CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sivagovin

soalan dari non-muslim

[Copy link]
Post time 29-9-2010 10:25 PM | Show all posts
Kerana ia adalah kalendar perkiraan di sisi Allah dan Rasulnya.

Kebaikan kalendar ini adalah  ...
mnm77 Post at 26-9-2010 01:12



lebih tepat dari segi apa tu?kalau tepat kepada kemunculan anak bulan yg baru, mmg kalendar hijrah/ kalendar lunar cina tepat...
tapi ketepatan itu adalah kepada pusingan bulan mengelilingi bumi...

tetapi kebanyakan fenomena dibumi lebih berdasarkan pusingan bumi mengelilingi matahari...
petani sebagai contohnya perlu tahu bila musin bertanam dan menuai...
pelaut pula perlu tahu bila tiupan angin barat daya atau tenggara contohnya...
dan pengetahuan ini juga membantu pedagang dan pendakwah arab dahulukala untuk sampai ke tanah melayu sebagai contohnya...
semua itu dgn mudah dapat diketahui hanya dgn melihat kalendar masehi...
untuk hemisfera utara, musim sejuk dihujung tahun manakala musim panas ditengah tahun...
keadaan sebaliknya pula di hemisfera selatan (australia, newzealand, etc...)

selain dari keadilan dalam ibadat berpuasa, rasanya tak ada apa pun istemewanya kalendar hijrah...
jika demikian, bagi saya adalah sedikit pelik bila alquran/islam memilih utk mengadaptasi sistem yg 'lebih lemah'...
tapi itu setakat apa yg saya nampak lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2010 10:40 PM | Show all posts
agama2 samawi mengatakan alam semesta ini dijadikan dalam masa 6 hari dan rehat pada hari ke-7... atau lebih kurang macam tu lah...
dan dengan itu terjadilah jangka masa seminggu = 7 hari seperti yg digunakan pada hari ini...
islam mendukung konsep ini dgn meletakkan hari jumaat sebagai penghulu segala hari... dan satu2nya hari dlm seminggu yg ada sembahyang sempena hari tersebut yakni sembahyang jumaat...

1) adakah andaian saya betul yg islam mendukung konsep alam semesta dijadikan dalam masa 6 hari. kalau tidak, mengapa islam juga mengadaptasi konsep masa seminggu ini?

2) kalau alam semesta ini dijadikan dalam masa 6 hari, adakah itu bermakna kejadian itu sudah lengkap? maksud saya, adakah segala bulan bintang, langit dan bumi, gunung-ganang, syurga neraka sudah lengkap dijadikan? selainnya hanya menunggu kejadian makhluk yg bakal menjadi penghuninya sahaja? oleh itu, teori big-bang adalah tidak betul? atau adakah kejadian/penciptaan selama 6 hari tersebut adalah dgn cara big-bang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 10:49 PM | Show all posts
dalam konsep pembahagian harta pusaka, kenapa anak luar nikah tidak berhak mendapat bahagian dari sebelah bapa?

saya bertanya soalan ini kerana berpendapat yg anak tidak bersalah......
yg melakukan kesalahan adalah ibubapa, tetapi kenapa pula anak yg menanggung akibat?
mungkin dahulu, dalam kes2 anak luar nikah, bapa sukar dikenal-pasti atau dibuktikan....
tapi sekarang dgn adanya teknologi DNA, itu sudah tidak menjadi masalah...
atau macamana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 11:25 PM | Show all posts
Reply 742# Neptune


mungkin yang ni boleh dijadikan rujukan...cuba la baca sampai habis..

http://irfananshory.blogspot.com/2009/04/penciptaan-alam-semesta-dalam-al-quran.html
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-9-2010 14:06
lebih tepat dari segi apa tu?kalau tepat kepada kemunculan anak bulan yg baru, mmg kalendar hijrah/ kalendar lunar cina tepat...
tapi ketepatan itu adalah kepada pusingan bulan mengelilingi bumi...
Neptune Post at 29-9-2010 22:25


Ya, tepat dari segi bulan keliling bumi. Kalau dari segi bumi keliling matahari, ketahuilah kalendar Gregorian telahpun mengalami beberapa perubahan sejak ia mula-mula diguna-pakai. Contohnya, tahun lompat! Asalnya tiada. Dan sekarang siapa yang dilahirkan pada 29 Februari maka umurnya hanya boleh dikira genap selepas 4 tahun sedangkan orang lain boleh genap umurnya setiap tahun. Sebenarnya, itu pun ada ralat.

Ikut perkiraan terkini kalendar Gregorian, satu tahun = 365.2425 hari atau 365 hari 5 jam 49 minit 12 saat yang berulangan maka ia mengambil masa selama 146, 097 hari (merangkumi 400 tahun) untuk menggenapkan kepada kiraan tahunan. Daripada 400 tahun tersebut, sebanyak 303 tahun mengandungi 365 hari dan selebihnya 97 tahun lagi mengandungi 366 hari supaya kiraan 365.2425 hari untuk satu tahun itu lebih tepat.

selain dari keadilan dalam ibadat berpuasa, rasanya tak ada apa pun istemewanya kalendar hijrah...
jika demikian, bagi saya adalah sedikit pelik bila alquran/islam memilih utk mengadaptasi sistem yg 'lebih lemah'...
tapi itu setakat apa yg saya nampak lah...


Adalah lebih pelik itu subjektif. Kalendar Gregorian pun ada kelemahannya, walaupun saya memandang kalendar Gregorian ada kelebihan tertentu dari segi keduniaan. TETAPI Taqwim Hijrah adalah keutamaan dalam mentaati Perintah Allah. Bila Allah memerintahkan amalan tertentu, maka sesungguhnya Allah itu Maha Adil dalam Perintah-Nya.

Islam juga tiada melarang guna kalendar Gregorian untuk urusan duniawi.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 09:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 30-9-2010 13:50
dalam konsep pembahagian harta pusaka, kenapa anak luar nikah tidak berhak mendapat bahagian dari sebelah bapa?

saya bertanya soalan ini kerana berpendapat yg anak tidak bersalah......
yg melakukan kesalahan adalah ibubapa, tetapi kenapa pula anak yg menanggung akibat?
mungkin dahulu, dalam kes2 anak luar nikah, bapa sukar dikenal-pasti atau dibuktikan....
tapi sekarang dgn adanya teknologi DNA, itu sudah tidak menjadi masalah...
atau macamana tu?
Neptune Post at 29-9-2010 22:49


Benar anak tak bersalah. Tetapi anak siapa? Baru sekarang ada teknologi DNA. Habistu bila ada teknologi DNA, boleh halalkan perbuatan haram semata-mata nak menjalankan hukum harta warisan?

Islam lebih mengutamakan penyelesaian masalah utama. Sebab tu hukuman yang berat sepatutnya dikenakan kepada penzina untuk mengelakkan anak yang dilahirkan itu menanggung kesusahan.

Bila dah berlaku, maka siapa yang patut bertanggung-jawab? Kalau kedua-duanya bertanggungjawab, maka isu ni jadi lebih mudah. Tetapi adakah si bapa mahu bertanggungjawab terhadap anak itu jika dia tahu ibunya adalah pelacur yang menjual diri? Ntah-ntah ada anak orang lain pula dilahirkan, dan timbul masalah dalam keluarga seperti pembahagian harta dari bapa yang ingin bertanggungjawab. Kalau anak zina tu ramai dan ramai bapa-bapa kepada anak zina tadi tak mahu mengaku, adilkah hanya seorang bapa dari bapa-bapa tadi serahkan hartanya kepada semua anak zina tadi yang bukan anaknya? (dan bapa-bapa penzina lain terus buat maksiat tanpa melibatkan tanggungjawab membesarkan anak)

Harap anda faham mesej yang cuba disampaikan

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2010 04:01 PM | Show all posts
Reply 743# Neptune

tambahan dari yang atas,

salah satunya meninggalkan kesan betapa buruknya perbuatan zina....anak yang merasa betapa buruknya perbuata zina dan betapa sukarnya menjadi anak haram akan menjauhi zina dan mengajar anak2 mereka menjauhi zina....orang sekeliling yang melihat pon akan menjadi insaf dan menjauhi zina...

ibu bapa masih memberi hadiah kepada si anak walaupun tak sebanyak harta pusaka..

wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 04:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neptune at 1-10-2010 16:58
Benar anak tak bersalah. Tetapi anak siapa? Baru sekarang ada teknologi DNA. Habistu bila ada te ...
mnm77 Post at 30-9-2010 09:14



seperti akuan saudara, anak tidak bersalah.tak kira dia anak siapa, anak itu tetap tidak bersalah.

yg patut dihukum adalah ibu bapa kalau zina berlaku secara persetujuan bersama.
atau bapa kalau ianya berlaku kerana rogol.
bukankah hukuman keatas ibubapa zina itu sepatutnya yang dijadikan pengajaran?
mengapa pula anak yg harus menerima akibat?

kalaupun ibunya seorang pelacur sekalipun yang dilanggani ramai penzina,
bukankah mereka2 ini yg patut dihukum?

bukankah dgn tidak membenarkan pembahagian harta kepada anak zina melepaskan tanggungjawab lelaki zina ini terhadap anak hasil dari zinanya?
bagaimana pula dgn ibu zina tersebut, terutamanya mangsa rogol. mereka yg memelihara anak ini (dan mungkin sehingga besar).
kalau dibuat perbandingan, ibu zina yg lebih dihukum berbanding lelaki.
mangsa rogol umpamanya...... dari trauma dirogol, kemudian mengandung sembilan bulan, dan selepas itu membesarkan anak tersebut yg sudah tentunya dalam cemuhan masyarakat.......
lelaki penzina? harta pun tak terusik.



saudara juga mengatakan jika ibunya itu pelacur, dan dilanggani ramai lelaki.... yg akhirnya mengandung dan melahirkan anak luar nikah.
saudara katakan adalah tidak adil untuk lelaki2 tersebut memberi sebahagian harta mereka kepada anak tersebut kerana tak tentu siapa bapanya bukan?
soalan saya, kenapa nak dipertahankan/dibela lelaki2 tersebut kerana mereka2 itu adalah penzina.

penggunaan teknologi DNA utk mengenalpasti bapa tidak 'menghalalkan' zina. ia sekadar untuk mengenal pasti siapa lelaki zina yg menghasilkan anak tersebut.
dan sudah pastinya dapat juga digunakan utk menolak fitnah..... maksud saya, org lain buat, tp org lain yg dituduh.

jadi, saya masih kurang faham dgn rasional mengapa anak zina yg di'deprive'kan hak untuk mendapat harta dan bapa boleh lepas macam itu sahaja. anak itu bukankah dilahirkan dalam keadaan suci termasuklah anak zina dari ibu pelacur bapa pembunuh sekalipun?

** persoalan yang saya utarakan adalah berkaitan dgn soalan2 saya sebelum ini, iaitu adakah quran dan kitab2 lain turun dari langit.... kalau ianya turun dari langit, perkara penemuan teknologi DNA sudah pasti diambil kira kerana kerana apa yg turun dari langit sepatutnya relevan sepanjang masa...... 'hukuman' terhadap anak luar nikah saya rasa tidak relevan sekarang ini dan perintah tersebut nampak 'limited' dari segi relevansinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 04:32 PM | Show all posts
Ya, tepat dari segi bulan keliling bumi. Kalau dari segi bumi keliling matahari, ketahuilah kale ...
mnm77 Post at 30-9-2010 09:07



   mmg benar kalendar gregorian telah diubah banyak kali tetapi semasa kedatangan islam, jumlah 365 hari setahun dan tahun lompat setiap 4 tahun sudah pun establish...... dan secara general, ketepatan sehingga ke saat tidaklah kritikal sangat.... takwim hijrah pun dalam menentukan hari pertama puasa ataupun raya pun hanya tepat kepada 1 hari..... adakah ketepatan sebegitu diperlukan? saya cuma nak tanya mana yg lebih relevan.
kita ambil contoh untuk musim dingin di eropah umpamanya..... petani mesti menuai sebelum musin dingain tiba.... melihat kepada gregorian calendar, musim dingin berlaku sekitar bulan oktober, november, disember, januari... jadi secara mudah kita dapat tahu yg sekitar bulan ogos dan september, segala hasil pertanian harus segera dituai...
dan tanpa perlu membuat pengiraan baru, sekitar bulan mac atau april, mereka sudah boleh memulakan pertanian mereka semula.

sebaliknya, takwim hijrah tidak memberi kesenangan sebegini. setiap kali, mesti nak kena kira balik. itu menyusahkan.

dan seperti yang saudara katakan yg islam tidak melarang penggunaan kalendar gregorian, tapi kenapa tak diadaptasikan terus. penggunaan konsep 7 hari seminggu diteruskan daripada amalan agama sebelumnya (yahudi & kristian), kenapa pula kalendar tahunan tidak?

saudara mengatakan sebegini....
"Adalah lebih pelik itu subjektif. Kalendar Gregorian pun ada kelemahannya, walaupun saya memandang kalendar Gregorian ada kelebihan tertentu dari segi keduniaan. TETAPI Taqwim Hijrah adalah keutamaan dalam mentaati Perintah Allah. Bila Allah memerintahkan amalan tertentu, maka sesungguhnya Allah itu Maha Adil dalam Perintah-Nya."


perintah mengerjakan solat, berpuasa, membayat zakat (sebagai contohnya) mempunyai  alasan disebaliknya.... jadi apa pula alasan kepada perintah menggunakan takwim hijrah? selain dari puasa, raya, haji dan zakat, apa lagi signifikan takwim hijrah dalam ibadat ataupun hidup seharian umat islam?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 05:58 PM | Show all posts
just utk berkongsi ttg takwim hijrah...

ade forumer yg dah bg tau ttg takwin hijrah dan kegunaan nyer dlm islam..
sy just nak tambah ttg satu perkara..

didlm bulan2 tertentu, di haramkan melakukan sebarang pembunuhan.. sekiranya berlaku pembunuhan didlm bulan2 haram, maka, satu kaum si pembunuh itu akan di musuhi sehingga la selesai... perkara2 ini berlaku di dlm bangsa arab zaman dahulu... kenapa diharamkan melakukan pembunuhan di dlm bulan2 haram, kene tanya org yg lebey tau, ataupun google dlm internet.. bulan2 haram utk berperang dan berbunuhan pun sy dah xingat.. jika ada baca ttg kisah nabi muhammad, pasti anda akan tau.. ttg peperangan puak hunain dgn puak ape ntah.. xingat..

jika salah, sile betulkan.. =D yosh.. peace....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 06:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by berid at 1-10-2010 18:28

Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.


Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah (perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):

Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan. Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.

Terdapat tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram lantas mengelakkan pertambahan sebarang bulan sebelum Muharram. Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab. Bulan-bulan ini dianggap suci dalam kalendar Islam baru dan juga kalendar ketika zaman jahiliyah Makkah yang dari itu ia diterbitkan dengan membuang bulan-bulan yang tidak perlu atau ditambah-tambah pada penghujung 10 H. Turutan bulan yang ditambah-tambah, sebelum dibuang, tidaklah diketahui.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 06:24 PM | Show all posts
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

1.Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2.Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3.Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4.Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

5.Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6.Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7.Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8.Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9.Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10.Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11.Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12.Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.


info2 ini sgt berguna buat menjawab soklan saudara neptune... harap saudara dapat lebey memahami ttg bulan2 islam... begitu juga buat saudara semuslim dgn sy... kerana kebanyakan org2 kite(muslim) pun xtau ttg bulan2 islam.. just tau bulan2 yg femes je... termasok la diri sy... semoga dgn pekongsian ini, dpt kite menambah ilmu masing2... insyallah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 07:39 PM | Show all posts
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Keb ...
berid Post at 1-10-2010 18:24



mmg saya pernah baca....lihat kepada nama bulan dalam takwim hijrah itu sendiri... nama2 tersebut diambil sempena keadaan ketika bulan tersebut (tak semua, tapi sebahagiannya).... bagi saya, itu menunjukkan ada kesedaran tentang keadaan musim dan sebagainya... tetapi tidak pula keadaan musim itu diikat kepada takwim tersebut.... dan seperti yg saudara katakan, setiap tahun takwim hijrah akan tersasar 11 hari menjadikan nama bulan2 tersebut sudah tidak lagi relevan pada namanya. saudara mungkin akan berkata, itu hanya sekadar nama... kalau hanya sekadar nama, bukankah itu meremehkan kejadian bulan2 tersebut....

tapi persoalan asalnya masih lagi belum berjawab. kenapa takwim hijrah diikat kepada putaran bulan mengelilingi bumi......
dan bukannya seperti kalendar masehi? apa signifikannya putaran bulan mengelilingi bumi kepada kehidupan seharian manusia di muka bumi ini sehingga ianya diambil sebagai asas kepada takwim hijrah....


dan daripada ayat2 yg saudara quote tersebut, dalam kegunaan seharian masyarakat islam, hanyalah awal bulan ramadan, syawal dan zulhijjah saja yg ditentukan dgn teliti...... selainnya mana ada tengok anak bulanpun melainkan dgn pengiraan sebagaimana bulan masehi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 07:45 PM | Show all posts
Reply  Neptune


mungkin yang ni boleh dijadikan rujukan...cuba la baca sampai habis..
nickname Post at 29-9-2010 23:25



   ok... saya akan baca sepenuhnya...... dan jika ada soalan yg berkaitan, saya akan kemukakan.....tapi sambil itu, bagaimana kalau saudara terangkan apa yg saudara faham dari penerangan tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 11:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 1-10-2010 23:19
seperti akuan saudara, anak tidak bersalah.tak kira dia anak siapa, anak itu tetap tidak bersa ...
Neptune Post at 1-10-2010 16:04


saudara neptune...

sy kagum dgn awak yg mengkaji Islam dan cuba membuktikan kitab al-Quraan adalah rekaan manusia,,semoga anda temui kebenaran dipenghujungnya..

menyentuh tentang isu anak zina tidak boleh menerima pusaka,,sukar untuk menjelaskan,tapi sy cuba sedaya upaya..benar bila sekali fikir ia tidak adil buat anak tu,tapi bila fikir berkali2 betul lah selayaknya begitu..adil bukan bermaksud sama rata tp maksud sebenar ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai,sama rata tak semestinya adil..

tujuan tuhan suruh berkahwin dan darinya mendapat zuriat adalah untuk menjaga dan menjamin kesucian nasab..hanya dgn berkahwin saja nasab diiktiraf oleh Allah..menunjukkan betapa pentingnya ikatan perkahwinan dan betapa pentingnya larangan melakukan zina,terbatal nasab walaupun benihnya tetap sama.begitu juga perempuan dilarang bersuami 2 tau lebih,sebab untuk menjaga kesucian nasab..

dalam bab mewarisi pusaka,hanya layak diterima oleh nasab keturunan.so anak zina  tidak boleh menerima pusaka lantaran Allah tidak memperakukan perbuatan zina tersebut.hanya yg betul2 ada nasab keturunan yg bersih sahaja boleh menerima pusaka.sama seperti kedudukan anak angkat,mereka tidak layak menerima pusaka.walau bagaimana pun anak zina dan anak angkat boleh menerima hadiah,cuma tidak layak menerima pusaka sahaja..ternafi nikmat nasab..
anak zina nasab mereka hanya ibunya sahaja dan dia layak untuk menerima pusaka hanya dari bahagian ibunya sahaja...

bukan soal DNA atau tidak..memang DNA boleh membuktikan siapa bapa kepada anak zina tersebut tapi DNA tidak boleh mengembalikan kesucian nasab yang tidak diiktiraf oleh Allah akibat perbuatan keji tersebut.pada skop yg kecil kita beranggapan tidak adil pada anak tersebut,tapi bila kita fikirkan pada sudut yg lain maka ada perkara yg lebih penting disebalik ketetapan begitu.Ternafi hak anak tersebut di dunia kerana nasab tidak diiktiraf,tetapi untuk akhirat anak tersebut sama sahaja haknya dgn anak2 sah taraf,tidak sedikit pun menanggung akibat perbuatan ibu bapanya..dan dia layak menduduki samada syurga atau neraka,hitungannya sama sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 11:49 PM | Show all posts
ok... saya akan baca sepenuhnya...... dan jika ada soalan yg berkaitan, saya akan kemukakan ...

Neptune Post at 1-10-2010 19:45


ok,kalau ada saya cuba rungkaikan setakat kemampuan dan ilmu sy,kita org Islam tak sama taraf ilmu dan amal,kalau sy tak mampu,ada lagi yg lebih berilmu yg boleh jawab persoalan..


nak terangkan sedetail mungkin tak boleh lah,saya pun masih cuba untuk memahami artikel tersebut terutama yg ada kaitan dgn sains,apa yg boleh sy jelaskan ialah 6 hari yg anda maksudkan tu ditafsirkan sebagai 6 masa atau period,yg mana kita tidak dapat mengetahui secara khusus berapa lama masa tersebut,bukan seperti 6 hari spt yg kita lalui..

jika awak baca sampai habis,mungkin awak yg lebih faham dari saya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2010 08:02 AM | Show all posts
saudara neptune...

sy kagum dgn awak yg mengkaji Islam dan cuba membuktikan kitab al-Quraan a ...
nickname Post at 1-10-2010 23:16



   dari thread yang satu lagi tentang "anak luar nikah", perkara ini tidak terhenti setakat itu saja bukan?demi utk menjaga kesucian nasab, jadi anak luar nikah tidak diiktiraf keturunan kepada lelaki zina... therefore tiada ikatan mahram antara lelaki zina dgn anak luar nikahnya.... 2 soalan.

1) tiada ikatan mahram, jadi nikah dibenarkan antara lelaki zina dgn anak perempuan luar nikah hasil zinanya? sedangkan antara sepupu pun tidak digalakkan, dan antara adik beradik diharamkan.... dari apa yg saya baca sebelum ini, alasannya didukung oleh kajian sains yg mengatakan perkahwinan antara keturunan yg sebegitu rapat ada kemungkinan besar menghasilkan anak yg kurang sempurna... jadi apa lagi yg lebih rapat antara hubungan anak dan bapa secara biologi?

2) anak luar nikah tidak boleh dinasabkan kepada 'bapa', tapi boleh pulak di'nasab'kan kepada ibunya? kenapa tidak boleh kepada keduanya? bukankah itu bertentangan... kalau hendak menjaga kesucian nasab dan menunjukkan betapa pentingnya ikatan perkahwinan, kenapa dibolehkan pulak bernasabkan ibunya?

secara kasarnya, mungkin saya boleh berpendapat bahawa untuk mana2 kes anak luar nikah, ibunya mmg sudah pasti dapat ditentukan.... sebab dia yg mengandung dan melahirkan iaitu keluar dari rahimnya.... tapi untuk membuktikan bapa yg bertanggungjawab adalah sukar terutama jika tidak ada yg mengaku... bukti2 yg ada mungkin cuma dari mulut perempuan itu sahaja tetapi itu tidak kukuh.... jika ianya berlaku dari kes rogol, ianya tentulah lebih menyukarkan........
beban membuktikan ibu adalah lebih mudah berbanding dgn beban utk membuktikan siapa bapa...... jadi dibolehkan bernasabkan ibu dan tidak 'bapa'?

pada zaman sekarang ini, ada pulak kaedah ibu tumpang yg mana anak yg dikandung adalah benih dari pasangan lain, dan bukannya dari benih perempuan yg mengandung itu sendiri. macamana pulak dgn kes sebegini?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 01:34 PM | Show all posts
tiada ikatan mahram, jadi nikah dibenarkan antara lelaki zina dgn anak perempuan luar nikah hasil zinanya? sedangkan antara sepupu pun tidak digalakkan, dan antara adik beradik diharamkan.... dari apa yg saya baca sebelum ini, alasannya didukung oleh kajian sains yg mengatakan perkahwinan antara keturunan yg sebegitu rapat ada kemungkinan besar menghasilkan anak yg kurang sempurna... jadi apa lagi yg lebih rapat antara hubungan anak dan bapa secara biologi?

saudara neptune...
kesalahan sy ialah telah membuat kesimpulan sendiri,berkaitan diharuskan berkahwin tanpa merujuk kepada dalil2 dan ulama terlebih dahulu..nanti sy edit post sy dithread sana..diharuskan maknanya tidak haram,,tetapi makruh pada keadaan tertentu spt huraian di bawah ini..

Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara ulama..

Sebahagian Ulama Syafie menjelaskan, Imam Syafie memberikan hukum makruh jika ada kemungkinan anak itu bukan hasil dari benih penzina tersebut. Tetapi jika telah dipastikan benihnya maka haram baginya berkahwin dengan anak itu. (al-Hawi al-Kabir, al-Muhazzab & syarahnya, Mughni al-Muhtaj)

Ini dikuatkan dengan kenyataan Imam Muzani yang merupakan anak murid Imam Syafie selepas membawa kata-kata beliau di atas:

وَقَدْ كَانَ أَنْكَرَ عَلَى مَنْ قَالَ : يَتَزَوَّجُ ابْنَتَهُ مِنْ زِنًا

" Dan beliau pernah mengingkari kata-kata orang yang membenarkan seorang penzina mengahwini anak hasil zinanya ". (Mukhtasar al-Muzani: 228).

Kesimpulan: Imam Syafie tidak menyukai dan mengingkari pendapat yang membenarkan penzina mengahwini anak hasil zinanya.

berkahwin dengan kerabat dekat (spt sepupu),tidak diharamkan tetapi seeloknya elakkankanh untuk mengembangkan zuriat dan mengeratkan silaturrahim.masalah kesihatan adalah adalah kebarangkalian,tidak semua yg kahwin dgn sepupu melahirkan anak cacat etc..


2) anak luar nikah tidak boleh dinasabkan kepada 'bapa', tapi boleh pulak di'nasab'kan kepada ibunya? kenapa tidak boleh kepada keduanya? bukankah itu bertentangan... kalau hendak menjaga kesucian nasab dan menunjukkan betapa pentingnya ikatan perkahwinan, kenapa dibolehkan pulak bernasabkan ibunya?

dibolehkan nasab kepada ibunya sebab memang sah2 ibu itu keturunan anak itu,tapi kalau dinasabkan kepada bapa,belum tentu bapa itu benih anak tersebut walaupun bapa mengaku..berkemungkinan juga perempuan melakukan zina dgn lebih dari seorang lelaki..berkemungkinan jugak pengakuan ada unsur paksaan dan seumpamanya..kesahihan diragui.jika dinasabkan juga,kecelaruan nasab tidak terhenti sampai disitu sahaja,sebaliknya seluruh keturunan menghadapi masalah kecelaruan nasab..keturunan yg tidak jelas..

mungkin kita oleh sandarkan kepada DNA dalam bab ni,tapi sebagaimana kita tahu penemuan DNA adalah penemuan baru,iaitu disaat dunia berada di akhir zaman..iaitu kalau tak silap di era 50-an,..kalau hukum ini dianggap tidak relevan,dan tidak diguna pakai ..bayangkan lah!..Islam tidak menolak teknologi,tetapi hukum tetap hukum..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neptune at 3-10-2010 14:28

Reply 758# nickname


   dibolehkan nasab kepada ibunya sebab memang sah2 ibu itu keturunan anak itu,tapi kalau dinasabkan kepada bapa,belum tentu bapa itu benih anak tersebut walaupun bapa mengaku..berkemungkinan juga perempuan melakukan zina dgn lebih dari seorang lelaki..berkemungkinan jugak pengakuan ada unsur paksaan dan seumpamanya..kesahihan diragui.jika dinasabkan juga,kecelaruan nasab tidak terhenti sampai disitu sahaja,sebaliknya seluruh keturunan menghadapi masalah kecelaruan nasab..keturunan yg tidak jelas..

mungkin kita oleh sandarkan kepada DNA dalam bab ni,tapi sebagaimana kita tahu penemuan DNA adalah penemuan baru,iaitu disaat dunia berada di akhir zaman..iaitu kalau tak silap di era 50-an,..kalau hukum ini dianggap tidak relevan,dan tidak diguna pakai ..bayangkan lah!..Islam tidak menolak teknologi,tetapi hukum tetap hukum..


jadi percanggahan itu masih berlaku (atau dibiarkan begitu shaja) dan tidak akan diperbetulkan sebab hukum telahpun dikeluarkan sebelumnya?
maksud saya, semasa hukum dikeluarkan, anak zina boleh dinasabkan kpd ibunya kerana 'terbukti' itu keturunannya...


kpd bapa pula tidak boleh dinasabkan kerana pada ketika itu, tidak ada cara utk menentukannya kesahihan benih dari bapa...
tetapi sekarang, walaupun sudah ada teknologi yg boleh membantu, ianya tidak dapat diambil kira kerana hukum sudahpun dikeluarkan?


bukankah hukum dari alquran sepatutnya relevan sepanjang zaman? dan kalau hendak dikira, alquran baru saja berusia kurang dari 1500 tahun... dan kehidupan manusia ini mungkin akan berterusan lagi beribu2 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 03:16 PM | Show all posts
ok,kalau ada saya cuba rungkaikan setakat kemampuan dan ilmu sy,kita org Islam tak sama taraf il ...
nickname Post at 1-10-2010 23:49



   ok... saya dah baca sekali imbas namun tetap sampai habis....... menurut tafsiran penulis blog tersebut (irfan anshory), penciptaan alam semesta terjadi dalam 6 peringkat (stages) dan bukannya 6 hari...

http://irfananshory.blogspot.com/2009/04/penciptaan-alam-semesta-dalam-al-quran.html

peringkat 1 - 4 menekankan kepada penciptaan daya/kuasa (rawasiya) yg menjadi pengikat kepada semua benda di alam semesta.... sebelum ini ditafsirkan sebagai gunung-ganang yg menjadi pengukuh kpd bumi...


peringkat 1 - penciptaan daya graviti
peringkat 2 - penciptaan daya elektromagnet
peringkat 3 - penciptaan ikatan kuat - saya andaikan ikatan antara nutron, proton dan elektron dalam satu2 atom
peringkat 4 - penciptaan ikatan lemah - saya andaikan ikatan / tarikan antara satu atom dgn atom yg lain

penciptaan keseluruhan dari peringkat 1 hingga peringkat 4 terjadi dalam jangkamasa 0.0000001 saat dari bermulanya big bang.

peringkat seterusnya lebih kepada penyatuan dari daya/ikatan 1 - 4 yg diatas...

peringkat 5 - penyatuan quarks menjadi hadron... proton dan nutron adalah contoh hadron... peringkat ini mengambil masa lebih kurang 3 minit...

peringkat 6 - penyatuan benda2 dari peringkat 5 utk menjadi atom dan seterusnya molekul, sebatian, polymer dan seterusnya... peringkat ini mengambil masa lebih kurang 380,000 tahun selepas peringkat 5.

dan dikatakan juga alam semesta sekarang telah pun berusia 14 billion tahun bermula dari letupan akbar (the big bang)...

lebih kurang macam tu lah keterangannya... tapi rasanya keterangan tersebut lebih kepada tangkap muat sahaja.
teori graviti yg dikemukakan newton menerangkan ikatan/tarikan antara objek yg besar spt bumi, bulan, matahari dan sebagainya, manakala teori quantum pula menerangkan ikatan pada objek yg lebih kecil spt atom, ion dan sebagainya... kedua daya atau ikatan ini sepatutnya benda yg sama, tetapi dalam penerangan diatas, kejadiannya pada peringkat yg berbeza yg menunjukkan ikatan2 tersebut adalah berbeza. tapi itu hanya kefahaman saya yg tak seberapa ni.


berbalik kepada soalan asal....
mengapa islam juga menggunakan konsep 7 hari seminggu sebagaimana yg diamalkan oleh yahudi dan kristian?
yahudi dan kristian percaya ianya berdasarkan kejadian penciptaan alam semesta selama 6 hari dan rehat pada hari ketujuh.
jika alasan diatas (kejadian alam dalam 6 peringkat dan bukannya 6 hari), jadi apa kaitannya penggunaan konsep 7 hari seminggu dalam islam?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.244474 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list