CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RedDevils

Persoalan Zabur, Taurat dan Injil.

[Copy link]
Post time 6-8-2010 01:19 AM | Show all posts

sy SMS ank sy utk confirmkan sahaja sbb dia lbh mahir bljr lbh proper guna kitab dari mesir belaka.


Sorry lah kak, mesir bukan negeri arab. so, takde apa yg istimewa pon dgn kitab-kitab keluaran mesir tu kak.... :re:


takkan jakim nk melatih para hafiz n Hafizah guna kitab sembarangan.


Dah aliran jakim tu berkiblatkan mesir. terpulanglah ... kita bukannya nak mengikut mesir kak... kita nak ikut AlQuran. :re:


ank sy pun bljr sungguh2 sbb dia takut dilaknat Allah kelak kerana biasiswanya Dari jakim means Dari duit zakat!


Memang patut kena takut pon sebab hari nih kebanyakkan org yg berilmu ugama menjadikanilmu agama sebagai periuk nasi mereka sedangkan org yg mengambil upah itu, menurut Tuhan bukan org yg mendapat petunjuk, so mengapa kita mesti mengikut jakim? mereka pon makan gaji atas nama agama.. tak rasa malu& takut dgn Tuhan ke?

Ikuti lah kamu akan sesiapa yang tidak meminta kamu akan suatu upah,
sedang mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (36:21)


satu lagi,
sadaqah itu hanyalah utk org-org faqir& org-org miskin& amil &org-org yg di lembutkan hati nya& utk memerdekakan hamba &org-org yg berhutang& pd jalan ALLAH& anak-anak jalanan mcm budak-budak terbiar seperti kaum punk street, pelacur, mat gian, gro dsbnya... mereka ini yg sangat memerlukan bantuan ekonomi yaitu sadaqah. bukan org mcm anak akak. anak akak sepatutnya di didik supaya agama itu tidak di jadikan sarana mencari upah. ilmu agama akan menjadi rendah martabatnya kerana di perdagang & di jual beli kan. jadi lah org berilmu yg mempunyai harga diri. jangan menjadi hamba kpd keuntungan duniawi semata-mata.


cis mana dia org yg claim terror b Arab tu tp such a loser!

kat mekah, I br teringat ni, syukran ya Allah... kat dlm masjidil haram tu Ada screen jadual waktu solat. kat screen electronic tu tls subuh as fajr??? hbs org Arab tu x reti b Arab la??? hari2 brp Kali tgk screen ni terbayang dimataku lg la waktu ni last yr ada di mekah hingga seminggu Ramadhan.

sape yg takliq / taksub ajaran pemimpin anti hadis ni? u lbh taqlid lg


Akak, tolong jangan buat lawak.
saya nih pernah imigran di makkah dulu, org saudi tu bukan arab quraisy. mereka punya lughah hancusss. berterabur nahu nya sana-sini. please kak, kalau setakat pi umrah tuh belum terer lagi bahasa arab nya kak... mesti kena belajar, baru kita tahu yg mana fushah yg mana 'aamiyah... :re:

sorry kak jika terasa... saya hanya memberi nasehat demi utk generasi panji-panji agama islam yg akan datang yaitu para huffaz yg sanggup melancarkan revolusi utk mengubah masyarakat akan datang supaya dunia global bebas merdeka dari di perhambakan sistem ekonomi kapitalis yg hanya tahu mengejar keuntungan semata-mata yg akibatnya menghasilkan segala mcm kerosakan tanpa sempadan ke atas kemanusiaan, tumbuh-tumbuhan, haiwan&  keseluruhan planet bumi a.k.a dunia kita yaitu alam yg kita semua huni di dlm nya.[size=100%]
peace



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2010 01:35 AM | Show all posts

Solat Fajar tu merangkumi Solat Suboh. Bukak balik channel Arab kat TV Astroh, tengok waktu pukol 3,4 pagi punya rancangan Tasjil dari Saudi Arabia dengan pengisian untuk waktu Subuh. Dia tulis di situ Solat Fajar, maksud dia Solat Subuh. Solat ada dua raka'at (unit), bermula dengan waktu Suboh berakhir dengan matahari timbul.  


Alamak bro, gua ingat ke lu nak tepek kamus munawwir ke, munjid ke, lisaanul 'arab ke etc, etc... ropanya suroh pi tengok astero pulak dah...  apa barang bro.... tak standard laaa... :re:



Dalam tradisi nabi (saw), yakni Sunnah, dua2 istilah Subuh n Fajar tu merujuk kepada solat yang mula dengan waktu Subuh. Hadis Rowayat Muslim (656) dari Abd Rahman ibn Abi 'Amra kata: laporan bahawa Uthman 'Affan telah masuk mesjid selepas solat Maghreb n duduk seorangan. Aku duduk sebelah dia dan berkata: wahai anak sedara aku, aku dengar bahawa Rasulullah (saw) kata: "siapa2 semayang 'Isya' jema'ah seolahnya macam dia menghabiskan separuh malam dia dalam solat, dan sapa2 solat Subuh (Fajar) dengan jema'ah, seolah2 macam dia habiskan satu malam dia dengan solat.

Rowayat Bukhari (556) n Muslim (608) sebut bahawa Abu Huraira (r.a) lapor: "Rasulullah (saw) bersabda: "barangsiapa yang dapat tangkap raka'ah (unit) dalam solat 'Asar sblom tenggelam mentari, biar saja dia selesai solat dia. Barangsiapa yang dapat tangkap raka'ah (unit) dalam solat Subuh (Fajar) sblom terbit mentari, maka biar dia selesai saja solat dia.

Bagi panggilan guna istilah solat Fajar:

Rowah Muslim (670) laporan Jabir ibn Samura merowayatkan: Rasulullah (saw) bila baginda solat Fajar akan duduk tetap atas tempat dia duduk sembahyang tu sehingga terbit mentari.

Rowayat Bukhari (891) n Muslim (880) rowayatkan Abu Hurairah (r.a) laporan: "Rasulullah (saw) selalu baca waktu Jema'at n solat Fajar "Alif Laam Miim" kitab diwahyukan surah Sujjadah n surah al-Insaan."

Rowayat Bukhari (555) n Muslim (632) rowayat Abu Hurairah (r.a) laporan Rasulullah (saw) sabda: "malaikat mari ke kamu bila menjelang malam dan bila nak bertukar siang, ditanda dengan solat Fajar n solat Asar waktu petangnya. Sapa2 yang waktu tu berada dalam solat, Tuhan akan tanya malaikat2 yang naik bertukaran tu walaupon Tuhan Maha Mengetahui, "Gimana kamu orang tinggalkan hamba2 Aku itu?" Jawab malaikat: "kami tinggalkan mereka masa mereka tengah solat n bila mari pong kami nampak mereka solat."

Yang selebihnya pasal Fajrul Kazzeb n Fajrus-Saade' adalah perkara Fiqhi n Falak utamanya bagi orang2 sebelah "Barat" sana.



Sorry lah bro, walaupun gua tak pakai hadis tapi jangan ingat gua tak tahu pasal ilmu hadis. tak payah ko tepek banyak-banyak hadis kat sini. yg pertama sekali, aku nak bro huraikan tiap -tiap sanad &perawinya satu persatu dan kita tengok samaada adakah ia muttasil atau pun tidak, adakah ia ahad atau pun mutawatir, adakah ia mutawatir lafzi @ mutawatir makna etc, etc... and then baru kita buat acid test ke atas matannya pula yaitu dgn membandengkan AlQuran ke atas isi matan nya etc, etc...
begitu dong cara nya bila berbicara ilmu hadis seperti golongan salafi yg ampuh dgn ilmu kritik hadis mereka.


sorry, aku bukan jenis yg suka mengikut-ikut.... gua ada prinsip sendiri bro... bagi gua, dalil agama kena jelas... tidak boleh ada kesamaran mahu pun keraguan dari semua segi... bila ada thesis (hadis), sudah tentu ada anti thesis (anti hadis), nah! skrg masa nya utk bersintesis (ahlul-Quran)... ;)


WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 02:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirri_khafi at 6-8-2010 02:44

Tuan,

Saya dah pernah lalui zaman macam tuan lalui ni dan saya bekas pelajar sekolah ahlul bait sniri. Saya pernah maki dan keji orang-orang ikut tradisi nabi (saw) juga tradisi para nabi lain sehingga satu saat saya sudah buang ajaran Islam dalam diri dan rasa tak perlu ada apa-apa lagi jadi petunjuk kepada saya.


Maaf, itu takde mengena dgn mereka yg berpegang dgn ajaran ALLAH yakni AlQuran.



Hadis ada jenis pengajiannya yang mengawasi sama ada hadis itu saheh, lemah, dsbgnya. Tapi ada satu lagi jenis hadis yang jika tuan tak berhati-hati sama kesannya dengan tuan menolak al-Quran. Hadis Jibril atau Hadis Qudsi dan memang tidak mempunyai bacaan basmallah serta tidak dibaca dalam solat. Tetapi hadis Qudsi diwahyukan oleh Allah SWT melalui Jibril (as) kepada nabi (saw) serta termasuk dalam bahagian tradisi nabi (saw). Jika ikut logiknya akal tuan, nabi (saw) pastinya dirasuk setan pada setengah2 waktu bila menerima wahyu yang membentuk Hadis Qudsi terutamanya berkaitan hal ibadah kerana pada akal tuan, semua hadis tidak sejelas al-Quran. Umat Islam tanpa mengira mazhab Syi'ah atau Sunnah memang mengikut al-Quran juga Tradisi (Sunnah). Kalau tak ikut al-Quran bukan orang Islam la namanya.  


Hadis qudsi nih lagi banyak yg mengarut contoh nya ada hadis yg bertaraf saheh yg mengatakan jangan memaki masa (dahr) kerana masa itu adalah aku a.k.a Tuhan ALLAH. what? adakah masa itu Tuhan? dan satu lagi hadis di dlm kitab adabul mufrad karangan bukhari tapi ia bertaraf ahad, telah mengatakan: angin adalah roh ALLAH (hadis no.906) what ? angin pon tuhan jugak? kalau tak silap saya, kristian pun menganggap angin itu adalah holyspirit, so apa bezanya kristian dgn ajaran hadis? takde beza pon. yg membezakan keduanya ialah: ALQURAN.


Saya tak pasti jika tuan lulusan dari sijil thanawi, atau lulusan ijazah pengajian hadis atau tafsir tapi saya rasa tuan sepatutnya sudah mengetahui pun tentang perkara ini. Semua antara disiplin dalam bidang agama ni adalah sama penting.


Disiplin yg saya pelajari dulu adalah disiplin yg di ada-adakan supaya dapatlah mereka membentuk kerangka cara berfikir pengikut hadis. namun, nasib baik lah sejak kecil Tuhan menganugerahkan semangat rebel &anarkis kpd saya di dlm mencari kebenaran hidup. so, saya telah "membebaskan" diri dari kongkongan old skool yg sempit ke new skool yg lebih luas persepektifnya.


Bab akidah pun ada hadis yang merumuskan tentang apa itu Ihsan serta beberapa hal penting yang lain. Benda2 dalam Syari'ah Islamiah itu secara ringkasnya diputuskan dengan dalil-dalil al-Quran sebagai sumber pertama, Sunnah (Tradisi Nabi dan Hadis) bagi sumber kedua hukum, Ijma' Kesepakatan Ulama' bagi hal-hal selepas kewafatan Nabi (saw), Qiyas selepas zaman Nabi (saw) jika wujud masalah2 baru, Maslahat Masyarakat dan juga Kebiasaan yang terakhirnya.  


Bab akidah lebih melucukan kerana kononnya hanya riwayat mutawatir shj yg menjadi aqidah tetapi yg lucunya 9:128&129 itu di riwayatkan secara ahad!
naseb baik saya dah buang jauh-jauh teori mutawatir dari minda pemikiran saya. senang.... yg lain tu seperti ijma', masaalihul mursalah dsbnya, adalah hukum ciptaan golongan pengikut hadis. bahkan golongan mazhab zahiri& syiah menolak konsep qias, masaalihul mursalah dsbnya. tetapi seperti biasa, mazhab zahiri tidak akan di gelar anti hadis walaupun pendekatan mereka hampir serupa dgn gaya pemikiran anti hadis. org sunni malaysia apa tahu...


Inilah yang dipanggil Islam Way of Life atau Shari'ah.... Islam adalah hidup kita. Tuhan ada dalam hidup kita. Istilah2 lain macam Deen yang diterjemah jadi agama dalam bahasa Melayu tu maksudnya Undang2. Undang2 dan garis panduan hidup


Kalau menurut ilmu material diaklektikal logika: islam, kristian &yahudi itu adalah termasuk tiga kejiwaan yg bercabang-cabang ranting-ranting nya, namun secara tak sedar, agama-agama di atas telah di jadikan alasan oleh kelas-kelas borjuis dlm melakukan penindasan ekonomi ke atas golongan proletar. maka di atas kewujudan konflik itu, maka lahir lah yg di katakan sebagai syariah, hukum hudud, islam hadhari dsbnya. walhal Tuhan menyeru manusia kpd cara hidup (agama) yg damai (islam), sejahtera (islam), menyerah diri (islam) anarkis (haniff) dsbnya.
bahkan Tuhan menyatakan tiada paksaan dlm cara hidup (agama).
maka, apa perlunya syariah, hukum hudud dsbnya? setelah Dia memberikan kita buku panduan& petunjuk yakni AlQuran?
nah fikirkan &renung-renungkan...



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 07:55 AM | Show all posts
tiap Kali bc posting hamba Allah ni mesti istighfar byk kali. istighfarsemoga Allah lindungi dari terpengaruh dgn dakyahnya dan istighfar utk diri penulis ni juga. semoga Allah kurniakan taufik Dan hidayahNya utk mu Amin ya rabbul alamin. hari jumaat ni ...

soal pokok solat subuh dlm Quran dipanggil apa?
fajr. sy dh rujuk kitab Dan juga kamus oxfords !

x payah claim org Arab x pandai b Arab pulak. Tok imam kat masjidil haram tu pun x pandai ya, dah u pegi Arab tu as pendatang bergaul Lah bersama pendatang2 Dari negara lain

di Malaysia ni pelajar bljr b Arab persuratanmore to bahasa alquran bukanbahasa pasar Arab. last yr sewaktu bw ank sy ni pi umrah bila dia brckp Arab dgn peniaga2 tu mrk terpegun, subhanallah masyaallah .... tu je yg sy faham. sbb Arab ank lbh tinggi dr mrk. satu insiden tu di ngazah tmpt org pi shopping, pak Arab murah murah murah Mari masuk, sekali ank sy bls dlm b Arab yg bunyi mcm ayat Quran pd telinga saya, semua pak Arab kat situ ketawa masyaallah masyaallah siap salam2 lg terus bersembang dgn ank sy. lps tu br Tanya ank apa hal? dia cite dia jwb murah memang murah kalau bagi free lagi bagus! setiap Kali bli brg saya dot harga lbh murah Dari org lain . semua item yg sy bli lbh murah dari org lain just bcos ank sy blh berckp Arab dgn baik.
silap la kalau kata dia nk upah utk bljr agama. dia adalah insan special insan terpilih antara ribuan yg memohon utk ke darul Quran seluruh Malaysia Dari KL dia seorg saje yg terpilih. kalau dia nk upah lbh baik dia terima 2 offers study overc. tp dia nk jadi ulama proffesional bljr agama dulu then bljr medicine.
sekarang pun dia dh blh kenal pasti al Quran salah. Ada bli Quran Dari jkrta, dia guna sekejap then suruh sy pulangkn ada kesilapan baris. kalau dia bc xpe sbb dia tau kesilapannya dia takut sy bc nanti salah makna.

saya doa anda diberi hidayah dan dijauhi dari kesesatan iblis yg sentiasa mencari peluang utk menyesatkan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:17 AM | Show all posts

soal pokok solat subuh dlm Quran dipanggil apa?
fajr. sy dh rujuk kitab Dan juga kamus oxfords !


Kamus oxford?
please lah kak, jangan memalukan org arab quraisy kak.
di ulangi: arab quraisy.
bahasa saudi tuh jangan di jadikan fakta di sini kak.
lagi satu pasal beli barang kat mekah, jangan di cerita kat sini kak.
almaklumlah, kebanyakkan yg menjaga kedai itu bukan org arab, tapi org bangladesh &pakistan.
mana lah deme tu gheti cakap fushah. :re:


WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 08:38 AM | Show all posts
Kak,
kalau nak mencari asal usul suatu kalimah harus di gunakan kamus arab di sertai kemahiran ilmu sorof yaitu suatu ilmu utk mengenal kata akarnya. biasanya ia di panggil isim masdar yg di atas wazan Fa 'Aa La kebiasaannya. bukannya akak pi rujuk kamus oxford bagai. kalau tak tahu ilmu sorof, pi belajar lepas tuh baru mai cerita pasal kalimah fajar bagai. lagi satu, pi beli kamus arab terperinci &juga literatur-literatur arab klasik seperti syair-syair zmn jahiliah dsbnya utk memahami lebih lanjut dialek quraish. kamus oxford tuh tak membantu langsung dlm memahami bahasa arab dialek quraisy.
oh ya, bahasa hadis itu kebanyakkannya adalah bahasa non arab. jangan kita lupa bahawa bukhari, muslim etc bukannya org arab pun, sebaliknya org ajam. so bahasa hadis sangat rendah mutu nya berbandeng bahasa AlQuran.




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2010 09:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 6-8-2010 09:25

Saya dah dengar hujjah saudara sirrikhafi pasal fajar/subuh...

Saya bukan ahli bahasa, rasa tak layak nak bincang.... tapi pada pemerhatian saya, kita ada orang Arab di board ini....

Mana Master Genot.... mungkin boleh bagi pencerahan pula pasal istilah fajar/subuh?

Subuh tu bukankah kata akarnya bermaksud pagi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 10:04 AM | Show all posts
dia ni nk menidakkan kewajiban solat subuh tiada dalil al Quran katanya sbb itu semua ayat yg diberi yg bermaksud solat subuh ditentang habis2an

sy pun bljr root word ni. ank sy sek rendah guna kamus oxford ni utk kelas arab disamping kamus ...senawi kut lupa dah

root word utk pg ialah sobaha sy tls pnjg2 nanti dia putar belit lg fakta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2010 12:54 PM | Show all posts
dua perkataan yang berbeza tapi sama maksudnya kenapa nak dijadikan isu pulak.. pacit khafi

tak yah la pandang rendah ilmu org lain ajaran al-Quran tak suka merendah2kan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 03:04 PM | Show all posts
Fajr tu merujuk jugak Subuh. Fajr merangkumi waktu Subuh sampai terbit Fajar betul. Apa yang jadi masalahnya dengan hadis2 tu mengarut atau tidak? Ajaran anti-Hadis disiplinnya mula dengan Orientalism, bagi pengikut akal semata-mata, benda ni dah wujud sejak zaman orang2 musyrik Yunani lagi. Orang-orang kafir zaman kolonial yang belajar disiplin ilmu hadis bukan sebab hidayah, tapi ilmu itu lagi menutup hatinya. Boleh tepek dalil Quran bagi yang ini, ia dah masuk bab Tasawwuf juga.  

Tuan tak perlu nak berlagak pandai daripada penutur bahasa Arab harian dengan kamus Munawwir. Saya dah lama guna bahasa Arab dalam dunia sebenar sejak saya "rebel" kepada kebangsaan Melayu yang menekan bangsa kami di Tanah Melayu ni, saya pernah tinggal di Saudi Arabia serta ada pergaulan dengan umat Arab dari negara lain selain dengan umat Samiah lain. Saya tahu lahjah Arab dan Arab Fasih, arwah datuk dan nenek sebelah ibu saya memang menggunakan bahasa Arab secara diam-diam. Saya belajar bahasa Arab dengan Nahwu-s-Sarf. Boleh tuan jelaskan serba sedikit apakah dia makna Salaf tu? Tuan hidup di zaman mana? Golongan yang jadi pengikut tu siapa pula?

Tuhan bukan orang Arab tapi Tuhan yang mencipta segala bahasa dalam dunia, dan gaya bahasa Arab dalam al-Quran bukan bahasa Arab Quraisy biasa juga. Orang Arab tu Muhammad (saw), dan beginda tak reti pun bahasa Arab persuratan melainkan membesar dalam suasana Arab kampung. Apa definisi Arab bagi tuan? Bukhari Muslim kalau bukan Arab pun orang yang melaporkan tu orang Arab Quraisy. Mereka hidup awal lagi daripada roh saudara hidup dalam jasad tuan walaupun mereka orang Ajam, serta mereka hidup pada zaman Salaf.

Apa definisi Shari'ah kepada tuan dari segi bahasa dan istilah? Apa itu Shari'ah? Adakah ia sekadar undang-undang Hudud kerat tangan potong kepala sahaja? Bahagian Shariah apa-apa pun akan kembali juga kepada akidah. Memang tak ada paksaan dalam beragama. Tapi dalam penegasan hukuman, misalnya Murtad, ia akan jatuh juga dalam bahagian Jenayah kerana benda itu saling berkaitan. Nak penerangan benda ni akan mengambil masa yang panjang sebab segalanya akan kembali merujuk kepada yang mula. Ia bukan sekadar disiplin pengajian hadis sahaja, atau Quran semata-mata. Ibarat tuan hendak meneka seekor gajah dengan mata yang tertutup tetapi tuan tidak tahu depan tuan itu seekor gajah. Tuan perlu rasa semua bahagian gajah tu jugak, sebab dengan rasa satu bahagian tuan mungkin betul mungkin salah.  

Kalau tuan berasa tuan sudah superior dengan tafsiran al-Quran menurut akal atau sama tarafnya dengan ulama' atau nabi (saw) yang orang ramai seperti puan-puan dalam forum ni menaqalkan iman, amalan, dan sebagainya atas mereka atau mazhab mereka, terpulang lah. Itu hak tuan. Saya cuma beritahu  kepada orang-orang awam bukan kepada tuan, mereka bukan superior satu-satu disiplin ilmu macam tuan.

Orang-orang macam tuan sudah wujud lama dalam masyarakat Kitab. Ironinya orang-orang Islam hari ni mengutuk orang Israel mengikut Talmud dengan beberapa fitnah tanpa ketahui hal sebenarnya pun. Talmud juga ada terangkum kata-kata Musa (as) tapi ada saja jenis-jenis orang seperti Samaria yang menolak Talmud, hanya ambil Torah sahaja. Tetapi itu terpulang kepada hak masing-masing lah. Memaksa fahaman orang lain ke atas orang lain bukan ada gunanya pun, sebaliknya menimbulkan perang yang sia-sia menjauhkan dari hidayah-Nya sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:23 PM | Show all posts
Salam...

Ohh rupanya sdr Genot dah sebut pasal Solat Fajr Solat Subuh pada page yang lepas.... saya ter-missed kerana skim through cepat-cepat...

Jazak-Allah khairan kathira

Dulu kita ada sorang Yahudi di board ni, tapi dah ke mana ntah... nick dia migdal_bavel... selalu bagi pencerahan pasal bahasa Ibrani... yang bagusnya dia ni bukan anti-Islam... cuma dia hanya melahirkan rasa tidak puas hati atas salah faham orang Melayu/Islam terhadap bangsa Yahudi saja...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 04:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirri_khafi at 6-8-2010 16:51

Fajr tu merujuk jugak Subuh. Fajr merangkumi waktu Subuh sampai terbit Fajar betul. Apa yang jadi masalahnya dengan hadis2 tu mengarut atau tidak? Ajaran anti-Hadis disiplinnya mula dengan Orientalism, bagi pengikut akal semata-mata, benda ni dah wujud sejak zaman orang2 musyrik Yunani lagi. Orang-orang kafir zaman kolonial yang belajar disiplin ilmu hadis bukan sebab hidayah, tapi ilmu itu lagi menutup hatinya. Boleh tepek dalil Quran bagi yang ini, ia dah masuk bab Tasawwuf juga.  


Maaf lah saudara. saudara bercerita seolah-olah saudara nih tahu ilmu hadis tapi bila saya suruh saudara hurai, bermacam-macam alasan yg keluar.

Saudara, golongan anti hadis dah lama wujud, sejak zmn sahabat lagi.
contohnya: dlm peristiwa hari khamis.

juga pernah muncul ketika mereka berdialog dgn syafi'ie. sila baca buku beliau yaitu ar-risalah.


Tuan tak perlu nak berlagak pandai daripada penutur bahasa Arab harian dengan kamus Munawwir. Saya dah lama guna bahasa Arab dalam dunia sebenar sejak saya "rebel" kepada kebangsaan Melayu yang menekan bangsa kami di Tanah Melayu ni, saya pernah tinggal di Saudi Arabia serta ada pergaulan dengan umat Arab dari negara lain selain dengan umat Samiah lain. Saya tahu lahjah Arab dan Arab Fasih, arwah datuk dan nenek sebelah ibu saya memang menggunakan bahasa Arab secara diam-diam. Saya belajar bahasa Arab dengan Nahwu-s-Sarf. Boleh tuan jelaskan serba sedikit apakah dia makna Salaf tu? Tuan hidup di zaman mana? Golongan yang jadi pengikut tu siapa pula?


Maaf lah saudara.
walaupun saudara org arab sekalipun, tidaklah menunjukkan yg saudara nih seorg yg berbangsa quraisy. apalah yg nak di banggakan sangat dgn bangsa arab? bagi saya, bangsa arab 2x5 mcm bangsa yahudi. dua-dua bangsa korup. yahudi bunuh para nabi.org arab bunuh anak cucu nabi. apa bezanya? takde beza pon. so, tak payahlah nak bangga sangat dgn darah arab tuh. dlm AlQuran ALLAH mengatakan yg bangsa arab itu bersangatan di dlm kufur &nifaq (9:97). bahkan di sekeliling nabi itu di antara nya org-org arab munafiq. juga dari ahli madinah yg munafiq yaitu yg terlebih-lebih nifaqnya (9:101). pd hal nabi tak tahu &tak kenal langsung para manafiqun nih, hanya Tuhan shj yg tahu.

entah-entah, islam yg di wariskan kpd kita adalah dari ajaran org-org munafiq arab.
siapa tahu.... akhirnya kita yg kena goreng dgn pak arab.



Tuhan bukan orang Arab tapi Tuhan yang mencipta segala bahasa dalam dunia, dan gaya bahasa Arab dalam al-Quran bukan bahasa Arab Quraisy biasa juga. Orang Arab tu Muhammad (saw), dan beginda tak reti pun bahasa Arab persuratan melainkan membesar dalam suasana Arab kampung. Apa definisi Arab bagi tuan? Bukhari Muslim kalau bukan Arab pun orang yang melaporkan tu orang Arab Quraisy. Mereka hidup awal lagi daripada roh saudara hidup dalam jasad tuan walaupun mereka orang Ajam, serta mereka hidup pada zaman Salaf.  


Tak payah lah saudara bercerita pasal bahasa arab. apa gunanya jadi org arab yg memahami bahasa kitab ALLAH tapi tidak mendokong apa yg di ajarkan oleh ALLAH di dlm AlQuran. lebih baik lah jadi org melayu yg tidak bercakap arab tapi bersungguh-sungguh memahami serta mengamalkan isi ajaran ALLAH di dlm AlQuran.

perawi bukhari berbangsa quraisy? cuba lah citer sikit kat sini..... :re:



Apa definisi Shari'ah kepada tuan dari segi bahasa dan istilah? Apa itu Shari'ah? Adakah ia sekadar  undang-undang Hudud kerat tangan potong kepala sahaja? Bahagian Shariah apa-apa pun akan kembali juga kepada akidah. Memang tak ada paksaan dalam beragama. Tapi dalam penegasan hukuman, misalnya Murtad, ia akan jatuh juga dalam bahagian Jenayah kerana benda itu saling berkaitan. Nak penerangan benda ni akan mengambil masa yang panjang sebab segalanya akan kembali merujuk kepada yang mula. Ia bukan sekadar disiplin pengajian hadis sahaja, atau Quran semata-mata. Ibarat tuan hendak meneka seekor gajah dengan mata yang tertutup tetapi tuan tidak tahu depan tuan itu seekor gajah. Tuan perlu rasa semua bahagian gajah tu jugak, sebab dengan rasa satu bahagian tuan mungkin betul mungkin salah.  


Maaf.
dlm AlQuran tiada ajaran ALLAH yg menyuruh muslims membunuh org-org murtad. ajaran membunuh org murtad hanya di ajar kan di dlm kitab bible &kitab hadis shj.

Imamat 24:16
Siapa yang menghujat nama TUHAN, pastilah ia dihukum mati dan dilontari dengan batu oleh seluruh jemaah itu. Baik orang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama TUHAN, haruslah dihukum mati.


Ulangan 13:5 Nabi atau pemimpin itu haruslah dihukum mati, karena ia telah mengajak murtad terhadap TUHAN, Allahmu, yang telah membawa kamu keluar dari tanah Mesir dan yang menebus kau dari rumah perbudakan - dengan maksud untuk menyesatkan engkau dari jalan yang diperintahkan TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk dijalani. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu.

Ulangan 13:6 Apabila saudaramu laki-laki, anak ibumu, atau anakmu laki-laki atau anakmu perempuan atau isterimu sendiri atau sahabat karibmu membujuk engkau diam-diam, katanya: Mari kita berbakti kepada allah lain yang tidak dikenal olehmu ataupun oleh nenek moyangmu,

Ulangan 13:7 salah satu allah bangsa-bangsa sekelilingmu, baik yang dekat kepadamu maupun yang jauh dari padamu, dari ujung bumi ke ujung bumi,

Ulangan 13:8 maka janganlah engkau mengalah kepadanya dan janganlah mendengarkan dia. Janganlah engkau merasa sayang kepadanya, janganlah mengasihani dia dan janganlah menutupi salahnya,

Ulangan 13:9 tetapi bunuhlah dia! Pertama-tama tanganmu sendirilah yang bergerak untuk membunuh dia, kemudian seluruh rakyat.

Ulangan 13:10 Engkau harus melempari dia dengan batu, sehingga mati, karena ia telah berikhtiar menyesatkan engkau dari pada TUHAN,
Allahmu, yang telah membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari rumah perbudakan.



Nampaknya org islam lah yg mengamalkan ajaran bible, bukan org-org kristian.

Siapa yg mengatakan membunuh org murtad adalah ajaran ALLAH di dlm AlQuran, saya cabar mereka, buktikan walau 1 ayat di dlm AlQuran sekalipun.



Kalau tuan berasa tuan sudah superior dengan tafsiran al-Quran menurut akal atau sama tarafnya dengan ulama' atau nabi (saw) yang orang ramai seperti puan-puan dalam forum ni menaqalkan iman, amalan, dan sebagainya atas mereka atau mazhab mereka, terpulang lah. Itu hak tuan. Saya cuma beritahu  kepada orang-orang awam bukan kepada tuan, mereka bukan superior satu-satu disiplin ilmu macam tuan.  


Maaf. saya bukan nak tunjuk hebat. cuma nak menyampaikan ayat AlQuran kpd org awam, itu shj. saya nak menyedarkan org islam awam bahawa sunnah nabi yg diorg pelajari selama ni yaitu dlm kitab hadis 6 yg saheh itu, kebanyakkannya adalah bersumberkan dari ajaran bible, bukan bersumberkan ajaran AlQuran.



Orang-orang macam tuan sudah wujud lama dalam masyarakat Kitab. Ironinya orang-orang Islam hari ni mengutuk orang Israel mengikut Talmud dengan beberapa fitnah tanpa ketahui hal sebenarnya pun. Talmud juga ada terangkum kata-kata Musa (as) tapi ada saja jenis-jenis orang seperti Samaria yang menolak Talmud, hanya ambil Torah sahaja. Tetapi itu terpulang kepada hak masing-masing lah. Memaksa fahaman orang lain ke atas orang lain bukan ada gunanya pun, sebaliknya menimbulkan perang yang sia-sia menjauhkan dari hidayah-Nya sahaja.


Maaf. dlm AlQuran tiada di sebut kitab yg bernama Talmud. ini menunjukkan bahawa talmud bukanlah kitab ALLAH, tapi rekaan manusia yahudi. mereka yg pro dgn kitab bible &kitab yahudi, pasti akan menyokong kitab 6 yg saheh, kerana isi ajaran kitab 6 yg saheh kebanyakkannya di cedok dari ajaran bible & kitab-kitab org yahudi. so, saya tak terkejut pun jika ada org yg menyokong kitab psalms, talmud etc dan dlm masa yg sama dia menyokong 6 kitab yg saheh. apa yg membezakan ajaran hadis, bible, talmud etc?

hanya ALQURAN shj yg dapat membezakannya.
sebab itu AlQuran di namakan ALFURQAN.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 05:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by nickname at 6-8-2010 17:57

Dalam bab murtad salah satu dalil al-Quran ada menyebut :

قُلْ للذينَ كفروا إن ينتَهُوا يُغفَرْ لهم ما قد سلَفَ وإن يَعودُوا فقدْ مضتْ سنَّةُ الأولينَ. وقاتِلُوهمْ حتى لا تكونَ فتنةٌ ويكونَ الدينُ كلُّه لله

Ertinya : Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : " Jika mereka berhenti dari kekafirannya, nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lampau, dan jika mereka kembali lagi kafir (murtad) sesungguhnya akan berlaku sunnah Allah terhadap sebagaimana orang-orang terdahulu; Perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu untuk Allah semata-mata " ( Al-Anfaal : 38-39 )

kawan2 semua boleh refer SINI untuk perbahasan yg lebih detail..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 06:01 PM | Show all posts

root word utk pg ialah sobaha sy tls pnjg2 nanti dia putar belit lg fakta



Heheh kak sun tersilap lagi, sobahan adalah masdar kpd kalimah subuh, bukan fajar.
masdar fajar ialah Fa Ja Ro.
betul ke akak belajar bahasa arab ni? :re:  




WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 06:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirri_khafi at 6-8-2010 18:26

Dalam bab murtad salah satu dalil al-Quran ada menyebut :

قُلْ للذينَ كفروا إن ينتَهُوا يُغفَرْ لهم ما قد سلَفَ وإن يَعودُوا فقدْ مضتْ سنَّةُ الأولينَ. وقاتِلُوهمْ حتى لا تكونَ فتنةٌ ويكونَ الدينُ كلُّه لله

Ertinya : Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : " Jika mereka berhenti dari kekafirannya, nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lampau, dan jika mereka kembali lagi kafir (murtad) sesungguhnya akan berlaku sunnah Allah terhadap sebagaimana orang-orang terdahulu; Perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu untuk Allah semata-mata " ( Al-Anfaal : 38-39 )

kawan2 semua boleh refer SINI untuk perbahasan yg lebih detail..



ayat وإن يَعودُوا فقدْ مضتْ سنَّةُ الأولينَ  tiada kaitan langsung dgn ajaran membunuh org-org murtad. bahkan sebaliknya ia bermaksud "jika mereka kembali memerangi", bukan "jika mereka kembali murtad". kita kena faham bahawa konteks keseluruhan surah Al-Anfal itu berkaitan dgn isu peperangan. so, ia bermaksud kembali memerangi, bukan kembali murtad. membunuh org-org murtad hanya lah berasal dari ajaran bible& hadis shj, bukan ajaran AlQuran.


berkenaan ayat  وقاتِلُوهمْ حتى لا تكونَ فتنةٌ ويكونَ الدينُ كلُّه لله ia bermaksud perangi lah org-org yg menimbulkan fitnah dlm agama contohnya mereka-mereka yg menuduh islam itu adalah agama pengganas, maka islam mesti menganjurkan utk memerangi mereka-mereka ini samaada dari segi fizikal mahupun mental. tidak semestinya dgn mengangkat senjata, bahkan dgn kebijakan pemimpim islam "memerangi" mereka dgn cara yg hikmah. kita skrg bukan lagi zmn barbarian, tapi di zmn moden di abad ke-21. so, harus menggunakan kebijaksanaan &rasional dlm menghadapi org-org yg menimbulkan fitnah terhadap agama,
bak kata sun tzu:

(是故)百戰百勝,非善之善者也;不戰而屈人之兵,善之善者也
(Jadi) bertempur dalam seratus pertempuran dan memenangkan seratus kemenangan bukanlah suatu cerminan strategi yang paling hebat. Kemampuan untuk mengalahkan musuh tanpa pertempuran sama sekali adalah cerminan strategi yang paling hebat.  

lagi satu, ayat berkenaan tidak menyuruh "membunuh org-org murtad" seperti yg terdapat di dlm ajaran bible &hadis.

di harap, nicname tidak menyalah erti kan ajaran ALLAH yg sebenar di dlm AlQuran menurut perspektif ajaran bible &hadis.



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2010 09:24 PM | Show all posts
take a break tgk academic alquran tv9 lg menarik.

bila seseorg tu dh tersasar jauh Dari landasan susah nak berpatah balik. bagilah dalil apa pun.

mcm org syiah kat tmn sblh ni mcm2 dalil dia bg x payah solat n x payah solat jumaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2010 11:18 PM | Show all posts
Reply 215# sirri_khafi

ok bila sy check keseluruhan ayat sebelumnya,dengan pendapat dan kefahaman sy sendiri mungkin dalil ni tak cukup kuat untuk hukuman kepada murtad,(pendapat sendiri)tp tidak bermakna sy menolak ajaran hadis sebab sy org yang berpegang kepada al-Quran dan hadis dan sy tidak pernah nampak kesan yg buruk pun mengamalkan ajaran dalam hadis nabi..


kalau sy bawa dalil dari hadis pun tak ada makna sebab en khafi memang tak terima hadis kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 11:32 AM | Show all posts
apasal semakin banyak aku baca sirri_khafi dan sirikhafi punya posting, nampak style dia dari dulu sampai sekarang bertukar-tukar?  befrapa orang pakai ID ni?  Dah main lu gua lu gua pulak.  macam-macam style....  mazhab pun bertukar lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2010 07:44 PM | Show all posts
Al-quran adalah kitab yang mengandungi mukjizat, mukjizatnya kekal sehingga hari kiamat. Al-quran sarat dengan hikmah dan hikmat. Ia menjadi petunjuk untuk orang yang hendak bertakwa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2010 02:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirri_khafi at 9-8-2010 02:22

apasal semakin banyak aku baca sirri_khafi dan sirikhafi punya posting, nampak style dia dari dulu sampai sekarang bertukar-tukar?  befrapa orang pakai ID ni?  Dah main lu gua lu gua pulak.  macam-macam style....  mazhab pun bertukar lagi ke?


Tuhan ALLAH anda tidak pernah menyuruh manusia bermazhab seperti mazhab sunni, mazhab salafi, mazhab wahabi, mazhab syi'ah dsbnya.

Sesungguhnya orang-orang yang telah memecah belahkan akan agama mereka itu sedang adalah mereka itu sebagai syi'ah-syi'ah, tiadalah engkau daripada mereka di dalam sesuatu pun, sesungguhnya urusan mereka itu kepada ALLAH, kemudian Dia lah yang akan menceritakan akan mereka, tentang apa yang adalah mereka itu, mereka kerjakan (6:159)

Frasa "Tiadalah engkau daripada mereka sesuatu pun" menunjukkan bahawa nabi muhammad itu tidak ada kena mengena dgn mana-mana mazhab di dlm dunia islam, samaada mereka itu mazhab sunni, mazhab salafi, mazhab wahabi, mazhab syiah dsbnya.

di sisi ALLAH, org-org yg bergolong-golong @ bermazhab-mazhab di dlm agama itu adalah org-org yg memecah belahkan agama dan mereka itu adalah syiah-syiah @ penyokong-penyokong, tak kiralah samada mereka itu dari golongan sunni, golongan salafi, golongan wahabi, golongan syiah dsbnya.

lantas, apakah anda termasuk org-org yg menyatukan agama ALLAH? ataupun termasuk org-org yg memecah belahkan agama ALLAH &memecah belahkan agama sesama org-org yg percaya akan Nya?

nah! lu pikir lah sendiri....



WALLAHU A'LAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.610185 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list