CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rhyno

Farahdhiya - Bertakhta Di Hati |Review album Page 5

[Copy link]
Post time 16-2-2005 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 15-2-2005 04:21 PM:
aku dah beli
aku dah dengar
aku dah hayati semua 10 lagu dalam album nie..

minggu ni aku akan buat review this album..pada keseluruhannya aku amat tak berpuas hati dengan album nie..hehehe

kita beli pun sebab baca posting ko kat maner tah, ko dah beli kita terpengaruh terus beli..
review la, tak sabar nak baca ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2005 01:31 AM | Show all posts
a..ah kose..review la album bertakhta dihati..nak dgr jugak ape yg kose tak puas hati pasal album farahdhiya ni...insyaallah dlm masa terdekat ni saya akan review album farahdhiya kat sini jugak bg saya album penyanyi baru farahdhiya ni adalah satu kelainan dari sume segi..:pompom:tangkap syok raksasa dgr lagu dia!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 08:43 AM | Show all posts
okies this is my review mengikut tracklisting..

TRACKLISTING:

1.BERTAKHTA DI HATI
Lagu : Tam Spider
Lirik : Loloq

Aku dah mula menyukai lagu ni semasa pertama kali mendengarnya. Melodinya begitu indah ditambah dengan lirik yg amat puitis. Susunan muziknya juga begitu menarik.Tak sangka Tam boleh mencipta lagu pop balada dengan jiwa rocknya tu..memang tak sangka. Artis2 lain mesti cemburu kerana Farahdhiya menjadi artis pertama yang mendapat lagu balada dari Tam.begitu xclusif.

Lagu ni bermula dengan 2 verse perlahan yg cukup menarik diikuti dengan hook yang catchy sebelum masuk chorus lagu yang juga best.Korus pertama dinyanyikan dengan nada yang rendah.Susunan muzik dan lagu macam ni memang ada international touch.
Sebelum masuk korus ketiga diselitkan bridge yang memang sedap.Part ini yang paling best dalam lagu ni.Korus ke-3 dinyanyikan dengan vocal tinggi dan menutup lagu ni dengan amat berkesan.

5 bintang untuk lagu ni.

2.SENANDONG FEMINA
Lagu : Farihin Abdul Fatah
Lirik : Farihin Abdul Fatah

Pertama kali mendengar this song, terus teringat akan lagu NING – SENANG TARI juga hasil ciptaan FARIHIN. Susunan muziknya dan instrument yang digunakan untuk lagu ni juga lebih kurang dengan lagu NING tersebut.Tapi tak adil nak kata lagu ni tiru lagu NING sebab album Farahdhiya ni direlease dulu sebelum album NING.

Lagu ni memang misteri.macam tak tahu apa hala tuju lagu ni. Apabila diteliti liriknya mungkin mengenai wanita secara general.
Namun begitu lagu ni best. Aku memang suka lagu ni.Especially bila muzik orchestra muncul semasa ulang2 korus sebelum lagu habis.

4 bintang.

3.KEKAL ANTARA KITA
Lagu : Edrie Hashim
Lirik : Edrie Hashim

Expectation aku sebelum mendengar lagu ini adalah tinggi kerana sebelum ini Edrie telahpun memberi sentuhan emas kepada ELLA n SARAH. Lagu2 ciptaan Edrie utk ELLA seperti HANYA PADA KAMU, SAYUP SAYUP(my. Fav) dan LUKA TERBISA memang best. Begitu juga lagu REMBULAN DI TAJ MAHAL dan LAGI LAGU CINTA nyanyian SARAH.Yang specialnya lagu farahdhiya nie sangat berlainan dgn lagu2 ciptaan edrie ni utk ELLA mahupun SARAH...terbuktilah dia ni memang kreatif..

Dan lepas menghayati lagu ini memang tepat jangkaan aku bahawa lagu ni memang best.Lagu ni adalah lagu balada yang menarik dan mempunyai chorus yang cukup catchy dan pasti membuatkan anda terpikat apabila pertama kali mendengarnya.

4 bintang.

4.BERBARINGAN RINDU
Lagu : G-nola
Lirik : Loloq

Expectation aku untuk lagu ni juga tinggi kerana along exist ni sudah boleh memasuki senarai unggul composer di Malaysia.
Lagu ni mempunyai sentuhan rock yang kuat. Berlalu dengan begitu pantas. Instrumen yang digunakan menjadikan susunan muzik utk lagu ni cukup menarik.

4 bintang

5.TAK SEINDAH JANJI
Lagu : Ajai
Lirik : Musrad.

Seperti yang sudah dijangka lagu ni menjadi lagu paling yang aku tak berkenan dalam album ni.Samalah dengan lagu AJAI utk album terbaru NING yang menjadi lagu yg paling aku tak berkenan.

Verse awal lagu ni ada iras2 lagu raya kumpulan 4U2C bertajuk TAKBIR BERGEMA…lirik lagu 4U2C tu mula dia camni..bergema takbir di pagi raya…dan juga korus lagu ni juga lebih kurang dengan lagu2 lain ciptaan Ajai sebelum ni..Namun begitu aku tetap tak skip track nie..

3 bintang

6.RINTIHAN
Lagu : Hazami
Lirik : Hazami

Expectation aku untuk lagu ni juga tinggi. Dan memang tepat kerana dengan pantas aku menyukai lagu ini…diiringi dengan piano(mungkin hazami yg main piano tu)Inilah kekurangan ketara INLAY album malaysia kerana tidak meletakkan nama pemuzik2 yang mengiringi lagu2 tersebut..selain dapat menghargai penat lelah pemuzik2 tersebut peminat juga dapat tahu secara detail pemuzik2 yang terlibat..aku rasa perkara ni amat penting dan perlu dititikberatkan apabila mengeluarkan album..please give credits to the musicians..
Penghayatan farahdhiya untuk lagu ini agak kurang. Ini disebabkan mood lagu ini yang sedih tidak dapat disampaikan dengan baik oleh farah.Namun begitu keseluruhan lagu ni memang best.

4 bintang

7. ALIHKAN CINTAMU
Lagu : Neves
Lirik : Neves

Sebuah lagu agak rancak yang best. Verse yang catchy dan chorus yang menarik. Kekreatifan neves memang tidak boleh dipertikaikan.Dalam lagu ni suara farahdhiya ada iras sore Dia Fadila.

4 bintang

8. MANA SUA
Lagu : Farihin Abdul Fatah
Lirik : Farihin Abdul Fatah

Sebuah lagi lagu misteri yang amat menarik sentuhan FARIHIN.Berkali kali aku teliti lirik lagu ni dan aku tak dapat mesej yang cuba disampaikan. Sua tu bermaksud bertemu. Mungkin lagu ni bermaksud si kekasih ni dah lama tak bersua dengan pasangannya.(mesti Farihin kata pengetahuan bahasa aku masih lemah..hehehe)

Susunan muzik lagu ni best. Gabungan instrument asli dan moden tapi instrument moden lebih menonjol..Dalam pemerhatian aku Farihin akan mencipta lagu2 yang mempunyai korus yang rendah…ini sudah pasti akan menyukarkan si penyanyi kerana kawalan vocal yg silap akan menyebabkan kedengaran seperti menjerit yang akan mencacatkan lagu..dan juga ada risiko korus ini dinyanyikan dengan suara yang mendatar. Jadi siapa2 yang dapat nyanyi lagu2 Farihin dengan baik bolehkata lulus ujian vocal rendah.hehe

4
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 08:45 AM | Show all posts
Originally posted by raksasagorgon at 16-2-2005 01:31:
a..ah kose..review la album bertakhta dihati..nak dgr jugak ape yg kose tak puas hati pasal album farahdhiya ni...insyaallah dlm masa terdekat ni saya akan review album farahdhiya kat sini jugak  ...


jgn lupa make ur review...bunch of credits for a review..i promise..
sesaper yg dah beli album ni pun boleh buat review..
Reply

Use magic Report

nyetu This user has been deleted
Post time 16-2-2005 09:58 AM | Show all posts
pheeewww!!!........sungguh suspender betul lah ko ni KoSe...aku ingat kan album farah ni teruk giler......ko bersenda gurauan di siang hari lak....
nampaknye aku nak gi beli le album ni......ramai yg kata besh....
so,nanti buleh aku lak wat review ek...
nampak nye ko pung sama ngan aku suka lagu senandung femina tu kan...lagu tu advance tul....cam ala2 global song lak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:33 AM | Show all posts
laaa...kose ni buat suspen je...:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2005 10:19 PM | Show all posts
this is my review pulak~

1.Bertakhta Di Hati(tam/loloq)

lagu 1st single farahdhiya ni memang best yg teramat2:bodek:pertama skali dgr lagu ni tak sangka tam yg menulis lagu ni..lagu ni agak slow pada mulanya,tetapi slow yg berisi..pada mula lagu ni suara farahdhiya gemersik sgt!dan masuk tgh lagu je suara dia terus jadi powerful!!memang pehh!!satu lagu yg mengasyikkan..dgn lirik yg puitis dari loloq..suara farahdhiya ni fresh sgt..lain dari yg lain..tone suara dia memang best..satu lagu balada yg bagus,kesimpulanya lagu bertakhta dihati ni memang satu lagu yg perfect dari sume segi..BEST!:pompom:
~5 bintang 4 this song~

2.Senandong Femina(farihin fatah)

Rasanya ramai yg akan suka lagu ni..satu lagu world music yg best!beat lagu laju.. suara farahdhiya macam floating dlm lagu ni..memang best sgt!!cara penyampaian farahdhiya dari segi vocal memang berlainan dari lagu2 yg lain..:clap:lagu ni mengisahkan seorang wanita..lagu ni byk guna instrument yg berlainan...memang memuaskan lagu dari farihin fatah ni..beat lagu ni buat kita nak menari bersama:lol dan melodinya ade sedikit bunyi house music..a mixture of music..very nice..:bodek:
~4 1/2 bintang 4 this song~

3.Kekal Antara Kita(edrie hashim)

pertama kali dgr lagu ni terus saya jatuh cinta dgn melodinyacatchy sgt!!especialy masa corus..memang best!!cara penyampaian farahdhiya pon menjadi..menonjolkan vocalnya yg power..suara farahdhiya ni macam suara penyanyi indonesia...lagu ni moderate slow..lagu ni memang tak mengecewakan..good job edrie hashim!:clap:
~5 bintang 4 this song~

4.Berbaringan Rindu(g-nola/loloq)

lagu dari along ni adalah lagu fast beat..bila dgr lagu ni teringat kat lagu maxim(pemain piano)pasal melody dia..lagu ni best jugak..satu percubaan yg tak mengecewakan dari along!:clap:vocal farahdhiya dlm lagu ni relax seperti lagunya juga..:bodek:
~4 bintang 4 this song~

5.Tak Seindah Janji(ajai/musrad)
lagu ni kene dgr beberapa kali dulu baru boleh layan..:ah: as usual vocal farahdhiya tak mengecewakan...cuma lagu ni tak berapa menonjolkan vocal dia yg power..satu lagu yg simple n relax..cuma i think ajai can do better than this
~3 1/2 bintang 4 this song~

6.Rintihan(hazami)

rintihan adalah satu lagu balada yg puitis dan mengasyikkan!!memang best sgt lagu ni..r&b..cara penyampaian farahdhiya memang class..bila dgr lagu ni dpt rasakan apa yg cuba disampaikan..:bodek:lagu ni mengisahkan kecurangan seseorg terhadap gf/bf dia..memang syahdu lagu ni ditambah dgn vocal farahdhiya yg memang mantap dan menjadi..satu lagu yg harus didgr dlm album ni..:pompom:
~5 bintang 4 this song~

7.Alihkan Cintamu(neves)
lagu ni satu lagu yg catchy!!melodi dia ade unsur2 blues sikit..satu kelainan..corus dia memang best..buat kita nak nyanyi skali rasanya..:lol vocal farahdhiya untuk lagu ni nyaring!!..best sgt...satu lagu yg tak mengecewakan dari neves!:clap:
~4 1/2 bintang 4 this song~

8.Mana Sua(farihin fatah)
satu lagi lagu dari farihin fatah..dlm album bertakhta dihati ni farihin menyumbangkan 2 buah lagu..lagu ni berentak world music..dan dipenuhi dgn bermcm2 insrtument..lagu ni menceritakan tentang kemanusiaan..lagi skali cara penyampaian farahdhiya berbeza dari lagu2 yg lain..lagu ni memang layan sgt..relax kind off music.. suara farahdhiya merdu sgt dlm lagu ni..
~4 bintang 4 this song~

9.Sering Kau Lafazkan(Affendy)
kene dgr lagu ni!!memang best sgt sgt!!syahdu!!mengasyikkan!!tone suara farahdhiya memang sedap...bunyi matang sangat suara dia... affendy ni walau tak sepopular mane tapi dia produce good songs..melodi lagu ni simple tapi best!!
~5 bintang 4 this song~

10.Di Sini Bersemi(adnan abu hassan/mohariz yaakup)
lagu ni adalah one of my favourite jugak..a typical song from adnan but a very nice one:ah: vocal farahdhiya seperti biasa memang best n powerful...melodi yg mengasyikkan...rasa mcm tak puas dgr skali lagu ni..:bodek:rasanya ramai akan suka lagu ni jugak..
~5 bintang 4 this song~

~kesimpulannya memang tak rugi saya dptkan album ni,berbaloi sgt..rasanya farahdhiya ni antara penyanyi baru yg terbaik dlm masa ni..dia lengkap dgn satu pakej yg menarik..daripada pengamatan saya,farahdhiya ni bole pergi jauh dan dia boleh menyanyikan berbagai2 jenis lagu...album bertakhta di hati sgt memuaskan hati saya...dan mempunyai kelainan..4 a new comer memang tak mengecewakan!!so,sape2 yg nak kan kelainan bole lah dptkan album farahdhiya ni...memang tak rugi..:pompom:~BERTAKHTA DI HATI
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2005 05:08 PM | Show all posts
takde sesape yg nak review lagi ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2005 08:39 PM | Show all posts
nak... tapi takde masa lagi skang ni...
kose mmg make me berdebur-debur, ingatkan apa yg tak puas ati nya.. gimmick !!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2005 02:25 AM | Show all posts
hehehe...tulah kose ni..buat berdebar je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2005 03:04 AM | Show all posts
erk... kenyang dengar lagu Bertakhta di hati, laris skang kat radio
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2005 06:09 PM | Show all posts
Wah....semua lagu dalam album ni best-best belaka ke? Nak kena beli album ni....tak beli lagi la....:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 02:48 AM | Show all posts
Originally posted by yellowtulip at 26-2-2005 03:04 AM:
erk... kenyang dengar lagu Bertakhta di hati, laris skang kat radio


hehehhe..tulah memang banyak betul radio station pasang lagu bertakhta dihati..anyway,good 4 farahdhiya la...i hope she can go far..pasal suara dia memang best...at least bertambah la pelapis dlm industri tanah air
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2005 02:50 AM | Show all posts
all i can say is,memang tak rugi lah saya beli album dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by raksasagorgon at 28-2-2005 02:50 AM:
all i can say is,memang tak rugi lah saya beli album dia

stuju!!! :ah::ah::ah::ah:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 08:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2005 01:38 PM | Show all posts
Originally posted by Rhyno at 26-2-2005 06:09 PM:
Wah....semua lagu dalam album ni best-best belaka ke? Nak kena beli album ni....tak beli lagi la....:ah:


memang best!!:bodek:
Reply

Use magic Report

nyetu This user has been deleted
Post time 4-3-2005 01:45 PM | Show all posts
tak tau bila aku nak wat review ni...asyik bz je....aku harap nanti senang2 leh aku tulis pepanjang c kit....
apapun memang lagu farah ni sedap belaka...cuma kalo boleh Farah ni jgn lah terlalu sebut uruf " T "tu jadi " thse."..jgn duk tiru si Ajai nyanyi....bohsan aku...cuba tgk akak ziana zain nyanyi.....huruf T dia terang dan jelas....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2005 03:27 PM | Show all posts
yea... nyetu dah beli ek!! enjoy it!!
kita pun tak tawu bila leh wat review, nak write pepanjang gak..
tunggulah suatu waktu yang seswai
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2005 09:22 PM | Show all posts
dia kan mix..at least ok lagi kalau ade slang sikit... daripada yg melayu tulin nak buat2 slang..lagi lah sakit hati...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 1.821302 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list