alaa Publish time 19-8-2014 10:45 AM

peah mana ni. arini dah 19hb ni. bila nak sambung ni wahai TT.. hehhee

redsentra Publish time 19-8-2014 01:57 PM

nak seru peah panjang panjang

PEAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH{:1_545:}

cmf_conan Publish time 19-8-2014 04:19 PM

@aylanins tolong bgtau peah.. udah2 la beraya tuh.. 5 hari lagi deadline {:runo

Zamzam2013 Publish time 20-8-2014 07:34 AM

peah... ke mana menghilang ni... sihat ke?

aylanins Publish time 20-8-2014 01:58 PM

Apabila @redsentra seru panjang-panjang, tiba-tiba saja Peah tersentak dari lamunan {:smileo
Rasa macam dalam cerita "Kekasihku seru" pulak dah {:runo
Ok. Nah ni dia sambungannya.

Peah janji. Ada satu entry lagi lepas tu tamat {:handsomeo

aylanins Publish time 20-8-2014 01:58 PM

SEBENARNYA memang ramai dah tahu, Madihah dan Khalid tu couple. Tapi mereka tak bisinglah. Khalid kan geng Pusat Islam. Madihah pula MPP.

Betulkah kata-kata Kamalia itu ya? Peah merenung buku di hadapannya. Sedihnyalah hati kalau benar Khalid itu sudah mengikat janji dengan Madihah.

“Kadang-kadang, dalam kita buat ibadat, sering kali kita rasa ikhlas itu hilang dari dalam diri kita,” suara garang Ustaz Soleh di hadapan dewan kuliah itu antara masuk dan tidak ke dalam telingan Peah.

“Contohnya, masa hari raya, beria-ia kita kemas rumah, pasang langsir baru, beli sofa baru, semata-mata hendak sambut tetamu yang bakal beraya ke rumah, jadi niat kita itu bukan kerana Allah. Sebab, jika kerana Allah, sepatutnya kita tidak perlu lagi berkemas kerana rumah kita kan sepatutnya sentiasa dalam keadaan kemas.”

Peah menconteng-conteng kertas di hadapannya. Entah apa yang Ustaz Soleh itu bebel di hadapan, dia malas mahu ambil peduli.

“Atau… kita datang solat tarawikh semata-mata sebab terpikat dengan bacaan Pak Imam yang merdu, Imam Mudalah katakan, sedangkan niat sebenar kita untuk solat tarawikh ialah untuk cari keredaan Allah,” sambung Ustaz Soleh lagi sambil tersenyum-senyum. “Di situ niat ikhlas kita beribadat dah tersasar.”

Mata Peah terus tajam memandang ke hadapan. Amboi ustaz ni, macam tahu-tahu saja dia rajin ke Pusat Islam untuk tarawikh sebab suka dengar suara Khalid jadi Pak Imam.

Noraya yang duduk di sebelah Peah sudah menekup mulut menahan tawa. Pandai Ustaz Soleh bagi hujah. Agaknya ustaz pun perasan ramai yang jatuh hati pada Khalid yang bersuara merdu itu. Padanlah saf perempuan selalu penuh kalau malam itu giliran Khalid yang jadi imam tarawikh dulu.

Ikhlas? Entah kenapa kata-kata Ustaz Soleh itu tiba-tiba saja menyentuh hati Peah.

Barangkali benar dia bukan 100 peratus ikhlas bila solat tarawikh. Niat ikhlas mahu beribadat itu sudah tersasar, barangkali itulah penyebab hatinya rawan begini. Sejak Ramadan berlalu pergi, sejak nampak Khalid dan Madihah sering duduk bersama mengulangkaji pelajaran di perpustakaan, kini Syawal pula menjengah, hatinya mudah saja berasa sedih.

Mungkin begini rasanya orang putus cinta agaknya. Amboi, putus cinta dengan siapa tu Peah?

Pinjamkan aku busarmu Teja
Biar kubidik panah itu
Tepat ke sasaran
Mengenai jantung hatinya

Biar punah dan berkecai
sepertimana dia menggenggam
mematah riuk
lentuk
hatiku

biar hati kita
sama-sama berderai

biar hati kita
sama-sama tidak memiliki

namun

untuk sekejam itu aku takkan sanggup
maka Teja
berikan aku sirih pelupa
hulurkan aku sirih pembenci
pemberian Laksamana Hang Tuah padamu itu
agar bisa aku melupa
dan membenci

kerana aku tidak akan tega
untuk menyakiti.

Sudah. Peah jadi pemuisi pulak dah!
Last edited by aylanins on 20-8-2014 02:04 PM

redsentra Publish time 20-8-2014 04:18 PM

aylanins posted on 20-8-2014 01:58 PM static/image/common/back.gif
Apabila @redsentra seru panjang-panjang, tiba-tiba saja Peah tersentak dari lamunan
Rasa m ...

Terima kasih @aylanins utk entry baru{:1_152:}

ladyFinger12 Publish time 20-8-2014 04:56 PM

aylanins posted on 20-8-2014 01:58 PM static/image/common/back.gif
SEBENARNYA memang ramai dah tahu, Madihah dan Khalid tu couple. Tapi mereka tak bisinglah. Khalid ka ...

Ini bukan puisi jiha ke? Atau peah cilok jiha punya? ;P

sarizu Publish time 20-8-2014 07:25 PM

redsentra posted on 19-8-2014 01:57 PM static/image/common/back.gif
nak seru peah panjang panjang

PEAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Red, pohon seru nicki panjang panjanggg Jgk... :laugh3:








*huhu...x dpt nk msuk SAK :'(
Tumpang nangis cni*

mawibotak Publish time 21-8-2014 12:54 PM

Ape ni? Mcm ni je ending? Ape jd ngan secret admire tu?

aylanins Publish time 21-8-2014 01:41 PM

@ladyFinger12err... sebenarnya kan, Peah dan Jiha satu sekolah dulu. Best friend. Gitu. ;P

@mawibotak belum... satu lagi entry. Lepas tu habis. Tapi nak letak petang ni tak dapat sebab belum taip larikkk {:runo

Zamzam2013 Publish time 25-8-2014 07:42 AM

aylanins posted on 21-8-2014 01:41 PM static/image/common/back.gif
@ladyFinger12err... sebenarnya kan, Peah dan Jiha satu sekolah dulu. Best friend. Gitu.

@maw ...

today is the last day... right? bila nak sambung ni TT...

redsentra Publish time 25-8-2014 01:33 PM

Peahhhhhh!!!!! cepat la cerita sampai habis....

sarizu Publish time 25-8-2014 09:25 PM

Peahhh...Ada brp jam lg ni...

Zamzam2013 Publish time 26-8-2014 07:48 AM

peah terkulai sebelum garis penamatnya...

NaylaArisha Publish time 26-8-2014 09:10 AM

aylanins posted on 21-8-2014 01:41 PM static/image/common/back.gif
@ladyFinger12err... sebenarnya kan, Peah dan Jiha satu sekolah dulu. Best friend. Gitu.

@maw ...

@aylanins

Nay masih menunggu. After 5 PM kalau cerpen ni di gugurkan daripada contest.. Orang lain bakal kecewa.

aylanins Publish time 26-8-2014 09:11 AM

:dizzy: anggap je lah Peah dah kalah teruk :'(

Peah reda sekiranya point Peah ditarik balik :funk:

ehh apesal aku pulak yg bunyi macam Peah ni :mad:

Sorry ya pembaca sekalian. Nanti saya sambung cerita Peah ni dalam cerita Madihah dan Khalid ya, kalau rajinlah.
Nak sambung malam tadi tapi sakit kepala duk mikir ape nak jadi ngan Peah ni. Memang I ni takde bakat menulis cerpen kut.

Baiklah... nak melayan rasa sedih ni sebab dah kalah bertanding :'(

NaylaArisha Publish time 26-8-2014 09:12 AM

@Zamzam2013 @sarizu    @ladyFinger12    @cmf_conan   

amacam nak tunggu peah abeskan citer atau citer ni di gugurkan penyertaan daripada contest!

cmf_conan Publish time 26-8-2014 09:26 AM

Walaupon gugur WAJIB abihkan citer ;P

NaylaArisha Publish time 26-8-2014 09:50 AM

Okay.. Kredit di halal kan.... Tapi mesti sambung cerita ni okay. WAJIB
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7
View full version: NOVEL: Hijab Untuk Peah (rombakan besar-besaran ~ mula m/s 1)


ADVERTISEMENT