aylanins Publish time 7-7-2014 12:13 PM

NOVEL: Hijab Untuk Peah (rombakan besar-besaran ~ mula m/s 1)

Assalamualaikum...

Asal cerita ini konon nak jadikan cerpen. Tapi sebab saya memang tak ada bakat tulis cerpen, maka ia jadi cerpan, lepas itu tak reti nak habiskan.
Jadi bila tengok cadangan yang suruh buat cerpen ini jadi novel, eh... oklah. Nak cubalah ni.

Saya buat rombakan besar-besaran. Watak utama masih lagi Peah. Jalan cerita dekat-dekat nak sama, cuma apabila jadi novel, maka konfliknya lebih lagilah ecececee...

Saya malas nak buka benang yang baru sebab nanti mesti saya abaikan salah satu cerita kalau buka banyak sangat, macam cerita 'Legenda Gelang Kristal' yang tergantung itu. Jadi, saya edit cerita Peah inilah ya err... boleh kan momod...

Harapnya dapat habiskan novel ini. Kesudahan belum tahu lagi. Saya cuma ada bahagian awal, dan bahagian tengah cerita ini sahaja. Seperti 'Warkah Pengikat Hati' eh eh... sempat promosi hahaa... saya ikut flow sehari-hari.

Last edited by aylanins on 8-9-2014 01:45 PM

ladyFinger12 Publish time 7-7-2014 12:38 PM

Sila letak tag di depan tajuk cerpen anda bg membolehkan anda tersenarai di dalam pertandingan menulis cerpen sempena ramadhan.


suka nau feeling2 momod. :lol:

UsuFie Publish time 7-7-2014 12:47 PM

ladyFinger12 posted on 7-7-2014 12:38 PM static/image/common/back.gif
Sila letak tag di depan tajuk cerpen anda bg membolehkan anda tersenarai di dalam pertandi ...



tulah..usu pun perasan..

bahawasanya ladyfinger ni sgt fefeling momod..

:P


aylanins Publish time 7-7-2014 12:48 PM

BAB 1

PEAH mendongak memandang trek di hadapannya. Masih jauh. Penat! Itu saja yang mampu dia fikir. Tapi yang anehnya tekak tidak pula haus. Mungkin kerana udara kawasan pergunungan ini teramat sejuk, suhu di bawah 200C, menyebabkan dahaga itu tidak terasa.

“Nak berhenti lagi ke, Peah? Kita dah ketinggalan jauh ni,” sapa Suriyati di belakangnya.

“Aku tak tahanlah. Berhenti kejap. Kita makan limau nak?” Peah cepat saja melabuhkan beg sandangnya ke tanah. Dia sendiri sudah duduk di atas banir pokok yang berselirat.

“Limau? Kau bawa limau?” Tanya Suriyati lalu melabuhkan duduk di sebelah Peah.

“Noraya yang suruh. Dia beli, dia bagi aku dua biji. Beg aku beratlah…” kata Peah sambil membuka zip begnya.

“Apalagi kau bawa?” Suriyati tumpang jenguk ke dalam beg Peah. Matanya bulat membesar melihat limau Sunkist tiga biji, sandwic dua bungkus, coklat, mee dalam cawan, dan entah apa lagi. Belum masuk baju dan seluar panjang yang disumbatkan Peah sekali dalam beg sandangnya itu.

“Banyaknya! Kau nak daki gunung ke nak pergi berkelah ni? Mintak sandwiclah, inti apa?” Tanpa segan Suriyati meminta.

“Tu la pasal. Aku mana pernah daki gunung. Noraya punya pasallah. Kalau boleh habis semua stok makanan dalam bilik dia suruh aku bawa,” Peah hulur sebungkus sandwich pada Suriyati.

“Odah mana? Laju betul dia,” ujar Suriyati sambil mencubit sedikit sandwich telur di tangannya.

“Dia banyak duit. Dia upah guide bawa beg, dia sendiri dah lari-lari panjat trek ni,” sahut Peah.

Tadi masa mula-mula nak daki Gunung Kinabalu ini, dia dan Odah sudah sama-sama janji akan naik sama-sama. Tapi baru setengah kilometer dari kaki gunung, Odah sudah termengah-mengah. Mana tidak, beg yang dia bawa di belakangnya bila ditimbang cecah 5 kilogram. Sudahnya Odah upah malim gunung untuk bawa begnya. Dia sendiri berlenggang daki trek gunung ini. Sebab itu laju semacam saja.



Last edited by aylanins on 8-9-2014 01:46 PM

Zamzam2013 Publish time 7-7-2014 12:50 PM

menarik... sambung lg TT...

NaylaArisha Publish time 7-7-2014 09:43 PM

                                                                        Peahhh ;P

ladyFinger12 Publish time 8-7-2014 09:44 AM

UsuFie posted on 7-7-2014 12:47 PM static/image/common/back.gif
tulah..usu pun perasan..

bahawasanya ladyfinger ni sgt fefeling momod..

Alaaa.... Pefeeling jekkk... Bukan nak rampas kuasa punnn...
Wallahi!

:lol:

err.. Peah x habis sahur lg ke?

UsuFie Publish time 8-7-2014 09:50 AM

ladyFinger12 posted on 8-7-2014 09:44 AM static/image/common/back.gif
Alaaa.... Pefeeling jekkk... Bukan nak rampas kuasa punnn...
Wallahi!





kan...fefeling2 pun oklah kan lady...



peah tu saje lambat2 makan sb mata dok usha mamat kat meja sanun....


;P



Zamzam2013 Publish time 8-7-2014 12:46 PM

UsuFie posted on 8-7-2014 09:50 AM static/image/common/back.gif
kan...fefeling2 pun oklah kan lady...




peah... udah2lah mengusya mamat tu... kesian pakcik hatta nak tutup kedai...

aylanins Publish time 8-7-2014 02:04 PM

KHALID membaling bola takraw di tangan. Cepat saja Mustafa menyambut dan melambung bola itu. Jam empat petang tadi kumpulan siswa yang pertama sudah sampai, dan selepas saja sarung baju, laju saja siswa-siswa diketuai oleh Khalid berkumpul di tanah lapang di Laban Rata ini untuk bermain sepak takraw.
“Hoi Peah!” tiba-tiba Mustafa terhenti.Dia sudah bercekak pinggang di tepi gelanggang.
“Terhegeh-hegeh… lambatttt…”
Peah sekadar menjeling. Geram. Tapi matanya sempat mengerling sekilas pada Khalid yang sedang tunduk mengutip bola takraw di atas tanah. Biarlah terhegeh-hegeh mendaki Gunung Kinabalu ini, dia tidak kisah. Demi cinta dan darah yang mengalir! Amboi Peah! Sebab? Bukankah dia sudah jatuh hati tergolek-golek dengan Khalid, antara pemimpin tertinggi Pusat Islam kampus mereka.
Siapa yang tak suka pada Khalid? Siswa stok masjid, alim, baik, pandai, ah... macam-macam lagi perihal Khalid yang buat dia jatuh hati.


Last edited by aylanins on 8-9-2014 02:29 PM

Zamzam2013 Publish time 8-7-2014 02:24 PM

menarik... gatai jugak si peah ni ya TT...

aylanins Publish time 8-7-2014 02:46 PM

Zamzam2013 posted on 8-7-2014 02:24 PM static/image/common/back.gif
menarik... gatai jugak si peah ni ya TT...
Hihihi... ;P
Khalid tu pencetus semangat nak tarawikh... sumber inspirasi hati gitu :lol:

Nayla: Tak tau lagi dah nak fikir nama watak apa... hentam je la nama Peah.. Tapi nama penuh Peah lawa tau :loveliness: Siti Rafeah... boleh tak.. {:runo Last edited by aylanins on 8-7-2014 02:49 PM

qimi08 Publish time 8-7-2014 03:07 PM

Cerpen baru... mata yg kuyu menjadi segar bila baca kisah Peah;P

cmf_conan Publish time 8-7-2014 03:12 PM

Peah mcm nama kucing.. letak Piah molek lagi.. ;P

Zamzam2013 Publish time 9-7-2014 07:23 AM

aylanins posted on 8-7-2014 02:46 PM static/image/common/back.gif
Hihihi...
Khalid tu pencetus semangat nak tarawikh... sumber inspirasi hati gitu



hahahahhahaha... bagus jugak gitu... at least ada motif utk tarawikh...:lol:

Zamzam2013 Publish time 10-7-2014 11:28 AM

TT... takde entry lg ke? nak tau apa jd lg kt peah... ataupun memang endingnya begini?:funk:

aylanins Publish time 11-7-2014 05:14 AM

Ada, ada... dah taip tapi belum edit.
Panjang lagi nih erkkk {:angel2o

Zamzam2013 Publish time 11-7-2014 07:11 AM

aylanins posted on 11-7-2014 05:14 AM static/image/common/back.gif
Ada, ada... dah taip tapi belum edit.
Panjang lagi nih erkkk

kalau dh ada takpe... take ur time....

cikwawi Publish time 11-7-2014 07:57 AM

missing!!!!!

aylanins Publish time 11-7-2014 01:25 PM

- RESERVE -
Last edited by aylanins on 29-8-2014 10:25 AM

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: NOVEL: Hijab Untuk Peah (rombakan besar-besaran ~ mula m/s 1)


ADVERTISEMENT