grilledmushroom Publish time 19-4-2015 01:41 AM

Istiadat Pertabalan Sultan Perak 3 hingga 17 Mei
18 April 2015 2:04 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Bjd5HH8V.dpuf

IPOH 17 April – Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35 akan berlangsung pada 3 hingga 17 Mei ini.
Berdasarkan atur acara istiadat yang diedarkan kepada media dalam taklimat khas di sini hari ini, acara bermula dengan Istiadat Meletak Kerja Pertabalan pada 3 Mei.Acara itu diikuti Istiadat Tabal Adat pada 6 Mei yang dimulakan dengan Kawalan Kehormat, Istiadat Pertabalan di Balairong Seri Istana Iskandariah dan disusuli tembakan meriam sebanyak 21 das.
Acara diteruskan pada 7 Mei dengan Sultan Nazrin akan menyempurnakan Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal di Tujuh Kuala Sungai Perak yang bermula di Kuala Kangsar.Pada sebelah malam, Istiadat Tabal Pusaka akan dijalankan di Balairong Seri Istana Iskandariah dan Istiadat Bersiram Tabal akan dilakukan di Panca Persada.
Seterusnya, istiadat menziarahi makam-makam Sultan Perak bermula pada 8 Mei apabila Sultan Nazrin berangkat menziarahi Makam Tok Temong di Kati, Kuala Kangsar dan Makam Alang Iskandar atau Marhum Teja di Kota Bharu, Gopeng.
Pada 10 Mei, baginda dijadual melawat makam-makam Sultan Perak sekitar Kuala Kangsar disusuli di sepanjang pesisir Sungai Perak antaranya di Manong, Belanja, Parit, Bota, Lambor Kanan, Pulau Tiga dan Kampung Gajah sehingga 12 Mei.
Sultan Nazrin dijadualkan mula menziarahi makam-makam Sultan Perak menggunakan jalan air dengan menaiki bot khas yang dinamakan Balai Gambang dari Jeti Pasir Salak pada 13 Mei.Antara makam-makam yang akan diziarahi termasuk di Kampung Pasir Pulai, Kampung Bandar Baru, Kampung Teluk Memali, Tanjung Penangguh, Pasir Panjang Ulu dan makam terakhir di Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan.
Istiadat kemuncak pertabalan ialah baginda akan menziarahi Beting Beras Basah di Bagan Datoh pada 14 Mei sebelum istiadat berakhir dengan Majlis Menutup Kerja pada 17 Mei.
Taklimat hari ini disampaikan oleh Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Anuar Zaini dan Pengarah Penerangan negeri, Muhamad Aszahari Abdul Rahman serta wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM).Mohd. Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Penerbitan, Cenderamata, Belia dan Pelajar berkata, istiadat pertabalan bukan untuk berpesta, bersuka ria atau bermegah-megah dan mewah sebaliknya mahu meneruskan kesinambungan adat dan budaya.
‘‘Baginda mahu mendekati rakyat termasuk golongan muda menerusi program seperti pertandingan esei, pidato serta larian sempena pertabalan,’’ katanya.
Sementara itu, Muhamad Aszahari berkata, setakat ini seramai 471 pengamal media dari 45 agensi telah membuat permohonan bagi membuat liputan istiadat pertabalan.

grilledmushroom Publish time 19-4-2015 01:44 AM

‘‘Baginda mahu mendekati rakyat termasuk golongan muda menerusi program seperti pertandingan esei, pidato serta larian sempena pertabalan,’’


nampak la diri Baginda yang intelektual tu, tercermin dalam program-program yang dipilih sempena hari pertabalan - esei, pidato, larian, etc.

grilledmushroom Publish time 19-4-2015 01:50 AM

Edited by grilledmushroom at 19-4-2015 01:52 AM

Gambar kenangan, DYMM Tuanku Sultan Nazrin bersama paduka adinda Baginda, Almarhum YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah.

http://i1378.photobucket.com/albums/ah99/grilledmushroom/tuankudan%20rashman_zpslyp9yyv8.jpg

tumpanglalu74 Publish time 19-4-2015 09:33 PM

Dengar Crite Sweet Sangat

rosewhite replied at 12-4-2015 06:49 AM
Sultan Perak Dan Permaisuri Perak Sertai Kayuhan Muhibbah MBI Bersama Rakyat

Tuanku Zara pakaikan hasben dia helmet aritu.

Ade sesape ade gambar tak?Tingin tengok. :)

bianglala Publish time 27-4-2015 01:38 PM

Kredit : Institut Terjemahan & Buku Malaysia

DYMM Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah mencemar duli melawat reruai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di PBAKL, PWTC.
https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t31.0-8/11174663_10153250370524464_6762769726810811222_o.jpg

https://scontent-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/t31.0-8/11194600_10153250371804464_6382719757548203965_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t31.0-8/11159921_10153250373424464_1239432331230416220_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t31.0-8/10661684_10153250373784464_5994212353980835987_o.jpg

https://scontent-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/t31.0-8/1483661_10153250373919464_2308107123451609214_o.jpg

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/t31.0-8/11149672_10153250373974464_8488251441953948028_o.jpg

tintin22 Publish time 28-4-2015 02:19 PM

ada mase sultan nazrin dtg PBAKL ahad lepas,nmpk kat eskelator
jeles la xdpt keja mase ni

kumakoaisya Publish time 29-4-2015 03:17 PM

sayawifenikmie replied at 31-5-2014 05:17 PM
... hmmm ... since when main pilih2 dn tidak ikut giliran? kalau mainpilih2 of coz panel pemilih ...

sejenis sembur mcm mesin nyoq... bace dulu cohh :P

watachiwa Publish time 29-4-2015 04:12 PM

nak gi celop kaki ke beting beras basah tu?
TZ celop kaki jugak ke?
misteri nusantara tu adat tu..
hope nothing happen

gingerishalia Publish time 30-4-2015 12:24 AM

Tz x pegi beting beras basah hanya RN je. Perempuan x ley pegi situ.

gingerishalia Publish time 30-4-2015 12:27 AM

Utk istiadat tabal pusaka pn wanita hamil or period x digalakn hadir.

watachiwa Publish time 30-4-2015 04:18 PM

owh.. i wonder, ade gusip kate kenampakan jindiraja di beting beras tu?
iyeke?

gingerishalia Publish time 30-4-2015 09:04 PM

Dunno about that. Takde info sahih utk di share.

kamexkame Publish time 2-5-2015 02:38 PM

watachiwa replied at 29-4-2015 04:12 PM
nak gi celop kaki ke beting beras basah tu?
TZ celop kaki jugak ke?
misteri nusantara tu adat tu.. ...

apa yg misteri? share lah
actually tak pernah tahu pasal adat ni

kumakoaisya Publish time 2-5-2015 09:39 PM

C:\Users\dc02\Desktop\gggggg.jpeg

oni313 Publish time 2-5-2015 10:15 PM


official portrait,

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/11156280_837123706361194_4233207590065839307_n.jpg?oh=c2b3a85b9f952de255b7ed40bfc0568e&oe=55D68E95&__gda__=1439129087_08feed32c6a315c8e0384347c6e6b6a1

bianglala Publish time 4-5-2015 01:18 PM

..........

Pada pagi yang permai ini, bertempat di Dewan Bandaraya Ipoh, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bercemar duli menyempurnakan majlis pameran sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Sempena pertabalan baginda, Pos Malaysia akan melancarkan koleksi setem pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 6 Mei 2015.

Dapatkan setem istimewa ini bermula pada 7 Mei di seluruh negara dan kunjungi booth Pos Malaysia di pameran sempena Istiadat DiRaja ini di Dewan Bandaraya Ipoh dari 4 Mei hingga 4 Jun 2015.

Pos Malaysia Berhad


https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtf1/v/t1.0-9/11128366_803329799774367_8676383024253209556_n.jpg?oh=d08fc376f7b8c3c2981229dc9c31a407&oe=55CA5D04&__gda__=1439649119_3e0222297f55409b5580681925da6f5a

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtf1/v/t1.0-9/11152680_803329809774366_2031024771758851590_n.jpg?oh=4dfb001657eb9fc5c870d009411448d7&oe=55CA1F08&__gda__=1440223315_69227486e58b9236a6d1c448adb9cb7b

bianglala Publish time 4-5-2015 01:39 PM

bianglala replied at 4-5-2015 01:18 PM
..........

Sultan Perak Rasmikan Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan mencemar duli dan melancarkan Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu, pagi tadi, di sini.

Turut berangkat sama Tuanku Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Pameran yang berlangsung selama sebulan itu, bermula hari ini sehingga 4 Jun 2015 bertempat di Dewan Bandaraya Ipoh dianjurkan khusus bersempena dengan Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih dan menghargai segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan kerjasama beberapa kementerian yang turut terlibat.

“Beta menghargai dan berterima kasih kepada Kerajaan Beta, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, BERNAMA dan Jabatan Penerangan atas inisiatif bersama dalam menganjurkan Pameran Koleksi Gambar Sultan Perak sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35.

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAK-TODAY-63.jpg

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAK-TODAY-34.jpg

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAK-TODAY-92.jpg

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2015/05/PERAK-TODAY-16.jpg

chit_ana Publish time 4-5-2015 04:18 PM

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t1.0-9/11206029_10152911553256347_2146126703348319981_n.jpg?oh=4d36962ada577f3a2138682d4c5c6f13&oe=55C16433&__gda__=1438674981_d1340be3f2265e60f4c46662c05b718d

chit_ana Publish time 4-5-2015 04:18 PM

https://scontent-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/v/t1.0-9/11188184_10152911553351347_144851809479758795_n.jpg?oh=152833d8b5c87fc18290a214e3776ab6&oe=55E0A5BD

chit_ana Publish time 4-5-2015 04:18 PM

https://scontent-kul.xx.fbcdn.net/hphotos-xfp1/v/t1.0-9/11011071_10152911553386347_5512210486785540759_n.jpg?oh=e0c763d564a99522a8d20a4c49c8be48&oe=55CF4005
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: DYMM Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan


ADVERTISEMENT