CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kakleen

NOKTAH CINTA

[Copy link]
Post time 21-5-2010 05:11 PM | Show all posts
heheheh...n3 2 mksud nye entry...shortfont n3..hehehe...mula2 pun nera xphm..lama2 phm sndiri...2 la...nera pun t'tgu2 pe kes dgn lala n yem ni...kte tguuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2010 05:19 PM | Show all posts
PART 8 – PEMUJA MISTERI

Pagi ini, Erin menerima kiriman bunga lily itu lagi. Tersorok dihujung kelongsong mejanya. Ada nota kecil ditaip kemas dikepilkan bersama, “Nona Erin yang manis, pagi ini tak akan pernah bersinar tanpa senyummu. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.” Ikhlas - ASE.

“ASE…??? siapa yer?” bisik hati Erin.

Termasuk hari ini, hampir setiap hari dia menerima kiriman itu sejak dua minggu yang lalu dengan nota-nota yang berbeza. Erin tertanya-tanya siapakah pengirimnya. Bila semakin ramai rakannya masuk ke kelas, Erin segera menyembunyikan kiriman yang diterimanya.
Seperti biasa bila 3A sampai, suasana kelas akan bertukar gamat dengan suara dan keletah mereka. Erin menjeling dari tempat duduknya, “uhh…datang-datang jer buat bising, macamlah kelas ni diaorang jer yang punya,” getus Erin. Zizi masih belum sampai. Erin mengeluarkan buku teks untuk pelajaran pertama hari ini, bersiap sedia untuk menerima ilmu baru.

Tiba-tiba ketenangannya di ganggu Hafiz yang berlagu merdu di hadapannya, “Rupa kamu yang cantik, Mata kamu yang bulat….oh Nonaku Eeeeeerin….”

Erin mencebik, berpura-pura marah, “Nak apa lah?”

Hafiz ketawa nakal.  “Pinjam kerja rumah semalam boleh? Pleaseeeeeee,” minta Hafiz sambil mengelip-ngelipkan matanya seperti kucing gemuk Garfield.

Erin tidak dapat menyembunyikan senyumnya melihat aksi nakal Hafiz. Hatinya berbunga riang. Segera dikeluarkan buku latihannya dari beg sekolah, baru tangannya ingin menghulurkan buku itu kepada Hafiz, dia berhenti seketika, “dengan satu syarat!”

“Uhhhh, syarat apa?”

“Hafiz tak boleh buli Erin lagi!”

“Mmmmm….” Hafiz berpura-pura berfikir dan bila Erin agak terleka, pantas dia merampas buku latihan itu dari tangan Erin, “tak boleh janji! Kalau 3A tak buli Erin satu hari, Erin mesti rindu kann??”

“Hah, perasannya.!! Tak ada siapa yang akan rindu dengan budak terencat akal macam you all”

“Uhhh? Really? Tapi nanti 3A yang rindu pulak…..” Hafiz terus mengusik.

Hafiz tersengeh-sengeh seperti kerang busuk,”pinjam e buku ni?”

Erin menganggguk kehilangan kata.

“Thank you sweetie, you are the best lah.”

Muka Erin merah menahan malu dan senyuman meleret menghiasi wajah manisnya. Adakah Hafiz yang mengirimkann bunga lily dan nota-nota itu kepadanya? Lagu yang dinyanyikan tadi sengaja ditukar daripada “Nonaku Azizah” kepada “Nonaku Erin”. Mungkinkah Hafiz, peminat rahsianya itu? Tapi bagaimana Hafiz tahu lily adalah bunga kegemarannya? Mungkin daripada Aril. Mmmm…betul, mesti Aril memberitahu Hafiz. Erin yakin telahannya itu betul. Hafizlah pemuja misterinya.

<>

“Ok kelas, kita jumpa lagi esok,” kata Riana sebaik sahaja loceng berbunyi.

“Bangun!!! Terima kasih Cikgu,” laung Yazid dan diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.

“Yazid tolong bawa buku latihan ni ke bilik guru ye,” pesannya kepada sang ketua kelas sebelum keluar.

Yazid segera ke hadapan kelas untuk mengambil buku-buku latihan yang tersusun di atas meja, tapi belum pun sempat di melangkah keluar kelas, Hafiz telahpun menunggu di hadapan pintu.

“Bagi aku hantar, nanti kau tak ada bising pulak kelas ni,”

Agak kehairanan dengan sikap Hafiz, namun Yazid tidak membantah. Buku-buku itu diberikan kepada Hafiz.

“Dush..boleh tahan berat jugak,” ngomel Hafiz. Hafiz mempercepatkan langkahnya, cuba mengejar Riana yang sudah jauh ke hadapan.

“Cikgu…!! Cikgu…!!”

Riana mematikan langkahnya dan menoleh ke belakang, “uhhh?? Mana Yazid?”

“Dia kena jaga kelas Cikgu, nanti kelas bising”

“Hah?? Bukan kamu ke yang selalu buat bising?”

“Hehehe…Cikgu ni, mana ada..” Insiden dia didenda oleh Ustazah Linda tiba-tiba terpapar di matanya. Malu dowh!

Teringatkan insiden yang sama, Riana tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Riana meneruskan langkahnya. Hafiz segera ke sebelah Riana dan mereka berjalan beriringan ke bilik guru.

“Kenapa muka Cikgu nampak pucat hari ni, kurang mekap ke?” akhirnya Hafiz membuka soalan yang ingin ditanyanya sedari mula dia melihat Riana hari ini. Memang muka gurunya itu agak pucat, tangannya kekadang kelihatan menggigil dan dia lebih banyak duduk di kerusinya daripada berdiri atau berjalan sekeliling kelas.

Dalam tawa kecil, Riana berlawak, “Ha ah mekap dah habis, belum beli baru.”

Hafiz tidak ikut ketawa, “Cikgu… kalau sakit makan ubat lah.” Serius bunyi suara anak muda itu.

Riana berpaling melihat riak muka Hafiz, ada garis risau di wajah comelnya. Hati perempuan Riana tersentuh.

“Cikgu ok lah. Jangan bimbang. Insya Allah, Cikgu sempat habiskan silibus sebelum trial exam nanti”

Hafiz tersenyum kelat, hatinya menjawab, “saya tak risau pasal examlah, saya risau pasal Cikgu.”

<>

Keresahan Aril semakin memuncak. Sudah dua minggu dia mengirimkan bunga lily berserta nota-nota cintanya kepada Erin, namun sehingga ke hari ini, Erin seolah-olah tidak menunjukkan sebarang reaksi positif kepadanya.  Apakah Erin tidak boleh meneka bahawa kiriman lily itu datang daripadanya? Atau ada orang lain lagi kah yang tahu tentang bunga kegemaran Erin itu?

Aril masih ingat, dia secara tak sengaja terpijak bunga lily yang sedang dipilih Erin dan diletakkan di atas lantai sewaktu berkunjung ke Kedai Bunga Rubisa bulan lepas. Waktu itu, Aril ingin membeli bunga untuk hadiah hari jadi Ummi.

“Awak ni, di luar sekolah pun masih nak buli saya?” getus Erin geram.

“Demi Allah, saya tak sengajalah. Aril ganti ye,” pujuk Aril serba salah.

“Yang awak pijak tu jer yang tinggal. Dah tak ada lagi dah,” getus Erin marah.

“Kalau macam tu, pilihlah bunga lain. Aril bayar, tak apa,” Aril terus memujuk.

“Saya tak suka bunga lain!” bentak Erin dan terus keluar dari kedai.

Tepukan kuat di bahunya mematikan lamunan Aril. “Dah sampai langit ketujuh dah??” tanya Hafiz. Aril hanya tersengeh.

“Kau kenapa?” tanya Hafiz lagi.

“Huh?? Tak der apa,” jawab Aril ringkas. Hafiz memandang muka Aril sambil mengecilkan matanya.

“Aku pernah tak cakap engkau….”

“Cakap apa??” pintas Aril rimas disoal-siasat begitu oleh rakannya.

“Kau tak pandai menipu. Semua benda yang kau fikir ada kat muka kau”

“Kau ni bagi pujian ke kejian?”

Hafiz ketawa mengelekek, “dua-dua kot! Akim kata lelaki yang tak tahu menipu bukan lelaki sejati.”

Aril membatukan diri, malas melayan usikan Hafiz.

“Aril.. aku serius ni, kau ada masalah ke?”

Patutkah aku memberitahu Hafiz mengenai perasaanku pada Erin? Aril masih berkira-kira.
“Kalau aku bagitahu engkau, engkau janji jangan ketawakan aku dan yang paling penting jangan bagitau Akim,” kata Aril berhati-hati.

“Hmmm???” Hafiz mengangkat keningnya. “Jangan bagitau Akim?? Ni mesti pasal perempuan ni, betul tak?” pantas Hafiz meneka.

Aril tersengeh dan mengangguk. “Erin...” jawabnya perlahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 05:21 PM | Show all posts
heheheh...n3 2 mksud nye entry...shortfont n3..hehehe...mula2 pun nera xphm..lama2 phm sndiri:sweat3 ...
nera85 Post at 21-5-2010 17:11



ooohhh...entry...
lambat pulak kakleen pick-up...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 05:35 PM | Show all posts
PART 9 – CINTA RAHSIA

Aisyah sibuk di dapur rumah yang sudah lama tidak berasap.

“Pandai ke adik Abang masak ni..?? Macam tak boleh caya jer. Patutnya Abang sediakan fire extinguisher siap-siapkan? Kut-kut berlaku kebakaran hebat kat dapur ni,” galak Hafiz mengusik adiknya.

Aisyah hanya mencebik, “Sabarlah…dah masak nanti, menangis Abang sebab sedap giler Aisyah masak.”

“Menangis sebab sedap ke atau menangis sebab keracunan…” ketawa Hafiz nakal.

“Ok…Abang jangan makan apa yang Aisyah masak ni…” ugut Aisyah geram.

“Alalalalala………….” pujuk Hafiz. Suka hatinya melihat muka Aisyah merajuk comel.

Aisyah mencebik lagi, “dah….pergi duk depan sana, kacau jer!”

Hafiz berlalu ke ruang tamu dengan ketawanya yang tidak berkurangan.

Diletakkan sedikit kuah spaghetti bolognise di hujung lidahnya, Aisyah tersenyum, “mmmm…perfecto!”

“Abang!! Panggil Daddy, lunch is ready!” jerit Aisyah dari ruang dapur.

<<<<<<>>>>>>>>

Berselera Hafiz dan Daddy makan. Sudah lama mereka berdua tidak merasa masakan rumah.

“Wahhh…tak sangka anak perempuan Daddy ni pandai masak”

Aisyah tersenyum bangga, “Mummy ajar.”

Muka Hafiz dan Daddy sedikit berubah bila nama Mummy disebut tapi Aisyah tak mempedulikannya. Walaupun Hafiz selalu merungut mengenai Mummy, Aisyah tahu Mummy tidak seteruk seperti apa yang difikirkan oleh Abang atau Daddynya.

Selesai makan, Hafiz membantu Aisyah mengemas meja dan membasuh pinggan-mangkuk di dapur.

“Abang, Akim tu macam mana?” tanya Aisyah tiba-tiba.

“Macam mana apa? Macam tu lah, kenapa?” jawab Hafiz acuh tak acuh.

Otak Aisyah ligat mencari ayat seterusnya, “Takde lah, Aisyah tanya jer, dia kan kawan baik abang.”

“Memang lah di kawan baik Abang tapi tak semestinya dia boleh tackle adik Abang.Over my dead body ok!”

“Bila masa pulak, Akim nak tackle Aisyah…Abang ni mengarut jer!”

“Hmmm………..whatever!” ujar Hafiz tidak berminat.

<<<<>>>>>

Aisyah menutup laptopnya sambil mengeluh perlahan. Dia baru sahaja selesai berchatting dengan Akim di YM. Bagaimana dia hendak memberitahu Hafiz tentang hubungannya  dengan Akim yang baru berputik? Hafiz sangat “protective” tentang Aisyah dan bukan mudah untuk dia mempercayai Akim yang terkenal dengan gelaran “Kasanova” itu. Aisyah memejamkan matanya, mencuba untuk melupakan seketika berat fikirannya.

Sebelum bertemu di Temenggung Aziz, Akim dan Aisyah sebenarnya telah lama bertemu di MySpace Music. Akim yang aktif mencipta lagu telah menjadikan laman MySpace untuk dia mendengarkan bakatnya kepada umum. Aisyah adalah pengunjung setia MySpace Music Akim yang menggunakan nama pena, “Budak Kentang”.

Mereka selalu berhubung dan bertukar cerita tapi baru kini bertemu muka. Puncanya, bila Aisyah bercerita mengenai lagu baru “Budak Kentang” – Inilah Cinta yang baru dimuat turun dari laman sembang itu. Akhirnya identiti masing-masing terbongkar.

Sejak itu hubungan mereka menjadi lebih rancak, walaupun mereka hanya berhubung melalui MySpace ataupun YM. Aisyah dan Akim mempunyai minat yang sama – Muzik, jadi mereka tidak pernah hilang modal untuk berborak. Aisyah senang dengan Akim yang kelakar dan suka berterus-terang. Apapun yang dirasainya akan segera diluahkan.

“Aisyah tahu Akim ni digelar kasanova?” tanya Akim semasa mereka bertemu di perpustakaan sekolah – tempat pertemuaan rahsia mereka a.k.a satu-satunya tempat yang tak menimbulkan syak oleh Hafiz.

“Tahu…” jawab Aisyah selamba.

“Aisyah tak kesah?”

“Aisyah kena kesah ke?” tanya Aisyah kembali sambil membulatkan matanya.

“Mestilah. Aisyah kan girlfriend Akim.”

“Eh, sejak bila pulak Aisyah jadi girlfriend Akim?”

“Sejak tadi….” jawab Akim sambil mengeyitkan matanya.

Aisyah ketawa sambil menutup mulutnya, bimbang mengganggu pelajar-pelajar lain.

“Aisyah suka Akim?” Akim terus menduga.

“Tak…..”

“Oh..tak..yer. Oklah Akim balik sekarang!” kata Akim sedikit mengugut dan bangun dari tempat duduknya.

“Hei…” segera Aisyah menahan, tangan Akim dipegang.

Akim duduk semula, “jadi Aisyah suka?” Tangan Aisyah tidak dilepaskan.

Muka Aisyah merah. Dia menundukkan mukanya sambil tersenyum dan mengangguk perlahan. Akim mengangkat dagu Aisyah dengan hujung jarinya, dia ingin melihat wajah manis itu tersenyum untuknya. Akim membalas senyuman Aisyah. Matanya bersinar bahagia.

Sejak hari itu, hubungan cinta mereka menjadi rasmi.

Akim tidak menyembunyikan watak sebenarnya. Akim beterus-terang tentang cinta pertamanya, tentang gadis-gadis yang pernah dioratnya.

“Akim mungkin nakal, mungkin kasanova, tapi Akim tak pernah suka-suka mengucapkan cinta. Aisyah bukan cinta pertama Akim tapi Akim berdoa pada Tuhan, biarlah Aisyah cinta terakhir Akim.”
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 05:43 PM | Show all posts
ooohhh...entry...
lambat pulak kakleen pick-up...
kakleen Post at 21-5-2010 17:21



hehehe..xpe...nti byk lg kakleen tau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 07:26 PM | Show all posts
PART 10 – MENGUMPAN CINTA

Peperiksaan percubaan STPM tinggal dua minggu lagi. Perpustakaan mula menjadi tempat tumpuan utama pelajar-pelajar tingkatan 6 atas. Tetapi 3A lebih selesa berada di port biasa mereka – pokok rendang belakang sekolah.

“Aku rasa kita perlukan perempuan dalam study group kita ni,” cadang Hafiz tanpa diminta.
“Leceh ar ada pompuan…kecoh jer lebih,” balas Akim tidak bersetuju.

“Pompuan kecoh ke atau kau yang tak boleh tahan? Kau kan pantang jumpa perempuan,” Aril mengutuk temannya tanpa rasa bersalah.

“Aku memang ar pantang jumpa perempuan, tapi tengok lah jugak perempuan tu camner…kalau dah tua macam Riana tu, aku tak layan,” balas Akim selamba sambil tersengeh-sengeh memandang Hafiz.

“Tua lah banyak pengalaman dowh,” bidas Hafiz berlagak serius. Hampir tersedak Aril dan Akim mendengar jawapan Hafiz. Terus pecah berderai ketawa tiga sahabat baik itu.

Bila deraian ketawa mereka reda, Hafiz meneruskan cadangannya, “kalau ada perempuan, kita tak payah susah-susah nak buat nota kecik-kecik tu. Diaorangkan rajin. Kita tinggal fotostat jer.”

Akim menganggukkan kepalanya, “masuk akal jugak cadangan kau ni. Kau cadang kita ambik siapa?”

“Erin..” pantas Hafiz menjawab dengan matanya sekilas memandang Aril.

“Kalau Erin aku setuju, senang dibuli..hehehehe…kau ok tak Aril?”

“Dah 2 lawan 1, aku kena ikut jer lah,” jawab Aril seolah-olah tiada perasaan walaupun hatinya melonjak gembira. Dia memandang Hafiz dan riak matanya mengucapkan terima kasih. Hafiz tersenyum, gembira dapat membantu sahabatnya.

<<<<<<<>>>>>>>>                                                                       

Muka Erin berseri-seri. Tawaran Aril untuk menyertai study group 3A diterima tanpa perlu berfikir dua kali. Yeay, bolehlah aku menghabiskan masa lebih lama dengan Hafiz, bisik hati Erin.

“Boleh ajak Zizi join sekali tak?”

“Mmmm…Aril rasa ok kot. Lagipun, kesian pulak Erin nanti sorang-sorang kena buli,” jawab Aril.

Erin menjelirkan lidah, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, “Ha ah, no buli-buli. Nanti Erin doakan you all tak lulus. Doa orang teraniaya Tuhan kabulkan tau.”                                       

Aril ketawa. Cantiknya minah ni, desis hatinya.

“So, kita mula petang ni k. Lepas solat zohor, bawah pokok kitaorang.”

Hu uh, pokok kitaorang? Macam lah diaorang yang tanam pokok tu, komen Erin di dalam hati sambil bibirnya menguntum senyum bahagia.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>

Suasana petang itu sangat redup. Dari tingkap bilik guru di tingkat atas bangunan, Riana asyik memerhatikan lima pelajarnya tekun berdiskusi di bawah pokok. Sesekali deraian ketawa menambahkan rancak perbincangan mereka. Perhatian Riana tertumpu pada wajah comel yang manis milik Hafiz. “Hai…tengok dari jauhpun masih nampak comel!” ungkapnya perlahan. Riana tergelak sendiri.  Kadang-kadang dia berasa pelik, bagaimana keletah anak muda 19 tahun itu boleh menyebabkan perasaannya tidak keruan.

“Oh, Riana…don’t dream!”

Riana kembali ke mejanya, cuba menyelesaikan buku laporannya. Baru dia ingin mencapai pen di hujung meja, tangannya tiba-tiba menggigil. “Ya Alah..!! Janganlah sakit lagi”

Berkali-kali Riana mengepal dan membuka tangannya. Selepas lebih 10 minit, gigilan tangannya mula berkurang. Riana menyeluk tas tangannya dan mencari botol ubat yang sentiasa dibawanya ke mana-mana. Tiga biji pil biru dikeluarkan. Riana mencapai botol air yang sedia terisi di atas meja dan tiga biji pil itu ditelan sekali gus.

Riana membuka icon appointment di telefon bimbitnya, “Ohhh…patutlah, aku dah miss check-up”.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

“Ok. Kita sambung lagi bab ni esok. Lagipun Cikgu Riana dah janji nak bagi soalan spot untuk bab kenegaraan ni. So, esok boleh kita bincang sekali,” kata Aril menutup diskusi mereka pada hari itu.

Hafiz dan Akim menarik nafas lega. Kalau ikutkan Aril, macam nak diskusi sampai malam.
“Mentang-mentang lah ada Erin, nak tunjuk terror lah tu,” Hafiz mengutuk rakannya di dalam hati.

“Ok geng, aku gerak dulu, mak aku dah tunggu kat kereta. Bye Erin, sorry tak leh temankan kau balik hari ni,” Zii meminta diri.

“It’s ok, bye Zizi”.

“Errr..Hafiz boleh temankan Erin balik tak. Dah petang sangat ni, risau lah nak lalu depan warung Wak Askrul tu, ramai sangat mat-mat rempit lepak kat situ,” Erin mencuba nasib.
Kebetulan arah ke rumah Erin dan Hafiz sama.

“Alamak! tak boleh ar Erin, aku nak pegi…” ligat otaknya mencari helah,”ambik Aisyah kat pekan.”

“Aisyah buat apa kat pekan?” sampuk Akim tiba-tiba, jarang Aisyah tak memberitahunya kalau hendak ke pekan.

“Adalah, hal perempuan, yang kau sibuk kenapa?”

Akim mencebik, “hek eleh..tanya jer, bukannya luak pun”.

“Ohh..kalau macam tu tak apalah,” balas Erin sedikit kecewa. Tiba-tiba hatinya menjadi ragu, benarkah Hafiz pemuja misterinya?

“Tapi Aril boleh temankan…dia memang nak gi rumah aku, ambik lukisan dari Daddy” sambung Hafiz pantas.

“Aa…Ha ah…ya, Aril boleh temankan Erin,” tergagap Aril menjawab. Hafiz ni, nak buat plan, bukannya nak cakap, duhhh!!

Erin tidak mampu menolak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2010 07:28 PM | Show all posts
dari peminat tegar sampai menulis cerita ni....KITA SERUPA!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 07:29 PM | Show all posts
Hafiz minat gak, tp tak adalah fanatik gitu

belum baca lagi ...nak berkenalan dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2010 07:30 PM | Show all posts
PART 11 – DERITA MERINDU

Aril membelek album lama di rumahnya. Diapun tidak pasti apa yang dicarinya, tapi dia yakin pernah lihat wajah itu sebelum ini. Tapi di mana..?

“Haa ni dia”. Segera dia membandingkan gambar di dalam album itu dengan gambar yang dijumpai dalam buku Erin yang dipinjamnya dalam perjalanan pulang tadi. Persis sekali.

Kenangan petang tadi kembali ke ruang fikirannya. Banyak yang dibualkan dengan Erin dalam perjalanan menghantar gadis cantik itu pulang ke banglo besar milik Tan Sri Hashim Azmi.

“Kenapa driver tak datang jemput?” tanya Aril membuka perbualan.

“Dah seminggu Pakcik Baha bercuti. Ada hal keluarga.Kenapa? Erin menyusahkan Aril ke? Sorry lah..”

“Ehhh…bukan macam tu. Aril tak kesahlah. Lagipun Aril memang suka Erin…….” sengaja ayatnya dibiarkan tergantung.

“Hah?” terlopong mulut Erin sedikit terperanjat. Wajahnya segera merona.

“Aril memang suka Erin susahkan Aril,” jawab Aril sambil ketawa cuba menutup rahsia sebenarnya hatinya.

Erin ikut ketawa. Aril memang selalu menyenangkan.

“Bukan Erin ada kakak ke? Tak pernah nampak pun. Dia tak duduk sini e?” tanya Aril cuba mengenali Erin lebih dekat.

Tiba-tiba wajah manis itu bertukar mendung. Aril serba salah.

“Sorry, Aril salah cakap yer?”

Erin menggelengkan kepalanya. Entah kenapa, mulutnya tiba-tiba laju bercerita tentang Kak Isma, kakak kesayangannya kepada Aril. Aril terdiam, hatinya berkeluh penuh simpati. Tak sangka gadis manis yang disangkakan mempunyai segala-galanya juga mempunyai kisah sedih dalam hidupnya.

“Aril buat apa tu?” terjahan Ummi membuat Aril terperanjat.

“Hah..tak ada apa. Saja jer Aril tengok album lama ni.”

Ummi tersenyum, perasan ada sesuatu yang tak kena dalam nada suara itu. Segera dia mengambil tempatnya di sebelah Aril. Perlahan tangannya menggosok kepala anak kesayangannya itu, “Ada apa ni?”

Aril menarik nafasnya. Dia selalu kalah dengan pujukan Ummi dan betul kata Hafiz, apapun yang difikirkannya mesti terpamer di wajahnya. Tak boleh nak tipu langsung, duhh! Gambar milik Erin dihulurkan kepada Umminya. “Kak Isma… kakak Erin.”

Tiada riak terperanjat di wajah Ummi, tenang Ummi berbicara, “Ummi tahu sayang. Sebab itu Ummi tak sokong apa yang Aril rasa pada Erin. Bukan Ummi membantah tapi Ummi tak nak perasaan Aril akan menyusahkan Erin. Sama seperti apa yang berlaku pada Isma. Keluarga kita tak setanding keluarga mereka, Aril”

<<<<<<>>>>>>>>>

Malam itu hujan lebat. Ketukan di pintu berbunyi bertalu-talu. Terkocoh-kocoh Ummi mengejutkan Aril dari tidur. Bimbang ada sesuatu yang tidak elok di luar. Berhati-hati, Aril membuka pintu rumahnya. Di depan pintu tercacak Abang Zul dan seorang perempuan cantik. Kedua-duanya kuyup ditimpa hujan.

“Ya Allah Zul, apa kena kamu ni. Cepat masuk, bawak kawan kamu tu,” berkerut muka Ummi menahan risau.

Ummi membawa Isma ke biliknya dan Zul menumpang di bilik Aril.

“Siapa tu bang?” tanya Aril yang tidak dapat menahan rasa ingin tahunya.

“Itu Kak Isma, isteri abang.”

“Hah? Bila abang kawin? Tak jemput kitaorang pun.”

“Nantilah abang cerita. Abang perlu berbincang dengan Ummi.”

Abang Zul adalah anak Mak Usu Khatijah, adik bongsu arwah Abi. Keluarga Abang Zul tinggal di Pendang, Kedah. Bila Abang Zul menyambung pelajarannya di UKM, banyak waktu cutinya dihabiskan di rumah Aril, kerana itu hubungan Abang Zul dengan Ummi dan Aril rapat.

“Zul, mari minum,” jemput Ummi dari luar bilik.

Zul dan Aril segera keluar ke ruang tamu. Aril nampak mata Kak Isma merah.

“Aril, pergi masuk tidur, ini hal orang dewasa,” perintah Ummi.

“Ummi…….” Aril ingin membantah tetapi bila melihat Ummi menjegilkan matanya, segera dia kembali ke biliknya.

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>

Ummi mula membuka cerita tentang Zul dan Isma.

Hubungan Zul dan Isma ditentang hebat oleh papa Isma. Bagi Tan Sri Hashim, anak petani seperti Abang Zul tak layak untuk membahagiakan anaknya. Apatah lagi pada masa itu, Abang Zul masih lagi di tahun akhir pengajiannya, apalah yang dia ada untuk memberi makan anak dara orang.

Sebenarnya Isma akan ditunangkan dengan Dato’ Farid Ridzuan, duda pertengahan usia yang baru kematian isteri. Kerana tidak mahu ditunangkan, Isma lari bersama Zul dan berkahwin di sempadan Siam. Bila dah berkahwin, Isma dan Zul balik semula ke sini untuk meminta restu keluarganya. Malangnya mereka dihalau dan Isma terus dibuang keluarga.
“Ingatkan orang dulu-dulu je pentingkan darjat,” keluh Aril.

Umminya tersenyum sambil merangkul bahu Aril, “Dulu dan sekarang tiada bezanya sayang. Yang berbeza hanya cara kita melihatnya. Zul dan Isma percaya pada cinta mereka dan Alhamdulilah, mereka bahagia. Tapi kerana mengejar cinta, Isma terpaksa korbankan keluarga yang menyayanginya. Aril rasa Kak Isma 100% bahagia?”

Perlahan Aril menggeleng.

“Perasaan yang ada dalam hati Aril tu sangat indah. Ummi tahu. Ummipun pernah merasainya dan Ummi masih merasainya walaupun Abi dah tak ada, kerana Ummi ada Aril, hadiah yang tak ternilai dari cinta Ummi dan Abi. Ya, cinta itu sangat indah sayang. Tapi dalam mengejar cinta kenapa harus ada orang yang terluka? Bukankah cinta itu sepatutnya membahagiakan semua orang?”

Aril diam. Dadanya sebak. Aril memandang Ummi, faham apa maksud tersirat yang cuba Ummi sampaikan. Segera tangan Ummi digapai dan dicium lembut, “Aril akan jadi lelaki yang budiman Ummi, sepertimana yang Abi pesan.”

Ummi tersenyum. Matanya berkaca. Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan anak yang soleh ini kepadaku.

<<<<<<<<<>>>>>>>>>

Di biliknya Aril kembali berfikir. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu untuk Erin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 07:35 PM | Show all posts
dari peminat tegar sampai menulis cerita ni....KITA SERUPA!!!!!!
cmf_blingblings Post at 21-5-2010 19:28


hehehe...but not as good as you!!
kakleen sampai sudah tak abes lagi baca citer blings...masih merempit lagi!!!

thanks for dropping by!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 07:36 PM | Show all posts
Hafiz minat gak, tp tak adalah fanatik gitu

belum baca lagi ...nak berkenalan dulu
cmf_blingblings Post at 21-5-2010 19:29


i think we met a few times kat BOD AF or BOD Gossip! Anyway, selamat berkenalan blings!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 10:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 21-5-2010 22:54

ha ha ha semua nama2 dlm AF 7 keluar...
Encik Baha pun ada gak!!!! cayalah

AF 7 pelajar perempuan kurang menonjol
x ingat dah rope n nama mereka
Aishah je yg  masih ingat sbb partner dgn Akim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 11:06 PM | Show all posts
ha ha ha semua nama2 dlm AF 7 keluar...
Encik Baha pun ada gak!!!! cayalah

AF 7 pelajar perempua ...
qimi08 Post at 21-5-2010 22:53


kakleen tak follow AF8....sampai sekarang masih teringat kat AF7 and 3A friendship and of course pasangan paling sherasi aishkim!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 11:09 PM | Show all posts
i think we met a few times kat BOD AF or BOD Gossip! Anyway, selamat berkenalan blings! {:1_138: ...
kakleen Post at 21-5-2010 19:36



Ia??? patutlah familiar...
Tak adalah bagus mana, saja sekali-sekala nak test powerrrr!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 11:10 PM | Show all posts
hehehe...but not as good as you!!
kakleen sampai sudah tak abes lagi baca citer blings...m ...
kakleen Post at 21-5-2010 19:35

macam mana nak habis baca, satu cerita sampai 2 rumah ...merapu-dana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 11:13 PM | Show all posts
PART 12 – SALAH SANGKA

Setelah dua minggu berpulun habis, akhirnya hari ini, pelajar-pelajar 6 Atas Temenggung Aziz menduduki kertas terakhir peperiksaan percubaan. Dewan peperiksaan sunyi sepi, hanya kadang-kadang kedengaran desahan dari kipas angin di siling dewan. Kertas soalan telah pun diedarkan.

Ditempatnya, terkumat-kamit mulut Hafiz membaca doa. Perasan seperti ada orang yang memerhatikannya, Hafiz mengangkat muka, darah merah menerpa ke muka comelnya. Cikgu Riana memandangnya sambil tersenyum menampak lesung pipit yang menjadi pujaannya. Hafiz membalas senyuman itu.

“Good luck!” mulut comel itu bergerak tanpa bunyi.

“Thank you!” jawab Hafiz dengan gaya yang sama. Hati Hafiz melonjak gembira.

Tangannya mencapai pen, penuh bersemangat, tidak sabar untuk menjawab soalan peperiksaan hari ini.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>

Selesai peperiksaan hari itu, Hafiz segera kembali ke ke kelasnya, mencari buku yang dipinjam dari perpustakaan sekolah yang perlu dipulangkan hari itu juga.

“Mana aku letak buku ni,” getus hatinya perlahan sambil terus menyelongkar laci mejanya.
Hati Erin berdebar-debar. Sudah agak lama dia menyembunyikan dirinya di belakang pintu kelas sebelah, memerhatikan kelibat seseorang yang akan memasuki kelas 6 Atas Syafiee. Nota yang diterimanya dibaca berkali-kali.

“Nona Erin yang manis, harap dapat jumpa awak hari ni, saya tunggu awak di kelas, lepas paper akhir. PENTING! – salam, ASE”

“Aku tak salah orang selama ni. Terima kasih Ya Allah!!” Hatinya berbunga bahagia apabila melihat Hafiz yang memasuki kelas 6 Atas Syafiee. Senyuman mengutum di bibir nipisnya. Pantas dia bergerak ke kelas.

“Hafiz!”

“Hah??” terperanjat bila namanya dipanggil.

“Dah lama sampai?” Erin cuba berlagak selamba menyembunyikan perasaan hatinya yang berbunga-bunga.

Hafiz keliru, “Haaa..??”.

“Kenapa nak jumpa Erin kat sini?”

“Err…tak…”

Belum sempat Hafiz menghabiskan ayatnya, “Erin nak ucapkan terima kasih atas bunga-bunga tu. Cantik. Tak sangka Hafiz tahu pasal bunga kegemaran Erin. Nota-nota yang Hafiz bagi tu sweet sangat. Semua Erin simpan, thanks ya!”

Ohhh…macam mana ni. Otak Hafiz ligat berfikir. Bagaimana harus dia menerangkan kepada Erin tanpa mengecilkan hati Erin, “Erin, aku rasa kau salah orang, bukan aku…”

“BUKAN??” mata Erin membulat. Mukanya merona merah. Otaknya bercelaru. Bukan Hafiz? Ya Allah, malunya aku. Terasa seperti ada airmata yang akan menitis. Erin segera menggosok matanya bimbang dilihat Hafiz dan dengan tergopoh-gapah dia cuba melarikan diri dari terus dimalukan, malangnya kakinya tersadung kain baju kurungnya sendiri. Dalam tindakan refleks, Hafiz pantas merangkul pinggang Erin, menahan Erin dari terjatuh dan Erin segera memaut bahu Hafiz. Mereka berada dalam posisi itu agak lama sebelum Hafiz cuba meleraikan pelukannya, tetapi Erin merebahkan kepalanya ke bahu Hafiz dan airmatanya tidak dapat ditahan lagi.

Dahi Hafiz mula berpeluh. Ya Allah, macam mana ni. Mesti Erin sangat malu. Apa harus aku buat ni Ya Allah….

“HAFIZ!!!” lantang suara Aril. Matanya membutang melihat kedekatan Hafiz dan Erin. Rasa cemburunya tidak dapat ditahan. Mukanya merah padam. Kotak yang dibawanya untuk Erin terhempas ke lantai. Bertaburan isi kotak itu ke lantai.

Hafiz segera meleraikan rangkulan Erin. Erin masih terpinga-pinga dan segera menyeka air mata yang masih bersisa.

“Aril, jangan salah faham. Dengar aku dulu…” belum sempat Hafiz menghabiskan ayatnya,

“Bukkk!!!” satu tumbukan hinggap di pipi kanannya.

“Aku ingat kau kawan aku, tapi kau tikam aku dari belakang!”

Hafiz mengaduh kesakitan, “Aril dengar dulu!” Aril terus berlari keluar dari kelas tanpa menghiraukan Hafiz dan Erin. Erin terdiam, terperanjat dengan tingkah Aril yang tiba-tiba bertukar berang. Erin cuba membantu Hafiz, tapi Hafiz segera menepis dan mengejar Aril.

“Aril!!...Aril!!...” tapi bayang Aril sudah tidak kelihatan.

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Erin mengumpul saki baki kekuatannya untuk kembali ke dunia nyata. Mukanya masih terasa panas mengingatkan apa yang berlaku sebentar tadi. Perasaan malunya masih menebal. “Jadi pemuja misteri itu bukan Hafiz tapi Aril.” Dia agak ragu, “Aril? Benarkah?”

Tiba-tiba dia teringat celotehan Zizi tiga minggu yang lalu.

“Erin, aku rasa Aril suka kat engkaulah.”

“Apa yang engkau mengarut ni,” cebik Erin.

“Betul! Engkau jer yang buta tak nampak apa yang sepatutnya kau nampak.”

Butakah aku dalam menilai hati manusia Ya Allah? Rasa malu, rasa kecewa, rasa marah dan rasa bersalah, semuanya bercampur-aduk di dalam fikirannya. Perlahan dia bangun dari kerusi dan mengumpulkan helaian-helaian yang berterabur dari kotak yang dibawa oleh Aril.

Mata Erin terpaku. “Kak Isma… ?? Bagaimana Aril boleh ada gambar-gambar ini??”

<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>

Hafiz terus mencari Aril di sekeliling kawasan sekolah, tapi bayang Arilpun tidak ditemuinya. Dia ke pokok rendang tempat kegemaran mereka bertiga, tapi Aril tiada di situ. Hafiz ke kantin sekolah tapi Aril juga tiada di situ.

“Ya Allah…mana Aril ni. Takkan dah balik kot.”

Hafiz segera ke pagar belakang sekolah, kot-kot Aril ada lepak di kawasan luar sekolah. Hafiz serba salah. Hatinya sangat risau memikirkan Aril. Tangannya mengurut-ngurut pipinya yang ditumbuk Aril perlahan. “Kuat jugak mamat ni, rasa nak tercabut rahang aku”

Tiba-tiba dia ternampak sepasang susuk yang sangat dikenalinya. Pasangan itu sedang bergurau senda sambil makan aiskrim dan berpegangan tangan. “Berani dia pegang tangan adik aku??” Tangannya segera menggenggam penumbuk. Hafiz tidak dapat menahan amarah yang ada di dalam hatinya. “Kurang ajar!!”

“AKIM!!”

Aisyah sangat terperanjat sehingga aiskrim yang dipegangnya terjatuh. Segera dia menarik tangannya dari gengaman Akim. Akim membuang aiskrim di tangannya dan segera ke hadapan cuba melindungi Aisyah. Mata Hafiz bertukar merah.

“Aisyah balik!”

“Abang…abang dengar dulu abang…” Aisyah merayu dari belakang Akim.

“Abang kata balik sekarang! SEKARANG!”

Akim memberi isyarat mata kepada Aisyah, menyuruhnya balik. Muka Aisyah bertukar risau, bimbang akan berlaku pergaduhan hebat di antara abangnya dan Akim.

“It’s ok, Aisyah balik dulu.”

Aisyah segera mengambil basikalnya dan mengayuh laju. Pandangan Hafiz tidak lepas dari Akim. Dia membiarkan Aisyah hilang dari pandangannya, sebelum dia menghampiri Akim. Leher baju Akim dicekaknya.

“Aku dah warning kau, jangan kacau adik aku kan??”

“Rilek bro… kita boleh bincang baik-baik”

“Nak bincang apa? Aku tak suka kau kacau adik aku. Dari awal lagi aku dah bagitau.”

“Hafiz…aku betul-betul cintakan Aisyah, aku tak main-main,” tergagap-gagap Akim cuba meyakinkan Hafiz.

“Cinta taik kucing,” Dush!! Satu tumbukan padu hinggap di muka Akim.

Akim terjatuh. Dia memegang tempat yang ditumbuk Hafiz.

“Hafiz…aku tak nak gaduh ngan kau, aku sungguh-sungguh cinta Aisyah.”

“Jangan kau sebut nama Aisyah!” Sekali lagi tumbukan Hafiz hinggap di muka Akim. Bila Akim tak melawan, Hafiz lagi naik minyak. Dia seolah-olah hilang kawalan.

“Kalau anak jantan, kita lawan lah!” jerit Hafiz marah. Tercabar dengan kata-kata Hafiz, Akim melayangkan penumbuknya ke muka Hafiz, tepat ke rahang kirinya. Hafiz terjatuh. Seketika Akim cuba menahan dirinya, “Hafiz, kita boleh bincang”. Hafiz bangun dan cuba menumbuk lagi, kali ini dapat dielak oleh Akim.

“Kurang ajar!!” Hafiz terus menyerang. Belum sempat tumbukannya mengena. Ada susuk lebih tegap memegangnya dari belakang.

“Sudah!!! sudah!!!…apa hal kamu berdua ni???” Cikgu Aris memegang Hafiz yang tercungap-cungap dengan matanya merah memandang Akim.

“Awak berdua ikut saya ke bilik disiplin!” tegas Cikgu Aris memberi arahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2010 11:15 PM | Show all posts
macam mana nak habis baca, satu cerita sampai 2 rumah ...merapu-dana
cmf_blingblings Post at 21-5-2010 23:10


kannnnn............ semua citerpun nak baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 11:21 PM | Show all posts
PART 13 – BICARA DARI HATI

“Riana, boleh you tolong handle Hafiz tak?” tiba-tiba Cikgu Aris muncul dari balik pintu bilik guru wanita.

“Hah?”

“Hafiz dengan Akim bertumbuk. Dua-dua pun tak nak bercakap sekarang ni. You tolong handle Hafiz, I handle Akim. I dah suruh Hafiz masuk bilik kaunseling,” pantas Cikgu Aris memberi penjelasan kepada Riana yang agak terpinga-pinga.

“Ok!” Hati Riana resah, segera ditinggalkan kerja yang sedang dibuatnya dan melangkah laju ke bilik kaunseling.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>

Riana mendongakkan dagu Hafiz sedikit ke atas dengan hujung jarinya sambil memeriksa luka dan lebam kesan tumbukan Aril dan Akim di mukanya. Jejari itu terasa sejuk di kulit Hafiz. Menggunakan ketulan ais yang dibungkus di dalam tuala, dengan berhati-hati, guru muda itu menuam kawasan yang lebam di pipi kanan Hafiz.

“Shhhehh…..” Hafiz mendesah sakit.

“Oppss…tahan sikit yer,” kata Riana simpati.

Hafiz memandang gurunya tanpa kelip. Belum pernah dia berada sedekat itu dengan Riana. Jantungnya berdegup kencang. Seakan merasai degupan jantung Hafiz, Riana mengalihkan perhatian ke mata Hafiz dan tiba-tiba pandangan mereka bertaut. Hafiz terpana. Sinar lembut penuh kasih sayang dari mata itu menggetarkan hati lelakinya. Dia seperti tidak berupaya mengalihkan pandangannya. Masa seakan terhenti seketika.

Sengaja Riana membiarkan Hafiz merenungnya lama. Dia ingin membaca apa yang ada di dalam hati anak muda itu melalui matanya.  Dia mengesan riak kesedihan dan kekeliruan di mata pelajar kesayangannya itu.

“Hafiz nak cerita dengan Cikgu tak?” soal Riana, mengembalikan Hafiz ke dunia nyata. Segera pandangannya dialihkan.

Hafiz menggelengkan kepalanya, “saya tak biasa bercerita masalah saya dengan sesiapa pun Cikgu.”

“Hafiz tak percayakan Cikgu?” tanya Riana lembut.

Hafiz menundukkan kepalanya, tiba-tiba dia teringatkan Mummynya. Sudah lama dia tidak percayakan sesiapapun sejak Mummy meninggalkannya. Tiba-tiba Hafiz rindu pada sejuk renungan Mummy yang sudah lama tidak dirasainya.  Setitis air jernih gugur dari matanya, pantas tangan Riana menadah air mata itu. Hafiz segera menekup tangannya ke muka. Badannya terhenjut-henjut menahan esakan.

Kuat sekali keinginan Riana untuk memeluk anak muda di hadapannya, melerai semua kesedihan yang terbuku di hati, tapi profesionalismenya menahan dia berbuat demikian. Dia membiarkan Hafiz menangis semahunya.

Bila sedu sedan itu mula reda, Hafiz mengangkat mukanya dan bertanya sinis, “kenapa Cikgu kesah? Mummy saya pun tak pernah kesah.”

“Sebab saya sayang awak,” jawab Riana pendek.

Tanpa cuba menyembunyikan perasaan gembiranya dengan jawapan Riana, Hafiz tersenyum, makin lebar dan makin lebar dan kemudian dia tertawa besar dalam tangis yang masih bersisa.

“Kenapa ketawa?” tanya Riana kehairanan tapi dalam masa yang sama gembira melihat anak muridnya itu kembali ceria.

“Tak percaya lah,” sengaja Hafiz menduga dengan harapan dia akan mendengar ucapan sayang dari mulut Riana lagi.

“Tak percaya sudah!” cebik Riana sambil ketawa.

“So, apa masalah sebenarnya?” tanya Riana kembali serius bila ketawa mereka mula reda sambil tangannya terus menuam lebam di muka Hafiz.

Hafiz mula bercerita tentang Aril yang salah sangka dengannya, tentang kemarahannya pada Akim kerana menggoda Aisyah, tentang Erin yang menyimpan perasaan padanya. Riana mendengar penuh khusyuk. Dia membiarkan Hafiz meluahkan semua rasa yang terbuku di dadanya.

“3A pernah berjanji untuk tidak jatuh jatuh cinta. Sekurang-kurangnya sepanjang kitaorang masih bersekolah. Akim lah yang beriya-iya. Baru lah macho katanya, boleh test power tapi tak payah commit apa-apa,” cerita Hafiz sambil tertawa kelat.

“Sebab tu, Hafiz tak percaya Akim betul-betul sukakan Aisyah? Perasaan manusia boleh berubah tau..!”

“Saya tahu dia tak serius Cikgu. Aisyah lah satu-satu adik saya Cikgu. Saya tak nak Aisyah kecewa”

“Akim kawan Hafiz. Cikgu tak kenal Akim sebagaimana Hafiz kenal Akim. Tapi Cikgu yakin bertumbuk dan bergaduh bukan caranya untuk selesaikan masalah. Apa yang Hafiz nak buktikan? Yang Hafiz paling kuat? Bukankah orang yang paling kuat adalah orang mampu menahan amarahnya?”

“Akim sahabat yang baik kan? Hafiz rasa Akim berniat untuk kecewakan Aisyah dan rosakkan persahabatan korang? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi sayang… Hafiz fikir tak apa perasaan Aisyah?”

“Sayang… dia panggil aku sayang” hati Hafiz berbunga bahagia. Bicara Riana ibarat air di telinganya, tak tahulah mana satu yang masuk ke otaknya.

“Cinta bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Ia datang tanpa kita mencari. Tapi bila ia hadir, rasanya sangat indah dan tak mampu kita tolak. Apa yang Akim rasa atau Aril rasa tak akan mampu dihalang dengan perjanjian bodoh kamu bertiga.”

Hafiz tersengeh, lidahnya kelu untuk membalas kata-kata gurunya.

“Bercinta, bergaduh, berpisah semuanya pengajaran yang akan menjadi pengalaman yang paling berharga dalam hidup. Betapa susahnya mencari cinta sejati, begitulah susahnya untuk menemui sahabat sejati. Hafiz sanggup melupakan sebuah persahabatan yang dah bertahun-tahun Hafiz ikat hanya kerana mementingkan ego sendiri?”

Hafiz diam membatu. Dia tahu tindakannya sangat melampau tadi. Ada garis kekesalan terpancar di wajahnya.

Riana menyentuh bahu Hafiz dengan lembut, “balik nanti solat hajat, minta petunjuk dari Tuhan. Kadang-kadang bila kita buntu, hanya Tuhan yang mampu membantu.”

Hafiz mengangguk. Alamak, Cikgu dah nak suruh aku balik ni. Dia ingin menghabiskan masanya lebih lama bersama Riana. Ligat otaknya berfikir untuk melanjutkan perbualan.

“Cikgu…” tekaknya tiba-tiba terasa kering, soalannya tersangkut tidak berpenghujung.

“Mmmm….?”

“Cikgu pernah jatuh cinta?”

Riana tergelak kecil, “mesti lah pernah.” Matanya tersenyum nakal.

“Habis tu kenapa Cikgu tak kahwin? Atau masih dalam perancangan sekarang ni?”

“Kenapa nak tahu? Bukan Cikgu yang ada masalah sekarang ni, tapi awak?” Riana sengaja menjegilkan matanya yang sedang tertawa.

“Saja nak tahu……” jawab Hafiz agak kecewa kerana gagal mengorek rahsia.

“Akim suka Aisyah, Aril suka Erin tapi Erin suka Hafiz. Hafiz macam mana?” tanya Riana menduga hati Hafiz.

“Saya suka yang berlesung pipit…” Hafiz menjawab nakal sambil cuba mengeyitkan matanya, tetapi lebam kesan tumbukan Akim menyebabkan kenyitannya tidak menjadi.

“Ouch..!!” Hafiz mengaduh sambil mengosok-gosok pipinya.

Riana ketawa. Hafiz ikut ketawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 11:29 PM | Show all posts
PART 14 – MERUNGKAI YANG TERSIMPUL

Pertelingkahan 3A adalah gossip terhangat di Temenggung Aziz sejak lebih seminggu yang lalu. Hafiz, Akim dan Aril saling tidak bertegur sapa. Masing-masing dengan hal masing-masing. Tiada lagi keriuhan di kelas 6 Atas Syafiee seperti biasa.

Hampir setiap petang selepas waktu persekolahan, Hafiz menghabiskan masanya bersama Cikgu Riana, sama ada di bilik kaunseling atau di perpustakaan. Selain teman belajar, Rianalah tempat dia bercerita setelah kawan-kawan karibnya tiada di sisi.

“Aisyah pun tak nak bercakap dengan saya, Cikgu. Semuanya dah berubah sekarang, dah serba tak kena,” keluh Hafiz.

“Hafiz tak mahu betulkan balik keadaan ni?”

“Macam mana? Saya buntu lah Cikgu.”

“Meminta maaf dan memaafkan. Itu jer caranya,” lembut Riana bersuara.

“Aril yang salah sangka dengan saya, Akim yang mengorat adik saya, Aisyah yang tak pasal-pasal merajuk, kenapa saya pulak nak kena minta maaf?” Hafiz bersuara sedikit tinggi.

“Hafiz tak bersalah langsung ke? Jangan biarkan ego yang tinggi tu memakan diri sendiri, Fiz.”

Hafiz terdiam. Mukanya menunjukkan riak protes.

Riana memandang Hafiz dengan matanya beriak nakal, “Cikgu ada kenal seorang budak. Cooomel sangat. Nama dia Hafiz. Dia ni seorang yang pandai, baik hati, nakal…”

Riana sedikit tertawa dan menyambung ayatnya seperti seorang ibu sedang bercerita kepada anak kecilnya, “dan penyayang…Dia saaangat sayang adik dia, kawan-kawan dia. Suatu hari mereka bergaduh sampai bertumbuk. Hummh…Dia sangat marah tapi demi menyatukan kawan-kawan dia dan menggembirakan adik yang dia sayang, dia sanggup mengalah dan meminta maaf. Dia mengalah kerana dia “gentleman”. Dia sanggup ketepikan ego dia untuk kebahagiaan semua.”

Hafiz tertawa melihat keletah Riana tetapi dadanya terasa sebak, dia memandang gurunya, matanya bersinar terharu, “terima kasih Cikgu. Saya mesti tak tahu bagaimana nak menghadapi semua ni kalau Cikgu tak ada.”

<<<<<<<>>>>>>>

Dari jauh Hafiz melihat Aril berseorangan di belakang kantin sekolah. Sepertinya tempat itu menjadi persinggahan wajib Aril sepanjang mereka tidak bertegur sapa. Hatinya masih berkira-kira, patutkah dia menegur Aril dahulu. Bagaimana nanti kalau Aril tidak mengendahkannya. Langkahnya tetap diteruskan walaupun hatinya penuh ragu.

“Kau tunggu makcik kantin bagi kau makanan lebih jualan hari ni ke?” Hafiz cuba berlagak selamba.

Aril memandang sekilas pada empunya suara yang amat dikenalinya. Pandangan segera dialihkan. Hatinya bercampur-baur. Aril tahu dia rindukan sahabatnya itu, namun dia tiada keberanian untuk memulakan bicara.

Hafiz duduk di sebelah Aril dan menolak bahu Aril dengan bahunya.

“Ustazah Linda kata munafik tau bergaduh lebih dari tiga hari.”

Aril memandang ke hadapan, matanya hampir berkaca, “Aku... Salah aku tak dapat kawal marah aku…aku tak sepatutnya tumbuk kau hari tu.”

“Memang…nak tercabut rahang aku kau tahu tak? Kuat giler!” Hafiz cuba berlawak.

Aril memandang Hafiz dan ketawa, “tangan aku pun sakit dowh!”

Kedua sahabat itu sama-sama ketawa.

Hafiz menghulurkan tangannya kepada Aril, “friends?”

Aril menyambutnya dengan senyuman lebar, “forever!!”

Hafiz mengambil peluang menceritakan kepada Aril perkara sebenarnya yang berlaku di antara dia dan Erin.

“More or less, aku tahu sangkaan aku salah Fiz...tapi entah apa yang merasuk aku hari tu,” kata Aril penuh kesal.

“Habis tu kau dan Erin macam mana?”

Aril hanya mengangkat bahu, “belum ada keberanian untuk aku bersemuka dengan Erin. Tapi Ummi aku selalu cakap, nak buat apapun kena ukur baju di badan sendiri. Aku bukan lelaki yang selayaknya untuk Erin. Kalau dia suka kau, aku pun suka jer, janji dia happy.”

“Ish…sumpah aku tak ada apa-apa perasaan kat Erin. Kau jangan pandai-pandai pulak nak kenen-kenen.”

Aril ketawa, “habis kau ada perasaan pada siapa? Riana?”

Hafiz ketawa gugup, “obvious” sangat ke perasaan aku ni, bisiknya di dalam hati, pantas Hafiz membidas “Gila kau...mana ada!!”

“Aku risau pasal Aisyah,” Hafiz cepat-cepat mengubah tajuk perbualan.

“Aku rasa kau patut bagi Akim peluang. Aku tengok dia murung sangat bila kau sisihkan dia. Dia kawan baik kita Fiz. Dah lama dah kita berkawan.  Tak mungkinlah di saja-saja nak mainkan Aisyah dan buat kau marah,” berhati-hati Aril cuba meyakinkan Hafiz.

Hafiz hanya diam.

<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>

Erin sangat gembira hari ini kerana tiga perkara.

Yang pertama Hafiz telah bersemuka dengannya dan meminta maaf walaupun Hafiz tak salah apa-apapun sebenarnya. Erin sangat tak sangka budak terencat akal itu akan menjadi sebegitu gentleman.

“Tolong jangan malu dengan Hafiz. Tak ada salahnya perasaan Erin tu. Hafiz hargai sangat-sangat, tapi mungkin bukan sekarang masanya. Perjalanan kita masih jauh lagi. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kan? Sekarang, baik kita tumpukan pada STPM dulu. Kot-kot nanti memang ada jodoh kita mana tahu kan?” kata Hafiz sambil tersengeh-sengeh dengan lirikan matanya yang nakal.

Perkara kedua dan ketiga adalah tentang Aril. Setelah kejadian hari tu, Aril akhirnya menegurnya dan Aril juga membawa berita tentang Isma. Erin tak sangka, “in a way” dia bersaudara dengan Aril. Hehehe, macam lawak pulak, ketawa Erin di dalam hatinya.

“Diaorang dah ada dua anak. Ni nombor Abang Zul dan Kak Isma. Last sekali Aril call diaorang minggu lepas. Tapi Aril tak ada cerita pasal Erin. Nanti Erin call Kak Isma sendiri lah.”

Muka Erin berseri-seri, “Terima kasih banyak-banyak Aril. You don’t know what it really meant to me. Dah lama Erin cuba mencari berita tentang Kak Isma. Akhirnya, Alhamdulilah. Thanks Aril. Thank you very much. Tak sangka kita bersaudara kan?”

Aril hanya tersenyum. Dia tidak pasti samada talian “persaudaraan” itu menggembirakannya tetapi melihat gadis pujaannya tersenyum girang, mmm… “priceless!”.

“Erin belum ucapkan terima kasih untuk bunga-bunga tu...”

Aril tersenyum malu, “Ahhhh…no sweat, satu loripun Erin nak, Aril pun boleh beli.”

Erin ketawa mengekek, “Aril tak marah?” Aril menggelengkan kepalanya dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. “Mencintai bukan bererti mesti memiliki. Bila kita mencintai dengan ikhlas, apapun halangannya, kita tetap akan merasa bahagia” begitu kata Ummi yang Aril pegang kemas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2010 11:34 PM | Show all posts
PART 15 – MENEMUI KEBENARAN

“Tok..tok..” bunyi ketukan di biliknya. Aisyah merengus malas, menanggalkan MP3 di telinganya dan membuka pintu bilik. Hafiz menunggunya di depan pintu.

“Boleh Abang masuk?”

“Aisyah tengah sibuk lah,” balas Aisyah di balik pintu sambil menolak daun pintu.
Hafiz pantas menahan, “Please dik….”

Aisyah mengalah dan membiarkan Hafiz masuk tapi mukanya terus mencuka. Dia terus menghempaskan dirinya ke katil.

Hafiz duduk di sebelah adiknya, perlahan tangan Aisyah diraih, “Dulu masa kita duduk jauh, hari-hari Aisyah nak bercakap dengan Abang. Sekarang dah duduk dekat, Aisyah tak nak bercakap ngan abang pulak? Janganlah buat Abang macam ni dik, mati Abang…Aisyah tahu Abang sayang Aisyah sangat-sangat kan?”

Aisyah segera menarik tangannya dari genggaman Hafiz dan menutup mukanya. Dia mula menangis tersedu-sedu. Tak tahan dia mendengar pujukan abangnya. Hafiz segera memeluk Aisyah erat, “Abang tahu Abang salah, Abang mintak maaf yer?”

Sedu-sedan Aisyah makin kuat. Hampir dua minggu Aisyah melancarkan perang dingin dengan abangnya. Aisyah akui dia amat merindui gurau senda Hafiz, tapi dia merasakan Hafiz perlu diajar untuk menghormati pendapat dan pendiriannya.

“Abang jahat…” rengek Aisyah manja dalam sedunya sambil memukul-mukul dada Hafiz.

Hafiz membiarkan, “Ye..ye…Abang jahat…tapi Abang sayang Aisyah. Tapi nampaknya Aisyah lebih sayang Akim dari Abang. Abang jealous tau...”

“Mana ada…” Aisyah hampir tertawa, pantas dia mencubit lengan Hafiz.

Hafiz ketawa dan mendakap Aisyah dekat ke dadanya. Kepala adiknya dicium berkali-kali.

“Maafkan Abang kerana salah menilai hubungan Aisyah dan Akim. Walau apapun tanggapan Abang tentang Akim, Abang tahu dia sahabat yang baik dan Abang yakin demi Abang, dia takkan menyakiti Aisyah. Mungkin Abang cemburu kot. Adik Abang menyayangi lelaki lain selain Abang dan Daddy.”

Aisyah ketawa kecil mendengar pengakuan Hafiz.

“Dalam dunia ni, Abang cuma ada Aisyah dan Daddy. Abang tak boleh kehilangan Aisyah.”

“Mummy?” pantas Aisyah bertanya.

Hafiz melepaskan pelukannya dan mengeluh perlahan.

“Abangpun salah menilai Mummy tau...” kata Aisyah lembut. Sudah lama dia ingin menceritakan perkara sebenarnya kepada Hafiz, mungkin inilah masanya.

<<<<<<>>>>>>

Dua tahun sebelum Mummy dan Daddy bercerai, galeri lukisan Daddy ditutup kerana masalah kewangan. Untuk menampung perbelanjaan keluarga, Mummy terpaksa mencari pekerjaan kerana Daddy berkeras untuk terus melukis. Uncle Adlin, kawan lama Mummy, telah membantu Mummy mendapat pekerjaan di syarikatnya sebagai pegawai pemasaran. Bila perniagaan Uncle Adlin makin maju, masa kerja Mummy juga makin tidak menentu. Daddy selalu marah-marah bila Mummy pulang lewat.

“Tapi Abang masih ingatkan, walau macam sibuk pun Mummy, dia tak pernah mengabaikan kita kan?” Hafiz hanya mengangguk perlahan.

Hubungan Mummy yang rapat dengan Uncle Adlin dan kenaikan kerjaya Mummy yang agak mendadak menyebabkan ada staff yang irihati. Untuk menjatuhkan Mummy, satu komplot telah dirancang sehingga pada satu malam, Mummy dan Uncle Adlin ditangkap khalwat di pejabat Uncle Adlin.

“Padahal malam itu, secretary Uncle Adlin ada bersama, cuma dia keluar sekejap membeli makanan,” lancar Aisyah bercerita.

Daddy sangat marah dan tak mahu mendengar penjelasan Mummy. Mummy terus diceraikan dengan talak tiga. Demi menjaga maruah Mummy, Uncle Adlin mengahwini Mummy dan menjual semua sahamnya di Malaysia dan membuka cawangan baru di Singapura.

“Tapi Aisyah tahu Mummy tak pernah mencintai Uncle Adlin sebagaimana Mummy mencintai Daddy. Abang takkan rasa kasih-sayang antara mereka kat rumah tu bang… Mostly it was all about business.”

“Sebenarnya keputusan Mahkamah memutuskan kita berdua dijaga oleh Mummy tapi Mummy tahu Daddy akan merana kalau berpisah dengan kita. Jadi Mummy menyerahkan Abang pada Daddy. Untuk memastikan hidup Daddy dan Abang terbela, sebab Abangpun tahukan macam mana susahnya nak jual sebuah lukisan, Mummy membeli semua lukisan-lukisan Daddy secara rahsia. Bila Mummy dan Uncle Adlin nak migrate ke Australia untuk kembangkan lagi perniagaannya, bukan Aisyah tak nak ikut tapi Mummy yang suruh Aisyah stay ngan Abang dan Daddy. Mummy rela berpisah dengan Aisyah semata-mata nak bahagiakan Abang dan Daddy.”

Airmata Hafiz bergenang di matanya.

<<<<<<<>>>>>>>>>>>>

Hafiz berteluku di tikar sembahyang sejak lama. Airmatanya tidak berhenti mengalir. Dia merasa sangat berdosa pada Mummy.

Nasihat Cikgu Riana tidak lama dulu semasa dia mengomel pasal Mummynya dan cerita Aisyah bersilih ganti dalam benaknya.

“Tak ada mak yang tak sayang anak Hafiz. Mesti ada sebabnya Mummy Hafiz bertindak macam tu. Hafiz tak boleh bersangka buruk dengan Mummy. Hafiz patut bersyukur sebab masih ada ibu. Berapa ramai orang kat luar sana yang tak kenal pun ibu diaorang siapa.”

“Mungkin Mummy susah nak tunjukkan perasaannya pada Abang, sebab Abang selalu dingin bila bersama Mummy. Tapi percayalah bang, Mummy sayangkan Abang lebih dari apa yang fikir.”

“Mummy…maafkan Hafiz,” rintih Hafiz perlahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47528 Replies : 319
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189581 Replies : 4315
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 6287 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 5674 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.571575 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list