CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4878|Reply: 24

Tiket Percuma Untuk Filem Seram 'Before I Wake' Di Sini!

[Copy link]
Post time 29-3-2016 07:34 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy


Filem "Before I Wake" merupakan filem seram Hollywood terbaru 2016 yang merupakan arahan oleh Mike Flanagan.


Filem ini bakal ditayang bermula 7 April 2016.


"Before I Wake (2016)" dibintangi oleh Kate Bosworth, Jacob Tremblay, Annabeth Gish, Thomas Jane, Scottie Thompson, Dash Mihok, Jay Karnes, Kyla Deaver dan Lance E. Nichols.


Filem seram ini mengisahkan seorang budak lelaki yang sering mengalami mimpi buruk ketika tidur sehinggakan mimpi tersebut menjadi kenyataan.






Sinopsis Filem Before I Wake (2016)


Filem "Before I Wake" menceritakan kisah tentang sepasang suami isteri yang bernama Jessie (Kate Bosworth) dan Mark (Thomas Jane) yang telah kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka.


Kemudian mereka telah mengambil anak angkat berusia 8 tahun bernama Cody (Jacob Tremblay). Cody merupakan anak yang baik dan mereka juga menganggap Cody seperti anaknya sendiri.


Tanpa disedari, Cody mempunyai keistimewaan yang agak pelik iaitu sering bermimpi buruk. Malah, mimpinya itu pasti akan menjadi kenyataan.


Sejak Cody berada dalam rumah tersebut, kupu-kupu sering berterbangan di dalam rumah mereka. Namun, Jessie dan Mark tidak tahu mana datangnya kupu-kupu tersebut.  


Pada suatu hari, Jessie terjumpa ubat anti tidur di bilik Cody dan menanyakan kenapa ia menggunakan ubat tersebut. Cody memberitahu bahawa dia tidak mahu tidur kerana takut akan bermimpi buruk lagi.


Sehinggakan pada suatu malam, Cody bermimpi lagi dan telah menakutkan Jessie dan Mark.


Mimpi buruk yang dialami oleh Cody semakin hari semakin teruk dan membahayakan mereka sekeluarga.


Jadi, apakah tindakan Jessie dan Mark untuk menyelamatkan Cody bagi menghentikan semua mimpi-mimpi buruk tersebut?






Dapatkan sepasang tiket masuk percuma untuk premier screening filem "Before I Wake" dengan memberi slogan paling kreatif.


Tarikh Premiere : 6 April 2016 (Rabu)


Tempat : TGV One Utama


Masa : 9 Malam





"Saya ingin menonton filem ini kerana ............................................. (tidak kurang dari 15 patah perkataan)


Peserta dengan slogan paling kreatif  akan diumumkan sebagai pemenang.


Pihak CARI akan menghubungi pemenang yang terpilih dalam masa terdekat ini. - CARI Infonet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana gemar menonton genre seram hingga terkucil di couple seat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana telah bermimpi utk mengomen disini utk cuba try nasib utk menang tiket percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana saya jalan cerita filem ini kelihatan menarik iaitu berkenaan mimpi yang mana semua manusia mengalaminya. Tambahan pula mahu mengetahui kesudahan mimpi-mimpi mainan tidur Cody dan bagaimana ibu dan bapa nya mengatasi perkara ini.  :zz
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 10:52 AM | Show all posts
Saya ingin menonton filem in kerana hotel yang sama, bilik yang sama dengan 2 harga yang berbeza.. mengapa bayar lebih dapatkan hotel anda di Trivago...

Habis aku kene Hencap... tapi kata nak kreatif..

Comments

patutnya ditukar, kerana movie yang sama, tempat yang sama dengan 2 harga yang berbeza. Mengapa bayar lebih, dapatkan movie di Cari  Post time 30-3-2016 11:39 AM
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 11:38 AM | Show all posts
Edited by abdulariff at 30-3-2016 11:41 AM

Saya ingin menonton filem ini kerana filem yang sama, tempat yang sama dengan 2 harga yang berbeza. Mengapa bayar lebih, dapatkan filem percuma di Cari.com.my   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2016 11:50 AM | Show all posts

Saya ingin menonton filem ini kerana saya penggemar filem bergenre seram dan ingin mengetahui kesudahan mimpi cody, apa maksud kupu2 dalam rumah dan bagaimana ibu bapa cody menyelamatkannya dari mimpi seram itu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 11:58 AM | Show all posts
Ye tak yer la.. @abdulariff terbengong seketika...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2016 12:11 PM | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana saya percaya perkara ngeri boleh dilihat di alam realiti melalui mimpi, apatah lagi melalui Sleep Paralysis (sumpah scary). Selain tu filem horror adalah kegemaran saya walaupun pada hakikatnya lepas menonton hampir pasti tidak boleh tido pasal takut mimpi kaki tergantung atas siling sambil menyanyi lagu buai laju-laju sampai pokok rimbun, apa dalam baju? seekor hantu jipun.

sekian  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 12:35 PM | Show all posts
saya ingin menonton filem ini kerana sangat minat dgn kupu2 tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana saya nak tgk mana lagi seram,filem ini ataupun filem munafik..hmmm...curiousity        is killing me..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 03:36 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 30-3-2016 03:38 PM

Saya ingin menontom filem ini kerana "Before I Wake"merupakan mimpi saya yang paling ngeri tetapi ia hanya boleh menjadi kenyataan sekiranya saya memenangi tiket percuma dari TGV di Cari.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana jika berjaya mendapat tiket percuma dari forum cari umpana mimpi saya bagaikan menjadi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 02:43 PM | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana dipaksa oleh rakan saya yang tembam namun dia suka makan popcorn lalu menjerit ketika melihat filem seram. Mohon saya menang tiket ini hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 09:59 AM | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana ingin mengetahui sama ada Cody akan tersedar dari lamunan mimpinya ataupun terperangkap dalam permainan mimpi seram yang dialaminya serta jalan penyelesaian bagi menyelamatkan Cody dari gangguan kupu-kupu tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:54 PM | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana saya ingin tahu bagaimana membezakan realiti dan mimpi dari movie tersebut... (wink3x~)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2016 08:57 PM | Show all posts
Saya ingin menonton filem ini kerana
Kupu-kupu & mimpi
Datang & pergi dengan sendiri
Tapi, bila reality lebih indah dari mimpi
Ku ingin “cari” jawapannya dengan 'CARI'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2016 10:43 AM | Show all posts
Saya sudah PM kepada para pemenang ya..mohon cek inbox masing2 ya...Tahniah...

mohon comfirm kehadiran dengan saya scpt mungkin ya...tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 10:49 AM | Show all posts
"Saya ingin menonton filem ini kerana ingin mencuba nasib. Sekiranya untung sabut dapatlah tiket free klu untung batu takde rezeki saya lah tu"
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:01 AM | Show all posts
dah habis ker peraduan untuk movie nih, iols suka tgk movie seram
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060605 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list