firdaruddin Publish time 23-3-2016 07:00 PM

kos maintenance

Assalam nak tanya.


Saya ada pertanyaan tentang kos maintenance utk 2 jenis kereta iaitu toyota hilux 2.5 dan ford ranger 2.5.

Apa kos maintenance dan service utk kedua2 kenderaan itu contohnya oil filter etc?

Servis berkala punya kos kalau ada.

Terima kasih di atas bantuan

otai_g Publish time 23-3-2016 08:35 PM

minyak engine 2 botol - RM 173.58
oil filter - RM 30
fuel filter - RM 95

tu bnd yg wajib kena buat tiap2 bulan.

bnd x wajib ikut suka pomen. tp last 2 times aku hntr servis hilux opis. last kena RM 1.7k and b4nya kena 941 + gst.

pendek kata kalo hilux ni nak buat pakai kete family mmg x la rasanya.


firdaruddin Publish time 23-3-2016 08:58 PM

Aku call kau jap bro

Z28 Publish time 23-3-2016 11:46 PM


Ford Ranger 2.5 Turbo-Diesel(WLT engine) -

Engine Oil, RM75.00 -RM88.00
Air Filter, RM25.00 - RM32.00,
Oil Filter, RM18.00 - RM22.00
Diesel Filter, RM45.00


Toyota hilux 2.5G(Vigo) - (Hilang kena curi)

Dah lupa, kena check balik resit2 lama drp. UMW Toyota Subang Jaya, kalau masih ada dlm simpanan.


Pada pengalaman saya la, Kos servis kalau hantar kat SC, mmg la mahal.

Contohnya, dulu alternator Hilux saya dah bunyi, hantar kat SC, UMW quote dekat RM1K utk tukar 1 unit alternator baru;
At last, saya hantar kat kedai wireman, harganya < Rm350.00; tukar bearing sahaja.



zulka Publish time 24-3-2016 11:04 AM

aku takde pengalaman sendiri pakai Hilux/Ranger, tapi kawan2 yg pakai memang merungut maintenance agak parah juga, terutama yg guna hari2...tapi dorang takpelah sumer bisnesman...duit banyakkkk :loveliness:

Z28 Publish time 24-3-2016 10:18 PM


Update:(drp resit)

Alternator assembly utk Hilux 2.5G (M) @ Model Vigo quoted by SC:

Harga Barang = RM2,599.30,
Upah             = RM65.00

Kos belum masuk GST.   (sorry, saya silap bagitau kos, sbb dah lama)

Z28 Publish time 24-3-2016 10:34 PM


Sedikit panduan utk kawan2 yg minat nak pakai 4x4(Toyota Hilux 2.5)

Ini harga PARTS drp SC(Drp resit2 lama yg saya simpan)

- Diesel Multigrade, 15W-40(5L) = 77.00,
- Oil Filter = 30.00,
- Diesel Multigrade (1L) = 16.00 x 2L = 32.00,
- Disc Brake (Front) = 293.00,
- ABS Shock (Rear) = 170.00 x 2 = 340.00,
- Fuel Filter = 85.00,
- Brake Shoe Kit (Rear) = 348.00,

Belum masuk lain2 kos kecil spt gasket, window washer, diesel injector cleaner, dll barangan kecil.

Belum juga termasuk kos tenaga buruh & GST.

Harap membantu.

Z28 Publish time 24-3-2016 10:57 PM

zulka replied at 24-3-2016 11:04 AM
aku takde pengalaman sendiri pakai Hilux/Ranger, tapi kawan2 yg pakai memang merungut maintenance ag ...



Saya lebih gemar gunakan pick-up truck utk pergi kerja hari2, berbanding m'mandu kereta.   (dgn jarak perjalanan +/- 150km daily)

Bab maintenance kira OK, cuma perlu buat servis selalu..


firdaruddin Publish time 25-3-2016 02:07 AM

Ada beza kos ketara tak utk model auto dan guna auto cruise selalu? Model hilux dan ranger apa je yg start ada auto cruise ek?

Z28 Publish time 25-3-2016 03:05 AM


Maaf,

Pick up truck brand apa yg ada Auto-cruise kat M'sia ?. (Lama tak follow)

Lagi satu, adakah berbaloi nak guna/bayar premium hanya utk kenderaan yg ada 'auto-cruise' function kat M'sian highway ni ?.

sbb:-

- Highway kat M'sia ni selalunya packed/jammed dgn kenderaan hampir setiap masa,
- Kenderaan byk yg slow dgn kadar kelajuan ygtak konsisten,
- Pemandu byk tak ikut lorong yg betul (bawa slow mcm bersiar2 hujung minggu kat lane laju/memotong),
- driver suka mencelah2 & tanpa bagi signal,

lagipun
- Sem. Malaysia ni tak la jauh/besar manapun.


Sorry MOD,
Off Topic,

Saya tak nafikan bahwa Auto-cruise function ini mmg sgt berguna esp. utk long distance travel, sekiranya lain2 pemandu m'mandu mengikut lorong & kelajuan yg ditetapkan.

Tapinya kalau masih ramai lagi yg memandu 80 km/j di lorong memotong & Ada pula yg m'mandu 120 km/j di laluan kecemasan, mmg payah la nak gunakan auto-cruise feature.

Penat tekan brake & tekan button 'resume' aje la.

Ini b'dasarkan pengalaman saya miliki/bawa kenderaan yg ada Auto Cruise feature, (Detroit Metal, Full-Size, American V-8, 5L) Missed U {:1_512:}


firdaruddin Publish time 25-3-2016 08:33 PM

Saya kadang2 travel malam. Jadi selalu juga lenguh2 kaki kanan ni. Tu yg mencari yg ada auto cruise. Ke ok je kalau pasang yg after-market unit?

Z28 Publish time 26-3-2016 08:57 AM

keadaan laluan trafik pada waktu malam selalunya lancar & keadaan spt inimembolehkan tuan m'gunakan auto-cruise function.

cuma tuan kena peka/waspada dan lebih berhati2 sbb:-

- byk lori yg b'gerak dgn perlahan dan ia m'bahaya bila kita t'leka,
- Kanvas lori b'warna grey & tidak m'mantulkan cahaya. sbb itu kadang2 kita tidak perasan sehingga t'lalu dekat utk b'tindak balas.

Saya cadangkan tuan beli kenderaan yg datang dgn auto-cruise 'standard' dgn kenderaan itu.   senang nak claim warranty kalau ada masaalah dibelakang hari.

Btw,

B'dasarkan pengalaman saya yg lepas, risiko untuk dirompak/disamun/dicuri sewaktu m'mandu pick-up, esp. Hilux atau 4x4,pada waktu malam adalah sgt tinggi.

Tuan perlu lebih b'waspada pada keadaan sekeliling.   Harap maklum.



firdaruddin Publish time 26-3-2016 06:46 PM

Z28 replied at 26-3-2016 08:57 AM
keadaan laluan trafik pada waktu malam selalunya lancar & keadaan spt inimembolehkan tuan m'gunaka ...

terima kasih di atas nasihat, tuan.

Z28 Publish time 26-3-2016 08:37 PM

firdaruddin replied at 26-3-2016 06:46 PM
terima kasih di atas nasihat, tuan.



Tak ada masaalah,

Sama2 kita belajar.   {:1_138:}


Satu lagi,


Kos tayar:Bridgestone Dueller; +/- RM480-500/pc

Road Tax utk 2.5L, Turbo Diesel (Green Engine)=RM839.20(1 Tahun)
Pages: [1]
View full version: kos maintenance


ADVERTISEMENT