Nusantara77 Publish time 30-4-2015 04:28 PM

Pelayar Web Pengganti Internet Explorer

Pelayar Web Pengganti Internet Explorer Akan Dikenali Dengan Nama Microsoft Edge
Microsoft telah menguji Project Spartan pada desktop dan telefon pintar sejak beberapa minggu yang lepas, dan hari ini secara rasminya pihak Microsoft mengumumkan nama untuk pelayar web baru mereka kelak, dimana ia akan dikenali sebagai Microsoft Edge.Microsoft Edge bakal menggantikan Internet Explorer, dan hadir sebagai aplikasi universal – bermakna anda boleh menggunakannya pada tablet, telefon pintar, dan komputer dengan mudah. Seperti biasa, ia akan hadir terbina pada Windows 10 kelak.https://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/edge_00.jpghttps://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/edge_02.jpghttps://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/edge_01.jpghttps://amanz.my/wp-content/uploads/2015/04/edge_03.jpgMicrosoft Edge adalah nama akhir untuk Project Spartan, dimana ia turut hadir dengan pelbagai sokongan menarik, termasuk integrasi Cortana, dan juga input terus ke OneNote.Microsoft turut menekankan yang mana mereka turut akan menyertakan Internet Explorer 11 untuk sokongan legasi bagi beberapa perkhidmatan web – terutamanya memfokuskan perusahaan.Jadi, bagi anda, adakah anda menyukai nama “Edge” untuk pelayar web?kredit:www.amanz.my

mdhelmi Publish time 30-4-2015 05:17 PM

rasa mcm dah lama sgt xguna web browser microsoft
skrg kat pc guna comodo, kat hp guna opera
harap2 edge ni boleh celen chrome, firefox sume tu
Pages: [1]
View full version: Pelayar Web Pengganti Internet Explorer


ADVERTISEMENT