CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2911|Reply: 1

TIPS-TIPS PENJAGAAN KERETA

[Copy link]
Post time 8-10-2015 12:18 PM | Show all posts |Read mode

Mohon sebarkan artikel ini untuk manfaat rakan-rakan kita yang memiliki kereta.(terutamanya golongan orang perempuan bila breakdown baru nak mengelabah)
Tip penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum.
Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya.
Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.
2 Jenis Bateri Kereta
Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:
Bateri basah.
Bateri kering.
Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri.
Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering.
Manakala bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.
3 Cara Menjaga Bateri Kereta
Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menjaga bateri kereta dengan baik. Jangka masa untuk melihat keupayaan bateri ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja sebelum kita memulakan perjalanan.
Dengan melaburkan masa 5 minit, ia mampu menyelamatkan kenderaan kita sepanjang perjalanan.
Berikut adalah 3 cara menjaga bateri kereta.
#1 – Seminggu Sekali
Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal.
Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain.
Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.
#2 – Buang Debu Putih
Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya.
Cara untuk bersihkan adalah menerusi:
Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
Satu sudu teh serbuk.
Satu cawan air.
Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih.
Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.
#3 – Sentiasa Periksa Bateri
Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu.
Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.
Kenapa Perlu Tukar Minyak Pelincir Ikut Jadual
PENUKARAN MINYAK PELINCIR KENDERAAN MESTILAH MENGIKUT JADUAL. Minyak pelincir hilang daya pelincirannya sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan pada haba enjin dan tahap oksida minyak itu sendiri.
Haba juga mengubah struktur molekul minyak pelincir, menyebabkan ia kehilangan daya pelinciran. Selain itu, minyak menjadi kotor kerana ia bercampur dengan bahan logam yang haus apabilaenjin beroperasi.
Logam terhaus ini tidak kelihatan dengan mata kasar, namun ia wujud dan ditakung dalam takungan minyak. Oleh itu, wajar ia ditukar dengan minyak baru sementara daya pelinciran masih berada dalam tahap yang boleh diterima kerana minyak pelincir mengandungi bahan pembersih untuk mencuci enjin.
Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin dan daya penyejukan ini menurun melalui masa. Minyak lama menyebabkan enjin beroperasi lebih panas dari biasa dan menyebabkan kehausan melampau.
SELAIN minyak, pastikan semua peralatan boleh servis (serviceable parts)
seperti penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh ditukar
menepati julat kilometer yang dicadangkan pengeluar motosikal. Ini
dapat menjamin ketahanan enjin dan operasi enjin yang baik.
Jadikan hujung minggu atau hari tidak bekerja sebagai masa untuk merawat kereta. Periksa tali sawat (belting) Alternator, aircond belt, power steering belt anda dan cuci habuk atau pasir yang melekat untuk mengelakkan kehausan melampau.
Tukar minyak pelincir setiap 5,000 kilometer.
MINYAK pelincir adalah bahan terpenting bagi sesebuah enjin kenderaan sebelum komponen di dalamnya itu boleh digerakkan dengan lancar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.
Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkanbahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air. Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.
Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000kilometer atau empat bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan. Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.
Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Mengikut beberapa kajian, adalah disyorkan anda mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan keluar.
Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.
Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.
Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam. Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.
Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.
Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.
Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi apabila ia kotor, maka perlu diganti baru segera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 02:10 PM | Show all posts
tolong letak mana dapat sumber ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.058000 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list