CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: camarbiru

Saat Terindah Dalam Hidup Ku

 Close [Copy link]
camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 9-9-2006 09:16 PM | Show all posts
Tuhan

Jika aku tersalah membuat keputusan ini
maafkan aku
tetapi itu yang terbaik untuknya
biarlah aku terkorban
atau disalah anggap
dan aku tidak minta untuk diberi simpati

Aku tahu Kau tahu maksudku
Aku kongsikan rahsia ini hanya denganMu
Aku tidak punya cara lain
Biar aku terkorban
Jika dengan itu
Masih ada peluang untuknya

Tuhan
Rupanya Kau sahaja yang memahami maksudKu
Kau titipkan rasa bahagia dan tenang ini dijiwa
rupanya kata nista tidak jadi apa padaku
aku masih boleh tersenyum
kerana aku tahu Kau ada disisiku

Tuhan
bagaimana aku tidak mencintaiMu
Kau sangat baik padaku

Tuhan
ambillah hatiku ini
biar seluruh hatiku hanya kenal dan cinta padaMu
aku tak perlu cinta lain lagi
dengan cintaMu
hidupku penuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 9-9-2006 09:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi pengalaman.

Ramai manusia yang terkeciwa dengan cinta, putus asa dan merana. Saban ketika kita diterpa dengan pelbagai kisah-kisah cinta yang  pelbagai. Yang paling banyak adalah kesedihan, kedukaan dan kekeciwaan dalam percintaan.

Untuk yang berjaya dalam percintaan, berbahagialah. Tetapi yang keciwa, ubatilah dengan mendekati Tuhan dengan lebih rapat lagi. Sebab tiada cinta yang lebih indah dari mencintai Tuhan.

Dia ada disisi kita setiap waktu, bagaimana kita akan rasa sepi?
Dia sentiasa mendengar rintihan kita, bagaimana kita akan rasa sunyi?
Dia menjaga, memelihara, dan memberi kita rezeki setiap ketika, bagaimana kita akan rasa tidak dipeduli?
Dia memberi kita tidur untuk kerehatan, air untuk diminum, udara untuk disedut, bagaimana kita akan rasa tidak dimanja?

Dia, Tuhan yang membelai kita setiap waktu
Sampai ada manusia yang mabuk kerana mencintaiNya.
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 12-9-2006 10:11 AM | Show all posts
Aku diajar untuk menerima sahaja
apa takdir Tuhan
setiap yang berlaku ada hikmahnya
walau kadang-kadang takdir itu
tidak terjangka
tidak aku upaya
tetapi
aku cuba bersangka baik denganMu Tuhan

Terkadng berat sekali aku memikulnya
Hingga mahu sahaja aku hempaskan bebanan itu
tetapi
demi mencari redhaMu Tuhan
aku pikul juga
kerana aku tahu
kuasa itu bukan ditanganku
tetapi Engkau yang memberikan aku kekuatanNya

Di saat semua orang keliru dengan maksudku
Aku tahu Tuhan
Kau ada di sisiku
membela aku dan menghiburkan aku
jiwaku tenang
aku rasa terhibur denganMu

Tuhan
Kau mengajar aku untuk berikhlas dalam niat
tetapi jalannya bukan mudah
kerana IKHLAS itu adalah rahsiaMu
tabirnya ditutup kepada hambaMu
siapapun takkan mengerti

Tuhan
Aku tahu bilamana
hati hambaMu telah hancur berderai
Dia akan merintih padaMu
Di saat itu KasihMu akan menyerap kehati hambaMu
Di situ akan ada  NUR kebenaran dariMu
Muga-muga
Dia bertemu jalan pulang yang abadi
untuk bertemuMu nanti
Reply

Use magic Report

Dinar This user has been deleted
Post time 12-9-2006 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by camarbiru at 9-9-2006 09:28 PM
Assalamualaikum,

Sekadar berkongsi pengalaman.

Ramai manusia yang terkeciwa dengan cinta, putus asa dan merana. Saban ketika kita diterpa dengan pelbagai kisah-kisah cinta yang  pelbagai. Yan ...



terimakasih kerana sudi berkongsi luahan hati..


Satu Masa Dulu...
satu masa dahulu aku bahagia...
satu masa dulu aku ada dia...
satu masa dulu aku berjalan bersamanya...
satu masa dulu sering kudengar suaranya
satu masa dulu aku bergurau senda dengannya
satu masa dulu aku makan sepinggan dengannya
satu masa dulu akulah pujaannya
satu masa dulu akulah penghiburnya
satu masa dulu kulihat mentari terbenam bersamanya
satu masa dulu berjanji sehidup semati dengannya
satu masa dulu susah senang ingin bersama
satu masa dulu hanya aku dalam hidupnya
satu masa dulu....

ya... itu satu masa dulu...

sekarang...aku sendiri.. menangisi hidup... masih menunggu satu masa dulu....
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 15-9-2006 07:26 PM | Show all posts
Sy dapat dari satu website, tk diketahui siapa penulisnya.


The art of Letting Go

Why do we have to part while the love is still there?
Why do we have to suffer?
Why do we have to cry when somebody bids goodbye?
Why do beginnings have to end?
Why do we have to meet only to lose in the end?

There are questions left unanswered,
words left unsaid,
letters left unread,
poems left undone,
songs left unsung,
love left unexpressed,
promises left unfulfilled.

In a relationship, one of the hardest things to do is
saying goodbye and letting go.
It is as hard as breaking a crystal
because you'll never know
when you will be able to pick up the pieces again.

More often than not, they who go,
do not feel the pain of parting,
it is they who stay behind that suffer,
because they are left with memories of a love
that was meant to be, a love that was.

At the beginning and at the end of a relationship,
we are embarrassed to find ourselves alone.
Unfair as it may seem,
but that's the way love goes.

That's the drama, the bittersweet and the risk of
falling in love.
After all, nothing is constant but change.
Everything will eventually come to its end
without us knowing when,
without us knowing how,
without us even knowing why.
And we must not forget because we have to but
because we HAVE TO.

In letting go,
sorrows come not as a single spy but in batallion.
It seems that everywhere you go,
everything you do,
every song you hear,
every turn of your head,
every move of your body,
every beat of your heart,
every blink of your eye and every breath you take,
always reminds you of him.
It's like a stab of a knife,
a torture in the night.

Funny how the whole world becomes depopulated
when only one person is missing.
Just imagine, there are billion people on earth
and yet it seems you feel LONELY and empty
without the other.

I don't know if it's worth calling an art,
but letting go entails special skills sparkled with a
considerable space and time.
Time heals all wounds but it takes a little push on
our part.
Acceptance plays a part.

Sometimes we have to part
because of circumstances beyond our control.
We have to suffer if it would mean happiness for
others.
We have to cry to temporarily let go of the pains.
Every beginning has its end like every dawn has its
dusk.
It's something we can't control, something we had
to live up.

It's over.
He's gone.
But life has to go on.
Goodbye DOESN'T always mean forever.
There WILL always be a place and time
where questions will be answered,
words will be spoken,
letters will be read,
poems will be recited in the night,
songs will be sung in harmony,
love will be expressed in solitude
and promises will be fulfilled.

Somewhere. Somehow. Someday..

[ Last edited by  camarbiru at 15-9-2006 07:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Dinar This user has been deleted
Post time 15-9-2006 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by camarbiru at 13-9-2006 10:41 AM


Dinar,

satu masa dulu adalah masa yg sudah berlalu
ia adalah kenangan
dan tetap tinggal sebg kenangan

Apabila ia dinamakan kenangan, terimalah kenyataan bahawa kita tidak perlu menghar ...


terimakasih camarbiru...

cinta keduanya masih ada...cuma halangan tak berdaya ditepis... maka kedua-duanya merana...


ke mana haluanku bawa diri...
pernah diriku terkelu tiada doa dapat kupohon...
tiada airmata lagi..
tiada gurau tawa

InsyaAllah akan kupanjatkan doaku semuga aku menjadi insan sejati
Hanya Yang Esa tempat mengadu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 17-9-2006 10:38 AM | Show all posts
Terimakasih Tuhan
Betapa  ketenanganku rasa bila
bersamaMu
Menyebut namaMu
Indah terasa di dalam kalbu

Betapa Kau menjaga aku
tiap waktu
dalam senang
dalam susah
Aku terhibur denganMu

Tuhan
Betapa ku rasa kasihMu
memenuhi sudut hati ini
seakan tak bisa ku terima lagi
cinta lain di hati ini
biarlah sahaja cintaMu
yang sepenuhnya di hati ini

Tuhan
Aku tidak tahu apa yg akan terjadi
kepada aku
jika Kau tidak pedulikan aku
jika Kau berlepas diri dariku
janganlah Kau tinggalkan aku

Aku tahu aku lemah, hina dan daif
Aku tidak mampu tanpa Kau
yang memberi kekuatan
Aku mahu menjadi hambaMu
Menjadi hambaMu adalah kemuliaan untukku

Kasihanilah aku Tuhan
Izinkan aku menjadi hambaMu
Terimalah aku Tuhan
sebagai hambaMu
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 22-9-2006 10:27 AM | Show all posts
Tuhan
Kau ajar aku untuk bersangkabaik denganMu
Kau ajar aku untuk belajar mencintaiMu
Rupanya Kau tahu dugaan yang harus aku terima
Tetapi Kau sangat baik padaku
Kau berikan aku kekuatan melalui itu

Rupanya bukan mudah mencintaiMu
aku harus benar-benar merasa
HAMBA padaMu
merasa hamba
mengakui diri sebagai hamba
sehingga hanya Engkaulah sahaja
yang berhak aku mengadu
kerana Engkau adalah Tuhanku

Tuhan
penawarku hanya pertemuan kita
di malam yang hening dan dingin
merintih dan mengadu padaMu
selayaknya sebagai hamba
hingga aku sering rindu untuk bertemu denganMu
kerana Engkau adalah Tuhanku

Tuhan
luluhlah hatiku tanpa redhaMu
aku kini tak punya apa-apa Tuhan
kasihanilah aku
biarkan aku hidup semata-mata untukMu
itulah aku hambaMu
yang hina dan kerdil ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 24-9-2006 01:22 AM | Show all posts
Saat terindah dalam hidup CAMAR adalah di waktu ini. Mungkin satu ketika dulu, Camar kira itu saat TERINDAH, rupanya Camar tersilap tafsir.

Bagi Camar ia hanya sebagai satu persinggahan, dalam mencari CINTA yg sebenar, memang itulah sunnatullah, apabila kita mencari sesuatu yang TULEN, kita harus kenal yang PALSU dahulu. Barulah kita dapat membezakan mana yang TULEN dan mana yang PALSU. Memang sukar memahami hati sendiri dan kita selalu terkeliru.

Apapun, camar kini tahu SAAT TERINDAH dalam HIDUP camar adalah sekarang ini apabila camar mencari CINTA AGUNG Tuhan, itulah saat TERINDAH dalam hidup ini, dan biarlah KEINDAHAN itu camar terus rasakan sehingga ke hujung NYAWA.

Bila kita letakkan CINTA TUHAN sebg cinta di hati kita, biar apapun dugaan dan ujian yang menimpa kita, kita akan sentiasa TENANG dan BAHAGIA kerana kita tahu Tuhan akan selalu bersama kita dan akan selalu mendengar RINTIHAN dan DOA kita.


Itulah KUNCI PENAWAR kepada semua CINTA PALSU dan CINTA SENGSARA yg pernah hadir dalam jiwa setiap manusia di dunia ini. Jika kita menyatakan CINTA yg selain daripada itu adalah CINTA yg INDAH, maka kitalah yang trtipu dengan diri sendiri atau kita sebenarnya masih belum kenal diri sendiri.

Tentu ada yg tertanya, bagaimana dengan CINTA kepada suami, isteri, anak-anak, ibu bapa dan sebgnya.

Itu adalah fitrah Tuhan yang dinamakan KASIH SAYANG, kerana hidup kita di dunia ini harus berada di dalam satu komuniti bermula dari keluarga hinggalah jemaah.

Selalunya manusia tidak pandai mengendalikan KASIH SAYANG/CINTA bentuk ini, hingga kadang2 meletakkan CINTA bentuk ini melebihi CINTA kepada Tuhan lalu terperangkaplah mereka di dalam CINTA DUNIA kerana ingin mengejar kebahgiaan dan kesenangan manusia-manusia yg berada di dalam keluarga atau komuniiti mereka. Golongan inilah yg dikatakan golongan yang dilalaikan oleh dunia mereka sendiri, dimana segala nikmat dan rahmat yg Tuhan beri itu menjadi ISTIDRAJ bukan BAROKAH kepada mereka. Mereka adalah golongan yg tertipu dengan dunia.

Camar byk belajar daripada pengalaman yg camar tempuhi, tetapi bukan mudah utk sampai memahami perkara sebegini dengan hati dan perasaan. Memahami dengan akal kita boleh dapat dari pembacaan, tetapi memahami dengan hati, kita harus atau ditadkirkan Tuhan untuk mengalaminya, barulah kita tahu dan kenal maksud dan maknanya dengan hati dan perasaan. KIta selalu menyebut HIKMAH tetapi kita sebenarnya tidak faham apa itu HIKMAH. HIKMAH itu apa yg dapat difaham di hati bukan semata di akal. Ia adalah ILMU di dalam ILMU.

Apa yang camar dapat simpulkan di sini, UBAT ke atas segala PENYAKIT HATI adalah belajar mencintai TUHAN, dengan mencintai TUHAN kita akan dapat rasa kehambaan dan rasa BERTUHAN, itulah ketenangan hakiki dalam hidup kita sebagai makhluk ciptaan TUhan.

Camar masih merangkak lagi dalam belajar mencintai TUhan, tetapi di saat ini camar rasa inilah SAAT TERINDAH DALAM HIDUP camar. Apabila CINTA itu adalah CINTA TUHAN.

sekian.
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 24-9-2006 10:09 AM | Show all posts
Tuhan
Dikau kenalkan kepadaku apa itu CINTA
CINTA HAKIKI
Cinta atas segala CINTA
Tiada dua
hanya satu
sepenuhnya untukMu

Aku tahu bila hambaMu merasa cintaMu ini
Tiada lagi yang TERINDAH selain dari cintaMu
Engkaulah dambaan mereka
Engkaulah jantung hati mereka
setiap saat,  hati mereka terpaku padaMu
setiap hela nafas, mereka merindukanMu

Mabuk mereka dalam mencintaiMu
Di kala keseorangan bersamaMu
mereka rasa cukup bahagia
itulah pertemuan TERINDAH buat mereka
Di kala ramai mereka tetap merasakanMu bersama mereka
Menjaga, memerhatikan mereka
hingga hati mereka tidak pernah lekang dari mengingatiMu

Tuhan,
aku masih belajar mencintaiMu
meletakkan cintaMu di hati ini
sangat sukar ya Tuhan
jalannya penuh UJIAN
kerana aku belum cukup
merasa diri HAMBA

Tetapi aku tahu
Aku perlu bersangka baik denganMu
Aku tidak harus putusasa dalam
belajar mencintaiMu
kelak satu masa
mungkin aku LAYAK untuk bergelar hambaMu
dan Kau meredhai aku sebagai hambaMU

Di saat itu aku tahu
Aku sudah dapat mencintaiMu

[ Last edited by  camarbiru at 24-9-2006 10:11 AM ]
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 24-9-2006 10:26 AM | Show all posts
Tuhan
aku tidak semurni Rabiatul Adawiyah
aku tidak seteguh  Sumaiyah
aku ini hanya insan kerdil
di depanMu aku rasa
akulah manusia terhina di dunia ini
hatiku merintih menangis
setiap kali teringatkanMu

Tuhan
tentu Kau rasa gelombang hatiku ini
adakala  terbakar di dalamnya
menangis mengenang dosa
airmataku mengalir ke dalam dada
kecut seluruh anggotaku
bila teringat padaMu Tuhan

Tuhan
aku bahagia dengan rasa-rasa ini
janganlah Kau ambil ia dariku
ia hadiah paling bernilai dariMu
jadikanlah aku mampu menanggungnya
kerana aku tiada ada daya dan upaya
melainkan dengan kehendakMu jua

Tuhan
baiknya Engkau padaku
bagaimana aku tidak memujiMu
walau dosaku kepadaMu bagai tiap detik berlaku
tetapi Kau tidak menghukum aku
Engkau hanya mendidik aku
segala keperitan adalah hiburan untukku
agar aku tahu Kau sentiasa menjaga aku

Tuhan
memang Dikau adalah cinta Agung
setiap yang kau takdirkan untukku
adalah kerana kasih dan sayangMu
yang tiada tandingan itu
menangis aku merasakan kasih sayangMu itu
betapa Tuhan, suci murninya ia

Jadikanlah aku redha Tuhan
Jadikanlah aku sabar
aku tidak mampu untuk merasa itu semua
jika bukan Dikau yang memberinya
aduh,...kerdilnya aku ya Tuhan
segala-galaNya Engkau yang berikan
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2006 10:44 AM | Show all posts
Tuhan
aku cuba menghitung dosa-dosaku
tidak dapat kuhitung ia rupanya
lantaran
setiap detik yang berlalu
aku rasa aku sentiasa berbuat dosa padaMu

Tuhan
lebih sengsara lagi aku
apabila aku terkenang dosa-dosa yang pernah kulakukan
serasa dunia menghimpit aku
serasa neraka menghampiri aku
aku di tepi jurang
menunggu masa jatuh ke dalamnya

Tuhan
dosa-dosaku lahir dan batin
menghujani hatiku
hingga hitam gelap jiwaku
kabur matahatiku untuk
benar-benar sujud padaMu
memohon keampunan
dan belajar untuk bertaubat padaMu

Tuhan
paling aku takut
dosa-dosaku ini menjadikan aku
munafik dan syirik padaMu
tiadalah lagi keampunan Engkau padaku
kekallah aku dalam nerakaMu

Tuhan
ajarkanlah aku bertaubat
aku tidak pandai bertaubat
jika bukan Engkau yang ajarkan aku
aku ini hambaMu yang terhina
aku ini hambaMu yang terlemah
Engkau bantulah aku
Aku ingin bertaubat kepadaMu

[ Last edited by  camarbiru at 25-9-2006 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 28-9-2006 11:34 PM | Show all posts
Tuhan
terimakasih kuucapkan padaMu
rupanya tiada kasih seindah kasihMu
tiada cinta seagung cintaMu
di saat aku buntu begini
Kau hadir menyiram dingin hatiku
dengan takdirMu yang tidak kusangka

Tuhan
terimakasih kuucapkan padaMu
rintihanku padaMu di malam hari
Kau dengar
memang Kau tempat hambaMu
mengadu dan menyembah
Kau tidak pernah jemu mendengar
rintihan hambaMu yang hina ini

Tuhan
bagaimana harus kunyatakan kesyukuran ini
ia terlalu berharga buatku
takdirMu padaku sangat indah
sehingga aku tertanya sendiri
adakah aku bermimpi?

Tuhan
Kau cinta hatiku
kau terlalu baik padaku
aku ini hambaMU yang berdosa
tetapi Kau tidak pernah peduli itu semua
KasihMu kepadaku melebihi segala-galanya
Memang Kau adalah Tuhanku

Tuhan
Engkau pimpin aku menghadapi saat getir itu
Engkau didik aku untuk sabar dan redha
Engkau hiburkan aku dengan ketenangan
dan kini
Engkau permudahkan kesulitanku
yang aku rasa mustahil ia akan berlaku
sedamai ini

Tuhan
jika ku bayar padaMu
ibadahku seribu tahunpun
aku tidak dapat membayar ihsanMu ini
sungguhlah aku hambaMu
untuk selama-lamanya
di dunia dan diakhirat nanti

Tuhan
Tiada yang Terindah selain dari MencintaiMu
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 2-10-2006 11:53 AM | Show all posts
Tuhan
bila aku dihina
jadikan aku redha dengan hinaan itu
agar bertambah rasa berdosaku
meningkat rasa kehambaanku

Tuhan
bukan aku mahu membuat dosa
atau sengaja melakukan dosa
tetapi aku hambaMu yang lemah
tidak pandai bermujahadah
dan tidak pandai bermuhasabah

Tuhan
jika aku dihina
masukkan ke hatiku rasa kemaafan
agar aku mampu mendoakan
mereka yang menghina aku
kerana dengan kehinaan itu
adalah rezeki untukku
sentiasa merintih padaMu
patutlah aku mendoakan mereka
kerana mereka memberi aku peluang
untuk bersamaMu

Tuhan
ampunkan aku
aku manusia paling berdosa
dosaku melata memenuhi bumi ini
tetapi hatiku sentiasa lalai dan leka
aku takut sekali
kau menghukum aku
aku takut aku berbuat dosa
tapi aku tidak merasa aku berbuat dosa
atau merasa gembira dengan dosa

Tuhan
bantulah aku
aku tidak mahu jadi begitu
didiklah aku Tuhan
aku mahu jadi hambaMu
menjadi hambaMu adalah hiburan buatku
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 6-10-2006 01:04 PM | Show all posts
Tuhan
sepatutnya aku berterimakasih padaMu
kerana memberikan aku ketabahan ini
jika tanpa kasih sayangMu
aku tidak mampu

Tuhan
dihatiku tetap teguh rasa simpati
tidak aku rasa benci
walau
disakiti

Mungkin Kau mahu didik aku
agar hinaan tidak memberi bekas di hatiku
dihina atau dipuji sama sahaja
ia tetap memberi HIBURAN padaku


Agar aku sedar
bila dihina
bertambah rasa hambaku
kerana aku sedar aku hamba yang layak dihina
bila aku dipuji
betambah rasa hambaku
kerana aku sedar aku hamba yang tidak layak dipuji

Begitulah Kau mendidik aku
Terimakasih Tuhan
aku dihina
tetapi ia tetap hiburan untukku
itu tanda Kau masih menjaga aku

[ Last edited by  camarbiru at 6-10-2006 01:06 PM ]
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 6-10-2006 01:10 PM | Show all posts
Tuhan
aku takut pujian membuat aku jauh dariMu
aku takut hinaan juga membuat aku jauh dariMu

Jika aku dipuji
jadikanlah aku bersyukur dan
merasa hanya Kau yang layak
menrima pujian itu

Jika aku dikeji
jadikanlah aku redha
dan tidak berdendam
menerima hinaan itu

Hingga
pujian atau hinaan
tidak ada lagiku rasakan bezanya
di hatiku ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 12-10-2006 12:21 PM | Show all posts
Masa
berlalu setiap detik
Hati
berdetik setiap saat
Tuhan
setiap saat Kau sentiasa menjagaku

Tapi
setiap detik, setiap saat itu
aku selalu lalai mengingatiMu
dosa memburuku di sepanjang waktu
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 20-10-2006 06:57 AM | Show all posts
Ramadhan akan berlalu
Syawal akan menjelma

Sedihnya meninggalkan Ramadhan
takut tidak bertemu lagi
jika  Ramadhan ini adalah
Ramadhan terakhir buatku

Syawal membawa erti kemenangan
kepada orang yang bertakwa
tetapi layakkah aku merasakan
kemenangan itu?

Tuhan
Ampunkan dosa-dosaku
Aku tahu aku tidak layak menyambut Syawal ini
tetapi aku ingin menumpang kegembiraan
hamba-hambaMu yang bertakwa
muga-muga berkat mereka
aku juga turut sama merasa kebahagiaannya
muga-muga sauatu masa nanti
aku juga dapat merasakan kebahagiaan
yang mereka rasa

----------------------------------

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 29-10-2006 12:16 PM | Show all posts
Ramadhan ini
membawa seribu erti dalam hidupku
mengajar aku erti sabar
mendidik aku erti redha
melatih aku mengucapkan syukur
pada segala ketentuanMu
ya Ilahi

Biar penuh terluka
biar penuh terseksa
biar penuh sengsara
tetapi
aku tenang menerimanya
hatiku damai dalam kasihMu

Kau titipkan rasa
untuk sentiasa dekat padaMu
bersamaMu hiburan bagiku
kerna ku tahu
hanya Kau yang mengerti segala apa
yang ada dihatiku ini

Aku percaya suatu masa
kan terserlah jua
kepalsuan dan kebenaran
namun aku tidak peduli lagi semua itu
cukuplah jika Kau tetap bersamaku
meniti waktu
hingga hujung nyawaku
Reply

Use magic Report

camarbiru This user has been deleted
 Author| Post time 1-11-2006 11:14 PM | Show all posts
Bila kupandang langit biru
indah sekali dipagari awan putih
bagai sebuah mahakarya
terseni  dimayapada ini




Bila kulihat desir angin
meniup dedaunan
meliuk lintuk
dibuai lembut
bagai sebuah tarian
terindah dimayapada ini





Bila kudengar gemersik
alunan ombak
membelai pepasir dipantai
bagai sebuah orkestra
termerdu dimayapada ini





Betapa indahnya
alam ciptaanMu ya Ilahi
hingga aku tersedu syahdu
bahagianya aku
kasihMu melata dimayapada ini

[ Last edited by  camarbiru at 1-11-2006 11:26 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064984 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list