CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silent_kid

::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT

 Close [Copy link]
 Author| Post time 11-9-2008 06:13 PM | Show all posts

Reply #20 raudah's post

hikxxxx....
ok......
asy mao donlod nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2008 06:18 PM | Show all posts
kaulah segalanya

episod 2....


           "Hei, Anis bangun ni dah penat ayam berkokok ni" kata Asyrani kepada Anis yang sedang nyenyak tidur. Dia menyediakan sarapan. Cukuplah sekadar sandwish tuna sahaja sebagai alas perut di dinihari ini. Selepas sarapan, mereka berdua. bersiap untuk menghadiri kelas mereka. Sepanjang hari mereka sibuk kerana peperiksaan hujung semester semakin hampir. Hanya tinggal sebulan lagi. Hujung minggu itu, Asyrani bercadang pulang ke rumah.manakala Anis Farhana pulang ke rumah bapa saudaranya yang
berada di Ampang Indah, Kuala Lumpur manakala Asyrani pulang pulang ke kampung halamannya di Kuantan.
            Perjalanan ke Kuantan mengambil masa 4 jam. Dia selesa menaiki bas pada waktu petang dan sampai pada waktu malam. Pada pukul 10 malam, Asyrani sampai di Terminal Makmur, Kuantan. Dia disambut oleh ayahnya dan uminya serta bersalam dengan mereka. "dah lama ke abah sampai?" tanya Asyrani sebaik sahaja masuk dalam kereta Myvi yang berwarna merah milik ayahnya. "baru je, abah baru je sampai baru lepas dinner dengan Pak Cik Zaidi and family." kata Encik Yassin sambil memulakan pemanduan. Masing-masing mendiamkan diri "macam mana belajar kat sana okey tak? Anis tak ikut balik sekali ke?" tanya Puan Noraini. "Okey la jugak, sekarang sibuk study, dah dekat final exam, Anis minggu ni dia dah janji dengan papa dia nak pergi picnic dekat Port Dickson" jawab Asyrani jujur. "So hujung minggu ni, apa plan kita,nak pi mana-mana ke?" tanyanya kepada uminya. "Emmm tak kemana-mana kot, umi dan abah
banyak kerja."ujar uminya. Sebaik sampai di rumahnya, dia terus ke kamarnya yang amat dirinduinya. "mmm masih seperti dulu" bisik hatinya. Asyrani memang tidak gemar biliknya dikemas oleh orang lain. Dia seorang yang agak liat untuk mengemas biliknya. Namun dia tetap tidak membenarkan sesiapa yang mengemas biliknya. Dia tidak mahu barangnya hilang. Nanti susah pulak nak dicari kalau diperlukan segera.
            Hari sudah jauh malam, pukul 12 malam. Setelah membersihkan diri. Dia merebahkan punggungnya di atas katil. Asyrani memandangnya biliknya. Dindingnya dicat dengan warna cherry blossom. Ada sebuah katil kayu yang berwarna krim beralaskan cadar berwarna biru dan bercorak bunga ala funky, dia perlukan suasana yang tenang dalam biliknya. Terdapat sebuah meja tulis yang penuh dengan tulisan kata-kata semangat dan hikmat. Kelihatan juga tangga kayu untuk naik ke atas loteng. Biliknya mempunyai satu bilik loteng. Ruang itu digunakan untuk membaca dan melepaskan tension. Terdapat sebuah televisyen yang agak lama usianya, dan beberapa rak buku. Dia memang suka membaca terutama novel, buku motivasi, serta komik. Di pandangnya lagi biliknya itu, di dinding  terletak sebuah lukisan ombak yang kuat di pantai. Lukisan itu telah dimenanginya ketika pertandingan Bahasa Inggeris ketika tingkatan satu. Terasa sejuk dingin tulangnya. Baginya ketika itu terasa seperti di luar negara. Dia memang teringin tinggal di luar negara dan berhajat untuk tinggal di Australia kerana bapa saudaranya, Salman tinggal di situ.

           Tiba-tiba dia dikejutkan dengan deringan bunyi telefonnya. Dilihatnya pemanggilnya, Shawal! Jerit hatinya. Asyrani pantas menjawab dan memberi salam untuk pembuka kata. Lantas Shawal menjawabnya. "hye, awak buat apa tu?" tanya Shawal. "hye, saya tengah berehat kat rumah, saya baru sampai di rumah tadi" ujar Asyrani. "Oh, rumah awak kat mana?" tanyanya kembali. "kat Kuantan, Shawal pernah pergi kat sini?" tanya Asyrani. Tak tahu kenapa hari ini dia ada kekuatan untuk bercakap dengan Shawal. "pernah tapi dah lama dah masa tu saya sekolah lagi, maklumlah cuti sekolah katakan, time tu umur saya 15 tahun. Sekarang dah tak boleh sebab sibuk kerja. "jelas Shawal. "Oh,Shawal boleh saya tanya sesuatu?" tanya Asyrani. "Apa dia?" tanya Shawal kembali. "Masa dekat Body Shop tu, perfume yang awak beli tu untuk siapa? girlfriend ke?" tanya Asyrani. Shawal ketawa kecil apabila mendengar pertanyaan itu. Suara ketawa itu buat jiwa Asyrani bertambah tak keruan. "Kenapa? awak jealous ke?" tanya Shawal kembali. Asyrani terkedu. "Emmm bukanlah, saya saja nak tahu, tu pun  kalau awak nak bagitahulah."kata Asyrani dengan nada merajuk. "La dah merajuk ke? Hadiah itu bukan untuk girlfriend saya sebab saya memang tak ada girlfriend. Perfume tu untuk adik saya. Birthday dia dah dekat so nak beli present kat dia, puas hati?." Ujar Shawal sambil ketawa kecil. Asyrani hanya mendiamkan diri sahaja. "Oh siapa namanya ?" tanya Asyrani kepada Shawal. "Namanya Ummi" jelas Shawal. "Ummi tu suka benda yang berbau wangi ,biasalah perempuan kan, so saya belilah perfume untuk dia yang kanak-kanak punyalah."jawab Shawal.
           Mereka berbual hampir setengah jam. Asyrani selesa berbual dengan Shawal. Shawal pandai membuat dia ketawa. Ada sahaja ceritanya. Dari situ, Asyrani lebih mengetahui tentang Shawal. Perbualan mereka terganggu apabila pintu bilik Asyrani diketuk. Rupa-rupanya umi yang masuk. "Oh Umi, masuklah adik tak buat apa-apa pun"katanya kepada Umi. Puan Noraini masuk ke kamar anak bongsunya itu sambil tersenyum. Asyrani berpesan kepada
Shawal agar menunggunya buat seketika. "Siapa kat telefon tu adik" tanya Umi "Oh, kawan kat U, Umi ada hal penting yang nak cakap ke? ." jawab Asyrani. "A'ah, ni abah kata masa adik cuti sem ni, dia ajak adik pergi Port Dickson. Abah dah tempah chalet kat sana, Nana and Abang Khairul pun pergi tau. Abah tempah dua bilik, cam mana ok tak?tanya Umi. "Emmm adik tak kisah, adik ikut aja." Jawab Asyrani. Dalam hatinya sudah bersorak gembira kerana dapat melepaskan lelah dan mencari ketenangan. "Okey, adik sambunglah borak tu, Umi keluar dulu."ujar Umi sambil menuju keluar ke pintu biliknya. Selepas memastikan uminya keluar dari biliknya. Asyrani terus mencapai telefonnya sambil berkata "Hello Shawal, awak  ada kat situ lagi ke?" tanyanya keresahan. Bimbang kalau sudah Shawal meletak ganggang telefon kerana terpaksa menunggu lama. "hello saya masih di sini, siapa tadi tu, apa yang dikatakannya ?"tanya Shawal yang setia menunggunya. "tadi Umi saya, dia ajak kami satu family pergi holiday kt Port Dickson time saya cuti nanti."jawab Asyrani. "bestnya, PD saya selalu pergi sana dengan kawan-kawan saya. Boleh hilangkan tension."balas Shawal. "ya kah? saya belum lagi sampai kat sana lagi, tu yang rasa nak pergi tu."ujar Asyrani. Suaranya makin tenggelam dek keletihan duduk dalam bas tadi. "Emmm Shawal, saya beransur tidurdulu ya, saya nak kena bangun awal esok, lagipun dah jauh malam ni. Selamat malam ya. Assalamualaikum."ujar Asyrani. "Waalaikumsalam, okey selamat malam untuk awak jugak,"balas Shawal. Asyrani merebahkan badannya atas single bed, mata dipejam perlahan-lahan. Akhirnya dia lena.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 06:22 PM | Show all posts
        Shawal memandang siling dinding biliknya yang agak rendah. Sejak kebelakangan ini fikirannya resah, bayangan gadis bertudung itu ada di merata tempat. Kini dia sering teringatkannya. Dilihatnya adik-adiknya yang lain sedang nyenyak tidur. "aduh kenapa dengan aku ni, semua muka dia, nak tidur pun nampak muka dia" bisik hatinya. Setiap kali dia mendengar suara Asyrani, dadanya bergetar kencang, jiwanya bergelora hebat.  Sebelum ini Shawal belum pernah merasakan getaran yang sebegini hebat. Mungkin juga kerana dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan. Namun begitu, dia masih kabur dengan perasan gadis itu padanya. Shawal bingung memikirkan hal ini dan lama kelamaan matanya kian layu menutup lalu terlena hingga pagi.




        "Abang, bangun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 06:23 PM | Show all posts
hikzzz....
asy udah upload...
bc lah erk....
budak bru nk blajo menulih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 07:45 PM | Show all posts
sambung lagi ye...ok gak citernye...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 08:06 PM | Show all posts
asy...kisah ni pengalaman sendiri ker??

hehe saje je tny
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-9-2008 08:44 PM | Show all posts

Reply #25 kucingpia's post

hikxxx
tggu episdo strusnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 10:25 PM | Show all posts

Reply #27 silent_kid's post

Okies kami tunggu jgn lupa ekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2008 10:28 PM | Show all posts

Reply #28 qimi08's post

huhuhuhuh


kaulah segalanya.....yang menyinari hidupku kasih......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 12:55 AM | Show all posts
erkkk....
bru prasan posting nih...sowi deh...
hmmmm pengalaman?....
hmmmm leh dikatekan.....
anda sendri part mane yg asy tknkan itu lah kisah asy.....


enjoy bc erk....
Originally posted by nor_hh at 11-9-2008 20:06
asy...kisah ni pengalaman sendiri ker??

hehe saje je tny
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 12:19 PM | Show all posts

Reply #30 silent_kid's post

bagus lah.... mmg best.... nak komen ke?.... hehehehe....
lain kali lah... lepas n3 dah 1/2 ..  so...jgn terstop2 lama ya....

slmt berjaya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 12:29 PM | Show all posts

Reply #31 Jaza2008's post

insyaAllah sumenye udah siap.............
nntii asy upload mlm nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #31 Jaza2008's post

maceh..........
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 07:57 PM | Show all posts

Reply #33 silent_kid's post

Ayo yo  mana n3 dey....lama tunggu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 08:07 PM | Show all posts
sori lmbt sket....
ari ni asy ade pekse...
hikxxx




ni da upload pung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 08:09 PM | Show all posts


Kaulah Segalanya

Episod 3


            "Good morning mak." ucap Shawal kepada ibunya yang sedang sibuk menggoreng popia di kuali. "opocot mak kau, Ya Allah kamu ni Shawal jangan sergah mak cam tu, silap hari bulan kena heart attack nanti. Dah pukul 9 da?"kata Puan Aishah sambil ketawa. Sunyi rumahnya waktu itu mana taknya semua adik beradiknya sudah ke sekolah dan belajar.Shawal mengambil cuti hari ini. "kawan kamu tu macam mana? semalam dia demam panas kan? Dah kebah ke?"tanya ibunya bertubi. "dia okey mak, dia dah kebah sikit tapi still panas lagi." terang Shawal. "kesian dia, nasib baik kamu jumpa dan selamatkan dia, kalau tak, rosak budak ni nanti."bilang lagi ibunya yang kini sedang meletakkan popia yang digorengnya di atas pinggan. Sedang rancak berbual, tiba-tiba
mereka dengar suara perempuan menjerit. "Tolong, jangan dekat dengan aku!, pergi!" jeritnya berulang kali. Shawal dan ibunya bergegas ke bilik Shawal. "Ya Allah budak ni meracau dah ni, Shawal tengokkan dia sekejap mak pergi ambik air" kata ibunya sambil bergegas menuju ke dapur mengambil segelas air. Shawal merangkul tubuh Asyrani untuk menenangkannya. "jangan bimbang Asy, awak selamat."bisik Shawal di telinganya. Namun dia masih menjerit lagi. Sempat dia melihat rupa Asyrani yang tak bertudung, rambutnya panjang serta hitam berkilat, walaupun mukanya jelas pucat namun masih jelas wajah polosnya. Ibunya muncul di pintu biliknya lantas menyapu air ke muka Asyrani. Lama kelamaan dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat suasana rumah yang tidak pernah dilawatinya sebelum ini. Dia berasa aneh dan sedikit takut. Peristiwa malam tadi berlegar-legar di benaknya. "Di mana saya?"tanya Asyrani sambil memicit kepalanya yang pening. "awak ada kat rumah saya, Asy."





Asyrani kenal suara itu, dia melihat Shawal, dia berada dalam pelukan Shawal. Asyrani berasa malu lantas  melepaskan pelukan itu. Shawal yang sedar lalu bangun dan duduk disebelah ibunya. "Asyrani terlanggar Shawal semalam masa penjahat tu kejar kamu." terang Puan Aishah. "aduh malunya aku, dahlah tak pakai tudung ni, mana tudung aku?"desis hatinya. Lantas Asyrani mahu bangun mencari tudungnya. Namun tubuhnya rebah kembali kerana tidak berdaya. Kepalanya masih pening. "Asyrani cari apa?"tanya ibu Shawal. "emmm saya cari tudung saya mak cik" ujar Asyrani tersekat-sekat. Kerongkongnya terasa pedih. "Oh, nanti mak cik ambilkan ya, mak cik basuh malam tadi" kata Puan Aishah yang sedang menuju ke luar kamar Shawal. Tinggal mereka berdua dalam biliknya. Masing-masing mendiamkan diri. Asyrani berasa kekok berada dalam bilik bersama Shawal apa lagi,dia tidak menutup aurat. Fikirannya masih terganggu dengan apa yang berlaku semalam. Shawal juga mendiamkan diri.dia duduk agak jauh dari gadis itu. "apa yang aku nak cakap ni"desis hati Shawal. "Ermm Shawal,terima kasih kerana selamatkan saya. Kalau awak tak ada tentu saya…."ucap Asyrani tersekat-sekat sambil menangis. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis. "awak jangan nangis ya, semuanya dah selamat. Saya dah lumatkan kaki penjahat itu agar dia tak kacau awak lagi" ujar Shawal. Asyrani tersenyum sedikit mendengar lawak Shawal tu. Tiba-tiba ibunya muncul, "Asyrani,ni tudungnya, kamu pergilah mandi dulu. Ni baju mak cik kamu pakailah dulu"kata ibunya lembut sambil menghulurkan baju kurung kedah dan kain batik serta tuala. "terima kasih mak cik"ucap gadis itu sambil bangun dari katil dan memakai tudung. "sama-sama nak, bilik air kat belah kanan tu ya" ujar Puan Aishah. Asyrani pun menuju ke bilik air. Shawal hanya memerhatikannya. "Shawal, apa yang kau tengok tu, dah la pergi tolong kemas dapur kejap, tak baik pandang anak dara orang macam tu."kata ibunya tegas.

   



       Sesudah mandi,
Asyrani keluar dari bilik air dengan memakai pakaian yang diberi oleh Puan Aishah. Asyrani memakai baju kurung kedah berwarna putih yang bercorak bunga kecil2 serta kain batik lepas Terengganu. Rambutnya yang basah itu ditutup dengan kain tuala. Persis gadis kampung. Dia berjalan pantas ke bilik untuk mengelak dari sesiapa yang melihat auratnya. Shawal yang ketika itu sedang minum air teh panasnya tersedak. Asyrani yang sedar segera berlari masuk ke bilik. Ibunya yang perasan menegur "adoi Shawal kamu ni kenapa? tersedak pula, tulah pandang anak dara orang lagi."marah ibunya sambil ketawa. "eh, tak ada lah mak,ni ada orang sebut nama abang ni" jawab Shawal sambil ketawa. Mukanya terasa panas. Selesai bersiap, Asyrani lantas mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon sahabatnya, Anis. "assalamualaikum, Anis ni aku asy" kata Asyrani sebaik sahaja Anis mengangkat panggilannya. "waalaikumsalam Asy, pergi mana malam tadi?, kenapa tak balik rumah?, resah aku tunggu semalaman tau,aku telefon umi kau tau semalam tanya pasal kau."ujar Anis. Asyrani cuba menenangkan Anis. Dia menceritakan segala kepada Anis. Anis berjanji akan memberitahu pensyarahnya tentang keadaan Asyrani. Asyrani juga menelefon telah uminya dan menceritakan perkara sebenar. Ayah dan uminya berasa bersyukur dan meminta Asyrani menyampaikan ucapan terima kasih kepada Shawal.






        Selepas rambutnya kering, dia bersiap keluar dari bilik itu. Sebenarnya Asyrani kurang selesa memakai kain batik itu kerana dia tidak pernah menggunakannya apa lagi memakainya namun ibu Shawal beria-ia memberi dia memakai pakaian tersebut lagipun baju-bajunya masih lagi basah di ampaian dan dia tidak ingin menyinggung perasan wanita tua itu apatah wanita itu telah banyak membantunya. Sebaik sahaja Asyrani keluar, ibu Shawal mengajak ke meja makan. "mari makan Asyrani." "baik mak cik" jawabnya. Di meja terhidang nasi goreng dengan telur mata kerbau, popia goreng serta air teh o' yang panas. Namun selera Asyrani tersekat kerana masih terasa pening dia hanya mengambil 2 biji popia sahaja dan meneguk secawan teh. "Asy, makanlah banyak sikit, awak tu tak sihat, nanti kalau awak pengsan, kesian saya yang kena dukung awak" kata Shawal sambil menghirup air dari cawan tehnya. Wajahnya selamba sahaja. Asyrani agak terkejut dengan kenyataan Shawal itu. "so, dia dukung aku semalam, aduh malunya aku."desis hatinya "betul cakap Shawal tu, makan nasi sikit ya" pujuk ibunya pula. Asyrani berasa serba salah lalu dia meghulurkan pinggan agar Puan Aishah menyendukkannya nasi goreng itu. Sesudah makan, ibunya menuangkan secawan teh lagi kepada Asyrani. "dah lama kamu belajar kat Shah Alam?" "baru lagi makcik baru 5 bulan" ujar Asyrani jujur. "keluarga kamu ada berapa orang?" tanya ibu Shawal. "emm 6 orang mak cik, ayah, umi, abang, kakak ,saya dan…….arwah mama saya" jawab Asyrani agak tersekat-sekat. Setiap kali orang bertanyakan perkara itu, dia berasa sedih. Wajahnya berubah menjadi muram. "mak cik mintak maaf, mak cik tak tahu." kata ibu Shawal. "tak apa mak cik." Jawab Asyrani sambil tersenyum tapi hambar dan tawar. Shawal sudah mulai perasan akan perubahan muka Asyrani cepat mencari idea untuk menceriakan Asyrani kembali. Hatinya tak tenang melihat gadis itu bersedih apa lagi menangis.

[ Last edited by  silent_kid at 12-9-2008 08:11 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2008 08:11 PM | Show all posts
hkxxxx....
ni dulu erkk...
sje mao kasi suspen...

[ Last edited by  silent_kid at 12-9-2008 08:12 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2008 10:00 PM | Show all posts
kaulah segalanya....
yang menyinar hidupku kasih...
hanya satunya....
yang ku cintai.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 03:19 PM | Show all posts
kau lukis hidupku....
kau hias hatiku....
kau sambut cintaku...
tulius ikhlas ...
suci hatimu kasih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2008 05:36 PM | Show all posts
mao uppz skett.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.067054 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list