CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LLM

CERITA PANJANG SIKIT AJE: Sepi (kisah cinta seorang pembekal mangkuk jamban)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-9-2010 08:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by LLM at 21-9-2010 20:45

aku rasa mcm nak pedajalkan cerita ni aje:

Lepas itu kedengaran suara berkata 'CUT!!'

'OK, shooting dah habis buat untuk hari ini. Semua boleh balik rumah' ujar direktor filem Pandak Endut bin Megat Komeng yang berperut buncit dan berkumis tebal

TAMAT hahaha-- korang nak aku finish cam ni atau sambung lagi? idea aku masih ada banyak lagi. cuma takut cite menjadi terlalu panjang berjela-jela. undi undi jangan tak undi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 09:05 PM | Show all posts
siot betul..
gigih aku baca sekali diorg tengah shooting...
aku pilih TAMAT DI SINI SAJE..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 09:17 PM | Show all posts
relax..aku acah aje hahaha ada lagi sambungan..jgn risau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 09:26 PM | Show all posts
SAMBUNGAN

Liza meratap ‘Adam, jangan cakap macam tu. Kita semua nak kau hidup. Syafik dan aku nak kawin bulan depan. Dia mintak kau jadi pengapit pengantin lelaki. Jangan tinggalkan kami’

Syafik menambah ‘Adam, woi. Aku rayu sangat kat kau, jangan cakap macam tu. Tolonglah Adam. Aku dah tak tahan lagi tengok kau sengsara macam ni. Kita kehilangan Elena 2 tahun lepas. Kehilangan kau selama 2 tahun.’

Ai Ling mencelah 'Adam. I've been the best of friends with Elena since we were kids. Aku rasa Elena adalah gadis yang paling bertuah sekali di dunia ni kerana mempunyai kau. I was happy for both of you. And you know what? I'm still happy for her because you are the brightest light in her life before she went away. And you love her even beyond her end..

Dan sekarang ini aku tak dapat terima yang cahaya yang pernah menerangi hidup Elena akan terpadam. I love you both...'

Dia tidak tahan lagi lalu lari keluar dari bilik Adam sambil menangis teresak-esak. Michael menjadi serba-salah sama ada untuk berada di sisi Adam atau mengikut Ai Ling. Di dalam keadaan yang serba lemah, Adam entah macam mana dapat merasai dilema Michael.

'Go to her, Mike. Pergi..'

'Tapi..kau..' Michael membantah.

'Just go..' dengan suara lemah Adam menyuruh dia pergi kepada Ai Ling. Dengan rasa masih sedikit bersalah Michael memandang ke arah Adam dan memaksakan dirinya untuk senyum sebelum beredar..

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 09:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by LLM at 22-9-2010 10:58

SAMBUNGAN

Monitor pernafasan Adam menunjukkan degupan jantungnya semakin lama semakin lemah..

Dalam keadaan itu, tiba-tiba mata 'ketiga'nya terbuka. Dia melihat seseorang yang telah lama tidak kelihatan berdiri di hujung katil.

'Awak, awak dah tiba. Saya nak ikut awak sekarang juga. Saya tidak akan sepi lagi' Adam cuba untuk bangkit dari katilnya.

'Adam..please lie down..Adam..' Alice menahan Adam. Matanya bertumpu ke arah hujung katil Adam. Dia terasa sesuatu perasaan yang aneh. Perasaan hiba yang teramat sangat dan badannya menjadi seram sejuk.

'Elena, is it really you? Have you come to take him to you?' getus hati kecil Alice.

Thomas, Syafik dan Liza turut merasa keadaan aneh itu.

Di luar bilik Adam, Ai Ling dan Michael pun merasa sama. Mereka serentak berfikir 'Elena?'

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 09:50 PM | Show all posts
wah...elena datang nak jemput adam ke??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2010 09:52 PM | Show all posts
LLM, aku tak kesah klu ko berenti kt situ sbb kebanyakkan karya ko endingnya diluar jangkaan aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 09:54 PM | Show all posts
malaikat maut kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2010 12:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by LLM at 22-9-2010 10:54

SAMBUNGAN

Hati kecil Adam berkata 'Aku masih dengar suaranya. Aku bangun, aku tidur, aku mimpi. Dia masih di sini'

Adam berbisik 'Awak, awak..saya dapat lihat awak. Mengapa awak menangis? Kita akan bersatu kembali..'

Hati kecilnya menambah '..Temanku, kekasihku, syurgaku '

Pada pandangan mata 'ketiga' Adam, Elena berpakaian serba kelabu, mendukung seekor arnab coklat, berlinangan air mata darah menitis di pipinya. Wajahnya masih cantik seperti yang dia ingati, cuma kelihatan begitu pucat..

Kawan-kawan Adam yang lain cuma dapat melihat titisan darah yang tiba-tiba muncul di lantai hujung katil Adam. Mereka berasa sedikit cemas melihat peristiwa aneh itu. Michael dan Ai Ling yang baru memasuki semula bilik Adam berasa suhu biliknya semakin menyejuk.

Monitor pernafasan Adam menunjukkan bahawa degupan jantungnya menguat sedikit.

Ai Ling, sambil menggengam tangan Michael, dengan terharu berbisik sendirian 'Elena, is it you? Elena? Dear God, how can this be?'

Elena mengalihkan pandangannya seketika ke arah Ai Ling dan Michael 'Ai Ling, Michael..I miss you both..'

Dia dengan perlahan-lahan, kakinya yang tidak mencecah lantai langsung, terapung-apung menuju ke arah mereka dan mendakap kedua-dua orang kawannya itu.

Michael dan Ai Ling masih tidak dapat melihat Elena. Tetapi mereka dapat merasa yang diri mereka telah dipeluk seseorang. Ai Ling tercium bau minyak wangi kesukaan Elena..

Air mata Ai Ling menitis keluar perlahan-lahan dan dia  merasa seolah-olah jari-jemari seseorang mengesat pipinya..

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 09:32 AM | Show all posts
adehhh...tergantung la plak..cepat LLM sambung lagi...cam bes je nie..abis mood aku pagi ni jadi sedih gak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 09:47 AM | Show all posts
cepat laa sambung.. aku dah tak sabar ni nak baca selanjutnya.. bertambah best ni.. hhuuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:56 PM | Show all posts
sambung lah TT....ko jgn nak memain...:@
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:36 PM | Show all posts
wah...
dah panjang karya LLM...
go......
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:55 PM | Show all posts
wah meremang bulu roma aku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:25 AM | Show all posts
SAMBUNGAN

Syafik dan Liza berasa sedikit cemas. Dalam diam-diam mereka mula membaca apa-apa ayat yang mereka boleh ingat dalam keadaan kelam-kabut. Pandangan mata 'ketiga' mereka terbuka.

Bayangan Elena menyedari akan perkara itu. Dia bergerak ke arah mereka.

Dengan air mata darah masih berlinangan, Elena berkata 'Syafik..Liza, aku di sini. Kau boleh lihat aku sekarang..'

Perasaan Liza bercampur-baur seram dan hiba 'Elena, mengapa kau datang? Adakah selama ini kau menghantui diri Adam sehinggakan dia masih teringat-ingatkan kau yang sudah tiada..'

Syafik berkata 'Lepaskanlah Adam, Elena. Kembalilah ke alam kau semula'

Elena menjawab 'Syafik, Liza. Sebenarnya bukan aku datang kembali dengan kehendak aku sendiri..Bukan aku yang tidak mahu melepaskannya. '

'Aku sudah rela yang kami ditakdirkan bertemu hanya untuk berpisah buat selama-lamanya.'

'Hakikatnya, Adam yang menghantui diriku. Dia yang menyeru ingatannya terhadap aku yang membuatkan aku terpanggil untuk datang kembali kepadanya..Dia yang tidak mahu melepaskan aku.'

'Aku tidak sanggup melihat Adam sengsara seperti ini. Aku tetap menyintainya. Aku mahu dia hidup semula. Membina kembali kehidupannya tanpa aku.  Cuma ada dua pilihan sahaja sekarang ini. Sama ada aku akur dengan keazamannya untuk mengikut aku pergi. Atau pun dia melepaskan aku dan hidup kembali.'

Syafik dan Liza tergamam mendengar kenyataan Elena di luar jangkaan itu.

Suara hati kecil Elena berkumandangan di setiap telinga mereka yang berada di dalam bilik wad Adam 'Hari berganti bulan, berganti tahun. Kita masih berdiri. Biarkan aku pergi '

Thomas di antara percaya dan tidak berbisik sendirian 'Elena, please help us to reach out to him..'

Elena mengalihkan pandangannya kepada Thomas dan dengan penuh sebak menujukan kata-katanya dalam bayangan fikiran Thomas. 'I wish I know how to do so..Aku tiada kuasa untuk menolongnya. Pilihan di tangan Adam..'

Bayangan Elena menuju ke sisi Adam 'Awak, awaklah cinta pertama dan terakhir saya.   Awak, awak lepaskanlah saya. Relakan saya pergi. Awak, saya nak awak gembira semula. Awak, saya nak awak bina kehidupan baru. Awak, saya sudah tidak sanggup lagi melihat awak sepi. Sepi di rumah saya, Sepi berhari-hari di pusara saya. Awak...'

Sekali lagi titisan air mata darah Elena membasahi lantai..

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 07:24 AM | Show all posts
salam & monin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 07:24 AM | Show all posts
wah...
cinta hingga hujung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:09 PM | Show all posts
LLM....lain btol cite awk kali nih...huhuhu...next..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 02:12 PM | Show all posts
sambongannnn pelissss...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 04:05 PM | Show all posts
LLM...plisss sambung.....karya yg hebat sgt....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.105324 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list