|
Post Last Edit by Nadia90 at 19-11-2010 16:21
19 NOV 2010: Tatkala Murai Batu mendapat tahu anak ND Lala iaitu Shila Hamzah digembar-gemburkan sedang bermain cinta dengan pemain bola sepak pasukan Harimau Muda iaitu Haziq Zikri, Murai Batu sama sekali tidak terkejut.
Nak tahu kenapa? Sebabnya, masa mereka digandingkan untuk ruangan Syok Bola Murai, kedua-dua mereka telah pun menunjukkan keserasian. Malah, sejak pertemuan itu, Murai Batu memang tahu yang Zikri sering keluar bersama ke mana jua Shila pergi.
Sungguhpun pihak media pernah bertanya kepada pasangan ini tentang hubungan mereka yang diperakui hanya kawan saja itu, ada juga yang masih ragu-ragu tentang erti sebenar ikatan hubungan mereka.
Yelah, setahu Murai Batu, Zikri yang dalam tempoh berehat ini dikhabarkan sudah mempunyai teman wanita istimewa yang masih lagi menuntut di sebuah universiti terkemuka. Namun, keletah dan gelagat aksi mesra Shila dan Zikri seperti pemain bola ini tidak mempunyai kekasih. Adakah Zikri sudah tidak bersama lagi dengan aweknya itu?
Apapun, Murai Batu bukannya sengaja nak bertanya akan hal mereka. Walaupun mereka pernah kata hubungan tak lebih dari seorang kawan, Murai Batu agak terbeliak juga mata selepas menerima kiriman emel yang mengandungi aksi mesra Shila dan Zikri yang menyambut hari jadi teman baik mereka.
Jika benar mereka bukan sepasang kekasih, tapi kenapa bila Murai Batu lihat foto mereka ni nampak begitu mesra. Namun, Murai Batu tak mahu prasangka terhadap hubungan mereka. Lebih-lebih lagi bila gambar beramai-ramai tu ada adik Shila sekali. Lagi satu, Murai Batu pun faham, ke mana-mana saja Shila pergi, ibunya mesti ikut sama.
Tapi, mungkin inilah trend artis dan public figure sekarang. Bila bercinta mereka hanya lebih selesa mengaku kawan saja. Apapun, Murai Batu suka tengok gambar yang dikirimkan itu. Dari gambar ini, jelas terbukti mereka sedang bahagia.
Namun, Murai Batu pernah tanya dengan ibu Shila sendiri, apakah dia merestui hubungan Shila dengan Zikri. Nampaknya, ibunya Shila pun lebih selesa kalau mereka sekadar berkawan...Ya ke? |
|