CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
 Author| Post time 3-10-2013 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
"Aku dah cakap, kau takkan boleh melawannya...," Pak Tua Mahat berdekah-dekah mengejek lelaki tua itu yang terhuyung-hayang mencari tempat berlindung.

Perempuan muda yang bersungguh-sungguh mahu melawan Mat Deh itu terjerit-jerit meminta pertolongan dari lelaki tua yang termengah-mengah berlari mencari tempat berlindung.
"Ampun Tok Pawang...," lelaki tua itu melutut di depan Pak Tua Mahat merayu belas kasihan.
"Kenapa kau ganggu anak buah aku?" jerkah Pak Tua Mahat.

Lelaki tua itu berpaling ke arah perempuan muda di sisinya lantas menerkam marah. Asap merah berkepul-kepul keluar apabila dua lembaga itu bergomol sesama sendiri.

Pak Tua Mahat tersenyum apabila mendengar Mat Deh sayup-sayup melafazkan; innahu Sulaiman wainnahu bismillahhir Rahmannirrahim.
Pak Tua Mahat tahu bahawa Mat Deh sudah menggoda salah satu dari lembaga berkenaan supaya menyerang antara satu sama lain.
"Memang kau lembaga syaitan boleh aku gunakan untuk menyerang golonganmu sendiri...." bisik Pak Tua Mahat kerana Mat Deh sudah menggunakan ikhtiar demikian dalam usaha tersebut.

Kepulan asap merah itu semakin menebal apabila lelaki tua itu berlegar-legar mengelakkan serangan dari perempuan muda yang melepaskan beratus-ratus ekor ular untuk memerangkapnya. Lelaki tua itu memusingkan dirinya menjelma menjadi perempuan muda semula, menyebabkan ratusan ular-ular bisa yang mahu menyerangnya berpatah balik untuk menyerang perempuan muda yang satu lagi. Mereka berdua bertambah garang untuk mengalahkan antara satu sama lain, seolah-olah suara Mat Deh yang bergema itu memaksa mereka berdua saling bermusuhan.

Mat Deh dan Muhis yang berdiri di satu penjuru tidak perlu lagi bertahan dari silauan cahaya putih sewaktu Mat Deh memantapkan zikirnya pada permulaannya tadi.

Muhis diajarkan oleh Mat Deh supaya membacakan ayat-ayat tertentu dari Al-Quran, sementara dia sendiri mengawasi dua lembaga perempuan itu berterkaman antara satu sama lain. Satu lembaga berlegar-legar mahu mengelak dan satu lembaga lagi mencari helah untuk menerkam.

Apabila satu lembaga dapat memerangkap, mereka akan bergomol dengan ganas hingga mengeluarkan debu merah seperti asap yang berkepul-kepul ke udara. Mereka berdua seolah-olah tidak menyedari bahawa perkelahian mereka diawasi oleh Mat Deh, padahal sebelumnya mereka berdua sama-sama mahu menentang anak muda itu.
"Siapa yang niat salah dengan Muhis, dialah akan musnah...," kedengaran suara Muhis bertempik sambil menghembuskan rejaman anak panah berapi beratus-ratus dari hembusan mulutnya. Rejaman anak panah itu menyinggahi belakang lembaga perempuan yang berpaut pada tangan Muhis sebelumnya.

Perempuan muda itu menggeliat-geliat menjerit apabila dua tiga anak panah terlekat di belakangnya lantas membakar bahagian belakangnya. Dia tergolek ke tanah berpusing-pusing menjelmakan dirinya menjadi seekor ular seperti di peringkat awalnya. Tetapi perempuan yang satu lagi segera menghembuskan api kebiru-biruan membakar ular yang bergolek berpusing-pusing itu menyebabkan kedengaran jeritan langsing dari nyalaan api tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2013 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sehingga nyalaan api itu padam, perempuan muda itu masih kebingungan mahu mencari tempat berlindung setelah rakannya hangus menjadi debu. Dia berlegar-legar mencari jalan mahu berlindung apabila Mat Deh memulakan azan berulang kali.

"Aku tak mahu lagi kau maharajalela di sini!" bentak Pak Tua Mahat.

"Habis, ke mana kami nak pergi Tok Pawang?" dia mendongak meminta belas kasihan Pak Tua Mahat.

"Itu, awak punya fasal. Tapi aku tak mahu kau bertanah berair lagi di kebun adik ipar aku ni," ujar Pak Tua Mahat memberi amaran.

"Ke mana kami nak pergi Tok Pawang?" ulangi perempuan muda itu terketar-ketar.

"Pergilah kau jauh dari sini...," perintah Pak Tua Mahat lantas menangkap perempuan muda itu dalam genggamannya.

"Kalau kau nak bertanah berair lagi di sini, Muhis dan Mat Deh akan musnahkan anak cucu kau!" kata Pak Tua Mahat seterusnya mengancam perempuan muda berkenaan.

"Jangan, jangan..Tok Pawang," rayu perempuan muda itu dalam ketakutan menyelubungi dirinya.

Sepantas kilat pula Pak Tua Mahat melontarkan perempuan muda dalam genggamannya itu jauh ke arah hutan belantara melangkaui bukit-bukau yang menghijau di sekeliling kampung.

Apabila Pak Tua Mahat kembali sedar dari keadaan dirinya seolah-olah seperti diserkup mimpi itu, didapatinya dia tersandar pada perdu pokok getah yang terdapat sarang tebuan tergantung di dahannya. Dia mencepak-cepak bibir memerhatikan sarang tebuan tersebut yang hanya merupakan bonggol besar sarang kelulut saja.

Hujan panas yang turun menyirak-nyirak apabila dia sampai ke kebun getah itu sudah tidak ada lagi. Silauan matahari juga memancar condong dengan bayang-bayang pokok getah semakin redup menandakan Asar sudah pun masuk waktu. Setelah merasakan tugasnya selesai, Pak Tua Mahat lantas mencapai basikalnya menuju ke rumah Muhis.

Semasa dia sampai di rumah Muhis, jiran-jiran masih ramai menziarahi. Mereka juga menunggu kepulangan Pak Tua Mahat yang hanya seorang diri saja pergi ke kebun getah Haji Mat Deman untuk melihat sendiri kawasan yang ditebas Muhis. Mereka tahu mengenai keistimewaan Pak Tua Mahat.

Sebab itulah mereka tidak merasa bimbang membiarkan orang tua itu seorang diri saja ke tempat itu. Ludin Dobok yang ada bersama menziarahi Muhis juga menceritakan pengalamannya bersama Pak Tua Mahat semasa anak gadisnya Midah tiba-tiba saja tersengih-sengih sebaik terpandang seekor ikan haruan yang matanya berkedip.

Ketika ini Ludin Dobok sendiri kebingungan, kerana sewaktu mandi di sungai selepas menimba lubuk di hujung sawahnya, dia dapat menangkap seekor ikan haruan yang menghambur berhampiran dengannya. Mata ikan haruan juga berkedip, seolah-olah dia dapat melihat seorang lelaki teruna terpancar dari kerdipan mata ikan haruan itu. Lelaki teruna itu menuntut untuk berkahwin dengan anak gadisnya Midah.

Apabila Pak Tua Mahat diberitahu, tidak bertangguh lagi orang tua itu mengajak Ludin Dobok ke hujung sawah di lubuk tempat Ludin Dobok dan isterinya Hawa menimba ikan. Peristiwa Ludin Dobok mengikut Pak Tua Mahat ke tepi lubuk itu memang satu pengalaman baru yang belum pernah dirasakannya selama ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih terbayang oleh Ludin Dobok bagaimana Pak Tua Mahat menghentak kakinya tiga kali ke tanah, tiba-tiba saja dia tidak melihat lagi lubuk di depannya. Yang dilihat oleh Ludin Dobok hanya tersergam sebuah rumah besar. Dia terus mengikut saja ke mana dibawa oleh Pak Tua Mahat, sehingga bertemu seorang lelaki tua berjubah kuning.
Sebaik saja Pak Tua Mahat menaiki tangga rumah Muhis, Ludin Doboklah yang mula-mula menyambutnya. Dia membongkok bersalam sambil mencium tangan Pak Tua Mahat.

"Macam mana Muhis?" tanyanya kepenatan terus masuk ke dalam mendapatkan Muhis yang masih terlentang tidak bergerak-gerak.

"Macam tadi aje nampaknya Pak Tua," beritahu Senah kian rusuh melihat keadaan suaminya yang terlentang tidak bergerak.

Tangannya masih tergenggam dalam genggaman Mat Deh.
"Tak apa, sabarlah...," beritahu Pak Tua Mahat tersenyum seolah-olah memberitahu orang ramai di situ akan kejayaannya.

"Minta air sejuk segelas, haus aku ni," katanya sambil mengurut-ngurut leher. Senah bangun perlahan menuju ke dapur untuk mengambil air yang diminta oleh Pak Tua Mahat.
"Sejak tadi Ustaz pun macam ni juga Pak Tua, sama macam Abang Muhis," jelas Ludin Dobok berbisik ke telinga Pak Tua Mahat.

"Tak apa..., Insya Allah, semuanya akan selamat," Pak Tua Mahat mencapai air yang dihulurkan oleh Senah.

Kemudian perempuan itu duduk bertimpuh di hujung kaki suaminya sambil mengerling Pak Tua Mahat meneguk air sejuk di gelas. Ternyata orang tua tersebut benar-benar kehausan, kerana sekali gogok saja dia meminum air berkenaan. Selepas saja minum, Pak Tua Mahat menepuk bahu Mat Deh menyebabkan anak muda itu tergamam seolah-olah dikejutkan sewaktu nyenyak tidur.
Sebaik saja Mat Deh melepaskan tangan Muhis, lelaki itu mula menggeliat-geliat lantas membuka matanya.

"Minta aku air...," keluh Muhis perlahan kehairanan melihat orang ramai mengelilingi dia.

Kemudian dia tersenyum berpaling ke arah Pak Tua Mahat dan Mat Deh. Mereka bertiga terangguk-angguk, seolah-olah sama-sama menyimpan rahsianya yang tersendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
22 -  MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

Hampir sahaja mereka yang berkeliling sedang menjiruskan mayat, mahu bercempera lari sebaik sahaja jenazah Mat Senik kelihatan menggerak - gerakkan jarinya. Kalau tidak disebabkan Siak Deraman terus tercegat memegang gayung untuk memandikan mayat, memang mereka tidak akan menunggu lama. Siapa lah yang sanggup bertahan apabila ternampak jari jenazah mula bergerak - gerak tatkala tengah dimandikan.

Ketika ini, kubur juga sudah siap digali sebelum masuk waktu zohor lagi. Mereka sudah tetapkan, jenazah mesti dikebumikan sebelum waktu zohor disebabkan sudah lama semalaman terbujur. Siak Deraman tidak mahu melambat - lambatkan mengebumikan jenazah setelah beliau diberitahu Mat Senik sudah meninggal dunia selepas maghrib. Semalaman pula mereka berjaga bersengkang mata membacakan ayat - ayat suci al quran di sisi jenazah secara bergilir - gilir.

Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya jenazah Mat Senik dikebumikan dengan segera. Apalah gunanya menunggu hingga selepas waktu zohor kalau mahu kebumikan jenazah, dalam masa kubur sudah siap digali. Sebaik sahaja diberitahu supaya menggali kubur, lantas Surip Lekeh pagi - pagi lagi sudah menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah perkuburan. mereka seisi kampung mesti bergotong royong menggali kubur apabila diberitahu ada orang yang meninggal dunia.

Di kampung mereka tidak wajar menerima upah menggali kubur. seisi kampung tetap bergotong royong kerana mereka hidup sudah macam sebuah keluarga. Lagi pun masing - masing memang mempunyai talian kekeluargaan, sekali pun tidak dekat sangat namun masih juga berkeluarga bau - bau bacang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
22 -  MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN

Hampir sahaja mereka yang berkeliling sedang menjiruskan mayat, mahu bercempera lari sebaik sahaja jenazah Mat Senik kelihatan menggerak - gerakkan jarinya. Kalau tidak disebabkan Siak Deraman terus tercegat memegang gayung untuk memandikan mayat, memang mereka tidak akan menunggu lama. Siapa lah yang sanggup bertahan apabila ternampak jari jenazah mula bergerak - gerak tatkala tengah dimandikan.

Ketika ini, kubur juga sudah siap digali sebelum masuk waktu zohor lagi. Mereka sudah tetapkan, jenazah mesti dikebumikan sebelum waktu zohor disebabkan sudah lama semalaman terbujur. Siak Deraman tidak mahu melambat - lambatkan mengebumikan jenazah setelah beliau diberitahu Mat Senik sudah meninggal dunia selepas maghrib. Semalaman pula mereka berjaga bersengkang mata membacakan ayat - ayat suci al quran di sisi jenazah secara bergilir - gilir.

Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya jenazah Mat Senik dikebumikan dengan segera. Apalah gunanya menunggu hingga selepas waktu zohor kalau mahu kebumikan jenazah, dalam masa kubur sudah siap digali. Sebaik sahaja diberitahu supaya menggali kubur, lantas Surip Lekeh pagi - pagi lagi sudah menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah perkuburan. mereka seisi kampung mesti bergotong royong menggali kubur apabila diberitahu ada orang yang meninggal dunia.

Di kampung mereka tidak wajar menerima upah menggali kubur. seisi kampung tetap bergotong royong kerana mereka hidup sudah macam sebuah keluarga. Lagi pun masing - masing memang mempunyai talian kekeluargaan, sekali pun tidak dekat sangat namun masih juga berkeluarga bau - bau bacang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu mereka seisi kampung berkumpul di rumah Mat Senik setelah diberitahu lelaki itu sudah meninggal dunia. 3 hari berturut - turut Mat Senik terkejang tidak sedarkan diri selepas ditimpa rumah runtuh tatkala sedang bertukang. Tiba - tiba sahaja rumah yang sudah ditegakkan tiang, runtuh semasa Mat Senik sedang memanjat kasau mahu menaikkan atap. Dia jatuh terperosok di bawah timbunan kayu - kayu rumah yang tersembam hingga bertupang tindih.

Terpaksa pula Alang Kiman meminta bantuan jiran - jiran untuk mengeluarkan Mat Senik dari bawah timbunan kayu - kayu rumah. hairan juga Alang Kiman yang mengupah lelaki itu bertukang, bagaimana rumah yang sudah siap ditegakkan boleh runtuh. Lain lah kalau Mat Senik baru belajar bertukang hingga tidak tahu pasak dan sendal. tukang berpengalaman macam Mat Senik tentu mahir dengan pasak dan sendal biar rumah tidak goyah sekali pun dirempuh angin kencang.

Hampir 1 jam juga mereka bertungkus lumus mengeluarkan Mat Senik dari bawah timbunan kayu jongkang kalang. Sebaik sahaja ditarik keluar, memang Mat Senik sudah tidak sedar apa - apa lagi. Ombak dadanya sahaja yang turun naik dengan tubuh tidak bergerak apa - apa lagi. Kejadian yang berlaku bertahun - tahun dahulu ini memang tidak ada sesiapa pun yang terburu - buru untuk membawa Mat Senik ke hospital. Lagi pun ketika itu siapa pun tidak peduli sangat dengan hospital yang jauh di bandar itu.

Kalau mahu ke hospital tentu terpaksa berjam - jam menunggu sampan mahu menyeberang sungai. Kemudian jenuh pula harapkan ada kereta yang boleh membawa Mat Senik ke hospital. Kalau ada kereta pun, tidaklah sama dengan kereta sekarang yang boleh memecut laju di atas jalan yang diturap baik - baik itu.

Sebab itu Siak Deraman bersetuju meminta Pawang Jimin sahaja merawat abangnya biar pulih semula. terpaksa pula Pawang Jimin kibas dengan kain hitam panjang sedepa hingga 3 petang berturut - turut. Dia juga telah memandikan Mat Senik dengan air kelapa muda biar bisa - bisa di dalam tubuh alah selepas disimbahkan dengan air kelapa muda berkenaan.

Tetapi Mat Senik terkejang juga dengan tidak membuka mata langsung. isterinya, Mayah sudah tidak lekang punggung duduk disisi suaminya menahan kesedihan yang menusuk. Dia sudah ingatkan Mat Senik supaya tidak gagahi bertukang apabila dia mengadu tidak sihat badan. Sejak bangun pagi lagi, Mat Senik merasakan sendinya lenguh - lenguh lantas beliau pun meminta anaknya, Selidah supaya dapat pijakkan belakangnya.

Gadis kecil yang berumur 10 tahun itu tidak membantah apa -apa. Dia akan pijakkan belakang ayahnya setiap kali ayahnya berasa lenguh - lenguh badan. Asal sahaja balik dari bertukang rumah, disebelah malamnya sebelum merebahkan kepala ke bantal, nescaya Mat Senik akan menyuruhnya pijakkan belakang. Selepas Selidah pijakkan belakang, Mat Senik akan terasa segar semula.

" Kalau demam buat apa bertukang! " gerutu Mayah mendesak suaminya supaya berehat sahaja di rumah.

" lagi pun bukannya boleh kaya cepat takat bertukang rumah " sengaja Mayah menyindir Mat Senik yang berkeras juga mahu turun bertukang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2013 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
" Alang Kiman nak cepat siapkan rumahnya " beritahu Mat Senik sewaktu menuruni tangga.

" Dia nak siapkan sebelum kenduri nikah anaknya " jelasnya disebabkan beliau sudah berjanji dengan Alang Kiman yang rumah itu mesti ditegakkan cepat.

" Awak tu demam, takkan dia nak paksa juga! " mayah tetap tidak mahu suaminya terus berdegil bertukang rumah dalam keadaan tidak sihat badan itu.

" Ini perkara janji, bukannya paksa atau tidak " sahut Mat Senik mengingatkan isterinya supaya tidak mengesyaki Alang Kiman yang memaksanya minta siapkan juga bertukang rumah.

Tatkala dia jejakkan kaki di rumah Alang Kiman pun, lelaki itu juga menyuruhnya supaya berehat sahaja sekiranya tidak sihat badan. Perkara rumah mesti disiapkan sebelum kenduri kahwin anaknya tidaklah penting sangat bagi Alang Kiman. Dia sekadar harapkan rumah yang baru dibina itu siap menjelang hari perkahwinan anak gadisnya. Dan jika tidak sempat disiapkan oleh Mat Senik pun, dia tidak memaksa apa - apa.

Tetapi Mat Senik tidak mahu memungkirkan janji. dia sudah berjanji mahu siapkan rumah berkenaan sebelum majlis kahwin anak gadis Alang Kiman, sebab itu dia tetap berkeras mahu teruskan bertukang. Biarlah demamnya mengganggu hingga sengal - sengal badan. Asal sahaja sudah memanjat tiang sampai berpeluh badan, nescaya demamnya akan hilang serta merta.

Tahu sangat Mat Senik bahawa badan tengah sengal - sengal tidak boleh ikutkan sangat hati yang malas. Sudah tentu kerja tidak akan selesai sampai bila - bila pun kalau harapkan tenaga sentiasa sihat. Sekiranya demam berterusan dia akan bertukang secara ala kadar sahaja, asalkan kerjanya beransur siap.

Siapa pun tidak boleh menghalang dia terus bertukang dalam saat demamnya mengganggu. Mudah sahaja hati Mat Senik tersinggung kalau mereka menuduh dia sengaja berdalih apabila diberitahu badanya demam berhari - hari. Apa lagi sekiranya kerjanya tergendala sampai rumah mereka lambat disiapkan, sudah tentu mereka akan menuduhnya tidak mampu bertukang rumah ikut jadual yang ditetapkan.

Semasa Mat Senik memanjat ke kepala tiang, dia tahu kasau sudah pun dipaku kukuh. Pasak tiang juga sudah disendal kuat supaya tidak goyah sekali pun dirempuh oleh kerbau yang sedang terluka. Dia sudah susun atap rembia pada alang tiang biar mudah untuk dinaikkan nanti. Siapa pun tidak perlu membantunya apabila bertukang rumah. Apa sangat dengan ikatkan atap pada kasau, dia seorang sahaja pun boleh lakukannya.

Dalam masa Mat Senik sedang mendongak mahu ikatkan atap rembia berkenaan pada kasau, dia terasa rumah berkenaan bergegar kuat. Tatkala dia memerhatikan ke bawah, lantas sahaja Mat Senik ternampak lembaga besar sedang terbongkok - bongkok menyungkit tiang rumah. Belakang lembaga itu berbonggol laksana lembu jantan tengah naik badan.

Marah benar Mat Senik apabila rumah itu bergoyang - goyang akibat pangkal tiangnya disungkit lembaga besar belakang berbonggol itu. Lantas Mat Senik pun melontarkan tukul besi sehingga tukul itu menyinggahi kepala lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak peduli apa - apa sekali pun tukul besi memukul kuat ke kepalanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
" Hoi! awak nak cari geruh aku ke? " bentak Mat Senik sambil mencemikkan mukanya disebabkan lembaga itu masih terbongkok - bongkok menyungkit kaki tiang rumah tersebut.

Tersengih - sengih sahaja lembaga besar belakang berbonggol itu sambil mengerling kepada Mat Senik yang sedang berpaut pada kasau itu. Kemudian dia memberi isyarat kepada Mat Senik supaya terjun dari kepala tiang. Dia juga tidak membenarkan Mat Senik untuk meneruskan bertukang kerana mengatakan rumah berkenaan masih belum disimah dengan darah ayam selasih lagi.

Semenjak turun temurun memang Mat Senik akan simah tapak rumah dengan darah ayam selasih sebelum menegakkan tiang rumah itu. Ayahnya, arwah Tukang Lamin juga tidak pernah biarkan tapak rumah baru tidak disimah darah ayam selasih setiap kali diminta bertukang. Kalau tegakkan rumah tiang 9, semua kepala tiang akan dibungkus dengan kain putih. Perabung rumah pula akan diikat dengan kain merah dan kain hitam biar sampai rumah didirikan siap tersergam.
Memang tukang Lamin sudah ingatkan Mat Senik mengenai pantang larang bertukang rumah sebaik sahaja perkakas bertukang diturunkan kepadanya. Bukan mudah mahu gunakan pahat mahu menebuk lubang tiang biar rasuk pelantar boleh kukuh tersendal, kalau tidak diseru segala pawang bertukang membantu sama.

Tetapi Mat Senik tidak peduli sangat dengan pantang larang arwah ayahnya, Tukang Lamin . Dia akan tegakkan juga rumah dengan tidak payah bertepung tawar dan tidak perlu bersimah dengan darah ayam selasih. Sudah banyak kali dia tegakkan rumah baru dengan tidak pernah mematuhi pantang larang berkenaan setiap kali bertukang.

" Kenapa kamu tak bersimah dengan darah ayam selasih? " jerkah lembaga besar berbonggol belakang sambil menjegilkan mata.

" Awak ni siapa? berani nak perintah aku! " sahut Mat Senik mengejeknya lantas mengisar duduk apabila bertinggung di atas palang kepala tiang.

" Wah! nak tunjuk keras kepala nampaknya! " semakin marah lembaga besar itu lalu terus menyungkit kaki tiang rumah.

Belum sempat Mat Senik membacakan surah al fatihah, rumah berkenaan tiba - tiba sahaja runtuh tersembam. Dia pun jatuh terperosok di bawah timbunan kayu jongkang kalang itu. Ketika ini memang Alang Kiman nampak Mat Senik merungut - rungut sendirian sebelum jatuh melayang bersama dengan rumah yang baru dibina itu runtuh sekali gus.

Cepat - cepat Alang Kiman mahu bongkarkan kayu yang jongkang kalang itu, tetapi bukan mudah mahu mengangkat tiang sebesar pokok sepemeluk yang telah siap dipahat itu. Masakan dia boleh mengeluarkan Mat Senik dari bawah timbunan kayu - kayu rumah runtuh itu, kalau takat harapkan tenaga dia dan isterinya, Utih Rimah.
Sebab itulah jiran - jiran segera diberitahu.

Tatkala Siak Deraman bersama Surip datang menjengah, Mat Senik masih lagi terhimpit di bawah timbunan kayu - kayu yang jongkang kalang. Terpaksalah dialihkan kayu secara satu persatu yang banyak bertimpa - timpa itu biar Mat Senik boleh ditarik keluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2013 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Setelah seisi kampung diberitahu mengenai Mat Senik dihempap dengan kayu - kayu rumah yang tengah dibina, barulah mereka semua dapat mengangkat tiang - tiang yang tumbang bertimpa - timpa itu. Tatkala Mat Senik dikeluarkan dari bawah timbunan kayu - kayu yang jongkang kalang itu, dia sudah tidak sedar apa -apa lagi. segera Siak Deraman meminta jiran - jiran supaya usungkan abangnya balik ke rumah.

Disebabkan Mat Senik tidak sedar apa - apa, memang tiada siapa lagi yang boleh diharapkan selain daripada Pawang Jimin . Tentu Pawang Jimin tahu bagaimana mahu memulihkan Mat Senik yang terkejang laksana mayat terbujur itu. 3 hari Pawang Jimin kibaskan dengan kain hitam, tetapi keadaan Mat Senik masih juga terkejang tidak bergerak apa - apa. Sebab itulah Siak Deraman meminta bacakan surah yassin sahaja secara beramai - ramai.

Dalam masa mereka sedang membacakan surah yassin itulah, Mat Senik tiba - tiba saja kaku tidak berombak - ombak lagi dadanya. Setelah dicekak nadinya oleh Siak Deraman, memang sudah tidak berdetak lagi. Lantas sahaja dia membujurkan tubuh abangnya dibawah bumbung rumah dengan menuturkan perlahan : " inna lillahi wa-inna lillahhi raji'un ".

Sebak juga dada Mayah pabila kenangkan suaminya ditimpa rumah hingga terkejang menjadi mayat. Tahu sangat dia fasal suaminya berdegil tidak mahu mematuhi pantang larang arwah ayahnya apabila mahu bertukang rumah. Dia tidak akan menepung tawar tapak rumah hinggalah disimah dengan darah ayam selasih terlebih dahulu.
Pahat peninggalan ayahnya juga telah tidak diasapkan dengan kemenyan setiap kali mahu memulakan kerja bertukang rumah. Memang tidak sama cara Mat Senik dengan arwah ayahnya yang pegang kukuh - kukuh pantang larang berkenaan. Sebaik sahaja diminta bertukang rumah, nescaya Tukang Lamin akan asapkan pahat dengan kemenyan. Tidak ada sesiapa lagi yang berani mengganggu setelah bisa pahat berkenaan diseru biar mudah ditusuk pada kepala tiang.
Sebab itu Tukang Lamin akan balut kepala tiang dengan kain putih biar bisa pahat tidak memberi mudarat pada tiang yang ditusuk itu. tentu kepala tiang tidak akan mudah reput akibat terkena bisa pahat berkenaan. manalah Mat Senik tahu mengenai petua tukang rumah sejak turun temurun kalau beliau sekadar belajar kemahiran bertukang semata - mata.

Siapa lagi yang boleh menandingi Tukang Lamin kalau mengukir pintu atau daun tingkap?. Kadangkala dia akan ukir juga rasuk pelantar apabila diupah siapkan rumah yang besar tersergam. Memang Tukang Lamin lah yang diharapkan oleh orang - orang kaya untuk mendirikan rumah yang berukir - ukir hingga amat mempesonakan. Sebab itu pahat yang digunakan oleh Tukang Lamin mesti diasapkan dengan kemenyan apabila mahu memulakan kerja bertukang rumah.

Tetapi Mat Senik tidak peduli sangat dengan petua yang diturunkan oleh arwah ayahnya. Perkara bertukang rumah bukanlah diharapkan sangat oleh Mat Senik . Kalau tidak disebabkan orang - orang kampung mendesak, memang dia tidak akan bertukang rumah sangat. Biarlah dia menggalas tajak mencebak tanah sawah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
" Sudah sampai waktunya " keluh Siak Deraman meminta kakak iparnya supaya bertenang sebaik sahaja jenazah Mat Senik dibujurkan.

" Tak dapat diundurkan walau sesaat pun, tak dapat juga didahulukan " bisiknya menahan pilu yang menusuk perasaan.

Semalaman itu pula mereka semua bercekang mata membacakan al quran di sisi jenazah Mat Senik yang terbujur itu. sebaik sahaja pagi mula cerah melayah, Surip Lekeh pun bersetuju untuk menggalikan kubur bersama jiran - jiran yang lain yang mahu uruskan bahagian penggalian kubur. Mereka yang uruskan membuat usungan segera menetak buluh dan pelepah rembia.

Seisi kampung sudah diberitahu mengenai kematian Mat Senik , yang juga seorang guru membaca muqaddam. Budak - budak yang belajar mengaji muqaddam berkumpul disisinya sejak pagi lagi untuk membacakan muqaddam, sementara orang yang lebih tua masing - masing menyediakan urusan pengebumian. Sebelum matahari tegak di kepala, Siak Deraman telah diberitahu bahawa persiapan sudah sempurna untuk mengebumikan jenazah.

Ketika ini tidak bertangguh lagi Siak Deraman pun segera memerintahkan supaya jenazah abangnya dimandikan. Mereka pun sama - sama mengusung jenazah ke tengah rumah dengan mengopakkan lantai rumah supaya mudah jiruskan air. Semasa Siak Deraman hampir selesai memandikan mayat itulah tiba - tiba sahaja mereka melihat jari jenazah Mat Senik bergerak - gerak.

Cepat - cepat Alang Kimin menepuk bahu Siak Deraman apabila mereka yang berkeliling memandikan jenazah sudah mula berundur ke belakang. Masing - masing mula bergerak mahu terjun ke tanah kerana bimbang jenazah Mat Senik akan bingkas bangun. Kalau tidak disebabkan Siak Deraman masih tercegat berdiri disisi jenazah abangnya, nescaya mereka tidak bertangguh terjun ke tanah.

" Hiss, apa pula halnya ni? " serba salah juga Mayah apabila melihat mereka yang memandikan jenazah berundur dengan cemas.

" Jari Mat Senik bergerak - gerak " gerutu beberapa orang yang sudah bersiap sedia mahu terjun di tingkap rumah.

" Mayat takkan boleh bergerak lagi!! " salah seorang yang berundur ke serambi pula memberitahu mereka berceratuk di tengah halaman rumah pula.

Serentak dengan itu, seisi rumah menjadi gempar apabila diberitahu yang jenazah Mat Senik sudah bingkas bangun. Sekiranya waktu itu tengah malam ketika jenazah Mat Senik menggerakkan jari, memang tidak ada sesiapa pun yang akan bertahan di situ. Disebabkan ia waktu siang dan belum pun pukul 11 pagi, maka mereka tidaklah terbebar sangat. Setidak - tidaknya Siak Deraman juga tidak berganjak berhadapan dengan jenazah yang sedang dimandikan itu.

Tidak lama selepas jari jenazah Mat Senik bergerak - gerak, lantas tangannya pula bergerak - gerak bagaikan mahu mencapai sesuatu. Kemudian dia mengagaru - garukan siku lalu terus terbersin perlahan. Cepat - cepat Siak Deraman berlutut disisi jenazah abangnya mahu memastikan sama ada mayat atau Mat Senik yang bingkas bangun itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
" Kenapa pula orang ramai hadap aku ni? " tercengang - cengang Mat Senik apabila dia duduk termengah - mengah.

Tetapi Siak Deraman tidak menyahut. Segera dia papah semula Mat Senik ke tempat tidur disebabkan tenaganya masih lemah. Memang terkejut mereka yang berkumpul dirumahnya apabila diberitahu bahawa Mat Senik yang sudah terkejang mati itu, tiba - tiba sahaja bingkas bangun.
" Kami sangka awak sudah meninggal " beritahu Alang Kimin serba salah apabila didesak oleh Mat Senik supaya menceritakan hal yang sebenarnya ramai saudara berkumpul di rumahnya.

Menggeleng kepala Mat Senik sambil beristighfar. Di dalam keadaan lemah itu segera Mayah menyudukan bubur ke mulutnya setelah 3 hari dia tidak menjamah sebarang makanan. Memang Mat Senik juga tidak menyangka bahawa keadaan dirinya sudah dianggap mati oleh sanak saudaranya. Dia sendiri tidak tahu apa - apa setelah tiang rumah yang sedang didirikannya itu disungkit oleh lembaga besar belakang berbonggol itu.

Ketika ini Surip Lekeh yang mengetuai kerja menggali kubur juga sudah diberitahu mengenai Mat Senik yang disangka sudah mati itu bangun semula. Sekali pun Mat Senik masih di dalam keadaan lemah, tetapi tubuhnya tidak cedera apa - apa akibat dihempap oleh kayu - kayu rumah yang jongkang kalang itu.

" Kalau begitu, kubur yang sudah siap digali kena ditanamkan dengan batang pisang " ujar Pawang Jimin mengingatkan Surip Lekeh supaya mengambuskan tanah kubur mesti diisi liang lahadnya.

Tidak boleh liang lahad dibiarkan kosong setelah siap digali. Tahu sangat Pawang Jimin mengenai pantang larang sejak turun temurun itu.
Petaka akan menimpa seisi kampung sehinggalah 7 hari berturut - turut orang meninggal dunia akibat tanah kubur dikecewakan. Pawang Jimin tetap ingat pesanan arwah datuknya, Pawang Manuk apabila kubur siap digali tetapi jenazah tidak dikebumikan.
Tiba - tiba sahaja Itam Damat yang disangkakan mati, bingkas bangun tatkala kubur sudah siap digali. Seisi kampung menyangkakan Itam Damat sudah terkejang mati setelah ditemui tidak sedarkan diri sambil tersandar pada pokok leban apabila balik dari berburu di hutan. Memang Itam Damat pergi berburu tidak pernah mengajak kawan - kawan disebabkan kegemarannya bersendirian sahaja.

Sehari semalaman dia tidak balik ke rumah, segera orang - orang kampung jejaki dia ke hutan. Tatkala ditemui, beliau tersandar di perdu pokok leban sambil tercangkung memeluk tombaknya. lantas Pawang Manuk pun diberitahu mengenai Itam Damat sudah ditemui tidak sedarkan diri semasa berburu di hutan.

Belum sempat Pawang Manuk kibas dengan kain hitam untuk 3 petang berturut - turut, dia sudah diberitahu bahawa Itam Damat sudah meninggal dunia. Dalam masa orang - orang kampung bersiap - siap untuk mengebumikannya, tiba - tiba sahaja Itam Damat menarik kain selubungnya. dia terus terkuap - kuap laksana bangun dari tidur sahaja, lalu terus turun ke telaga untuk berkumur - kumur. memang dia tidak mempedulikan sangat mengenai jiran - jirannya yang sedang bersiap - siap untuk mengebumikan jenazahnya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik sahaja naik ke atas rumah, lantas sahaja Itam Damat meminta isterinya siapkan sarapan minum paginya. terkejut benar Itam Damat apabila isterinya memberitahu bahawa dirinya sudah dikatakan terkejang meninggal dunia. Ketika itu barulah dia memberitahu Pawang Manuk bahawa dirinya sudah tersesat jalan di dalam hutan hingga meranduk kawasan yang penuh sesak dengan rumpun buluh. Di mana - mana sahaja rumpun buluh bertaup rapat hingga dia tidak dapat menemui jalan keluar. Semakin jauh dia melangkah, hutan buluh bertambah luas laksana lautan terbentang.

Terpaksa pula dia mencari lorong di celah rumpun buluh berkenaan. setelah puas mencari jalan keluar, akhirnya Itam Damat sudah sampai dihalaman sebuah rumah yang diperbuat daripada buluh yang tumbuh merimbun itu. Tatkala dia sedang terpinga - pinga itu, dia telah mendengar bunyi siut buluh bergesel ditiup angin lalu tiba - tiba muncul seorang perempuan tua yang menggerbang rambutnya dari muka pintu.

Lantas dia pun memujuk perempuan tua itu supaya menunjukkan jalan balik kepadanya. namun perempuan tua itu berkeras tidak mahu menunjukkan jalan keluar kepadanya disebabkan Itam Damat sudah menceroboh tempatnya. Disebabkan itu marah benar Itam Damat apabila diperdayakan sedemikian. Ketika dia menghentakkan tumit ke tanah terus dia membacakan : " qaulan wafi'lan inna bathsyo rabbika lasyadidun wallahu min-waro-ihim muhidz, balhuwa qur-anun majidun fi-lohim mahfoz, summum bukmum 'umyum fahum layarji'un, summum bukmum 'umyum fahum laya'qilun, summum bukmum 'umyum fahum layatakallamun, summum bukmum 'umyum fahum layobsirun ".

Sekali gus angin pun bertiup kencang hingga banyak rumpun buluh yang tercabut tidak bertampan. Menjadi gerun perempuan tua itu apabila rumahnya juga telah diserbu angin kencang tersebut hingga menyebabkannya terpaksa berpaut pada jenang pintu. Berbuai - buai perempuan tua itu itu bergayut akibat kakinya telah terangkat dielus angin bagaikan kain tersangkut yang berayun - ayun.

Merungut - rungut perempuan tua itu marah kerana menyangka Itam Damat mudah diperdayakan. Sebaik sahaja angin kencang reda, lantas sahaja menjelma lelaki besar laksana gajah terconggok. Itam Damat dapat melihat belakang lelaki itu berbonggol - bonggol apabila dia berjalan terjengket - jengket.

Lantas lelaki bongkok itu pun membentak marah kepada perempuan tua kerana mencuba hendak menguji Itam Damat . Dia memberi isyarat kepada perempuan tua itu supaya masuk ke dalam rumah dan tidak lagi menjengah di situ. Sebaik sahaja perempuan tua itu hilang di balik pintu, segera lelaki bongkok bertubuh besar itu mengajak Itam Damat supaya duduk.

Tetapi Itam Damat tidak mahu menerima pelawaan lelaki berkenaan. dia ingatkan lelaki itu supaya menunjukkan jalan keluar kepadanya dengan tidak bertangguh. Terpaksalah lelaki bongkok itu mematuhi kemahuan Itam Damat itu. Memang Itam Damat dapat merasakan dia melihat lorong di celah - celah rumpun buluh yang terus sahaja mengarah ke halaman rumahnya. Tatkala kakinya melangkah mahu menaiki tangga rumahnya, dia merasakan ada kain selubung yang menyerkupnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik sahaja dia membuangkan kain yang menyerkup mukanya itu, Itam Damat mendapati dia sedang terbaring bagaikan mayat sedang dibujurkan. Ketika bingkas bangun inilah, Itam Damat telah terkuap - kuap akibat letih disamping keletihan kerana lama sangat tersesat di tengah rumpun buluh. Sebab itu dia berasa hairan apabila diberitahu sudah terbujur menjadi mayat sejak semalaman.

Apabila Itam Damat yang sudah disangkakan mati itu kembali bangun dalam keadaan sihat, orang - orang kampung segera mengambuskan semula tanah kubur yang sudah digali itu tanpa disumbatkan dengan batang pisang sebagai ganti. Belum pun menjelang petang, tiba - tiba sahaja Usin Kaduk meninggal dunia akibat jatuh tangga tatkala menyerbu ayam yang sedang mematuk padi jemurannya. marah benar Usin Kaduk disebabkan ayam - ayam itu tetap tidak berundur apabila beliau menghalaunya dari tepi tingkap. lantas sahaja Usin Kaduk mahu terjun ke tengah halaman yang menyebabkan kakinya tersandung pada bendul.
Sekali gus pula dia terhumban ke kaki tangga dengan rusuknya tersendal pada anak tangga. dia tidak boleh bergerak sehingga sesak nafas tercungap - cungap. terpaksa pula isteri dan anak - anak memapahnya naik ke atas rumah dalam keadaan lemah tidak bertenaga. tidak lama selepas itu pun Usin Kaduk terkejang tidak bernyawa sebelum sempat Pawang Manukdipanggil untuk menjampikan.

Selepas kematian Usin Kaduk , 7 orang penduduk kampung telah meninggal dunia secara berturut - turut dalam masa seminggu. setelah kematian 7 orang secara berturut - turut itulah Pawang Manuk tidak semena - mena telah bermimpi melihat jelmaan lelaki tua yang berjubah putih. lantas jelmaan lelaki tua itu telah mengingatkan dia supaya tanamkan batang pisang setelah kubur digali tidak dikebumikan dengan mayat yang terbujur.

" Jangan biarkan tanah kubur tak diisi " beritahu Pawang Jimin setelah kubur telah siap digali tetapi Mat Senik yang disangkakan mati bingkas bangun semula. segera dia menyuruh Surip Lekeh tetakkan batang pisang lalu dimasukkan ke dalam liang lahat untuk menggantikan jenazah yang tidak jadi dikebumikan.

Tatkala mereka sedang mengheret batang pisang itu, Siak Deraman diberitahu bahawa Aki Lagah pula yang meninggal dunia setelah lama terkejang sakit. mereka semua memang tahu Aki Lagah yang sudah berusia hampir 100 tahun sudah berbulan - bulan terkejang sakit akibat terlalu tua. Dia sudah tidak mampu lagi bergerak disebabkan kakinya sudah terlalu lemah dan tidak boleh dijejakkan lagi.
Tidak hairan sangat pada mereka apabila diberitahu bahawa Aki Lagah meninggal dunia setelah lama terkejang sakit. setelah diberitahu bahawa Aki Lagah meninggal dunia, segera Siak Deraman beritahu tidak payahlah dikambus tanah kubur yang sudah siap digali itu. mereka sekadar perlu mengukur baik - baik jenazah Aki Lagah supaya sesuai dengan kubur berkenaan.

" Tak ada apa - apa kejadian ganjil selepas Aki Lagah dikebumikan, ustaz " jelas Mat Senik yang menuturkan secara perlahan dalam suara yang lemah akibat terlalu uzur. Dia tetap kenangkan kejadian dia disangka sudah meninggal dunia hingga digali kubur bertahun - tahun dahulu. Memang Siak Deraman sendiri yang memberitahu kepada saya mengenai kejadian yang menimpa abangnya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetapi Mat Senik tidak tahu apa - apa setelah dia terhumban hingga ditindih dengan kayu rumah yang runtuh itu. dia hanya sekadar ingat lembaga besar belakang berbonggol itu yang menyungkit kaki tiang hingga rumah berkenaan terbalik runtuh. Kalau dia sempat melompat turun, memang Mat Senik tidak akan mengalah. Bila - bila sahaja dia akan mencekak tengkuk lembaga bertubuh besar umpama gajah itu sekali pun terpaksa bergelut berhempas pulas.

" Dah lama benar kejadian itu berlaku, ustaz " beberapa kali Siak Deraman beristighfar disebabkan dia sendiri yang sedang memandikan jenazah ketika itu.

" Tapi, Abang Senik sekarang ni memang sakit " ujarnya setelah diberitahu mengenai abangnya terkejang sakit sudah berminggu - minggu.
Bimbang juga anaknya, Andak Kasim jika kejadian yang berlaku bertahun - tahun dulu terhadap ayahnya akan berulang kembali. Sebab itu dia desak saya datang menjengah tatkala ayahnya sudah terkejang sakit sehingga berminggu - minggu. Manalah tahu kalau sakit terkejang itu sekadar mahu mengelirukan mereka sekeluarga.

" Siak Deraman pun berpengalaman, tentu dia lebih tahu " tutur saya sambil mengerling kepada Siak Deraman .

Dalam wajahnya yang sudah dimamah usia itu, Siak Deraman tetap tenang mendesak abangnya supaya berzikir mengingatkan Allah yang maha mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:13 AM | Show all posts
dah ade citer baru....
tapi bro tak update tajuk la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
oo ooh sori ... masa nak update kredit abis la pulok ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2013 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
23 -DENDAM  KHADAM  MINYAK SENYONYONG

Memang usianya hampir 100 tahun ketika Aki Lagah meninggal dunia. Tetapi seisi kampung telah menganggap Aki Lagah seolah - olah telah bertukar nyawa dengan Mat Senik yang sudah disangkakan mati, tetapi bingkas bangun tatkala tengah dimandikan. Dalam masa orang - orang kampung mahu mengambuskan tanah kubur yang digali digantikan dengan batang pisang, tiba - tiba sahaja pula mereka telah diberitahu mengenai kematian Aki Lagah.

Lantas Siak Deraman telah mengingatkan mereka semua bahawa perkara bertukar nyawa sekadar anggapan mereka sahaja. Masakan sesiapa boleh menentukan perkara yang hanya ada di dalam pengetahuan Allah Azzawajala. Tentu abangnya, Mat Senik masih belum mati semasa mereka bujurkan tubuhnya semacam mayat terkejang tetapi sekadar keadaannya seolah - olah sudah meninggal dunia.

Manakala Aki Lagah pula sudah lama benar terlantar akibat usianya sudah terlalu tua. tatkala usianya sudah 90 tahun pun, Aki Lagah tetap berkeras juga mahu berkahwin lain disebabkan isterinya Uda Selibah sudah bertahun - tahun meninggal dunia. Sepi sangat dia tinggal berseorangan setelah anak - anak jarang menjengahnya di rumah. Mat Senik lah satu - satunya yang mahu bantu dia apabila dia mahu berkahwin dengan Tikmah yang sudah lama menjanda itu.

Tidak membantah pun Tikmah apabila dia dilamar oleh Aki Lagah sekali pun dia tahu jarak umur mereka terlalu jauh berbeza. Apalah sangat Tikmah peduli dengan umur Aki Lagah yang sudah menjangkau 90 tahun, kalau dibandingkan dengan tubuhnya yang masih gagah mencebak tanah di kebun. Kulit lengannya juga masih belum kendur bagaikan lelaki yang perkasa. Sebab itu Tikmah percaya Aki Lagah mampu melindungi dirinya yang baru berumur dalam 30 an itu.

" Tak siapa nak jengah aku kalau sakit pening, Senik " ujar Aki Lagah yang meluahkan rasa sepi dihatinya tatkala memberitahu Mat Senik hasratnya mahu meminang Tikmah.

" Aki berkenan dengan budak Tikmah ke? " sengaja Mat Senik mahu menduga hati orang tua itu.

" Kamu nampak tak ke muda sangat kalau dibandingkan dengan aku? " tersengih - sengih Aki Lagah kerana bimbang Mat Senik akan mengejeknya.

" Perkara jodoh bukan boleh banding dengan umur, Aki " beritahu Mat Senik seolah - olah bersetuju dengan keputusan Aki Lagah itu.

" Sudikah Tikmah tu menerima, kalau aku minta dia? " bimbang juga Aki Lagah sekiranya janda berkenaan menolak lamarannya.

Malu juga Aki Lagah sekiranya Tikmah menolak disebabkan belum pernah lamaran dia ditolak oleh sesiapa pun. Setelah beberapa kali menduda, memang hampir 20 kali juga Aki Lagah berkahwin lain sekali pun jodohnya tidaklah berpanjangan. Tetapi anaknya tidaklah ramai sangat setelah beberapa kali berkahwin.

Tersenyum Mat Senik apabila Aki Lagah sengaja merendahkan diri tatkala berhasrat mahu meminang Tikmah. Tahu sangat dia mengenai kebolehan Aki Lagah apabila hatinya mula terpikat dengan seorang perempuan dimana - mana pun. Kadangkala diketuknya sahaja jari pada bendul, nescaya perempuan berkenaan akan mengerling ke arahnya. Asal sahaja perempuan itu melirik senyum, nescaya Aki Lagah sudah dapat membaca isi hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masakan Tikmah mahu membantah sekiranya Aki Lagah sudah membuka mulut mahu melamarnya. memang Mat Senik tahu mengenai minyak senyonyong yang disimpan oleh Aki Lagah akan diasap dengan kemenyan apabila dia terpikat dengan anak gadis sekali pun.

Tatkala botol minyak diasap dengan kemenyan, dia akan bacakan sebanyak 7 kali : " Hai insan wahdi insan, hai wahdi mani maknikam, aku tahu asal kau jadi si anu, rusuk kiriku asal kau jadi, masuk kau ke batang tubuh aku, kembali kepada si anu, berkat huuu.... ".

Sekiranya minyak di dalam botol berbuih bagaikan dipusar angin, Aki Lagah tahu jiwa perempuan berkenaan tengah bergelora. KetIka ini dia akan menepuk bantal 3 kali, kemudian akan dilambungkan ke udara 7 kali berturut - turut. Dia akan memerhatikan bantal berkenaan jatuh, sama ada menjunam atau tidak berpusing langsung. Memang Aki Lagah dapat mengagak perempuan yang dipikat akan segera menjengah datang sekiranya bantal berkenaan jatuh menjunam.

Apabila bantal yang ditepuk tidak memberikan kesan, dia akan gosokkan minyak senyonyong pada alis mata hingga pada atas bibir. Dia akan membayangkan perempuan berkenaan datang menjelma di depannya hingga jelas tercegat di situ.

Kemudian dia akan memicit lambungan rusuk sebelah kiri lantas menyeru :
" Aku tahu asal kau jadi, wahni wahdi mani maknikam asal kau jadi, masuk kau ke lambungan kiri aku, di situ tempat asal kau jadi, berkat huuu.... ".

Aki Lagah akan menunggu hingga terasa pada rusuknya senak bagaikan tersengkang ditampan kayu yang mencodak. Setelah ditepuk sebanyak 3 kali, nescaya rasa senak itu akan hilang secara serta merta. ketika ini dia tahu perempuan berkenaan tidak akan mampu bertahan menunggu waktu pagi cerah. Bila - bila sahaja perempuan berkenaan akan terjun ke tanah menyerbu ke rumah Aki Lagah.

" Orang macam aki, takkan Tikmah menolak? " terkekeh - kekeh Mat Senik ketawa mengusik orang tua itu apabila dia bimbang sangat Tikmah akan menolak lamarannya.

Apa lagi Mat Senik sendiri yang diharapkan oleh Aki Lagah untuk merisik ke rumah keluarga Tikmah.

" Belum tahu lagi, Senik " ujar Aki Lagah sambil tersenyum apabila kenang bukan mudah mahu memujuk perempuan itu.

" Ah, Aki jangan nak sembunyikan kuku pula! " sengaja Mat Senik mengejek.

" Uda Salbiah dulu pun Aki boleh dapat " tuturnya sambil mencebekkan bibir apabila kenangkan bagaimana orang tua itu boleh memikat Uda Salbiah.
Siapa yang akan berani mengusik Uda Salbiah kalau melintas tatkala berjalan turun ke sawah? Cubalah mengganggu Uda Salbiah, tentu akan diserbu oleh ayahnya Wak Gabah! Asal sahaja Wak Gabah mendengar anak gadisnya telah diusik, nescaya dia akan menghunuskan parang. Lantas sahaja Wak Gabah akan mencekak leher dengan mata parang menghiris telinga.

Memang Uda Salbiah mempunyai rupa paras yang memikat hati ramai orang lelaki yang menyebabkan dia lah yang satu - satunya menjadi tumpuan di dalam kampung. Bukan sahaja rupa paras yang cantik, Uda Salbiah juga ramah asal sahaja bersua muka. Tetapi tidak ada sesiapa pun yang berani mengusiknya apabila kenangkan Wak Gabah dengan misainya yang melentik itu.

Tidak ada sesiapa pun yang berani menentang muka Wak Gabah apabila dia sudah membentak marah. Seisi kampung telah melihat sendiri bagaimana kejadian Usup Tibai cuba menunjukkan keras kepala dengan menjerkah isteri Wak Gabah disebabkan permatang sawahnya telah terpokah. Tatkala Siah Uban telah memasukkan air ke dalam lopak, memang dia telah memokah permatang di sempadan sawahnya. Siah Uban mengaku dia bersalah kerana tidak meminta kebenaran Usup Tibai terlebih dahulu sebelum memokah permatang tersebut yang menyebabkan sawah Usup Tibai telah kekurangan air.

Tetapi Usup Tibai tidak peduli lagi sama ada Siah Uban ada meminta maaf atau tidak. Lantas sahaja dia telah mencekak rambut Siah Uban sekali pun perempuan itu berkali - kali meminta maaf. Memang dia tidak menyangka Usup Tibai akan marah menyinga hingga sebegitu sekali walaupun sekadar permatang sawahnya dipokah lantas menyebabkan anak padi tidak cukup air.

Lagi pun bersempadan sawah apa sangat mahu berkira hingga tidak boleh terlebih kurang langsung! Tersinggung sangat Usup Tibai apabila permatang sawahnya dipokah Siah Uban seolah - olah mahu mencabar dirinya. Mentang – mentang lah seisi kampung tidak berani mengangkat muka di depan Wak Gabah, sengaja pula Siah Uban mahu memperolok - olokkan dirinya.

" Kita bersempadan sawah, eloklah bertolak ansur, Sup " pujuk Mat Tera apabila melihat sepupunya berkeras sangat mahu menunjukkan keras kepala sampai mencekak rambut Siah Uban .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
" Tolak ansur apa? Kalau nak pijak kepala aku! " sahut Usup Tibai yang tidak dapat menahan sabar lagi.

" Siapa pijak kepala engkau? "....

Tiba - tiba sahaja Usup Tibai merasakan pipinya telah ditampar keras. Dia tercampak ke tepi permatang lantas kepalanya pun dipijak. Dia pun menyedari bahawa kepalanya telah dipijak oleh Wak Gabah hingga mukanya tertumus ke lumpur. Hairan juga Mat Tera bagaimana tiba - tiba sahaja Wak Gabah terjongol di situ. Siapa pun tidak dapat menyedari bagaimana kelibat Wak Gabah terpacul sekali gus pada masa isterinya dicekak rambut oleh Usup Tibai.

Apa lagi, sebaik sahaja Usup Tibai bangun segera sahaja dia menghunuskan parang di pinggang. Dia pun menetak Wak Gabah hingga mata parang pun singgah pada lengan. Tetapi mata parang Usup Tibai menggelebek sampai sumbing mata laksana ditetakkan pada besi yang melintang.

Kalau tidak disebabkan Aki Lagah yang memujuk, belum tentu lagi Wak Gabah akan mahu mengalah. Mahu sahaja dia mencekak leher Usup Tibai setelah lelaki itu berkeras sangat mahu mencederakan dirinya. Masakan Usup Tibai tidak tahu bahawa buaya yang berada di tengah arus pun lari berdecau - decau asal sahaja Wak Gabah terjun ke dalam air. Asal sahaja dapat dicekak ekor buaya itu, nescaya akan diheretnya naik ke tebing macam menarik aur songsang di tengah belukar.

Buaya yang diheret naik itu sekadar menepuk - nepuk air dengan tidak melawan apa - apa. Kalau buaya di tengah arus pun tidak berani menunjukkan bisa taring, kenapa Usup Tibai sengaja mahu berkeras melawan? Dia seolah - olah sengaja mahu mencari geruh apabila berani mencekak rambut Siah Uban disebabkan semata - mata permatang sawah di sempadan terpokah.

Lagi pun Siah Uban tu adalah sepupunya yang tidak sepatutnya dilawan berkasar. Tapi tiba - tiba sahaja hati Usup Tibai memberang tidak menentu tatkala melihat anak padinya di tengah lopak tidak mempunayi air yang cukup. Sebab itulah dia menyerbu Siah Uban semasa perempuan itu sedang terbongkok - bongkok mencebak rumput di tepi permatang.

" Sabar Wak, buat apa lawan dengan Usup Tibai? " satu - satunya yang berani memujuk Wak Gabah yang tengah memberang itu memang Aki Lagah sahaja.

" Dia nak tunjuk keras kepala dengan aku!! " bentak Wak Gabah yang masih tidak puas hati dengan sikap sepupu isterinya itu.

" Ah, Usup Tibai ni Wak terikat tangan pun dia tak boleh lawan " sengaja Aki Lagah mengusik biar lelaki itu mengendur.

Tersenyum Wak Gabah apabila Aki Lagah bandingkan dirinya tidak setanding dengan Usup Tibai. Kalau Aki Lagah tidak ungkit pun, seisi kampung sudah tahu masakan Usup Tibai boleh mengalahkan Wak Gabah. Bukan takat boleh cekak buaya yang di tengah arus sahaja, malah ditimpa pokok 5 - 6 pemeluk pun Wak Gabah tidak mengalami kecederaan apa - apa.Sebab itu seisi kampung tidak berani mengangkatkan muka sekiranya Wak Gabah sudah membentak marah. Tetapi dia tidak akan berkeras apabila Aki Lagah yang memujuknya. Mudah sahaja dia akan mengalah asal sahaja sudah bertentangan mata dengan Aki Lagah. Dalam masa mereka di kampung tidak berani mengusik Uda Salbiah, dia satu - satunya yang memberanikan diri datang melamar. Wak Gabah sendiri tidak membantah apa - apa sebaik sahaj Aki Lagah sudah masuk meminang.

Memang Mat Senik tahu sangat rahsia disebalik keberanian Aki Lagah. Asal sahaja dia sudah menyapukan minyak senyonyong pada alis matanya, nescaya harimau yang garang di tengah hutan juga akan menjadi lemah tidak bertenaga. Tentu harimau berkenaan tidak akan dapat melompat menerkam ke arahnya sampai mengerkah tengkuk.

Apa sangatlah dengan Wak Gabah tengah memberang jikalau dibandingkan dengan harimau mengaum garang yang mahu menerkam mangsa. Mat Senik sendiri melihat Aki Lagah tidak berundur tatkala terserempak dengan harimau di tengah hutan. semasa mereka berjalan masuk ke hutan mencari rotan sengaja Aki Lagah yang berjalan di hadapan.

Memang mereka berdua bersama - sama ke hutan sekiranya mencari rotan. Tambahan pula Aki Lagah akan mencari akar kayu untuk dibuat ramuan ubat. Kadangkala orang - orang kampung akan meminta Aki Lagah mencarikan ubat akar kayu disebabkan mujarab sangat diminum perempuan yang baru lepas bersalin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewaktu melalui lorong yang dikelilingi pohon renek, tiba - tiba sahaja harimau belang muncul menjongolkan kepala. Cepat - cepat pula Mat Senik berundur mahu mencari pokok untuk berlindung. tetapi dia terpegun apabila Aki Lagah terus tercegat tidak bergerak sebaik sahaja berhadapan dengan harimau berkenaan.

" Hei orang tua, pergilah cari makan tempat lain! " ujar Aki Lagah yang masih tidak berganjak sambil merenung harimau tersebut yang mara ke arahnya.

Lama harimau tersebut mencakar - cakar tanah, kemudian terus menghambur ke tengah belukar. Memang Mat Senik nampak harimau berkenaan seolah - olah tidak mampu mahu menerkam Aki Lagah. Sebab itu Mat Senik tahu Aki Lagah tidak akan diterkam oleh harimau asal sahaja minyak senyonyong sudah disapu ke mukanya. Bila - bila sahaja harimau garang akan tunduk tidak membuka taring jikalau sudah berdepan dengan Aki Lagah.

Perkara minyak senyonyong itu tidak sama dengan minyak dagu kerana Aki Lagah akan tampung didalam tempurung setelah masak santan nyiur hijau. Dia sanggup memanjat pokok kelapa hijau pada tengah malam lalu memetik buah dan digantungkan pada lehernya supaya tidak jatuh terhempas ke tanah. Setelah diparut, dia akan perah santan lalu dibuat minyak.
7 jenis bunga berbau harum akan dijadikan ramuan dengan 7 helai akar serai bunga. Dia akan tapakan ramuan itu 7 malam di atas bumbung rumah biar dihurung oleh serangga atau pun burung. Aki Lagah akan hayunkan limau pada asap kemenyan dengan dibungkus kain putih yang diikat dengan benang 7 warna semasa minyak berkenaan ditapakan sampai 7 malam.

Dia tahu minyak berkenaan akan dijengah oleh 7 puteri yang turun dari udara. Tatkala 7 puteri ini melayang turun, lembaga besar belakang berbonggol akan datang mengganggu. Apabila dia hentakkan kakinya ke tanah, sekali gus kawasan berkenaan akan menjadi gelap seperti diserkup dengan hutan buluh yang luas.

Tetapi 7 puteri ini tidak akan mengalah sebaik sahaja sudah tercium bau 7 jenis bunga yang ditapa oleh Aki Lagah pada bumbung rumah itu. Lantas puteri 7 akan kibaskan kain layang yang dipakainya lalu menyebabkan hutan buluh itu musnah terbakar dijilat api. Marah benar lembaga bertubuh besar itu apabila api telah mengancamnya dari segenap penjuru.

Lembaga bertubuh besar itu pun tertunduk malu sebaik sahaja puteri 7 akan ungkitkan pasal dirinya yang disumpah hingga menjelma dengan belakang berbonggol. Kalau tidak disebabkan dia gunakan minyak dagu untuk memikat perempuan, memang puteri 7 tidak akan menyumpah sedemikian.

Tahu sangat puteri 7 bagaimana lelaki berkenaan sengaja menunggu berita kematian gadis sunti, kemudian beliau akan menggali kuburnya pada waktu tengah malam. Sanggup sahaja dia melangkah ke kawasan tanah perkuburan dengan membuang semua pakaiannya. biarlah angin kencang bersama petir berdentam, lelaki itu tetap berkeras meranduk kegelapan malam. terus sahaja dia menggali kubur gadis sunti itu yang baru sahaja dikebumikan pada siang harinya.

Sebaik sahaja mayat gadis sunti di dalam liang lahad tu ditarik keluar, dia akan membakar dagu mayat itu dengan api lilin sehingga minyak mula menitik. segera ditadah dengan tempurung minyak yang mengalir pada dagu mayat itu. Ketika ini lelaki berkenaan akan mendegar jeritan kesakitan sayup - sayup di udara, tetapi dia tetap berdegil. Dia tetap bertahan sekali pun lembaga besar muncul menjelma di depannya.

Tersengih - sengih lembaga besar itu tatkala melihat lelaki berkenaan melayur dagu mayat tersebut semata - mata mahu mendapatkan minyaknya. Setelah siap dilayur, dia akan memasukkan kembali mayat berkenaan ke dalam liang lahad. memang lembaga bertubuh besar itu akan menjilat minyak dagu yang ditadah di dalam tempurung itu.

Tetapi minyak senyonyong Aki Lagah tidak sama dengan minyak dagu berkenaan. Apabila lelaki itu disumpah menjadi lembaga besar dengan belakang berbonggol, ia sentiasa memusuhi puteri 7.

" Kamu nak perdaya orang dengan minyak dagu!! " puteri 7 mengejek lembaga bertubuh besar yang bersatu dengan lelaki berkenaan.

" Apa kurangnya kamu nak perdaya orang dengan minyak senyonyong!! " lembaga bertubuh besar itu pulak berkata sambil mencemikkan muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077735 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list