CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: aprilsnow

Novelis Ramlah Rashid

[Copy link]
Post time 24-9-2009 06:20 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan walaalaikumsalam....
Syukur akhirnya Kak Ila berjaya ke sini, bertemu para pengunjung & ahli2 forum. Maaf, lama tidak muncul memberi sebarang kenyataan, berucap terima kasih kepada penggemar novel Ramlah Rashid & keluaran Buku Prima juga tidak. Selain Kak ila baru sedar ujudnya cerita baru dalam Tinta Penulis - Ramlah Rashid, Kak Ila kurang faham cara untuk masuk ke sini. Setelah menerima tunjuk ajar sahabat, akhirnya Kak Ila tersenyum lega. Terima kasih juga kepada aprilsnow yang melapang waktu membuka ruang TPRR ini untuk pembaca novel Kak ila.  Terima kasih sekali lagi. Ucapan yang serupa juga untuk mereka2 yang lain.

Ya, memang novel terbaru Kak Ila - Seharum Cinta Lestay, terbit pada June 2009. Satu lagi pertanyaan  berkenaan karya Kak ila yang dibangkitkan sdr/i - rozr, adanya novel Kak Ila yang dipilih untuk menjadi novel KOMSAS. Sebenarnya Novel JERIJI KASIH terbitan DBP, dengarnya akan menjadi teks sastera untuk ting. 4 & 5 bagi pelajar sesi 2010. Kak Ila juga baru tahu, bila DBP menghubungi Kak Ila, minta sedikit biodata ringkas untuk dicetak di belakang buku tersebut, menurutnya akan diedar kepada sekolah2 terpilih. Tidak ada surat rasmi berkenaannya, cuma dihubungi melalui telefon sahaja.

Berkenaan kenyataan InangPutri, novel Nor Suraya lebih indah bahasanya, memang Kak Ila akui. Beliau adalah guru secara tak rasmi Kak Ila dan Kak Ila cukup menghormati Kak Su. Karyanya menjadi sumber ilham Kak Ila terutama bahasanya. Beliau sudah lama di bidang ini, sudah berjaya membina empayar khalayak sendiri. Syukur dan tahniah pada beliau.

Dan...  siapa Kak Ila di sebalik nama Ramlah Rashid. Adik2... Kak Ila bukan peguam sayang, jika watak peguam & penyiasatan di dalam Qaseh Qaisy tu menyebabkan pembaca beranggapan begitu, bererti Kak Ila berjaya membina perwatakan watak. Alhamdulillah & terima kasih. Siti Rosmizah memang peguam, tapi Kak Ila bukan siapa2. Tidak pernah pun belajar di bidang undang2, apa yang membantu Kak Ila hanyalah kreativiti sebagai penulis. Melalui pengamatan di media cetak dan elektronik & untuk pengetahuan semua, Kak Ila melapangkan masa mengikuti kes perbicaraan di mahkamah demi melihat sendiri bagaimana sesi perbicaraan dilakukan, mengambil mood untuk mengarang dan merasai sendiri perasaan mereka yang terlibat. Hasilnya, Kak Ila dapat menghayati perasaan pesalah, tertuduh & org2 di sekeliling mereka.

Harap2nya dengan kenyataan Kak Ila ini dapat memberi kepuasan kepada semua khususnya rozr.  Terima kasih kepada penyokong karya Ramlah Rashid & penghasilan novelis novel Melayu amnya.  Selamat menghayati novel Seharum Cinta Lestary & novel2 Kak Ila yang lain.

Selamat hari raya adilfitri & selamat petang....

SALAM SAYANG DARI KAK ILA SEKELUAGA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2009 10:40 AM | Show all posts
ila...tahniah untuk Jeriji Kasih. Moga ia akan menjadi jambatan untuk para pelajar lebih mengenali ila dan karya-karya ila yang lain, insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 10:16 PM | Show all posts
wah!!! terima kasih  RR. Terima kasih bebanyak.  sudi juga reply me....
teringin juga saya nak baca jeriji kasih tu, kat mana ada dijual ye? nak dapat free dah tak sekolah lagi, nak baca buku bebudak tingkatan 4, 5, tak ada anak seumur itu. memang jarang ada buku keluargan DBP kat kedai buku...

wah, banyaklah dapat royalti ye? rezeki datang bergolek. tapi tak begitu bergolek kut? sebab penat juga perah otak nak buat novel hebat, kan? hemmmmmmmm tiba2 berminat pulak saya nak jadi novelis.

apa2pun, tahniah dan terima kasih sekali lagi, bersedia turun ke sini bagi penerangan pada persoalan saya. you are the best dear. saya semakin menggemari novel melayu yang ditulis penulis bangsa melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 02:31 PM | Show all posts
Karya Ramlah Rashid yang paling saya suka adalah Qaseh Qaisy dan Sara Kirana. Aku Cinta Kyra pun sangat menarik cuma ending nya tu membuatkan saya patah hati lah pulak. Bagi pembaca pembaca yang suka kisah cinta yang penuh dugaan suka duka, memang akan suka lah Aku Cinta Kyra tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 01:24 PM | Show all posts
sri pun suka Qaseh qaisy tu. sara kirana sedih... jahat laki dia. tapi Aku Cinta Kyra pun Sri suka. mujur tak jadi kawin dgn abang dia. dapatlah heri. memang kesian abang dia, tapi heri lagi kesian. lestary pun best.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 05:17 PM | Show all posts

Novelis Ramlah Rashid

Baru-baru ni akak ada beli satu novel tajuk Biarkan Indah Berlalu tulisan Ramlah Rashid.. Walaupun cover dia x cantik, tapi isi dalam setaraf dengan Siti Rosmizah.. Best betul lah...
p/s: kalau dah ade thread ni, minta tolong merge kan ye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2012 05:59 PM | Show all posts
Tapi saya suka cover tu.. style vector. Dari segi cover dah nampak kisah ini ada unsur sedih.. Bentuk selipar atau kasut menunjukkan pemergian seseorang. Kena ngan tajuk Biarkan Indah Berlalu. Unik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 06:00 PM | Show all posts
Cerita ni..best jugak..mcm style kak Siti Rosmizah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 09:02 PM | Show all posts
dah ada...
saya gabungkan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:04 PM | Show all posts
sila berbincang di sini mengenai segala karya Ramlah Rashid...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 03:36 PM | Show all posts
Best betul lah, memang gaya Siti Rosmizah, memang sadis sungguh... uhuhuhu... review kat blog akak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 06:12 PM | Show all posts
Best betul lah, memang gaya Siti Rosmizah, memang sadis sungguh... uhuhuhu... review kat blog akak..
liya71a Post at 17-5-2012 15:36


Saya dah baca review liya and mcm menarik je jln citer ni.. Hari tu ada gak tgk novel ni on sale kat popular tapi x berapa minat nak sambar coz maybe of the cover kot.. lol.. tapi lpas baca review liya rasanya esk lusa nak gi sambar kat popular.. tq for the review btw..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 08:51 PM | Show all posts
dah beli buku biarkan indah berlalu ni...tapi belum sempat baca, baru jengah bab awal..itupun dah sadis...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:03 PM | Show all posts
kaka pun dah baca 'biarkan indah berlalu' pada kaka cite ni besttt... sbb kaka memang minat ngan RR nih... kaver dia pun kaka suka...sangat cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 08:11 AM | Show all posts
Betul lak kaka...kaver buku ni pun fushi suka...sweet..Skrg pun kaver novel mcm dah trend mcm ni.. dulu ada jugak baca novel kak Ramlah, yg fushi suka qasih qaisy..yg lain tak berapa masuk la..may be ayat penulis ni bentuk sastera. Tapi cite ni..dah baca, memang best...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 04:14 PM | Show all posts
Khatam juga akhirnya... mesti happy ending, tapi tak termaktub secara tulisan.. main agak2 jer la,.. kot la kak ila kita nak tulis, "Aku nikah kan dikau Danial Ahmad Tarmizi dengan Indah Nur Iman dengan mas kahwin RM25 tunai...." sambil genggam tangan Dan dan disambung terus oleh Dan, "Aku terima nikahnya Indah Nur Iman dengan mas kahwin RM25 tunai".... sambil tersenyum senyum sumbing.... pastu ada tok kadi tanya saksi sah? sah? semua jawab sah...... heheheheheheh jadi hati akak pun baca membuak2 seronok tak terkata... uihhhh melebih2 lak akak tokok tambah!...

Tapi RR kurang penekanan wajah Danial, yang hensem suka pakai baju aper? merah? biru ? kalo ada ditekan kat situ lagi la pembaca mcm akak ni terawang2... dok bayang hero hensem2... hehehehehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2012 04:08 PM | Show all posts
Best cerita ini,,paling geram dengan mak ngah indah,...sampai ke sudah tak nampak tanda-tanda penyesalan atas segala perbuatannya pada Indah..dialah yang mereka-reka cerita pasal indah hamil padahal tahu kisah sebenarnya sehingga indah dihalau dari rumah dan menderita.

Dan apabila kecelakaan menimpa anaknya dan dikhuatiri tak boleh memberi zuriat, perasaan tamak mak ngah, sanggup nak merampas anak indah yang dahulu tak diiktiraf dan dibiarkan sehingga menjadi batu api menghasut ibu bapa indah agar segala hasrat mereka tercapai walau pun dapat dilihat indah semakin menderita kerana dipaksa.

Dan..seorang lelaki yang herhati mulia, menerima indah seadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 10:53 PM | Show all posts
banyak review best pasal biarkan indah berlalu

esok kena cari ni
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.142004 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list