CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mysara

Ingatkan diculik, Rupa2nya bw diri ke BB..TERKINI dah putus Tunang!!!

  [Copy link]
Post time 24-10-2010 07:37 AM | Show all posts
Rozaliya, Helmi putus tunang

MOHD. HELMI (tengah) bersama ahli keluarganya berkumpul sebelum mengunjungi rumah  Rozaliya di Kemaman semalam.



KEMAMAN – Krisis hubungan membabitkan bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, 24, berakhir dengan kedua-dua keluarga bersetuju memutuskan pertunangan pasangan itu semalam.
Keputusan itu disahkan sendiri bapa Helmi, Mohd. Noor Juah, 53, selepas dia mengetuai rombongan menemui keluarga Rozaliya di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam.
Kosmo! Ahad difahamkan keluarga Rozaliya yang mahu pertunangan itu diputuskan.
Bagi memenuhi permintaan itu, Mohd. Noor bersama isteri, Mariani Hussin, 46, serta beberapa ahli keluarga  bertandang ke rumah Rozaliya dari Pagoh, Johor  semalam untuk menyelesaikan kemelut membabitkan pasangan itu.
“Kami bersetuju memutuskan pertunangan ini kerana sedar tidak lagi wujud persefahaman antara mereka (Rozaliya dan Mohd. Helmi).


Tamat sudah konflik abad ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2010 07:43 AM | Show all posts
Rozaliya, Helmi putus tunang demi maruah keluarga



ROZALIYA dan Mohd. Helmi akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka.

KEMAMAN 23 Okt. – Rozaliya Mat Lazim, 20, dan Mohd. Helmi Mohd. Noor, 24, akhirnya memutuskan pertunangan sekali gus membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 12 November ini.

Perkara itu disahkan oleh ayah Mohd. Helmi, Mohd. Noor Juah, 53, selepas keluarga pihak lelaki itu mengadakan pertemuan dan berbincang dengan keluarga Rozaliya di Bandar Baru Cheneh dekat sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, dia dan isterinya, Mariani Hussin, 46, serta beberapa ahli keluarga lain membuat keputusan itu demi menghormati permintaan keluarga perempuan, selain menyelesaikan segala salah faham dan krisis di antara kedua-dua keluarga berkenaan sejak kehilangan Rozaliya.

Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga sanggup datang ke rumah Rozaliya dari Johor pada petang ini untuk menyelesaikan krisis membabitkan pasangan tersebut demi maruah kedua-dua keluarga.

“Biarlah hubungan ini berakhir begini dan kedatangan ini adalah untuk menunaikan permintaan keluarga perempuan yang mahu hubungan pertunangan ini diputuskan demi maruah keluarga dan kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kisah pasangan ini bermula apabila gadis berusia 20 tahun itu dilaporkan hilang di Kuantan pada 13 Oktober lalu selepas keluar membeli barangan keperluan perkahwinan bersama tunangnya itu.

Ekoran itu, pelbagai spekulasi dibuat oleh pelbagai pihak termasuk keluarga Rozaliya yang mendakwa serta menuduh Mohd. Helmi sebagai tidak bertanggungjawab selain dikatakan telah melarikan Rozaliya.

Bagaimanapun, pada 20 Oktober lalu, misteri kehilangan Rozaliya akhirnya terjawab apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mohd. Noor menyifatkan, apa yang berlaku selama ini telah mencemarkan maruah kedua-dua keluarga lebih-lebih lagi apabila kisah hubungan anaknya dengan Rozaliya menjadi bahan utama akhbar sejak beberapa hari lalu.

“Seluruh keluarga malu apabila pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Mohd. Helmi termasuklah dakwaan yang mengatakan dia telah melarikan Rozaliya. Kami hanya mampu bersabar kerana tahu semua yang berlaku ini ada hikmahnya.

“Jadi saya rasa eloklah berakhir begini dan harap tiada sengketa lagi di antara kedua-dua keluarga,” kata Mohd. Noor.

Pada pertemuan itu, keluarga pihak perempuan memulangkan semula wang hantaran sebanyak RM3,000 serta cincin pertunangan kepada keluarga lelaki.

Dalam pada itu, Mohd. Helmi ketika ditanya mengenai tindakan memutuskan pertunangannya dengan Rozaliya, menyifatkan perkara itu sebagai ketentuan takdir.

“Mungkin sudah tiada jodoh antara kami dan ini adalah yang terbaik untuk menyelesaikan segala kemelut ini dan saya mahu melupakan segala apa yang telah berlaku,” jelasnya yang bekerja sebagai penyelia tanah rancangan Felda Neram 2 dekat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 07:44 AM | Show all posts
tu laa
bersabar jerr

mulut suka suki menuduh anak orang sana sini dok larikan anak dia, tiba2 dah kena patukan ular....rasakan...!

pasni tak tahu apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 08:01 AM | Show all posts
lawa gak le budak pompuan ni, mcm anak buah aku skit tp anak buah aku lg lawa...errkkk...(bukan perasan)
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 08:06 AM | Show all posts
baik dia lari sebelum kawin... kang dah kawin dia lari lagi naya...
lagipun pompuan tu muda lagi...ntah2 masak pun tak reti
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 08:11 AM | Show all posts
nampak muka mcm tak reti msk je tu..
tp kena tau masak ke kalau nak kawen???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2010 08:30 AM | Show all posts
Lama2 ppuan yg kawin ni akan belajar dan reti masak, bila dh ade anak lg la. Terasa dlm jiwa kut klu tgk family die asyik mkn kat luar or mkn benda2 segera jer.

Ppuan ni tak abis enjoy lg. Klu kawin gak mberontak nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 09:30 AM | Show all posts
sibbaik helmi nih bukn doctor cam doc cak..aaa or doc red

klu x ..wes dh rembat dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2010 09:54 AM | Show all posts
Bukan niat utk mendoakan yg buruk kat depa ni
Tapi kalau sebelum kahwin si perempuan ni dah nampak  ...
pu3_rania Post at 23-10-2010 14:01



   CIk put kita ni xbaca paper ke? budak pompuan tu yang xmo kat tunang dia laa..dia kata tunang dia dah banyak berubah panas baran la apa laa... mayb budak pompuan tu takot nak beritahu family dia sebab ready dah buat semua tuk kenduri...mayb dia takot kena marah...
Lagipon rasanya budak pompuan ni dah nampak true colors dia punya tunang,mayb suka maki hamun ke pukul ke sapa yang tahu. so ko takperlu la nak backing laki ni hokeyy... Terang2 budak pompuan tu yang takmau kat tunang dia. Better dia buat perangai sekarang dari kahwin nanti dah beranak pinak bercerai berai anak2 yang jadi mangsa. Anggap jer takdak jodoh antara diorang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 10:04 AM | Show all posts
Reply 1229# lulabee


    yang awak pulak backing si rozaliya??adakah awak kenal sebenar2nya perangai rozaliya tu??
adakah awak kenal si helmi tu??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_rania at 24-10-2010 10:38
CIk put kita ni xbaca paper ke? budak pompuan tu yang xmo kat tunang dia laa..dia kata tuna ...
lulabee Post at 24-10-2010 09:54


Excuse me lulabee
FYI posting aku yg hang quote tu bukan posting aku yg 1st time aku buat berkenaan isu ini okay
Tapi posting aku yg dah sekian kalinya so bermakna aku dah ikut perkembangan berita pasal perempuan ni & bekas tunang dari media massa  dari seawal dia hilang dulu sehinggalah kisah dia putus tunang sekarang ni
So lain kali jgn dok main jerkah orang aje
Agaknya Hang tu kot yg baru nak buat kenyataan pasal isu ini kat thread ni   
Apa yg boleh aku simpulkan sekarang ini dgn perangai & tindakan bodoh perempuan tu & family dia terhadap Helmi adalah bak kata perpatah 'Telunjuk Lurus Kelinking Berkait' BERMAKSUD: Satu jari menunjuk orang, empat jari menunjuk kepada diri sendiri.

P/s Ada aku kisah hang nak backing perempuan tu dgn family dia
      Ramai yg tak buta hati & perasaan serta tak cetek akal fikiran utk
      bezakan siapa yg benar @ salah dlm ikuti kisah perempuan ini & family dia
      Perhubungan depa berdua pun dah berakhir dgn terputusnya ikatan pertunangan yg telah
      di buat oleh Helmi dgn menghantar keluarga pi berjumpa dgn keluarga perempuan itu dgn
      cara BERADAT & AKU ULANGI SEKALI LAGI DGN CARA BERADAT
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:13 PM | Show all posts
Reply 1148# True-X


    setujuk..ai suke perangai macam ini.tak sesuai lansum dengan si rozaliya tersebut,,,bagus la dah putus tunang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:31 PM | Show all posts
kira dah bagus benar keluarga lelaki tidak menyaman keluarga pompuan....dgn tuduhan yang mengaibkan dan memburukkan peribadi lelaki....aku agak si roziliya ni hanya seorang kanak2 yang terperangkap dlm badan remaja.  sebab itulah pemikiran tidak matang yang memahukan perhatian sepanjang masa, merajuk ingin dipujuk selalu, mementingkan diri sendiri kerana merasa diri lebih dan wajib diakurkan segala kehendak.  aku faham kerana aku jugak perempuan .... aku pun lemah bila aku tengok ada rakan2 aku dulu yang terlalu mendesak, merajuk berhari2, etc....suka create situation...

jadi yang terbaik, helmi ko carilah orang yang boleh menyayangi dan menghormati.  bila berkahwin itu sahaja yang kita inginkan dari pasangan kita kerana kasihsayang tu selepas kawin akan menjadi tanggungjawab, jika kita tak bertanggungjawab dan tidak menghormati jadi susahlah kebahagiaan nak dicipta dlm perkahwinan.

bersabarlah.  jika pun helmi seorang yang ada jugak perangai yang tidak elok, ubahlah, jadikanlah ini sebagai titik permulaan kehidupan anda sebagai seorang lelaki muslim yang bertanggungjawab.  Semoga Allah mempertemukan jodoh yang lebih baik wlaupun mgkin jodoh itu dari sudut rupaparas tidak cantik, tetapi rahsia yang Allah tahu adalah melebihi jangkauan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:33 PM | Show all posts
Putus tunang....

okey la kan...dari berkahwin..kemudian bercerai

siapa benar siapa salah..hanya mereka dan keluarga mereka serta ALLAH sahaja yang tahu

kita di sini hanya mampu beri pandangan atas batas sumber yang diterima dari media

kalau betul laporan media...yg netul jugalah kita pertahankan...

kalau salah laporan media...yang salah jugalah yg kita perjuangkan...

tapi masing2 dah boleh fikir mana baik mana buruk...

buruk helmi berdasarkan dakwaan rozaliya dan keluarganya sahaja...

buruk rozaliya melarikan diri..telah disaksikan seluruh warga Malaysia

renung2kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:34 PM | Show all posts
Bagus betul Helmi ni, hantar rombongan beradat, putuskan pertunangan..
Sanggup terima RM3000.00 saja balance duit hantaran yg sepatutnya RM6000.00. Kalau akulah, ikut adat sebelah utara, perempuan kn gandakan kalau tak nak...

Soal nak saman malu pd ex tunang dan family tu krn dah burukkan dia...dia dah lupakan dan maafkan..Alhamdulillah, nanti adalah perempuan2 yg lebih baik hati budinya untuk kau, w/pun tak secantik ex ko ni...Amin
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:34 PM | Show all posts
BUDAK POMPUAN NI DAH PUTUS TUNANG,,,JGN RISAU,,ABEKUC ADA UNTUK ROZALIYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2010 12:45 PM | Show all posts

Rozaliya & Helmi Putus Tunang!!


MOHD. HELMI (tengah) bersama ahli keluarganya berkumpul sebelum mengunjungi rumah Rozaliya di Kemaman semalam.

KEMAMAN – Krisis hubungan membabitkan bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, 24, berakhir dengan kedua-dua keluarga bersetuju memutuskan pertunangan pasangan itu semalam.

Keputusan itu disahkan sendiri bapa Helmi, Mohd. Noor Juah, 53, selepas dia mengetuai rombongan menemui keluarga Rozaliya di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam.

Kosmo! Ahad difahamkan keluarga Rozaliya yang mahu pertunangan itu diputuskan.

Bagi memenuhi permintaan itu, Mohd. Noor bersama isteri, Mariani Hussin, 46, serta beberapa ahli keluarga bertandang ke rumah Rozaliya dari Pagoh, Johor semalam untuk menyelesaikan kemelut membabitkan pasangan itu.

“Kami bersetuju memutuskan pertunangan ini kerana sedar tidak lagi wujud persefahaman antara mereka (Rozaliya dan Mohd. Helmi).
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:46 PM | Show all posts
ape nak buat nasib badan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:47 PM | Show all posts
dah tak de jodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2010 12:48 PM | Show all posts
semoga bertemu dengan pasangan yang lebih baik pada masa depan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.072966 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list