CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 7-11-2023 01:17 PM | Show all posts
Kanada siasat letupan maut di kedutaannya di Nigeria
November 7, 2023 @ 1:01pm


Presiden Nigeria, Bola Tinubu. - Foto REUTERS

LAGOS: Kanada sedang menyiasat letupan di kedutaannya di Nigeria yang mengorbankan dua individu, kata Menteri Luarnya, Melanie Joly, semalam.

Tragedi berlaku ketika Ottawa menyertai Washington dan London, yang mengeluarkan amaran terhadap perjalanan tidak penting ke negara Afrika Barat itu.

"Kami mengesahkan berlaku letupan di Suruhanjaya Tinggi di Nigeria. Api telah padam dan kami sedang berusaha untuk menyiasat punca kemalangan ini.

"Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dua individu yang terkorban dalam tragedi ini," katanya menerusi platform X.

Jurucakap Presiden Nigeria, Bola Tinubu, berkata berlaku kematian dan kecederaan dalam kes letupan di Suruhanjaya Tinggi Kanada semalam, namun beliau tidak mendedahkan sebarang angka berkaitan.

"Presiden Tinubu berdoa bagi roh mereka yang meninggal dunia dan mendoakan semua yang cedera cepat sembuh serta pulih sepenuhnya," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Kanada di Nigeria memaklumkan menerusi media sosial bahawa pihaknya 'menggantung sementara operasi sehingga diberitahu kelak'.

Pihak kedutaan juga mengeluarkan nasihat perjalanan, memberi amaran membabitkan perjalanan tidak penting ke Nigeria termasuk ibu kota Abuja, susulan keadaan keselamatan yang tidak dapat diramalkan di seluruh negara itu.

Pada masa sama, risiko berlakunya keganasan besar-besaran, jenayah, pertempuran antara kaum, serangan bersenjata dan penculikan juga amat tinggi.

Tinubu, yang giat melakukan pelbagai usaha bagi pemulihan ekonomi, masih belum menggariskan bagaimana beliau merancang untuk menangani kebimbangan keselamatan di negaranya.

Kemelut berleluasa di seluruh negara itu, termasuk pemberontakan berpanjangan di timur laut dan penculikan untuk memperoleh wang tebusan di barat laut.

Jumaat lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Britain berkata, terdapat 'ancaman berisiko tinggi terhadap hotel utama di beberapa bandar besar Nigeria dan memberi amaran supaya warganya tidak melancong ke negara berpenduduk paling padat di Afrika itu. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 01:21 PM | Show all posts
PBB bimbang pertempuran di Myanmar semakin sengit
November 7, 2023 @ 10:07am


Gambar edaran Rangkaian Maklumat Kokang menunjukkan anggota Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA) melintasi pangkalan tentera Myanmar yang dirampas dekat perbandaran Laukkaing, Shan, negeri di utara Myanmar. - Foto AFP

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyuarakan kebimbangan mengenai 'pertempuran hebat' di antara junta tentera dan pakatan kumpulan etnik minoriti di utara Myanmar.

Peningkatan pertembungan antara kedua-dua pihak sejak kebelakangan ini menyebabkan lebih ramai orang awam terkorban dengan lebih 30,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

"Kami bimbang susulan pertempuran hebat, terutama di negeri Shan di bahagian utara Myanmar, dengan laporan... serangan udara yang menyebabkan orang awam terkorban dan puluhan ribu penduduk dipindahkan.

"Rakan badan kemanusiaan kami memberitahu, sejak 26 Oktober lalu, hampir 33,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak dipindahkan," kata jurucakap mewakili Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menegaskan sekali lagi bahawa orang awam harus dilindungi, malah beliau turut menggesa akses tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan.

Pertempuran semakin sengit sejak minggu lalu merentasi negeri Shan yang berhampiran dengan sempadan China.

Sabtu lalu, Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta'ang (TNLA) dan Tentera Arakan (AA) mendakwa berjaya merampas puluhan pos tentera dan empat bandar, sekali gus menyekat laluan perdagangan penting ke China.

Beberapa hari sebelum itu, jurucakap junta tentera Myanmar menyifatkan dakwaan mengatakan kumpulan bersenjata merampas beberapa bandar di negeri Shan sebagai satu propaganda.

Pertempuran itu menimbulkan ancaman yang tidak dapat dilihat oleh tentera, sejak rampasan kuasa dengan menggulingkan pemimpinnya, Aung San Suu Kyi, pada 2021. - AFP

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:22 PM | Show all posts
Selamat tengahari

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:27 PM | Show all posts
Polis, penunjuk perasaan bertelagah di Sepanyol
November 7, 2023 @ 1:19pm


Penunjuk perasaan menyertai demonstrasi dekat ibu pejabat Parti Sosial Sepanyol (PSOE), membantah cadangan pemangku Perdana Menteri, Pedro Sanchez, mengusulkan pengampunan bagi pejuang kemerdekaan Catalonia yang gagal, di Madrid, Sepanyol. - Foto REUTERS

MADRID: Polis Sepanyol malam tadi menggunakan belantan terhadap sekumpulan individu yang melakukan bantahan, termasuk beberapa lagi penunjuk perasaan yang membakar suar di luar ibu pejabat Parti Sosialis (PSOE) yang memerintah di Madrid.

Ia berikutan pembentangan cadangan undang-undang pengampunan bagi pejuang yang gagal dalam usaha mereka mendapatkan kemerdekaan bagi Catalonia.

Pertempuran itu membawa kepada keadaan huru-hara, malah rakaman video Reuters menunjukkan orang ramai berlari di tengah kepulan asap dan bekas sampah yang dibuang di jalanan.

Menurut laporan media tempatan, kira-kira 4,000 orang menghadiri protes itu termasuk pemimpin parti sayap kanan Sepanyol, Vox, Santiago Abascal, dan sekurang-kurangnya seorang ditahan.

Penyiar awam TVE pula melaporkan, beberapa penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata.

Polis anti rusuhan Sepanyor bertembung dengan penunjuk perasaan dekat ibu pejabat Parti Sosial Sepanyol (PSOE), yang membantah cadangan pemangku Perdana Menteri, Pedro Sanchez, mengusulkan pengampunan bagi pejuang kemerdekaan Catalonia yang gagal, di Madrid, Sepanyol. - Foto REUTERS

Menurut akhbar El Pais, polis menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai ketika beberapa individu menolak pagar mudah alih yang melindungi ibu pejabat parti Sosialis serta membaling botol ke arah polis.

Polis Sepanyol dan kerajaan pusat di Madrid sehingga kini tidak memberikan komen berhubung perkara itu.

Undang-undang pengampunan itu dicadangkan oleh pemangku Perdana Menteri berhaluan sosialis, Pedro Sanchez, yang cuba membentuk kerajaan selepas pilihan raya Julai lalu, namun gagal meraih sokongan majoriti yang diperlukan.

Tuntutan kemerdekaan untuk Catalonia bermula sejak berkurun lalu, namun mula mendapat perhatian beberapa tahun kebelakangan ini susulan krisis ekonomi.

Ia sebuah rantau industri yang kaya, dengan 7.5 juta penduduk atau membabiotkan 20 peratus daripada ekonomi Sepanyol, selain memiliki bahasa dan budaya tersendiri. - REUTERS

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:31 PM | Show all posts
Bapa potong telinga anak, berang asyik minta duit


LELAKI yang cedera (kiri) bersalaman dengan bapanya ketika proses mediasi di Balai Polis Daerah Sandubaya di Mataram, Nusa Tenggara Barat.-AGENSI
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
7 November 2023, 1:00 pm

JAKARTA: Seorang bapa dari Kota Mataram bertindak memotong telinga anaknya gara-gara tertekan dengan sikap lelaki itu yang sering meminta duit darinya.

Ketua Polis Daerah Sandubaya, Komisioner Moh Nasrullah berkata, kejadian itu berlaku Sabtu lalu di kampung Cakranegara melibat dua beranak yang berusia 58 dan 33 tahun.

Mangsa yang terkena tetakan parang itu menerima rawatan intensif di Hospital Kota Mataram.

“Si ayah mengakui berang kerana anak kandungnya itu sering menyusahkannya dan meminta wang tetapi tidak tahu untuk apa wang itu digunakan.

“Kerana kecewa, si bapa mula beremosi dan menyerang dengan menghayunkan parang ke arah anaknya itu sehingga terkena telinga kiri mangsa,” katanya dipetik Kompas.com.

Menyedari kesilapannya, bapa mangsa kemudian tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Sandubaya.

Mo Nasrullah berkata, selepas pasukannya menyiasat dan menyoal saksi-saksi, perbincangan diadakan di balai polis dengan kedua-dua beranak itu bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik.

“Daripada hasil mediasi, mangsa bersetuju untuk tidak meneruskan proses undang-undang. Bapanya juga menyedari kekilafan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” katanya.

Kredit: Utusan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 01:33 PM | Show all posts
Anak tak sabar tengok ibu digantung


SUKHJIT Singh (kanan) dibunuh oleh isterinya di hadapan anak lelakinya, Arjun (tengah) yang ketika itu berusia sembilan tahun. - AGENSI
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
7 November 2023, 12:00 pm

LONDON: Anak kepada seorang wanita warga Britain yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah India kerana membunuh suaminya, menegaskan dia tidak sabar untuk melihat ibunya dihukum demikian.

Ramandeep Kaur Mann didapati bersalah membunuh suaminya, Sukhjit Singh, 34, semasa percutian keluarga di India pada tahun 2016.

Lapor Daily Mail, Ramandeep, 38, dari Derby didapati mencampurkan ubat pelali dalam makanan Sukhjit sebelum bertindak mengelar leher mangsa ketika dia sedang tidur di katilnya.

Ramandeep bersama kekasihnya, Gurpreet Singh merancang untuk membunuh Sukhjit namun pembunuhan itu disaksikan oleh anak sulung mereka, Arjun yang ketika itu berusia sembilan tahun.

Arjun yang kini berusia 17 tahun merupakan saksi utama pendakwaan dalam kes perbicaraan ibunya dan dikatakan memberikan keterangan mengerikan di mahkamah.

Remaja itu menceritakan bagaimana dia melihat ibunya menekap ayahnya dengan bantal sebelum kekasih wanita itu bertindak memukul kepala mangsa dengan tukul lalu mengelar lehernya.

“Tak ramai kanak-kanak pernah melihat ibu membunuh bapa dan kemudian tampil memberi keterangan di mahkamah. Bagaimana anda boleh meneruskan kehidupan selepas mengetahui perkara itu berlaku.

“Saya dan adik saya terpaksa menjadi tabah, malah kami berasa bangga dengan diri kerana akhirnya berjaya mendapat keadilan untuk bapa.

“Kami tidak menganggap wanita itu sebagai ibu lagi dan kami tidak mahu apa-apa kaitan dengannya,” kata Arjun.

Sementara itu, Arjun berkata dia mahu berada di India apabila ibunya menjalani hukuman gantung sampai mati.

“Situasi itu tidak membuatkan kami rasa takut malah ia akan memberikan banyak kepuasan dan kelegaan. Saya menantikan hari itu.

“Malah, saya mahu semua ahli keluarga saya berada di sana menyaksikan detik tersebut,” katanya.

Dilaporkan, Arjun berada di United Kingdom (UK) apabila hukuman mati ibunya diumumkan oleh hakim selepas perbicaraan diadakan di Mahkamah Daerah Shahjahan di Uttar Pradesh, India

Ramandeep dijatuhi hukuman mati kerana membunuh suaminya agar dia boleh mewarisi kira-kira 2 juta pound (RM11.5 juta) menerusi polisi insurans hayat Sukhjit.

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2023 01:37 PM | Show all posts
Permaisuri Jordan lantang kutuk Israel, desak gencatan senjata di Gaza


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
7 November 2023, 12:05 pm

KAHERAH: Permaisuri Rania dari Jordan menggesa usaha kolektif bagi gencatan senjata di Gaza demi kebajikan penduduk Gaza yang semakin merana.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang gencatan senjata, menyokong serta membiarkan kematian beribu-ribu orang awam sebagai perbuatan ‘menghalalkan’ kematian.

Dalam wawancara bersama Becky Anderson dari CNN, Permaisuri Rania berkata demikian apabila mengulas berhubung penolakan dibuat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, terhadap syor gencatan senjata ketika berada di Amman.

Selepas bertemu pemimpin negara Arab pada Sabtu, Blinken berkata, gencatan senjata di Gaza hanya akan mencetuskan lebih banyak serangan oleh Hamas.

Sebaliknya, Permaisuri Rania menegaskan, perlu ada seruan kolektif untuk gencatan senjata, walaupun sedar ada yang menentang gencatan senjata dengan hujah bahawa ia akan membantu Hamas.

“Bagaimanapun, dalam hujah sama, mereka sebenarnya menyokong dan mewajarkan kematian beribu-ribu orang awam. Itu sudah tentu tercela secara moral dan tidak sepenuhnya rasional.

“Jika Israel berhasil menewaskan Hamas, punca konflik ini ialah pendudukan haram, pelanggaran hak asasi manusia, penempatan haram, mengabaikan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa.

“Jika kita tidak menangani punca utama, anda hanya boleh membunuh pejuang tetapi tidak boleh membunuh puncanya, yang akan terus mewujudkan pejuang baharu,” katanya

Permaisuri Rania turut mengecam penganiayaan kemanusiaan yang dahsyat di Gaza, dan mempersoalkan, berapa ramai lagi yang perlu mati atau adakah ia akan diabaikan selama-lamanya, bila mana membabitkan rakyat Palestin.

Beliau turut berkata, lebih 10,000 kematian direkodkan di Gaza sejak perang bermula, dengan hampir separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

“Ini bukan sekadar angka. Setiap seorang daripada kanak-kanak ini adalah segala-galanya bagi seseorang individu,” katanya. – AGENSI

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 02:26 PM | Show all posts

4 didakwa curi mangkuk tandas



Mangkuk tandas bersalut emas yang dicuri ini dipamerkan di Istana Blenheim pada 2019. – GETTY IMAGES

LONDON – Empat lelaki didakwa bagi pertuduhan mencuri mangkuk tandas bersalut emas 18 karat seberat 25 kilogram dari Istana Blenheim di  Britain pada 2019, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Michael Jones, 38 dan James Sheen, 39, berdepan pertuduhan pecah rumah, manakala Fred Doe, 35 dan Bora Guccuk, 39, dituduh bersubahat memindahkan harta jenayah.

Keempat-empat mereka dijangka dihadapkan di  hadapan majistret Oxford pada 28 November ini.

Tandas tersebut ketika dicuri,  merupakan sebahagian daripada pameran oleh artis seni konsep dari Itali, Maurizio Cattelan. Ia dikatakan bernilai  £4.8 juta (RM27.6 juta).

Ia boleh digunakan untuk tujuan membuang air, namun dihadkan penggunaan selama tiga minit bagi mengelakkan pengunjung berbaris panjang. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... uri-mangkuk-tandas/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 02:37 PM | Show all posts
Kapak 200,000 tahun ditemukan di AlUla


Kapak 200,000 tahun ditemukan di AlUla. FOTO SPA

Riyadh: Sekumpulan arkitek yang bekerja di tapak di wilayah selatan AlUla, menemukan kapak tangan berusia 200,000 tahun, lapor Agensi Akhbar Saudi pada Ahad.

Arab News melaporkan, penemuan itu diumumkan oleh Suruhanjaya Diraja untuk AlUla.

Ia ditemukan satu pasukan ahli arkeologi, diketuai oleh Dr Can dan Gizem Aksoy dari Teos Heritage ketika sedang meneroka tapak di Qarah untuk mendapatkan bukti kehidupan manusia purba di kawasan itu.

Qarah, salah satu kawasan kediaman terpenting di Semenanjung Arab pada abad pertama Islam.


Ia dipenuhi dengan tapak bersejarah dan arkeologi.

Kapak sepanjang 51 sentimeter (sm) itu diperbuat daripada basalt (sejenis batu volkano) dengan bahagian tepi tajam pada setiap sisi.

Pasukan Teos Heritage menemukan lebih daripada puluhan alat batu serupa di kawasan itu.

Penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara alat itu dibuat dan digunakan.

Suruhanjaya Diraja, yang melantik Teos Heritage menyelia 11 projek arkeologi lain di seluruh AlUla dan Khaybar.

Kerja itu adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk membangunkan rantau ini sebagai tapak warisan budaya.
https://www.hmetro.com.my/global ... -ditemukan-di-alula
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 02:38 PM | Show all posts
Pesawat ringan terhempas ke perairan dipenuhi buaya


PASUKAN penyelamat berusaha menyelamatkan juruterbang berkenaan.

Miami: Seorang juruterbang berdepan detik mencemaskan apabila terpaksa berpaut pada hujung sayap pesawat yang patah selama sembilan jam, baru-baru ini.

Ia selepas pesawat itu terhempas ke perairan yang dipenuhi buaya di Taman Negara Everglades, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Gulf News melaporkan, Taman Negara Everglades adalah satu-satunya tempat di dunia di mana aligator hidup bersama dengan buaya.

Sebelum itu, pesawat enjin tunggal juruterbang Cessna Skyhawk 172M itu terhempas di situ pada 4 pagi, menurut laporan.



Juruterbang itu adalah satu-satunya individu di dalam pesawat yang didaftarkan di sebuah sekolah penerbangan, lapor CBS News Miami.

Menurut penjejakan penerbangan, pesawat itu meninggalkan lokasi berhampiran Tasik Okeechobee, tasik air tawar terbesar di AS, dan terbang ke selatan sebelum menghadapi masalah berhampiran di daerah South Broward.

Disebabkan lokasi kejadian yang jauh dan rupa bumi yang sukar, Air Rescue North MDFR tiba di tempat kejadian untuk menjalankan operasi angkat bagi menyelamatkan pesakit dari pesawat yang terhempas dan menyediakan rawatan perubatan.

Seorang pesakit dewasa selamat dikeluarkan dari pesawat dan kemudian dibawa ke hospital kawasan tempatan di Broward County.

CBS News Miami melaporkan juruterbang mengalami luka di kakinya, menurut ketua bomba daerah South Broward Michael Kane.

Kane berkata, daerah South Broward menerima panggilan 911 daripada sekolah penerbangan tempat pesawat itu berpangkalan dan menghantar kru dalam bot udara.

Bagaimanapun, mereka memerlukan pesawat untuk menyelamatkan juruterbang dan ketika itulah, pihaknya menghubungi Miami-Dade Fire Rescue untuk bantuan.

Juruterbang diselamatkan dari sayap pesawat itu dan dibawa ke dalam helikopter yang berlegar di udara.

Dalam video MDFR, seorang ahli penyelamat memberi abah-abah kepada juruterbang di sayap pesawat, sebelum lelaki itu ditarik ke atas.

Menurut laporan, juruterbang terbabit kemudian dibawa ke Hospital Serantau Memorial Hollywood untuk rawatan lanjut.

'Menurut CBS News Miami, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan sedang menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.

https://www.hmetro.com.my/global ... iran-dipenuhi-buaya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:13 PM | Show all posts
Real seri 0-0 menentang Rayo, gagal meneruskan kejayaan Clasico



Vinicius (kanan) menanduk bola pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid CF dan Rayo Vallecano de Madrid di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, kelmarin. — Gambar AFP
MADRID: Real Madrid gagal meneruskan kejayaan Clasico mereka dan kehilangan dua mata dalam perebutan kejuaraan La Liga dengan keputusan seri 0-0 menentang Rayo Vallecano semalam.

Los Blancos menolak beberapa peluang ketika mereka turut menghalang Rayo di Santiago Bernabeu tetapi tidak menemui gol kemenangan lewat yang sering mereka hasilkan.

Keputusan seri itu meletakkan Madrid di tempat kedua, dua mata di belakang pendahulu mengejutkan Girona, yang bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Osasuna, dan dua mata di depan Barcelona selepas kemenangan bertuah Catalan ke atas Real Sociedad pada hari Sabtu.

Jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti, membariskan Eduardo Camavinga untuk menggantikan pemain tengah yang cedera, Aurelien Tchouameni, serta memulakan Luka Modric menggantikan Toni Kroos.

Real Madrid membawa permainan ke sebelah padang lawann dari awal, dengan penjaga gol Macedonia Rayo Vallecano, Stole Dimitrievski, terus sibuk.

Dia melakukan penyelamatan yang hebat untuk menggagalkan Fede Valverde yang terlepas gol awal selepas Rayo meloloskan bola di belakang.

Madrid ditakutkan apabila Jude Bellingham, penjaring gol terbanyak liga dengan 10 gol, jatuh, sambil memegang bahu kirinya.

Selepas beberapa minit pemain antarabangsa England itu pulih dan dapat bertahan.

Penyerang Joselu, yang dipinjamkan dari Espanyol, menanduk sepakan sudut Luka Modric namun tersasar, manakala Fran Garcia tersasar juga selepas umpanan baik oleh Bellingham.

Dimitrievski melakukan penyelamatan yang hebat untuk menafikan Joselu selepas Vinicius Junior memberi bola kembali kepada penyerang Sepanyol itu.

Pemain sayap Brazil itu semakin giat terlibat ketika permainan berdetik ke peringkat akhir dan menjaringkan gol pada minit ke-66, tetapi gol itu diabaikan kerana ofsaid kepada Joselu.

Pemain gantian Rodrygo Goes merembat hantaran lintang namun terlepas sasaran ketika Rayo semakin menghampiri wisel penamat.

Vinicius telah dilayangkan kad kuning kerana tidak bersetuju apabila kekecewaannya dan Madrid semakin memuncak apabila berdepan dinding pertahanan pasukan pelawat.

Rayo memasukkan Radamel Falcao dan Bebe pada sepuluh minit terakhir dalam usaha untuk melakar kemenangan lewat, tetapi Madrid yang terus mara ke hadapan.

Bellingham, yang sudah pun menjaringkan beberapa gol kemenangan lewat untuk Madrid, tidak dapat mengulangi kepahlawanannya seperti hujung minggu lalu apabila dia menjaringkan dua gol menentang Barcelona.

Rodrygo hamper membuka jaringan untuk Madrid pada masa kecederaan dengan percubaan tumit belakang yang terus ke arah Dimitrievski, yang dikumpulnya dengan penuh rasa syukur.

Ancelotti berkata sebelum perlawanan bahawa pemain sayap Brazil Vinicius dan Rodrygo akan berakhir dengan mengatasi skor Bellingham dan Joselu musim ini, tetapi ramalannya belum menjadi kenyataan.

Penutupan perlawanan itu bertukar tegang, dengan Antonio Rudiger dan Florian Lejeune dilayangkan kad kuning selepas bertelagah, dan pemain pertahanan Madrid itu kini digantung untuk perlawanan La Liga seterusnya menentang Valencia.

Rayo kini belum tewas dalam lapan perlawanan liga, dengan kekalahan terkini adalah pada awal September - dan menyamai Madrid dan Barca dengan enam perlawanan tanpa bolos.

“Ia permainan yang sangat lengkap daripada pasukan, kami melakukan usaha yang besar - kami tahu betapa sukarnya untuk dating bermain di sini,” kata penyerang Rayo, Raul de Tomas kepada DAZN. — AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... an-kejayaan-clasico
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:14 PM | Show all posts
Diaz penyelamat maruah Liverpool



Diaz (kiri) menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Luton dan Liverpool di Kenilworth di Luton, kelmarin.— Gambar AFP
LONDON: Luis Diaz menyelamatkan Liverpool daripada kekalahan mengejut di Luton dalam keputusan seri 1-1 semalam pada penampilan pertamanya sejak ibu bapanya diculik di negara asalnya, Colombia.

Pemain sayap itu diperkenalkan sebagai pemain gantian selepas Tahith Chong memberi Luton pendahuluan yang menakjubkan 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Lompatan dan tandukan Diaz yang masuk pada lima minit masa kecederaan menafikan Hatters kemenangan pertama mereka di tempat sendiri dalam Liga Perdana.

Ibunya telah diselamatkan dalam beberapa jam selepas dia ditangkap pada 28 Oktober, tetapi pencarian masih diteruskan untuk bapanya, Luis Manuel Diaz.

Pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan baju-t yang bertulis “kebebasan untuk Ayah” selepas menjaringkan gol dan sekali lagi menayangkannya pada sepenuh masa.

“Ia saat yang indah tetapi ia tidak mengubah keadaan,” kata jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp. “Paling penting ayahnya dibebaskan.

“Sungguh mengagumkan dia mahu berada di sini. Bagi kami ia gol yang penting dan baginya sangat penting dan beremosi.”

Kekuatan luar biasa Diaz menyinar untuk melindungi prestasi dan keputusan lemah Reds.

Pada musim panas ini, Liverpool membelanjakan lebih banyak untuk setiap seorang dalam trio permulaan mereka berbanding Luton dalam pasaran perpindahan sejak kemunculan Liga Perdana pada 1992.

Namun, anak buah Rob Edwards terselamat tipis daripada salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Liga Perdana.

Cubaan Darwin Nunez merembat palang awal untuk pasukan pelawat.

Ia satu kehilangan yang mengecewakan dengan kedudukan masih sama pada 0-0 dan ia akan menghantui pemain Uruguay itu.

Mohamed Salah juga sepatutnya menjaringkan gol dengan tandukan percuma jarak dekat 20 minit sebelum perlawanan tamat.

Tetapi apabila percubaan pemain Mesir itu jatuh kepada Nunez, dia membazirkan peluang dengan gol ternganga menantinya.

Sebaliknya Chong yang membuka jaringan dengan cara yang penuh kontroversi.

Liverpool meraung meminta penalti untuk bola sentuh oleh Ross Barkley sementara Luton naik ke dalam kawasan dan Issa Kabore melakukan hantaran lintang untuk dijaringkan oleh bekas pemain sayap Manchester United itu.

Diaz kemudian dipanggil dari bangku simpanan dan dalam penamat seperti cerita dongeng, dia menyamakan kedudukan apabila dia menemui hantaran lintang Harvey Elliott.

Ada sinar harapan bahawa bapa Diaz akan segera dibebaskan selepas ketua kumpulan gerila ELN yang menangkap pasangan itu mengakui pertubuhan itu telah melakukan “kesilapan”.

Liverpool terlepas peluang untuk menduduki tempat kedua dalam carta tetapi mendahului tangga ketiga, mengatasi Arsenal menerusi perbezaan gol.

Luton memerlukan satu mata untuk keluar dari zon penyingkiran.

Terdahulu, Nottingham Forest mengejutkan Aston Villa dengan kemenangan Liga Perdana pertama mereka dalam tujuh perlawanan ketika Ola Aina dan Orel Mangala meledak dalam kemenangan 2-0.

Kedua-dua pasukan datang ke perlawanan dalam prestasi yang sangat berbeza memandangkan Villa belum kalah enam perlawanan liga dan ia telah membawa anak buah Unai Emery ke tangga kelima dalam carta liga.

Bagaimanapun, Villa membuat permulaan yang teruk dan dari luar kotak Aina menemui sudut bawah gol selepas lima minit dan pasukan pelawat tidak pernah pulih.

Penjaga gol Villa, Emiliano Martinez merangkul hadiah untuk penjaga gol terbaik dunia pada majlis Ballon d’Or awal minggu ini kerana sumbangannya membantu Argentina menjulang Piala Dunia tahun lalu.

Namun kesilapan daripada Martinez menghadiahkan Forest gol kedua mereka apabila dia berjaya menepis serangan Mangala, tetapi ia tidak cukup untuk mengalihkan bola ke tempat yang selamat dan bola melantun kembali ke dalam gol.

Kemenangan yang amat diperlukan Forest ini meredakan spekulasi bahawa Steve Cooper berisiko menjadi pengurus Liga Perdana pertama yang dipecat musim ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada pemain kerana berpegang pada rancangan itu dan komited kepadanya,” kata Cooper.

Forest naik ke tangga ke-12 dalam jadual, lapan mata di luar zon penyingkiran. — AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... at-maruah-liverpool
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:22 PM | Show all posts
Selamat malam

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:48 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 7-11-2023 01:49 PM

Asean alami 27 bencana minggu lalu



Jakarta: Rantau Asean mengalami 27 bencana sepanjang minggu lepas yang memberi kesan kepada Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, menurut laporan mingguan terkini Pusat AHA.

Menurut Pusat AHA (Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana Asean), pasukan tindak balas kecemasan Indonesia BNPB, merekodkan kejadian puting beliung, angin kencang dan banjir di beberapa wilayah, termasuk Jawa Barat, Sumatera Utara, Aceh, Lampung dan Banten.

BNPB juga melaporkan kemarau di Kepulauan Riau, Bali, Kalimantan Selatan dan Sulawesi Tengah, selain gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter di Nusa Tenggara Timur, yang menjejaskan 920 orang.

Di Filipina, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (DSWD) melaporkan ribut dan banjir di wilayah Cotabato serta musim kemarau di wilayah Misamis Oriental.

BNPB Indonesia dan DSWD Filipina turut melaporkan kesan ketara akibat kemarau dan musim kering ekoran taburan hujan yang lebih rendah.

Di Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara melaporkan hujan berterusan kini menjejaskan negeri Pahang, Perak dan Selangor.

Sementara itu, di Vietnam kejadian tanah runtuh, banjir, ribut dan puting beliung dilaporkan berlaku di wilayah Ben Tre, Ha Tinh dan An Giang.

Hujan berterusan menyebabkan tanah runtuh dan banjir yang menjejaskan 37,600 penduduk dan menyebabkan kerosakan bernilai $6 juta (kira-kira RM28.02 juta).


https://www.hmetro.com.my/global ... bencana-minggu-lalu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:51 PM | Show all posts
Leka rakam gambar rusa, wanita maut jatuh jambatan



ANGGOTA penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian. FOTO Agensi
Tokyo: Malang nasib seorang wanita yang maut akibat terjatuh dari jambatan ketika merakam rusa liar di Jepun, Sabtu lalu.

The Straits Times memetik Yahoo Jepun melaporkan, insiden itu berlaku kira-kira 9.30 pagi di bandar Higashi-Izu di wilayah Shizuoka.

Menurut pihak berkuasa, wanita yang dilaporkan berusia 20-an itu berasal dari wilayah Chiba.

Ketika kejadian, dia bersama dengan bapa dan rakannya. Mereka dalam perjalanan ke kawasan pergunungan untuk melihat rusa liar berkeliaran di habitat semula jadi.

Dia dipercayai meninggalkan kenderaan yang dinaiki semua orang dan pergi ke jambatan untuk merakam gambar rusa dan haiwan lain dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, berlaku kejadian tidak diingini apabila wanita itu terjatuh dari jambatan.

"Anak perempuan saya jatuh dari jambatan," kata bapanya ketika menghubungi polis.

Balai Polis Shimoda berkata, mangsa jatuh daripada ketinggian 40 meter dari jambatan.

Wanita itu ditemukan di kawasan lembah, lapor The Yomiuri Shimbun.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Siasatan sedang dijalankan susulan kejadian berkenaan.


https://www.hmetro.com.my/global ... maut-jatuh-jambatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 09:53 PM | Show all posts
Lebih 1.6 juta kanak-kanak kurang nutrisi, Sudan Selatan paling terjejas



Geneva: Program Makanan Sedunia (WFP) pada Isnin memberi amaran lebih 1.6 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun dijangka mengalami kekurangan nutrisi makanan atau malnutrisi pada 2024 dan kanak-kanak di Sudan Selatan paling teruk terjejas.

Memetik data Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), WFP dalam satu kenyataan berkata kawasan terjejas banjir mengalami kekurangan nutrisi makanan yang teruk akibat penularan penyakit bawaan air dan keadaan sesak.

Keadaan itu diburukkan lagi oleh akses terhad kepada makanan dan sumber pendapatan.

Akibatnya, wilayah terjejas banjir di Sudan Selatan dijangka menghadapi tahap malnutrisi yang ekstrem pada separuh pertama tahun 2024, kata agensi itu, lapor Agensi Anadolu.

"Inilah realiti kehidupan...Kami melihat peningkatan yang sangat membimbangkan dalam kekurangan nutrisi makanan.

"Penularan penyakit bawaan air menjejaskan usaha dilakukan oleh agensi kemanusiaan dalam mencegah dan merawat kekurangan nutrisi makanan dan kanak-kanak yang paling teruk mengalami kesannya," kata Pengarah Negara WFP di Sudan Selatan, Mary-Ellen McGroarty.

Sementara itu, McGroarty berkata daerah Rubkona di Sudan dijangka berada dalam IPC Acute Malnutrition Phase 5 menjelang April 2024 buat kali pertama.

Banjir disebabkan oleh limpahan lembah Sungai Nil, terutamanya Tasik Victoria yang menerima hujan melebihi purata pada 2023, bermakna banjir besar itu tidak mungkin surut, menurut WFP.


https://www.hmetro.com.my/global ... tan-paling-terjejas
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:55 PM | Show all posts
Penyokong PSG parah ditikam di Milan



PASUKAN perubatan menyelamatkan mangsa yang cedera dalam pergaduhan penyokong PSG dan Milan. FOTO AFP
Milan: Seorang penyokong Paris St Germain (PSG) parah selepas ditikam dalam pergaduhan antara penyokong bola sepak di Milan sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara AC Milan dan PSG, kata polis Itali, malam tadi.

Polis berkata, mangsa ditikam dua kali di kaki dan dibawa ke Hospital Policlinico di Milan.

Media Itali melaporkan, mangsa adalah lelaki Perancis berusia 34 tahun dan cedera apabila sekumpulan 50 penyokong Milan bertempur dengan penyokong PSG selepas tengah malam, di bandar yang terkenal dengan suasana meriah pada waktu malam itu.

Dua pegawai polis turut cedera dalam pergaduhan berkenaan.

AC Milan yang melayan PSG di Stadium San Siro menyelar keganasan berkenaan dan menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Bagi kami, bola sepak adalah keinginan, bukannya kebencian. Sukan sepatutnya menyatukan, bukannya memisahkan," kata kelab itu menerusi muat naik di media sosial X, yang ditulis dalam bahasa Inggeris, Itali dan Perancis.

September lalu, seorang penyokong kelab Inggeris iaitu Newcastle United ditikam di Milan sebelum perlawanan UCL menentang AC Milan.


https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ah-ditikam-di-milan
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:58 PM | Show all posts
Rashford mahu peminat hentikan khabar angin



MARCUS RASHFORD

MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Marcus Rashford meminta peminat Red Devils berhenti menyebarkan khabar angin yang mempersoalkan masa depannya di Old Traffor

Pemain England itu telah meledak 30 gol musim lalu, namun dia bergelut pada musim ini dan hanya menjaringkan satu gol dalam 14 perlawanan dalam kempen kali ini.

Prestasinya mula dikritik peminat ketika ini, dengan sesetengah penyokong mempersoalkan sama ada pemain berumur 26 tahun itu masih layak atau tidak membarisi kesebelasan utama Erik Ten Hag.

Rashford tidak beraksi dalam kemenangan 1-0 United ke atas Fulham pada Sabtu, dengan Ten Hag memaklumkan bahawa bintang England itu mengalami kecederaan.

Selepas perlawanan itu, saluran laman sosial peminat The United Stand kemudian memuat naik video bertajuk ‘Masa depan Rashford diragui’, sekali gus menimbulkan spekulasi tentang masa depannya di Old Trafford.

“Tolong henti sebar khabar angin berniat buruk,” kata Rashford yang ternyata tidak berpuas hati dengan video berkenaan.

Dalam video yang dimuat naik ke YouTube, United Stand berkata, kecederaan Rashford ketika aksi Fulham dan persembahannya yang di bawah par menimbulkan tanda tanya.

“Berdasarkan kecederaan Rashford ketika aksi Fulham dan persembahannya yang di bawah par, timbul persoalan, adakah dia layak untuk membarisi kesebelasan utama Manchester United secara tetap?,” kata United Stand.

Laman United Stand adalah saluran peminat terbesar kelab itu yang mempunyai 1.77 juta pengikut di YouTube. – AGENSI


https://www.utusan.com.my/sukan/ ... tikan-khabar-angin/
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:00 PM | Show all posts
Pekerja bakar bas menjelang pengumuman gaji minimum di Bangladesh



DHAKA: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah beribu-ribu pekerja yang membakar bas di luar ibu negara Bangladesh apabila ketegangan semakin meningkat menjelang pengumuman gaji minimum baharu untuk berjuta-juta pekerja pakaian.

Keadaan bertukar teruk bagi kebanyakan daripada empat juta pekerja sektor itu yang sebahagian besar daripada mereka adalah wanita kerana gaji bulanannya bermula pada AS$75 (RM350).

Berikutan itu, pekerja melancarkan mogok untuk menuntut hampir tiga kali ganda daripada gaji mereka, dengan beberapa tindakan ganas berlaku, dan majikan kemudian menawarkan 25 peratus.

Polis berkata, keganasan berlaku di bandar perindustrian Gazipur apabila kira-kira 6,000 pekerja keluar dari kilang mereka dan mengadakan protes berikutan khabar angin bahawa pihak berkuasa akan menaikkan gaji mereka kepada hanya kira-kira separuh daripada permintaan mereka.

“Mereka membakar bas dan kami melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka,” kata ketua unit polis perindustrian Gazipur, Sarwar Alam kepada AFP.

Seorang pegawai polis berkata, pekerja bertindak balas terhadap berita palsu yang disiarkan di media sosial bahawa pemimpin kesatuan ditangkap dan panel akan menetapkan gaji minimum pada AS$108 (RM505) dan bukannya AS$208 (RM972) yang diharapkan oleh pekerja.

Justeru, panel lembaga gaji minimum yang dilantik kerajaan, termasuk wakil dari pengilang, kesatuan sekerja dan pakar gaji, akan mengumumkan tahap gaji baharu pada hari ini.

Polis berkata, kira-kira 600 kilang yang membuat pakaian jenama utama Barat ditutup minggu lalu dan sejumlah besar digeledah ketika protes gaji terburuk dalam sedekad melanda kawasan perindustrian utama dan pinggir bandar.

Empat kilang dibakar dan sekurang-kurangnya dua pekerja terbunuh dalam keganasan itu, dengan puluhan ribu pekerja termasuk wanita menyekat lebuh raya dan menyerang kilang.

Protes itu bertepatan dengan demonstrasi ganas berasingan oleh parti pembangkang yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Sheikh Hasina menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada Januari.

Bangladesh memiliki sebanyak 3,500 kilang pakaian yang menyumbang kira-kira 85 peratus daripada eksport tahunan negara Asia Selatan bernilai AS$55 bilion (RM257 bilion), membekalkan banyak nama terkemuka dunia dalam bidang fesyen termasuk Levi’s, Zara dan H&M. – AFP


https://www.utusan.com.my/luar-n ... imum-di-bangladesh/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.087695 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list