sepenuhnya ke? sherrina tgk dikawasan ni ada yg dah jadi 'gajah putih'.....siap ada yg kene rompak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 09:30 PM | Show all posts
menarik jugak jadi cikgu ni..akak aku pun cikgu..macam2 die cite pasal bebudak  ni...dulu die ngajo kat sekolh swasta sekarang ni kat sekolah kerajaan kat kampung2..die kate banyak sangat perbezaan ngajo bebeudak kampun dengan bandar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 1-5-2006 09:07 PM
oh ye, nak tanya. kan dulu kementerian bina makmal2 komputer di sekolah-sekolah. makmal di sekolah cikgu2 semua dah digunakan sepenuhnya ke? sherrina tgk dikawasan ni ada yg dah jadi 'gajah putih'.....siap ada yg kene rompak lagi. ...



pengalaman di sekolah aku.. beberapa kali aku dah buat pengumuman mengalu-ngalukan kedatangan guru2 dengan membawa murid2 ke dalam makmal.. tp sambutan cam kurang skit.. yang bawak masuk budak pun muka yang sama je..

tp aku mmg biasa balik lewat.. so aku akan buka lab ni untuk budak2 menggunakan komputer pada sebelah petang.. sbb lebih baik rosak kerana digunakan dari rosak kerana tidak digunakan..

tp skrg. kebanykkan program aku selalu cadangkan gunakan makmal komputer.. kerana dalam makmal ini aku telah beli banyak barang2 seperti amplifier, speaker, microfon dan sebagainya untuk kemudahan bersama.. so aktiviti2 perjumpaan seperti perjumpaan ibu bapa biasa buat dalam makmal ini.. sbb senang..tp kalu aktiviti yang lebih dari 100 orang. biasa terpaksa buat kat luar juagk. kerana makmal tak dpt tampung seramai itu..

aku cadangkanm gunakan makmal. sbb makmal ni adalah bangunan paling cantik dan baru di kawasan sekolah aku.. kalu biasa. buat aktiviti kat kantin atau di di tengah dataran perhimpuanna kerana sek aku takde dewan..

tp aku rasa la.. cam aku.. pegang makmal komputer. ada 2 buah makmal kena jaga. lepas tu kena jaga kelas jugak. dan disamping itu aku juga mengambil iniasiatif mengadakan papan kenyataan bergambar di mana di situ aku paparkan segala gambar setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah.. mmg tak sempat nak jaga sepnuhnya tiga-tiga tempat tu..  itu tak masuk lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.. letih. tp takpela..

aku tgk makmal2 komputer yag baru sekrg. mmg elok dan byk kemudahan.. tp ramai jugak penyelaras makmal komputer sek2 lain yang tak gunakan sepenuhnya penggunaan makmal.. ada yang jenis tutup sentiasa.. kekadang je buka sbb takut rosak kalu budak guna..

cam thn lepas... aku baut jadual waktu penggunaan makmal. contoh kul 8.30 - 9.00 pagi kelas tahun 1 yang guna. tp nampaknya cam merugikan. sbb cikgu2 tak masuk gak. so thn ni aku ubah. aku tak baut jadual..

cuma aku buat buku tempahan.. just tulis je dlam tu sesiapa yang nak masuk.. tak kira bile asalkan tak bertembung ngan kelas lain..

banyak lagi nak buat makmal.. thn depan. insyallah aku nak buat kelas komputer pada sebelah petang. thn ni nak buat. tp byk sanagt keje.. tak sempat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 06:00 PM | Show all posts
chopp..choppp....takde silibus ke utk subjek2 didalam makmal komputer ni? asalnya makmal ni utk:

1. belajar subjek komputer (cth: MS Office dll) atau
2.  utk blaja sains dan math menggunakan komputer?

Jika 1, takde silibus komputer lagi ke? Jika 2, takde perisian atau cikgu belum dilatih ke?

patut le ada lab kat sini kene rompak. sia2 aje.....
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 2-5-2006 06:22 PM | Show all posts
makmal komputer..
tak lama dulu, pakcik nak guna makmal komputer untuk P&P, tapi pakcik terima jawapan yang paling mengarut dari PK.....makmal komputer tu hanya untuk pelajar2 aliran IT sahaja. punyalah mengarut jawapan tu....nak tergelak pun ada, nak menangis pun ada. apapun pakcik belasah jugak guna....pasal pakcik tahu, makmal pun memang untuk semua. lagipun nasib la yang jaga makmal tu kawan baik pakcik.

penggunaan laptop dan LCD agak menyedihkan la jugak. memang ada sebilangan yang guna dalam P&P, terutamanya cikgu2 sains masa kat makmal la. tapi lebih ramai yang tak pernah guna pun pakcik tengok, terutamanya cikgu matematik. membazir betul.  Agaknya apa diorang buat ngan laptop dan LCD tu.

nak salahkan diorang 100% pun tak boleh jugak. 'leceh' nak gunakan. bila pakcik cadangkan supaya ada bilik khas (atau guna bilik khas sedia ada yang bersesuaian - bilik mesyuarat, bilik APD) untuk pasang siap LCD supaya mudah cikgu2 nak gunakan untuk P&P....cadangan cuma tinggal cadangan....ntah bila nak pasang ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 07:54 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 2-5-2006 06:00 PM
chopp..choppp....takde silibus ke utk subjek2 didalam makmal komputer ni? asalnya makmal ni utk:

1. belajar subjek komputer (cth: MS Office dll) atau
2.  utk blaja sains dan math menggunakan ko ...


makmal komputer yang disediakan setahu aku takde spesifik utk apa. bergantung kepada penyelaras makmal untuk menentukan hala tuju makmal yang dijaga..

contoh.. utuk belaajr subjek komp.. kalu sek men.. ada sesetengah sek mmg ada subjek IT dan diorg mmg guna makmal utk tujuan P&P. tp kalu sek takde subjek IT.. atas usaha cikgu sendiri la. kalu rajin nak buat..

utk belajar SC n Math dalam Bi.. biasanya setiap kelas dah disediakan LCD dan Layar di dalam kelas masing2.. so diorg lebih suka guna kelas masing2..

cam makmal aku sekrg. aku beli juga cd-cd muzik .. so matapelajaran muzik.. cikgu2 muzik juga leh guankan makmal. lebih seronok belajar kerana nampak gambar. dan ada sound system..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 11:05 PM | Show all posts
hukaloh..ingatkan dah ada silibus utk komputer. tak lama lagi ada le gamaknya. hihihi...sebab HQ kompeni sherrina kabonya dapat projek supply silibus utk komputer. aritu dah training guru2....tatau dah habis ke lom...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 06:44 AM | Show all posts
sherinna*

masalahnya.. kalu ada silibus utk komp. siapakah yang akan mengajar subjek tersebut.. sbb guru yang mojor IT bukan ada di setiap sekolah..

cam aku skrg ngajar math.. lagi satu.. nak selit kat mana subjek tersebut.. jadual skrg bagi budak2 sek ren rasa dah begitu padat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 12:36 PM | Show all posts
ntah, tahun lepas sherrina dengar guru2 IT batch pertama akan grad dr UPSI. tahun lepas ke 2 tahun lepas, tak sure. by now sure dah ada kan. ke dorang dah diserap ngajar subjek lain.

nnt sherrina cuba korek2 projek tu utk implement apa sebenarnya di sekolah...
Reply

Use magic Report

pakcik_d7668 This user has been deleted
Post time 3-5-2006 01:09 PM | Show all posts
kalau yang kursus IT 2 minggu untuk cikgu2 tu...tu untuk cikgu2 je...nak bagi cikgu2 celik IT.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 07:05 PM | Show all posts
mmg dah ada subjek IT di sek.. dah lama dah.. KPLI pun tawarkan tmpt utk latih guru IT...

tp bukan disemau sek ada subjek tu. hanya sekolah-sekolah terpilih je ada...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 10:33 PM | Show all posts

Reply #126 pakcik_d7668's post

hehehe sowi laa pakcik ... aku maner tau dah diperkenalkan balek .. dah lama daaaahh x pi skola ...

sherrina ... mmg arr .. aku stuju ... bila kita marah ... kita kene channel bende tu ke tempat yg baik dan bersistematik ... dan mmg betul pepatah .. atau kata2 ... manusia yang paling bijak adalah manusia yg boleh mengawal dirinya ... mengawal serba serbi .. nafsu ... marah ... maslah .. makan dll ... even kita yg dewasa ni pun kene reti mengurus tekanan .. bebudak kat skola pun kene diajar camna nak mengurus tekanan .. sbb bebudak ni tak tau .. bila diorang tertekan .. diorang x tau pun kekadang diorang tu tertekan .... camna nak handle .. camna nak melepaskan diri .... bab escapism ni la yg bahaya .. sbb escapism ni la membawak kepada cam .. nagih dadah ... jadi mat rempit junior ... berpeleseran ... melepaskan nafsu cam main game .. silap2 .. buat maksiat ni .. kira cam breakfast ... dan di sini la perlunya let them get busy ngan persatuan .. give them problems for them to think and to solve .. afterall kita kan the whole life akan jadi problem solver .. dalam pelbagai peringkat.

Aku nengok Star movies kat astro dalam beberapa hari ni .. cite dier title ... the triumph ... (not sure if i spell it right) waa cakap lu .. best .. cite camna cikgu daripada kawasan kampung .. gi mengajar kat bandar ... area harlem ... tersentuh hati nengok ... lepas tengok citer tu .. terpikir la plak .. berapa ramai cikgu2 yg ada attitude cam tu ... dan dalam masa aku bergelar student aku x pena jumpa cikgu sama level cam cikgu dalam citer tu .... Cikgu Ron Clark ... x pena give up bagi harapan ... dan percaya kepada individu bahawa dia boleh buat perkara yg lebih baik ... mannnnnnnnnnnnn ....cikgu2 cam ni la ... yg rasa ... bertuah kalau kita dapat ...
citer ni 3 kali aku nengok ... dan 3 kali aku rasa sebak bila dah tiba part dia umum bebudak tu dapat keputusan ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.060880 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list