CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Pertikaian berkaitan Hadith 'Manzil'

[Copy link]
Post time 27-5-2014 03:44 PM | Show all posts
---boleh sebut kumpulan 75 ayat-ayat tertentu, pada tempat tertentu dalam Al-Quran. Ataupun tulis semua ayat tu setiap kali nak rujuk kepada ayat-ayat yang tersebut.---

kenapa nabi baca ayat tertentu tersebut? ada penerangannya tak? kenapa kita ikut baca ayat tertentu tersebut? adakah kita ikut sekadar taklid? nabi baca kepada orang itu dalam keadaan nabi faham..si pesakit pada waktu itu kalau jenis gila sekejap-sekejap seperti diceritakan di atas ni, maka pada waktu itu dia faham...kita pula baca dalam keadaan hafal..yg mendengar lagi lah tak faham..menjiwai sudah tentulah lah tidak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 03:46 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 27-5-2014 03:33 PM
Zaman nabi s.a.w. ada gelas pecah x?

saya tak pasti sejarah kaca sejak bila...hihihi...sejarah stokin tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:47 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 11:59 AM
Ikhlas kah aku baca manzil utk membesarkan allah..atau sbb takut pada hamba (jin syaitan iblis lakna ...

Kalau memang dah tak ikhlas, sudah tentu tak perlu mohon pada Allah.

Sedara tahu kah apa itu ISTI'AZAH? Dah baca post-post yang sebelum ni dalam bebenang ni atau belum?

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:49 PM | Show all posts
----Kalau memang dah tak ikhlas, sudah tentu tak perlu mohon pada Allah--------

kalau tak ikhlas nak mohon pada siapa pula?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:50 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 03:44 PM
kenapa nabi baca ayat tertentu tersebut? ada penerangannya tak? kenapa kita ikut baca ayat tertentu tersebut? adakah kita ikut sekadar taklid? nabi baca kepada orang itu dalam keadaan nabi faham..si pesakit pada waktu itu kalau jenis gila sekejap-sekejap seperti diceritakan di atas ni, maka pada waktu itu dia faham...kita pula baca dalam keadaan hafal..yg mendengar lagi lah tak faham..menjiwai sudah tentulah lah tidak..

Nampaknya sedara terjah masuk hanya nak pertikai... saya sarankan baca dari awal kalau nak terjah pun. Tak perlu saya ulang berkali-kali seperti yang dah dijelaskan berkali-kali kepada sedara hantukiller

Jangan berhujjah atas orang itu buat orang ini buat. Itu tak kena. Kalau orang baca manzil sambil gelak, adakah itu salah manzil? Jangan berhujjah atas apa orang lain buat.

Boleh? Berhujjah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Boleh?

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 03:56 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 03:49 PM
----Kalau memang dah tak ikhlas, sudah tentu tak perlu mohon pada Allah--------

kalau tak ikhlas nak mohon pada siapa pula?

Mohon selain pada Allah tu tanda tak ikhlas. Bergantung pada selain Allah tu tanda tak ikhlas. Pertikai Kalam Allah pun tanda tak ikhlas.

Kalau dah tahu diri sendiri tak ikhlas, bermakna hati bukan bulat kepada Allah. Buat apa nak minta dari Allah? Dah tak ikhlas! Faham-faham je lah...

Kita bincang pasal amalan manzil, yang ada dalam sunnah, MOHON PERLINDUNGAN ALLAH,.... bukan nak bincang mohon pada yang bukan Allah pula (Na'uzubillah)




Last edited by mnm77 on 27-5-2014 04:04 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 04:10 PM | Show all posts
tapi isu utama di malaysia ni ialah orang baca ayat dari al quran macam2 tapi tak faham dan menjiwai pun apa yg dibaca tu..hihii..

sekali sekala baca tafsir surah al baqarah, yasin..mengerikan..menakutkan..besarnya kekuasaan Allah, garangnya Allah, ...tapi  jumpa tang ayat kasih sayang allah pada manusia, bahagia rasa...

dah lama aku tersangkut baca tafsir..bila nak sambung balik nih...

ps--tak perlu respon pun post aku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:13 PM | Show all posts
Sunnah (سنة [ˈsunna], plural سنن sunan [ˈsunan]) is an Arabic word that means "habit" or "usual practice".

wikipedia jugak yang aku quote..hihi..perkataan sunnah itu sendiri membawa maksud yg selalu dibuat..tapi kalau hanya berdasarkan satu kes, bukan le sunnah rasanya..ke camner???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 04:20 PM | Show all posts
saya refer pada kenyataan
----Kalau memang dah tak ikhlas, sudah tentu tak perlu mohon pada Allah----

adakah maksud tuan manzil itu kaedah permohonan? sebab saya confuse tadi tetiba keluar ayat di atas...kalau ada permohonan, wajib guna manzil sebagai kaedah permohonan?? itukah maksud tuan... jgn menambah dalam beragama...kalau ada kehendak dan keperluan, mohon terus dgn allah...ayat al quran bukan semuanya doa..ada sebahagian doa, sebahagian ayat hukuman, sebahagian ayat kasih allah pada manusia...sebahagian ayat ugutan kepada musuh allah..sebahaigan ayat sejarah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:20 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 04:10 PM
tapi isu utama di malaysia ni ialah orang baca ayat dari al quran macam2 tapi tak faham dan menjiwai pun apa yg dibaca tu..hihii..

sekali sekala baca tafsir surah al baqarah, yasin..mengerikan..menakutkan..besarnya kekuasaan Allah, garangnya Allah, ...tapi  jumpa tang ayat kasih sayang allah pada manusia, bahagia rasa...

dah lama aku tersangkut baca tafsir..bila nak sambung balik nih...

ps--tak perlu respon pun post aku ni...

Takpa saya respon supaya jelas sikit bahawa, dalam perbincangan ni bukan tujuan berhujjah atas amalan-amalan orang itu baca, orang ni zaastt, orang itu jampi, orang ni tak faham.

Pertama sekali, ada dalam Sunnah atau tidak? Kalau ada, maka kita lihat dalil dan cara-cara. Kalau tiada, tak perlu pertahan sebagai Sunnah.


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:22 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 04:13 PM
Sunnah (سنة [ˈsunna], plural سنن sunan [ˈsunan]) is an Arabic word that means "habit" or "usual practice".

wikipedia jugak yang aku quote..hihi..perkataan sunnah itu sendiri membawa maksud yg selalu dibuat..tapi kalau hanya berdasarkan satu kes, bukan le sunnah rasanya..ke camner???

wikipedia tu umum. Jangan terlalu bergantung pada wikipedia untuk buat rujukan berkaitan Agama Islam.

Memang dari segi bahasa, Sunnah itu sesuatu yang kebiasaan.

1. Saya nak tanya sedara, Haji tu Sunnah atau tidak? Berapa kali Nabi tunaikan Haji? Boleh sedara jawab?
2. Apa bukti Nabi baca sekali saja ayat-ayat manzil?

Dalam hal agama, jangan guna rasa-rasa.. kerana rasa-rasa tu termasuk dalam persangkaan. Setiap persangkaan tu TAK BERGUNA sikit pun untuk mencapai kebenaran!

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. (Yunus, 30)
Last edited by mnm77 on 27-5-2014 04:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:32 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 04:20 PM
saya refer pada kenyataan
----Kalau memang dah tak ikhlas, sudah tentu tak perlu mohon pada Allah- ...

Ok

adakah maksud tuan manzil itu kaedah permohonan? sebab saya confuse tadi tetiba keluar ayat di atas...kalau ada permohonan, wajib guna manzil sebagai kaedah permohonan?? itukah maksud tuan... jgn menambah dalam beragama...kalau ada kehendak dan keperluan, mohon terus dgn allah...ayat al quran bukan semuanya doa..ada sebahagian doa, sebahagian ayat hukuman, sebahagian ayat kasih allah pada manusia...sebahagian ayat ugutan kepada musuh allah..sebahaigan ayat sejarah..

1. 'Manzil' merupakan istilah ringkasan bagi himpunan dari ayat-ayat Al-Quran pada tempat tertentu dalam Al-Quran
2. Manzil merupakan DOA mohon perlindungan Allah. Ini juga boleh disebut sebagai ISTI'AZAH.
3. Manzil bukan satu-satunya cara mohon perlindungan Allah. Saya dah sebut berkali-kali dalam bebenang ni, tapi mungkin tuan terjah kat hujung tak ikut perbincangan, maka tuan mungkin anggap manzil tu dipertahankan sebagai wajib? Tak timbul isu wajib atau perlu baca. Bacaan ayat-ayat Manzil merupakan salah satu cara yang ditunjukkan oleh Nabi, dalam merawat penyakit yang disebabkan oleh gangguan Syaitan.
4. Manzil boleh dibuktikan dari Sunnah. Setiap yang Sunnah ada kejayaan. Tiada unsur tokok tambah.
5. Mohon terus pada Allah. Itulah permohonan yang IKHLAS.
6. Kenyataan 'ayat Al-Quran bukan semuanya doa' adalah benar. Sebab tu ayat-ayat Manzil terkandung Al-Muawwizatain, Al-Fatihah dan lain-lain yang tertentu, sebagai doa syifa dan doa mohon PERLINDUNGAN ALLAH.

Sila kaji mafhum ayat-ayat manzil, sebelum pertikai lagi...

Harap jelas.




Last edited by mnm77 on 27-5-2014 04:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:46 PM | Show all posts
---1. Saya nak tanya sedara, Haji tu Sunnah atau tidak? Berapa kali Nabi tunaikan Haji? Boleh sedara jawab?
2. Apa bukti Nabi baca sekali saja ayat-ayat manzil?---

1. disepakati haji itu wajib bagi yg mampu sampai ke sana..
2. refer kes dari mana datang manzil semula..kes orang gila..ramai ke orang gila yg dibawa jumpa nabi? disepakati kes gila tersebut gangguan syaitan dan bukan sebab lain??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:52 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 04:46 PM
1. disepakati haji itu wajib bagi yg mampu sampai ke sana..

Saya setuju Haji wajib bagi yang berkemampuan. Saudara tak jawab, Haji tu Sunnah atau bukan Sunnah? Sudah tentu Sunnah, yang wajib. Kan?

Ada Sunnah yang Wajib, ada Sunnah yang Harus, ada Sunnah yang Haram. Kahwin lebih dari 4 pada satu masa tu Sunnah yang Haram. Itu khusus untuk Nabi.

2. refer kes dari mana datang manzil semula..kes orang gila..ramai ke orang gila yg dibawa jumpa nabi? disepakati kes gila tersebut gangguan syaitan dan bukan sebab lain??

Tak jawab soalan, tapi tanya soalan pula. Apa bukti sekali saja Nabi bacakan ayat-ayat manzil?

Dalam hal agama, jangan guna rasa-rasa.. kerana rasa-rasa tu termasuk dalam persangkaan. Setiap persangkaan tu TAK BERGUNA sikit pun untuk mencapai kebenaran!

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. (Yunus, 30)


Last edited by mnm77 on 27-5-2014 04:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 04:56 PM | Show all posts
jadi siapa tahu berapa kali nabi baca manzil untuk pulihkan orang gila itu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 05:07 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 04:56 PM
jadi siapa tahu berapa kali nabi baca manzil untuk pulihkan orang gila itu?

jadi siapa tahu berapa kali nabi baca manzil untuk pulihkan orang gila itu?


hang kata dah menjiwai bacaan AL QURAN tuuu
tapi soalan bodoh camni pun terkeluar dari diri hang
camna kata hang menjiwai niii
jiwa kacau ada le kotttttttt

NABI MEMBACAKAN AYAT2 ALLAH tu utk semua yg hadir
hang faham keeee
supaya semua mendapat pengajaran dan rahmatnya

camtu juga adanya HADITH QUDSI
kan itu FIRMAN ALLAH gak kan - yg tak dalam AL QURAN
takkan camtu je NABI terus mengeluarkan KATA-KATANYA kottttttttttttt


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 05:16 PM | Show all posts
aku masih cuba menjiwai..kenalah berterusan..tak nak lah khatam beratus kali tapi fahamnya idak..tak gitu??? taknak jadi burung kakak tua yang mengulang tanpa faham...moga dijauhkan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 05:45 PM | Show all posts
abas8888 posted on 27-5-2014 04:56 PM
jadi siapa tahu berapa kali nabi baca manzil untuk pulihkan orang gila itu?

Tidak diketahui secara pasti berapa kali, namun tidak boleh dibuat kesimpulan yang pasti sebagai hanya sekali, sebagai dalil untuk kata rawatan tersebut bukan Sunnah.

Namun, jika hanya sekali sahaja pun, itu sudah memadai untuk kita tahu bahawa itu salah satu cara ISTI'AZAH yang ditunjukkan oleh Nabi (Sunnah), dalam rawatan mengubati penyakit 'gila' yang disebabkan oleh gangguan Syaitan (kerasukan).

Pernah suatu ketika Nabi terkena sihir orang Yahudi, dan rawatannya kita dapat tahu melalui turunnya Al-Mu'awwizatain. Perlukah kita nak cari dalil sehingga dapat buktikan Nabi disihir berkali-kali baru nak kata rawatan itu ada dalam Sunnah?

Untuk rawatan, tak perlu dijadikan hujjah seperti amalan kebiasaan, hanya sekali saja ditunjukkan sudah memadai diketahui bahawa rawatan itu sebagai Sunnah. Sekalipun Al-Muawwizatain itu sebagai isti'azah yang bukan wajib dilakukan secara kebiasaan, masih boleh dibuktikan bahawa Nabi kebiasannya mengamalkan Al-Muawwizatain. Dan Al-Mu'awwizatain itu juga terkandung dalam manzil.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 27-5-2014 06:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 05:55 PM | Show all posts
disepakati kes gila tersebut gangguan syaitan dan bukan sebab lain??

Rawatan 'Gila' yang dibacakan Al-Muawwizatain (manzil terkandung Al-Mu'awwizatain) sudah tentu berkait dengan GILA daripada gangguan Syaitan.

Siaran ulangan:

Bukti Penyakit Gila ada yang disebabkan oleh Gangguan/Kerasukan Syaitan:

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ أَخْبَرَنَا مَخْلَدٌ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ أَنَّهُ رَأَى أُمَّ زُفَرَ تِلْكَ امْرَأَةً طَوِيلَةً سَوْدَاءَ عَلَى سِتْرِ الْكَعْبَةِ

Dari Imran bin Abu Bakar dia berkata, telah menceritakan kepadaku 'Atha bin Abu Rabah, dia berkata, Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku, mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita dari penduduk syurga? Jawabku, bahkan (sudah tentu). Dia (Ibni Abbas) berkata inilah wanita berkulit hitam, dia pernah menemui Nabi SAW seraya berkata, Sesungguhnya aku menderita diserang penyakit gila dan (auratku) sering tersingkap, maka berdoalah kepada Allah untukku. Baginda bersabda, jika engkau berkenan, bersabarlah maka bagimu syurga. Dan jika engkau berkenan pula aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menyembuhkanmu. Dia (wanita itu) berkata, baiklah aku akan bersabar. Wanita itu berkata lagi, namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap. Maka baginda mendoakan untuknya.
(Sahih Bukhari)

Riwayat di atas juga terdapat dalam Sahih Muslim. Wanita yang dimaksudkan itu ialah Ummu Zufar, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya dari 'Atha.

Ketika menjelaskan hadith di atas, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani berkata (dalam Fath-ul Bari Syarah Sahih Bukhari), bahawa dari kisah yang sama di atas, wanita itu juga berkata:
"Aku takut si jahat itu menelanjangiku"
(Riwayat Al-Bazzar dari jalan yang lain dari Ibni Abbas)

Al-Hafiz menjelaskan bahawa gila (seperti sawan) yang dialami oleh wanita tersebut adalah disebabkan oleh KERASUKAN JIN, bukannya sawan kebiasaan (epilepsi). Si jahat (al-khabith) adalah Syaitan.

Komen saya:
Perkataan صرع secara literal bermakna sawan/epilepsi/sejenis gila. Maka dari segi bahasa, أُصْرَعُ secara literalnya bermakna diserang sawan/epilepsi/sejenis gila. Namun penyakit yang dideritai oleh Ummu Zufar itu dijelaskan berpunca dari dari gangguan Kerasukan Jin, bukannya sawan yang kebiasaan (epilepsi). Ini berdasarkan hujjah wanita itu berkata: "Aku takut si jahat itu menelanjangiku"


Kegilaan boleh disebabkan dari Kerasukan Syaitan
ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻋَﻤْﺮُﻭ ﺑْﻦُ ﻣَﺮْﺯُﻭﻕٍ ﺃَﺧْﺒَﺮَﻧَﺎ ﺷُﻌْﺒَﺔُ ﻋَﻦْ ﻋَﻤْﺮِﻭ ﺑْﻦِ ﻣُﺮَّﺓَ ﻋَﻦْ ﻋَﺎﺻِﻢٍ ﺍﻟْﻌَﻨَﺰِﻱِّ ﻋَﻦْ ﺍﺑْﻦِ ﺟُﺒَﻴْﺮِ ﺑْﻦِ ﻣُﻂْﻌِﻢٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻴﻬِﺄَﻧَّﻪُ ﺭَﺃَﻯ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳُﺼَﻠِّﻲ ﺻَﻠَﺎﺓً ﻗَﺎﻝَ ﻋَﻤْﺮٌﻭ ﻻَ ﺃَﺩْﺭِﻱ ﺃَﻱَّ ﺻَﻠَﺎﺓٍ ﻫِﻲَ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴﻼً ﺛَﻠَﺎﺛًﺎ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺍﻟﺸَّﻴْﻂَﺎﻥِ ﻣِﻦْ ﻧَﻔْﺨِﻪِ ﻭَﻧَﻔْﺜِﻪِ ﻭَﻫَﻤْﺰِهِ ﻘَﺎﻝَ ﻧَﻔْﺜُﻪُ ﺍﻟﺸِّﻌْﺮُ ﻭَﻧَﻔْﺨُﻪُ ﺍﻟْﻜِﺒْﺮُ ﻭَﻫَﻤْﺰُﻩُ ﺍﻟْﻤُﻮﺗَﺔُ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻣُﺴَﺪَّﺩٌ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻳَﺤْﻴَﻰ ﺑْﻦُ ﻣِﺴْﻌَﺮٍ ﻋَﻦْ ﻣِﺴْﻌَﺮٍ ﻋَﻦْ ﻋَﻤْﺮِﻭ ﺑْﻦِ ﻣُﺮَّﺓَ ﻋَﻦْ ﺭَﺟُﻞٍ ﻋَﻦْ ﻧَﺎﻓِﻊِ ﺑْﻦِ ﺟُﺒَﻴْﺮٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻴﻪِ ﻗَﺎﻝَ ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﻓِﻲ ﺍﻟﺘَّﻂَﻮُّﻉِ ﺫَﻛَﺮَ ﻧَﺤْﻮَﻩُ

Dari 'Amru bin Murrah dari 'Asim Al 'Anazi dari Ibnu Jubair bin Mut'im dari ayahnya bahawa dia melihat Rasulullah SAW mengerjakan solat. 'Amru mengatakan, aku tidak tahu solat apa yang sedang dikerjakan oleh baginda. Baginda mengucapkan ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻛْﺒَﺮُ ﻛَﺒِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻭَﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴﻼً (Allah Maha Besar sungguh Maha Besar, Allah Maha Besar sungguh Maha Besar, Allah Maha Besar sungguh Maha Besar, dan segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, dan Maha suci Allah pada pagi hari dan petang hari) -sebanyak tiga kali-, ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﺍﻟﺸَّﻴْﻂَﺎﻥِ ﻣِﻦْ ﻧَﻔْﺨِﻪِ ﻭَﻧَﻔْﺜِﻪِ ﻭَﻫَﻤْﺰهِ  (Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan, dari nafkh-nya, nafth-nya serta hamzi-nya." Berkata (perawi): nafth-nya adalah syairnya, nafkh-nya adalah kesombongannya sedangkan hamzi-nya adalah kegilaan (al-mautatu).
(HR Abu Dawud)

Dari riwayat Al-Hakim, disahihkan oleh Az-Zahabi, ada disebut bahawa Nabi SAW berdoa:
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari Syaitan yang terkutuk, dari penyakit gila yang ditimbulkannya, dari tiupannya dan dari syairnya. Nabi SAW bersabda: Hamazihi (gila yang ditimbulkannya) ialah Al-Mautatu (kerasukan), nafathihi (hembusannya) ialah syair dan nafakhihi (tipuannya) ialah kesombongan.
(Hadith ini juga diriwayatkan oleh Tarmizi, Nasai, dari hadith Abu Said Al-Khudri)

Al-Mautatu ialah sejenis penyakit gila dan kerasukan yang menimpa manusia, seperti orang tidur dan mabuk, jika telah sedar maka kembali akalnya (Lisanul Arab)

Hafiz Ibn Kathir berkata: Hamazuhu ialah al-mautatu yakni cekikan yang berupa kerasukan (Al-Bidayah wa Nihayah)

Abdul Karim Naufan berkata: hadith ini membuktikan adanya penyakit GILA KERASUKAN yang ditimbulkan oleh JIN pada manusia, kerana di dalam hadith ini Rasulullah SAW berlindung dari al hamaz, sedangkan erti al-hamaz ialah al-mautatu yakni penyakit GILA yang menimpa seseorang atau kerasukan, kerana keadaan orang yang kerasukan itu sampai ke tingkat seperti orang mati menahan rasa sakitnya.
('Azlam-ul Jinni fi Dhau'il Kitab wa As-Sunnah)

WAllahu a'lam Last edited by mnm77 on 27-5-2014 06:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 06:05 PM | Show all posts
----Al-Hafiz menjelaskan bahawa gila (seperti sawan) yang dialami oleh wanita tersebut adalah disebabkan oleh KERASUKAN JIN, bukannya sawan kebiasaan (epilepsi). Si jahat (al-khabith) adalah Syaitan.-----

maksud saya disepakati adalah dipersetujui oleh ramai ulama bukan seorang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.071023 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list