CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
Post time 10-6-2014 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish....xsabar nk tunggu next episod....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2014 09:55 PM | Show all posts
PAGI lagi selepas solat subuh berjemaah, Kudin dan Tok Imam Ngah bersama-sama menikmati sarapan yang disediakan oleh Kudin. Nasi goreng kampung pedas yang dimasukkan dengan sedikit ikan bilis dan juga cili kampung memang cukup menyelerakan Tok Imam Ngah menikmatinya. Kudin senyum melihat orang tua itu berpeluh-peluh menjamah nasi.

"Kalau macam nilah kamu masak Kudin, mahunya gemok nanti tok ni. Tak boleh stop dah ni. Dah dua kali dah menambah!" Tok Imam Ngah ketawa mengekek.

"Saya masak biasa je tok. Main campak je mana yang ada." Kudin sengih. Dah kembang hidung bila dipuji begitu. Dulu, nenek juga memuji masakannya.

"Hmm..pukul berapa kita nak bertolak?" Tok Imam Ngah mula basuh tangan di sinki. Dia kembali ke meja makan dan berehat sebentar dalam setengah jam sebelum meneguk kopi o pekat yang dibancuh Kudin tadi.

"Insya Allah pukul sembilan nanti tok. Ada sejam lagi. Kalau tok nak kena bawa apa-apa, kita ada masa lagi ni nak cari." Kudin melihat jam di pergelangan tangannya. Lapan pagi.

"Hmm..tok dah bawa apa yang patut." Tok Imam Ngah senyum. Tidak dinyatakan kepada Kudin tentang hal itu.

Kedengaran pintu diketuk kuat. Kudin bingkas dari duduknya dan berjalan ke ruang tamu menuju ke pintu rumah. Sebaik pintu terbuka, terkejut dia melihat Chad sudah tercegat di depan pintu dengan muka berkerut.

"Chad! Kau buat apa kat sini? Macam mana kau tahu rumah aku? Eh, macam mana kau keluar dari hospital?" Bertubi soalan Kudin ditujukan pada Chad.

Chad tidak menjawab sebaliknya dia meluru masuk ke dalam rumah Kudin. Pintu ditutup rapat.

"Aku lari dari hospital. Aku nak ikut kau ke sana." Chad pandang Kudin yang sudah terbeliak mendengar kata-katanya.

"Ma...macam mana kau tahu aku nak ke sana hari ni?" Kudin tercengang.

Chad hanya senyum. nampaknya Kudin tidak tahu ilmunya yang dipelajari dulu. Dia boleh membaca riak wajah dan membaca fikiran Kudin masa Kudin melawatnya di hospital dulu dan malam tadi, dia mendengar perbualan Kudin dengan seseorang mengenai rancangan itu dalam mimpinya.

"Aku tahu la. Jadi, boleh tak aku ikut kau?" Chad masih tercegat di situ.

"Kau kan masih sakit lagi?" Kudin mula serba salah.

Chad kaget melihat Tok Imam Ngah yang muncul dari dapur. Dia menelan liur. Orang tua itu dilihat tidak berkelip. Dia tahu Tok Imam Ngah mempunyai banyak ilmu ghaib.

"Hmm..kamu apa khabar Chad? Dah sembuh luka kamu tu?" Sindir Tok Imam Ngah.

Chad tunduk. Dia malu pada orang tua itu. Dia kemudian mendongak semula. " Tok...saya..saya.."

"Dah..tok dah tahu. Kuat juga ilmu kamu ya. Tercampak kuat jugak tubuh tok ke dinding malam tu." Tok Imam Ngah ketawa kecil.

Sekali lagi Chad tunduk. Ternyata ilmu Tok Imam Ngah begitu tebal. Orang tua itu tahu apa yang berlaku. Jadi, selama ini dia berlawan dengan bekas guru agamanya dulu sendiri!

"Dah..kita dah lewat ni. Ayuh kita ke sana. Aku kena jemput seseorang lagi ni." Kudin mula mengangkat beg yang mengandungi peralatan untuk mencari alam bunian itu.

"Siapa?" Chad pula tercengang.

"Dia kawan aku..Ana Dahlia.." Kudin senyum.

Chad terdiam. Dia tahu sejak dulu, gadis itu adalah seorang pegawai polis. Dari tingkah gadis itu dia sudah lama mengagak yang gadis itu adalah seorang polis.

"Kau pasti?" terus Chad bertanya Kudin.

Kudin mula berkerut kening. "Maksud kau? Aku tak faham."

Chad diam seketika. Nampaknya Kudin tidak tahu siapa Ana Dahlia sebenarnya. "Betul kau tak tahu?"

"Tahu apa?" Sekali lagi Kudin berkerut kening.

"Dia polis!"

"Apa??" Kudin tercengang. Tergamam.

"ya! Dia polis sama macam Jai. Aku tahu sejak dulu lagi. Saja aku tak nak beritahu pada kau. Dari cara dia orang cakap,bertindak dan yang penting, dia orang kuat berahsia. Aku boleh agak.." Chad berterus terang.

Kudin terkedu. Kata-kata Chad tadi memang cukup membuatnya terkedu dan terkelu sebentar. Hal Jai dia sudah tahu tetapi Ana Dahlia? Patutlah gadis itu begitu cemas bila dapat tahu Jai sudah hilang. Bermakna Jai juga turut terlibat dalam penyiasatan kes kehilangan Senah dan Anum. Jadi, selama ini dia tertipu sebenarnya. Patutlah Ana Dahlia sentiasa mengorek maklumat darinya tentang kehilangan Senah dan Anum dulu. masa di kampung dulu, dia sudah syak yang Ana Dahlia seperti seorang polis lagaknya.

"Kudin..Kudin.." Chad tepuk bahu Kudin yang sudah memgelamun.

"Hah? Err...kau tanya apa tadi?" Kudin mula tersedar.

Chad sengih. Dia tidak jawab pertanyaan Kudin. Dia terus keluar dari rumah dan menunggu di tepi kereta. Tok Imam Ngah turut menggeleng melihat tingkah Kudin yang kelihatan terperanjat.

"Tok tahu..Ana Dahlia kan?" Tok Imam Ngah mula senyum. Sejak di kampung dulu lagi, dia sudah dapat rasa gadis itu adalah seseorang yang terlatih seperti polis. Tidak ada perempuan yang berani keluar malam-malam dan berdepan dengan semua itu. Lainlah kes Senah. Senah itu seolah sudah lali dengan semua itu.

Kudin dan Tok Imam Ngah turut sama ke kereta. Pintu rumah dikunci. Kudin mula menghidupkan enjin kereta dan perlahan keretanya meninggalkan kawasan laman rumah. Tiba di Rawang, Kudin mengambil pula Ana Dahlia yang sudah menunggunya di simpang masuk ke Temple Park.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:40 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 12:19 AM | Show all posts
TIBA di hutan yang yang dimaksudkan itu, mereka berempat mula keluar dari perut kereta yang diparkir di tepi jalan kecil yang menuju ke hutan belukar itu. Mereka menyelusuri pula jalan merah kecil yang kiri kanannya semak dan belukar yang tebal sebelum sampai di sebatang sungai. Hampir setengah jam meredah belukar itu, mereka mula tiba di tebing sungai. Bunyi deruan air mengalir jelas di telinga. Tok Imam Ngah awal-awal lagi mengingatkan mereka yang lain supaya menjaga kelakuan. Tidak sembarangan bercakap. Kalau boleh diam saja. Kudin, Ana Dahlia dan Chad hanya mengangguk tanda faham.

Kudin berjalan di belakang Tok Imam Ngah. Ana Dahlia dan Chad pula berjalan di belakangnya beriringan. Mereka berempat menyelusuri pula sepanjang tebing sungai itu yang kelihatan agak deras airnya mengalir. Kalau dulu, Kudin tidak berapa jelas keadaan sekitar sungai itu kerana hari semakin gelap tetapi kali ini dengan cuaca terang dan waktu ketika itu pun baru menghampiri sembilan setengah pagi, dia dapat melihat dengan jelas keadaan sekitar. Memang sungguh cantik dan indah. Pokok-pokok hutan yang menghijau dan diselangi dengan bunyi unggas yang kelihatan berterbangan dari satu pokok ke satu pokok, sungguh mendamaikan. Langkah Kudin terhenti sebaik melihat sekelompok pokok senduduk putih. Dia tahu di situlah Jo dan Jai hilang tiba-tiba setelah Jo mematahkan ranting pokok senduduk putih itu. Dia terus mencuit lengan Tok Imam Ngah yang masih melangkah. Tok Imam Ngah berpaling. Kudin menuding ke arah sekelompok senduduk putih.

"Hmm..nampaknya di sini memang kawasan orang bunian." Tok Imam Ngah mengangguk. Dia mengarahkan mereka yang lain mengikutinya ke arah senduduk putih itu.

Tiba di situ, Tok Imam Ngah mengarahkan pula Kudin yang memakai jam tangan supaya ditanggalkan jam itu dan dimasukkan ke dalam beg yang dibawa tadi. Beg itu diletakkan di perdu sebatang pokok yang agak besar.

"Beg itu akan menjadi tanda jalan keluar kita nanti jika kita berjaya bawa balik mereka dari alam sana." Pesan Tok Imam Ngah.

Kudin hanya mengikut arahan orang tua itu. Dia pandang Ana Dahlia dan Chad yang turut mengangguk.

"Tok...senduduk nilah yang Jo dan Jai patahkan dulu. lepas tu mereka terus lenyap." Kudin berbisik ke telinga Tok Imam Ngah.

Tok Imam Ngah mengangguk-angguk. Dia perhatikan sekeliling. " Korang dengar bunyi air sungai tu?"

Serentak Kudin, Ana Dahlia dan Chad mengangguk.

"Sekarang ni cuba tenangkan diri, dengarkan bunyi unggas dan deruan air mengalir. Fokus pada deruan air saja. Tenaga yang ada pada deruan air itulah tenaga yang akan diresapi oleh kita untuk kita ke alam mereka." Jelas Tok Imam Ngah lagi.

Serentak itu juga mereka bertiga yang lain  mengangguk lagi.

"Tengok ni.." Tok Imam Ngah menuding ke arah satu pokok senduduk yang agak lebat bunganya.

"Pokok senduduk ni adalah sempadan perkampungan bunian. Kalau semua sudah bersedia untuk masuk ke sana, mulakan dengan langkah kaki kanan. Kaki kiri di sebelah sini. Bila tok cakap langkah kedua kaki ke arah pokok itu, cepat-cepat angkat kaki kiri dan samakan dengan kaki kakan. Faham?" Tok Imam Ngah pandang seorang demi seorang. Matanya jatuh pada Ana  Dahlia. Dia bimbang jika salah langkah, mereka akan berpecah terutama Ana Dahlia, dia seorang perempuan. Bimbang berada seorang diri di dalam hutan yang agak tebal ini.

"Err..tok..maknanya kita kena patahkan ranting pokok senduduk ni ke?" Kudin sudah keliru dengan arahan Tok Imam Ngah.

"Tak perlu kerana tok tahu di mana sempadan tu. Pokok senduduk putih ni adalah tempat bermain puteri bunian. Mereka tidak suka barang mereka diusik." Terang Tok Imam Ngah. Matanya sebenarnya dari tadi asyik terarah ke sebuah batu yang agak besar sebelah pokok senduduk putih itu. jelas dia melihat perempuan bunian sedang mandi mandi di situ. Saja dia tidak beritahu mereka yang lain dan dia tidak pula menegur perempuan bunian itu.

"Ingat pesan tok, baca bismillah dan niatkan dalam hati kita jengah kampung bunian ni bukan untuk membuat onar. Kita datang untuk berdamai dan mencari kawan kita yang hilang." Tok Imam Ngah mengingatkan lagi.

Mereka berempat mula mendekati pokok senduduk putih itu bersama. Tok Imam Ngah berada di depan. Kudin dan Ana Dahlia kali ini pula beriringan. Chad dari tadi hanya berada di belakang.


SEMENTARA ITU, di alam bunian. Anum dan Senah yang sudah bertudung litup sedang memasak di sebuah rumah yang sangat cantik. Jo dan Jai pula menolong penduduk kampung yang lain memetik buah-buahan. Sejak mereka terperangkap di alam bunian itu, Jai sudah berpesan pada Jo, jangan pandang pada anak dara orang bunian yang juga dipanggil puteri bunian oleh penduduk di situ. Jika tidak mereka akan disuruh berkahwin dengan puteri bunian itu. Selama berada di kampung itu, mereka selalu menjaga perangai dan tingkah laku. Itu pesan Jai. Jo hanya menurut saja apa yang dikatakan oleh Jai. Dia tahu Jai lebih banyak tahu tentang hal itu. Senah pula seperti sudah suka berada di alam itutetapi tidak bagi Anum. Sejak hari pertama mereka tercampak ke dunia bunian, Jo dan Jai yang turut tercampak ke alam bunian itu  terus mencari Senah dan Anum. Nasib baik Senah dan Anum masih kenal pada mereka. Untuk mengelak Senah dan Anum dikahwinkan dengan putera bunian yang kacak-kacak semuanya, Jo dan Jai terpaksa berlakon sebagai suami kepada Senah dan Anum. Jai pujuk Senah untuk menerimanya sebagai suami. Jo pula dengan Anum. Dengan cara itu, mereka terlepas dari perkahwinan dua dunia berlainan namun apa yang menjadi masalah mereka, pernikahan mereka berempat diadakan di dunia bunian itu.

Jo dan Jai mula serba salah. Mereka terpaksa tinggal satu rumah. Tidak pasti, adakah pernikahan mereka itu sah atau sebaliknya walaupun acara akad nikah mereka dihadiri wali dan juga tok kadi dan beberapa orang saksi. Smaa seperti keadaan di alam nyata. Namun kehidupan penduduk di situ sama seperti manusia. Ada pekerjaan, berkahwin dan beranak pinak. Malah ada penghulu yang menguruskan kampung  itu. Sekali sekali penghulu itu akan mengadap Raja Bunian di hujung kampung. Pernah mereka diajak ke istana bunian. Sungguh indah dan cantik suasana di istana itu. Dengan puteri bunian dan putera bunian yang cantik dan kacak. terlopong melihat segala perhiasan di dalam istana. Memang kalah istana manusia malah rasanya kalah juga istana negara!

"Abang Jai...malam ni macam mana?" Senah pandang Jai yang masih berfikir untuk mencari jalan keluar. Sejak mereka 'bernikah', Senah dan Jai tidak tidur sebilik.

"Macam biasa. Senah tidur dalam bilik. Abang tidur kat luar ni." jai senyum. mahu saja dia bernikah betul-betul dengan Senah yang sudah lama ditunggunya.

"Maksud saya, macam mana rancangan kita nak keluar dari sini? Dah dua hari Senah kat sini. Abang pula rasanya dah hampir setengah hari kan?" Senah mencongak. Seingatnya dua hari lepas dia berlarim keluar dari rumah kurungan itu bersama Anum dan terjebak dalam alam bunian itu.

"Oh itu.." Jai sengih.

"Abang dah rancang dengan Jo. Sekarang ni, Senah tidur dulu. Apa-apa nanti, abang kejut." Jai mula baring di atas permaidani di ruang tamu rumah berbentuk rumah lama itu, seperti rumah dahulu kala. Masak pakai periuk belanga, guna kayu api. Kalau nak mandi pula, kena mandi di sungai atau telaga. Kalau nak makan buah, kena petik di kebun. Senah dilihat sudah masuk ke dalam bilik.

JO DAN ANUM pula berada di rumah lain selang sebuah dari rumah Jai dan Senah. Sejak dipaksa bernikah dengan Jo, Anum tidak pernah menegur Jo yang dirasakan sudah mengkhianati persahabatan mereka di kampung dulu. Dia dapat tahu, Jo memang terlibat dengan sindiket penjualan gadis muda ke luar negara.

"Kenapa awak nikah dengan saya?" Anum mengetap bibir.

"Habis tu, awak nak dipaksa nikah dengan Muaz tu?" Johan geram. Muaz, anak penghulu orang bunian itu sudah sukakan Anum yang cantik lawa.

Anum terdiam. Memang dia tidak sanggup bernikah dengan orang bunian, apa lagi kalau terpaksa tinggal di situ selamanya. Saat ini dia terkenangkan ayahnya di kampung Pinang Patah.

"Sudah, sekejap lagi Jai datang sini. Malam ni kita orang dah rancang nak cari sekali lagi jalan keluar. Awak tidurlah. Awak jangan bimbang. Bila sudah berada di alam nyata nanti, kita 'bercerai'." Jo merenung Anum yang ternyata tidak suka padanya. Silapnya juga yang sudah terjerumus ke dunia sindiket.




Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 07:43 AM | Show all posts
semakin menarik cerita ni TT... dh lama tak baca cerita mcm ni... good job TT
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 07:44 AM | Show all posts
nallepooh posted on 10-6-2014 08:24 PM
kuyah kahwin dgn chad...

menarik tu... tak sabar nak tau endingnya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 09:19 AM | Show all posts
Ipo....good job. Nak lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2014 09:56 AM | Show all posts
ala da abis...huhuhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 12:09 PM | Show all posts
BAB 25


JAI melangkah keluar dari rumah setelah melihat Senah sudah masuk ke dalam bilik. Dia perlu berjumpa Jo malam itu juga. Langkahnya laju menuju ke rumah Jo dan Anum yang disediakan oleh penduduk di situ. Memang tak dinafikan penduduk di situ semuanya baik dan pada firasatnya mereka adalah dari golongan Islam. Dia tahu, orang bunian ini ada yang islam dan ada yang kafir. Jelas dia melihat, penduduk di situ seperti orang islam lain di alam nyata, solat dan berpuasa. Ada sebuah masjid di hujung kampung. Apa yang pelik, penduduk di sini hanya makan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja.

"Jo..Jo.." Jai menapak anak tangga rumah Jo. Dia sedikit berbisik.

Seketika kemudian, Jo muncul di muka pintu. Di belakang Jo, kelihatan Anum yang sedang bersimpuh di atas tikar mengkuang di ruang tamu.

"Jai..masuklah." Jo pelawa.

"Kat sini je la." Jai jenguk lagi Anum yang masih berada di situ. Wajah gadis itu seperti tidak suka  pada Jo, muncung sejak tadi.

Jo melangkah keluar dari rumah dan pintu ditutup. Dia duduk bersama Jai di anak tangga kayu. Rumah di perkampungan itu semuanya rumah kayu stail zaman dahulu kala. Malah percakapan penduduk di situ juga menggunakan bahasa lama. Sampai tersasul-sasul Jai dan Jo berkata bila ada penduduk di situ menegur mereka.

"Macam mana rancangan kita?" Jo terus tanya.

"Tu la..setakat ni, tak ada sorang pun yang nak tunjuk jalan keluar kepada kita. Kalau susah sangat, kita tanya Sheikh Kahzam tu, yang selalu duduk kat masjid tu. Mungkin dia boleh tolong kita." Jai mengusul cadangan.

"Hmm...Sheikh Kahzam tu boleh percaya ke? kau kena ingat Jai, orang bunian ni lain dari manusia. Mereka ni ada yang baik dan ada yang jahat. Masa  aku kerja dulu, aku pernah dengar, ada kawan aku yang kena rasuk. Bila dirawat, orang bunian ni yang hasut dan masuk ke tubuhnya. Mereka ni tak suka perkampungan mereka digeledah." Jo pula merasa bimbang.

"Kita bukan geledah pun. Kita tercampak ke sini. Kau perasan tak, mereka tu semua pakai baju sama je. Dah tu, yang lelaki asyik nak pandang je kat Senah dan Anum tu. Risau jugak aku. orang kata, bila dah berkenan, mereka akan buat apa saja supaya jadi menikah. Sebab tulah awal-awal lagi aku declare yang aku dan Senah dah nikah dan kau dengan Anum pun sama. Jadi, tak adalah mereka nak sibuk nikah dengan manusia ni. Dalam Quran pun ada sebut, manusia dengan manusia. Tak boleh manusia  nikah dengan orang bunian ni." Jai jelaskan pada Jo yang kelihatan bimbang.

"Kau jangan tak tahu Jai. Takkan kau tak pernah dengar ada manusia nikah dengan orang bunian ni?" Jo jeling Jai. Berkerut mukanya.

"Eh, kita ni nak bincang hal nak keluar dari sini. Bukan pasal nikah-nikah ni."Jai sengih.

"Ok..so, macam mana? Kita jumpa Sheikh tu la?" Jo kembali ke topik asal.

"Macam tulah rasanya." Jai mengangguk.

"Ok, jom!"

Jo segera melangkah bersama Jai menuju ke arah masjid di hujung kampung. Walaupun hari sudah malam tetapi keadaan perkampungan itu seperti disinari cahaya bulan terang. Kelihatan beberapa orang penduduk kampung masih berbual sesama sendiri. Tidak bercampur lelaki dan perempuan. Mereka hanya senyum dan mengangkat tangan bila sesekali bertembung sepanjang perjalanan menuju ke masjid itu yang terletak tidak berapa jauh dari rumah mereka.

Tiba di masjid, kelihatan Sheikh Kahzam sedang membaca Al Quran di anjung masjid. Jo dan Jai mendekati lelaki yang berserban putih dan berjubah putih itu. Mereka bersalaman seketika.

"Maaf ayahanda, kami datang ni dengan hajat. Sebagaimana yang ayahanda maklum, kami ni dari alam manusia dan termasuk ke alam ayahanda. Sudah lama kami rindu pada kedua orang tua kami di alam sana. Apa sudi kiranya,ayahanda boleh beritahu kami bagaimanakah caranya untuk kami kembali ke alam kami semula? " Jai memulakan bicara. Sejak berjumpa pertama kali dulu, Sheikh Kahzam menyuruh mereka memanggilnya ayahanda. Pada mulanya memang pelik juga kerana raut wajah mereka agak sebaya. Tidak nampak tua.

"Oh..jadi anakanda berdua ini ingin kembali ke sana?" Jawab Sheikh Kahzam sambil menutup Quran yang dibaca.

Jo sempat jeling pada naskhah Quran di tangan Sheikh Kahzam tadi. Dia berkerut kening.

"Ya ayahanda. Apa...ada peluang untuk kami ke sana?" Jai berbahasa. Terasa berbelit lidahnya menutur bahasa baku. Teringat pula cerita P.Ramlee.

"Hmm...ayahanda boleh tolong tapi apa anakanda sudah bilang sama isteri anakanda? Isteri anakanda setuju untuk kembali ke sana juga?" Sheikh Kahzam pandang Jo dan Jai silih berganti.

"Ayahanda, isteri kami menurut saja." Jo pula mencelah.

Sheikh Kahzam mengangguk-angguk. Dia kemudian bangun dan mula menapak ke sebuah rak buku agama dan meletakkan naskhah quran tadi di situ. Dia kembali ke tempat tadi semula dan duduk bersila.

"Apa anakanda tidak senang berada di kampung ini?" Tanya Sheikh Kahzam lagi.

"Bukan begitu wahai ayahanda. Kami rasa lebih baik kami hidup di alam kami saja. Isteri kami juga dari keturunan yang sama. Jadi kami ingin merasa hidup di alam kami." Jai menutur lembut.

"Baiklah..jika itu yang anakanda inginkan. Ayahanda akan tunjukkan jalan itu. Mari!" Sheikh Kahzam bingkas bangun dan mengajak Jo dan Jai ke satu arah di sebelah kiri masjid.

Dari situ, Sheikh Kahzam menuding ke satu lorong yang agak panjang menuju ke sebuah hutan kecil.

"Terima kasih ayahanda. Kami akan kembali ke sini bersama isteri kami." Jai senyum.

Jo dan Jai mula minta diri tetapi sebelum itu, Sheikh Kahzam sempat berpesan supaya keluar dari situ tanpa dilihat sesiapa termasuk dirinya sendiri kerana lorong itu adalah rahsia dan tidak boleh dilihat oleh orang bunian lain. Jo dan Jai mengangguk tanda faham. Mereka berdua segera beredar dari situ.


DI ALAM NYATA, Tok Imam Ngah masih berada di sempadan perkampungan bunian itu. Kudin, Chad dan Ana Dahlia juga setia menunggu arahan dari Tok Imam Ngah.

"Ingat, sebaik kaki melangkah, niatkan dalam hati perkara yang baik-baik. InsyaAllah mereka akan terima kita dengan baik dan kembalikan kita ke alam nyata semula dengan selamat." Pesan Tok Imam Ngah lagi.

Mereka mulakan dengan bismillah dan mula melangkah kaki kanan dan setelah itu kaki kiri. Pandangan mereka sudah berubah. Kini mereka berada di satu perkampungan indah yang cukup cantik.

"Err...tok..kan tadi siang  hari. Mengapa gelap?" Kudin terpinga-pinga. Dia cuba pandang ke belakang. Memang sah ada hutan tebal dan cerah! Matanya beralih pula ke arah depan. Gelap! Seperti malam!

"Alam kita berbeza dengan alam mereka. Kalau kita siang, di sini malam." Tok Imam Ngah meneruskan langkah.

Ana Dahlia dan Chad hanya memgikut Kudin dan Tok Imam Ngah berjalan dalam gelap yang hanya diterangi cahaya bulan yang terang.





Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 12:17 PM | Show all posts
laaaaa kudin & the gang masuk , jai & the gng keluor plak..

apa keheynye...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 12:22 PM | Show all posts
Minta2 la mereka dipertemukan.....

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 01:56 PM | Show all posts
jap gi kompom kudin plak ngaku ana dahlia bini dia sebb tak mau orang bunian ngorat ana
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 02:06 PM | Show all posts
redsentra posted on 11-6-2014 01:56 PM
jap gi kompom kudin plak ngaku ana dahlia bini dia sebb tak mau orang bunian ngorat ana

kebarangkalian jd mcm tu 99.99%... berlakon je kan... tp kalau betul untung si kudin... hehehehe...... TT... sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 02:30 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-6-2014 02:06 PM
kebarangkalian jd mcm tu 99.99%... berlakon je kan... tp kalau betul untung si kudin... hehehehe.. ...

itu la tu, jai dgn senah dah nikah kat alam bunian siap cukup syarat (sah ke tak, tak tahu la kan) Jai plak memang suka senah sangat.

bagi je la ana dgn kudin, cian kudin nanti... biar je la kudin dgn ana merasa bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 03:33 PM | Show all posts
ok tak jadi aku nak mengarang.. si kalut kata tunggu jab. citer kebaya ni berhantu betul hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 03:58 PM | Show all posts
redsentra posted on 11-6-2014 02:30 PM
itu la tu, jai dgn senah dah nikah kat alam bunian siap cukup syarat (sah ke tak, tak tahu la kan) ...

betul tu redsentra... setuju 100%...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 04:24 PM | Show all posts
Ya allah....berdebar2 sungguh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2014 05:43 PM | Show all posts
cegitu posted on 11-6-2014 04:24 PM
Ya allah....berdebar2 sungguh..

tau takpe cegitu... complicated jugak diorang punya situasi ni... semoga semua berjalan lancar seperti yg di rancang
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-6-2014 05:43 PM
tau takpe cegitu... complicated jugak diorang punya situasi ni... semoga semua berjalan lancar sep ...

Zamzam...rasanya kita berdua yg over xcited sgt kan?...;-)
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Puan ipo....mlm ni ade sambungan tak....

Ketagih dh ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2014 10:01 PM | Show all posts
awanjingga posted on 11-6-2014 12:17 PM
laaaaa kudin & the gang masuk , jai & the gng keluor plak..

apa keheynye...

itu namanya co incident..

ganti shift
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.069929 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list