CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fye_d_flowright

Cikgu Mastura

[Copy link]
Post time 24-2-2010 02:14 AM | Show all posts
cinta murid dgn guru...i like...
bc manga jepun byk cite cam ni, sweet jer..
teruskan mengarang :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2010 05:41 AM | Show all posts
wah best2!! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 08:52 AM | Show all posts
menunggu dengan penuh sabar untuk Fye meneruskan penceritaan

:pompom: :pompom: yeayyyyy Fye
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 06:13 PM | Show all posts
mek masih menunggu dgn sabar karyaaa fyeee :pompom:


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 11:54 PM | Show all posts
lama dah tak bersambung nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:33 AM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2010 01:17 PM | Show all posts
la..ingat dh ade sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 05:58 PM | Show all posts
maaf kengkawa skalian...keje terlalu banyak minggu neh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2010 06:01 PM | Show all posts
15 minit kemudian, pelajar sekolah Tasek Biru mula kelihatan berduyun keluar. Ada yang berlari gembira, ada yang keluar berkumpulan dan ada yang berseorangan, masing-masing dengan kerenah tersendiri. Dia memanjangkan leher, mula mencari kelibat gadis manis itu di celah pelajar yang kelihatan seperti semut menghurung pintu pagar sekolah. Seperti biasa, dirinya mula menjadi perhatian utama, pelajar-pelajar lain memandang aneh ke arah dirinya sambil berbisik-bisik. Ada yang tersenyum-senyum dan tersipu, lagaknya seperti tidak pernah melihat pelajar Sekolah Tinggi Andalusia. Persetankan! Desis hatinya. Apa yang penting sekarang adalah Cikgu Mastura. Cikgu Mastura, menyebut namanya sahaja seperti mendatangkan sesuatu yang mengembirakan dalam diri. Ah!dia tersenyum lagi.
        10 minit.
        15 minit.
        Dari 15 minit merangkak ke 30 minit.
Dia mula terkulat-kulat sendiri. Orang yang ditunggu tidak kunjung tiba. Resah mula memagut hatinya. Pelajar sekolah Tasek Biru mula beransur pulang, dan akhirnya tinggal dirinya keseorangan di hadapan pintu pagar utama.
        Mana Cikgu Mastura? Jerit hatinya. Kenapa Cikgu Mastura tak datang hari ni? Sakitkah dia?Ada kelas tambahankah? Pertanyaan demi pertanyaan mengasak dirinya hingga membuatkan dia sendiri merasa semput. Panas terik matahari kini jelas terasa, cukup membuatkan dirinya bermandikan peluh kekecewaan.
Sejam terpacak di situ, dia mula menarik basikal perlahan. Pulanglah, desis hatinya penuh kecewa. Cikgu Mastura nampaknya tidak sudi berjumpa denganku. Kepalanya terasa berpusing, dek kerana panas dan lapar. Ke mana Cikgu Mastura hari ini?
        Sebaik tiba di rumah, sebuah kereta Proton Wira putih yang menjalar di halaman menarik perhatiannya. Siapa yang datang? Melihat pada kasut perempuan di tangga semakin menjerut hatinya. Ah! Lantaklah semua itu. Hatinya masih terlalu dirundung resah dan sedih. Cikgu Mastura benar-benar telah mengecewakan dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 06:07 PM | Show all posts
Perlahan dia memanjat tangga, mengumpul sisa kekuatan yang ada untuk naik ke rumah.
“Dah balik pun,”suara ibunya menyentak dirinya. Dia menoleh.
        Ayahnya duduk di sisi ibunya di ruang tamu, dengan wajah yang agak masam. Dia tak kisah itu. Bukan ayahnya tahu kekecewaan yang melanda dirinya ini.
        “Fazli,”
        Dia menoleh. Fazlan, abangnya melemparkan senyuman mesra. Oh, sejenak dia teringat. Fazlan balik hari ini untuk membincangkan mengenai perkahwinannya.
“Abang balik hari ni...nak kenalkan sekali bakal isteri abang pada mak ayah..pada Fazli sekali,”
        Pandangannya beralih arah, pada gadis manis berambut panjang di sisi Fazlan. Cantik orangnya, seperti kacukan cina. Gadis itu melemparkan senyuman manis, dan dia sekadar mengangguk.
        "Dah makan?"ibunya mengajukan pertanyaan biasa diterima. Dia mengeleng lemah.
        "Kita makan sekali. Abang kamu pun baru sampai,"
Dia mengangguk pula. Lambat2 mengatur langkah ke biliknya dan menutup rapat pintu sebelum membaringkan diri ke atas katil. Tidak timbul langsung minatnya untuk menyertai perbualan ibu dan ayahnya bersama bakal menantu. Dia hanya memikirkan seseorang.

     Cikgu Mastura. Ke mana hilangnya dia hari ini?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:04 PM | Show all posts
aku baru nak baca tapi....rasa pernah baca tapi tak tau laaaa kat mana...
maaf yer penulis mungkin ada persamaan skit kot (aku tak pasti) tapi jln crita mcm pernah terbaca.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 4-3-2010 21:28

oh tidak....jgn katakan bhw bakal kak iparnya adalah cikgu mastura....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 03:35 PM | Show all posts
hoyehhh fye dh smbg :pompom:

baca lum lgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 03:37 PM | Show all posts
fyee smbg lg

mek xpuas baca niyhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 04:28 PM | Show all posts
aku rasa cikru praktikal nie. baru masuk alam pekerjaa.baru mula lagi.....banyak yang belum terungkai. janganlah ada watak jahat.samseng kelas ker
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 12:02 AM | Show all posts
cikgu mastura dah hilang....takan fye pun hilang

sambung lagi ye

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2010 12:21 AM | Show all posts
fye... pasal sket sgt hang sambung neh... ingat lama x de mesti buleh letak n3 byk2... tak kira fye nak lagi.. bagi n3 pnjg2 ekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 02:31 PM | Show all posts
sambung lah lagi

apa jadi kat cikgu mastura
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 07:28 PM | Show all posts
alo tuahn rumah, mana pergi nie,cepatlah letakkan hidangan yang terbaru.:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 12:22 PM | Show all posts
36# detox
fye .........g cari cikgu mastura....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.080085 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list